Tuesday, June 04, 2013

Novel: Lelaki Eksklusif


Judul: Lelaki Eksklusif
Penulis: Wan Awliya Rayqal
Penerbit: Karya Seni Sdn Bhd
Harga: RM 15

Sinopsis:
NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah  dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.
“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”
“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”
“Serius?”
“Ngee, melampau bos ni.”
“Nora, saya serius ni.”
“Ya ke?”
Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.
Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.
Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.
Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?

Review:

Qis baca novel nie selama 3 jam setengah *hebat tak? hoho*. novel dia nipis je, sebab tu boleh habis dengan masa yang sekejap! *XD*. novel nie sangat2 la cute! watak2 hero dan heroin dalam nie pun cute2 belaka..haha. yang bestnya bila Nora asyik menyakat Wan Mukhriz setiap hari. asyik kena bahan je..memang kelakar lah! mesti comel je si Nora nie kan? Qis dah terbayang si Nora Danish dahh..nama dalam novel nie pun Nora Danisha. kebetulan betul, comel dan kecik, sama macam Nora Danish! *tapi boleh ke Nora Danish nakal macam dalam novel nie? haha*. 


lepas tu kan, yang paling cutenya after they married, nama panggilan tu yang tak tahan. panggil bi and honey tuuu *sweet gilaaa! meraung qis baca novel nehh..haha!*. lastly, diorang dapat hidup dengan bahagia. happy ending kan? :P

nak beli novel secara online sila ke link di bawah. dapat diskaun RM 3 ye..hehe :)
beli secara online

nak baca novel ini secara online pun boleh:

lovenota 1: teringin sangat novel ini diadaptasi di drama. mesti best gila!
lovenota 2: heroin mestilah Nora Danish! haruss!! XD


Read More »

Monday, June 03, 2013

Melissa Gooi hina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah

Qis baru tahu masa tengok buletin utama TV 3 pukul 8 malam tadi *den neh memang ketinggalan zaman betol..huhu*. dahsyat jugak, sebab dah makin ramai orang buat laporan polis terhadap Melissa Gooi sebab menghina Agong. aduhai~




lovenota 1: jangan cari pasal ye. Malaysia nie negara berdaulat =,="
lovenota 2: mesti Melissa Gooi dah menyorok kat mana2, entah2 dah ke luar negara kot~


Read More »

Novel: Sebenarnya, Saya Isteri Dia


Judul: Sebenarnya, Saya Isteri Dia
Penulis: Zura Asyfar
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM30

Sinopsis:
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Review novel:


ok. Qis da habis baca novel nie dalam masa dua hari! *actually selalunya sehari habis dahh*. novel dia memang best jugak la. best and sweet sangat2. tak ada jiwang yang keterlaluan sehingga rasa nak muntah. jalan cerita yang tak meleret2, terus straight to the point. dalam novel nie, Firash yang mengorat Syaf ye..hehe! even he garang2 panas baran sikit, tapi cair sebab Syaf. waaa..as usual, Qis meletakkan diri Qis ke dalam Syaf *bahagianya hidupppp*

actually, novel ni dah lama beli sebelum keluaran drama di TV. tp maklumla, kerja membantutkan segala2nya. bila time school break macam nie la baru ada masa nak baca *di samping menghiburkan hati yang sedang berduka lara..hurmm*. 

after this, boleh la Qis tengok drama pulak! haha! actually, feel drama and novel sangat2 berlainan. nak feel lebih masa tonton drama kena lah baca novelnya dulu kan?

so, sesiapa nak beli novel secara online, *kot2 kat kedai buku habis dijual, kan?* boleh ke laman web berikut:

ingin ke blog penulis pun boleh,
Zura Asyfar blog

tonton drama secara online: link

lovenota 1: ada banyak novel lain yang menanti, indahnya cuti! XD
lovenota 2: tapi tak boleh menutup hati yang sudah lama gundah gulana..hurmm~


Read More »

Sunday, June 02, 2013

Cukupla Sekali





cukuplah sekali, saya tak nak lagi.


cukup la sekali, peristiwa hitam itu yang berlaku.

cukupla ia berlaku pada tahun itu, tahun 2011.

cukuplah, saya mengalami keperitan dan penderitaan yang teramat sangat. 

cukuplah, hidup saya sangat sengsara pada waktu itu. 

cukuplah, saya tidak mahu nama keluarga saya tercalar dan menjadi sebutan ramai lagi.

cukuplah, dengan semua kesedihan terjadi yang menimpa keluarga saya.

cukuplah, ia sudah memburukkan nama abah dan nama mak. 

cukupla..saya tak nak terlibat lagi. 

sudahh..cukup cukup sudah, 
cukup sampai di sini sahaja.

lovenota 1: saya berharap awak faham sangat2 kenapa saya halang awak untuk berbuat demikian. saya ada reason yang sangat kuat. one fine day u will know.
lovenota 2: saya akan cari "lahanat" itu sampai dapat! dun u ever plays wif me. u make my life become very3 worst! buruk natijahnya! i know u will read my blog. whoever u are, even my friend or his friend sekalipun or his ex or maybe my ex yang bodoh2 tu, u will see!

Read More »

Saturday, June 01, 2013

Feeling down



this is what happen to me now. i don't know what to do. what else can i do. 

sebal sangat. bukan rasa nak nangis, tapi rasa macam ada "benda" yang tersekat di hati. nak keluarkan tapi sangat susah. rasa hati nie macam nak "burst" je. it makes me really feel down. sangat2.

i am really tired about all of this. the entire things. really.

can u leave me, allow me to live in peace?

DUGAAN dalam kehidupan manusia sering bertali arus dalam kehidupan. kerana nilai dugaan yang cukup besar harganya, manusia perlu menghadapinya dengan sepenuh kekuatan yang diberikan Allah swt dalam jiwa melalui kekuatan iman dan akal fikiran. kadang ujian datang bersama-sama hikmah. bukan semudah kata-kata, ia umpama hempedu yang perlu ditelan walau pahit rasanya.

sangat pahit. rasa nak muntah balik, tapi perlu ditelan semuanya. 

its ok, we will see one day. 


lovenota 1: i really hate what happen today. 


Read More »

Perang? Balas dendam? Whatever larh!

ugut i nampak? haha. i dah penat lah. i tak ada senjata langsung. u selalu cakap i ada senjata bagai, bagi bukti la watsoever la. entah hape-hape je i rasa tahu x? lagipun bukan salah i ok..semua ini salah u sendiri. 

kenapa masih tak sedar diri lagi nie? u yang mempermainkan perasaan kami. tipu kanan tipu kiri. kenapa nak balas dendam pulak? sepatutnya i yang balas dendam, not u ok! hati nie lagi sakit dengan apa yang semua yang u dah buat! 

u main-main cinta dengan i selama nie, tapi sebenarnya u yang sudah bertunang almost 3 years! what the hell? salah i jugak ke? no! salah u! totally u! so siapa yang patut balas dendam? i yang patut balas dendam. bukan u! seriously, rasa benci giler pulak..eishhh!

orang kata, berani buat berani tanggung. so? tanggung la sendiri. hurmm~


lovenota 1: Tahniah pada Kelantan FC menang Piala FA semalam. Red Warrior memang best! :D
lovenota 2: serius ramai giler semalam kat Bukit Jalil. jem teruk! ishk3!


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®