Tuesday, May 13, 2014

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013



Setelah ditunda atau ditangguhkan sebagai penghormatan dan tanda simpati kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370, Anugerah Bintang Popular Berita Harian atau dikenali sebagai ABPBH 2013 akan dilansungkan pada 24 Mei 2014 pada hari Sabtu jam 8 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. 

Info ABPBH 2013
  • Sebanyak 16 kategori yang dipertandingkan di ABPBH 2013 termasuk kategori paling utama, Bintang Paliang Popular.
  • Seperti tahun lalu, ABPBH meneruskan kelangsungan skop undian online membabitkan tujuh kategori - Artis Lelaki Stailo, Artis Wanita Stailo, Gandingan Serasi Di Layar, Watak Jahat Dalam Drama/ Filem Popular, Artis Berpengaruh Di Laman Sosial, Chef Selebriti Paling Popular dan Aksi di You-Tube Paling Popular.
  • Jika tahun lalu Ledakan Geometri menjadi pilihan, kali ini ia bertemakan Magis Alam.
  • Seiring tema, siri jelajah kali ini lebih kepada aktiviti berkonsepkan alam yang merangkumi empat elemen - air, tanah, api dan angin.
  • Bagi menyemarakkan lagi ABPBH 2013, penganjur turut memperkenalkan undian menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS, yang mula diaktifkan sejak 6 Februari lalu.
  • Borang undian calon Top 5 terbabit mula disiarkan akhbar ini pada 23 Januari hingga 11 Mac lalu, manakala tempoh penerimaan borang undian sudah berakhir 17 Mac lalu.
  • Antara hadiah yang menanti pembaca bertuah dalam Peraduan Undi & Menang ABPBH 2013 ialah kereta, motosikal KTM 200 Duke, jam tangan Tendence, barang kemas Natika Gold & Diamond, Samsung Galaxy Note II, Sony Xperia Z1 dan banyak lagi.
  • Selain PICC sebagai penaja lokasi, penaja ABPBH 2013 termasuk D’Haja Sdn Bhd; Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam; Alam Flora; SWM Environment dan Environment Idaman; Alam Flora; Kerajaan Negeri Perak; Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd; Eynasha; Lord’s Tailor dan KTM Malaysia.
  • Ia turut mendapat sokongan TV3 Natika Gold & Jewelry; The Royale Chulan Kuala Lumpur; Tendence dan stesen radio rasmi, HotFM.
  • Menerusi laman www.abpbh.com.my, pelayar serata dunia berpeluang menyertai kemeriahan sambutan gilang gemilang langsung daripada PICC pada malam 24 Mei nanti.
  • Bermula seawal jam 8 malam, saksikan siaran langsung acara karpet merah bertemakan Magis Alam, manakala bagi mengenang tragedi MH370, ABPBH 2013 turut memperkenalkan segmen khas MH370 Dalam Kenangan.


Kategori Utama ABPBH 2013

Calon-Calon ABPBH 2013

1. Artis Baru Lelaki 

Achey
Dazrin
Mikael Andre
Nomad
Waris




















2. Artis Baru Wanita

Atikah Suhaime
Chacha Maembong
Elfaeza Ulhaq
Hanis Zalikha
Zara Zya




















3. Artis Duo / Berkumpulan

Altimet & Awi Rafael
Forteen
Hyperact
Stacy & Akim
Tasha Manshahar & Syed Shamim




















4. Pelakon TV Lelaki

Adi Putra
Akim
Izzue Islam
Johan As’ari
Shah Iskandar




















5. Pelakon TV Wanita

Ana Dahlia
Fasha Sandha
Neelofa
Raja Ilya
Siti Saleha




















6. Artis Komedi Lelaki

Ebby Yus
Johan
Jep



Rahim Sepahtu
Zizan Razak




















7. Artis Komedi Wanita

Didie Alias
Jihan
Noorkhiriah
Sharifah Shahira
Siti Chubby




















8. Penyampai Radio Lelaki

AG (HOT FM)
Halim Othman (SURIA)
Johan (ERA)
Kieran (HOT FM)
Ray (ERA)




















9.  Penyampai Radio Wanita

Abby Fana (SINAR)
Dina (ERA)
DJ Lin (SURIA)
Fara Fauzana (HOT FM)
Norshela Baharudin (KLASIK)




















10. Pengacara TV Lelaki

Datuk AC Mizal
Johan
Nabil Ahmad
Nik Michael Imran
Zizan Razak




















11. Pengacara TV Wanita

Adibah Noor
Erra Fazira
Fara Fauzana
Hazlin Hussain
Neelofa




















12. Pelakon Lelaki Filem

Aaron Aziz
Adi Putra
Pekin
Shaheizy Sam
Zizan Razak




















13. Pelakon Wanita Filem

Erra Fazira
Lisa Surihani
Nora Danish
Siti Saleha
Yana Samsudin




















14. Penyanyi Lelaki

Awi Rafael
Black Hanifah
Hafiz
Hazama
Shahir




















15. Penyanyi Wanita

Alyah
Najwa Latif
Shila Amzah
Stacy
Yuna





















Kategori Online ABPBH 2013

1. Artis Lelaki Stailo

Adi Putra
Awal Ashaari
Karl Shafek
Nazim Othman
Shaheizy Sam




















2. Artis Wanita Stailo

Fazura
Mizz Nina
Scha Alyahya
Yana Samsudin
Ziana Zain




















3. Gandingan Serasi di Layar

Aaron Aziz & Nadiya Nisaa
Aeril Zafrel & Wawa Zainal
Azlee Khairi & Zara Zya
Zizan Razak & Siti Saleha
Izzue Islam & Tiz Zaqyah




















4. Watak Jahat dalam Drama / Filem

Datuk Rosyam Nor
Hanez Suraya
Izreen Azminda
Nabila Huda
Sofi Jikan




















5. Artis Berpengaruh di Laman Sosial

Nora Danish
Datuk Siti Nurhaliza
Shila Amzah
Yana Samsudin
Zizan Razak




















6. Chef Selebriti Paling Popular

Chef Amran
Chef Anis Nabilah
Chef Nik Michael Imran
Chef Sherson Lian
Chef Wan




















7. Aksi di You-Tube Paling Popular

Parodi Sayang (Bobo)
Parodi Gwiyomi (Nora Danish)
Anak Tomok OIAM merajuk (Tomok)
Macam Cantik Je Macam Comel Je Versi Nasyid (Amar)
Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)





















so, ada masa lagi untuk mengundi. Sila undi artis kegemaran anda!


lovenota 1: eh eh..ada Mat Luthfi la..undi3! XD
lovenota 2: i really love all Mat Luthfi's Video :D

Read More »

Monday, May 12, 2014

Lelaki Metroseksual



Saya amat tertarik pada artikel Harian Metro tempoh hari berkaitan dengan lelaki metroseksual ini. selepas membaca artikel tersebut, saya tersenyum sendiri membayangkan orang sekeliling saya yang memang seorang metroseksual *sekarang pun masih lagi ketawa*.

Apa itu lelaki metroseksual? dalam kepala mesti sudah terbayang penampilan artis-artis kita seperti Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Awal Ashaari dan Nazim Othman yang sentiasa tampil kemas dan nampak handsome dan maskulin di mata anda.



Memang tidak dinafikan, ada segelintir masyarakat agak keliru dengan perbezaan antara metroseksual dengan homoseksual kerana perkataannya yang hampir sama dan serupa. ada juga yang menganggap metroseksual adalah perbuatan atau gaya yang menjurus kepada homoseksual, gay atau lelaki lembut. itu sama sekali tidak benar! saya pernah menceritakan mengenai lesbian, gay, biseksual, dan, transgender (LGBT) tahun lepas. boleh pergi ke link di sebelah ini --> [link]

Perkataan 'homoseksual' diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homo- bererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks." Ia merujuk kepada perlakuan seks yang cenderung kepada sesama jantina. Istilah homosexual pertama kali diterbitkan secara bercetak dalam pamplet Jerman yang diterbitkan pada 1869 secara tanpa nama yang ditulis oleh novelis Karl-Maria Kertbeny, kelahiran Austria. 

Tetapi istilah 'metroseksual' adalah perkataan Yunani iaitu ‘metropolis’ yang bermaksud ibu kota dan digabungkan dengan perkataan seksual. Terdapat lebih daripada 70 definisi yang memberikan interpretasi makna metroseksual dan istilah berkenaan muncul pertama kalinya pada 1994 yang diperkenalkan oleh penulis fesyen, Mark Simpson.

Penggunaan metroseksual ini adalah merujuk kepada lelaki-lelaki yang gemarkan fesyen, sering menjaga imej dan mempunyai gaya yang tersendiri untuk penampilan diri di khalayak ramai. kebanyakan perkataan metroseksual ini digunakan untuk menggambarkan seorang lelaki bandar yang imejnya sentiasa bergaya tak kira tempat. sudah lama perkataan ini tidak kedengaran, mungkin disebabkan sudah 4 tahun saya berada dalam suasana kampung. 

Pengalaman saya dengan lelaki metroseksual sangat banyak. Ada yang bergaya menepati ciri-ciri dan imej mereka dan ada juga yang ber'hias' secara melampau sehingga tidak kena dengan penampilan diri. Teringat lagi kisah saya pada zaman persekolahan di Kuala Lumpur yang lelaki kebanyakannya adalah dalam golongan lelaki metroseksual. Pada masa itu saya berada di Tingkatan 2 dalam tahun 2001. Terdapat seorang pelajar lelaki yang sama kelas dengan saya, namanya cukup saya gelarkan Mr. AA. dia juga adalah admirer saya suatu ketika dahulu *mungkin sehingga sekarang kot?*. Dia memang seorang lelaki yang amat menitikberatkan penampilan diri, dari datang ke sekolah sehingga waktu pulang. Dalam poket sentiasa ada sikat dan perfume kecil yang mudah dibawa ke mana-mana. setiap kali waktu lapang, sentiasa meminta kebenaran guru untuk ke tandas. bila balik dari tandas, satu kelas berbau harum yang amat! tak payah tanya siapa sudah tahu siapa empunya diri yang sangat wangi itu. gaya dia berjalan lagaknya seperti orang yang 'control macho'. senyuman yang sangat manis dan gelaknya hanya ketawa kecil sahaja. gaya pemakaiannya adalah seperti gaya Hip-Hop dengan seluar besar gaya Yankee di bahagian bawahnya serta aksesori rantai yang dipasang panjang di seluar dan sentiasa bertopi. rambut sentiasa di'gubah' dan menggunakan gel rambut. bak kawan-kawan saya kata, sekali tengok dia mesti cair 'segala-galanya'. dalam hati memang saya mengiyakan tapi malu..hehe. tapi sayang, dia adalah seorang yang pemalu sedikit. jarang bergaul dengan kawan perempuan. tapi dengan saya, dia ok je, mungkin agak memilih kot. saya sangat tertarik kepadanya bukan disebabkan oleh gaya metroseksualnya, tetapi senyuman dia yang sangat sweet *sampai sekarang masih lagi mengingati senyumannya..hehe*. 

Ada juga kenalan saya yang lain. Dia juga adalah seorang lelaki metroseksual, iaitu sangat mementingkan penampilan diri dan gaya. dari segi pemakaian, pakaiannya yang sentiasa kemas dan bersih. pakaian berjenama atau branded itu sudah semestinya, baik dari baju hingga ke seluar jeans. dari segi penampilan diri, dia sangat menjaga mukanya seperti memakai pencuci muka dan bedak muka, sentiasa memakai lotion pelembap dan cologne contohnya, lagaknya seperti penjagaan wanita. mukanya juga sentiasa dicukur bersih atau shave, tidak meninggalkan sebarang kesan misai dan jambang. rambut sentiasa disapu dengan wax, baju mesti disembur dengan perfume dan badan juga disembur dengan minyak wangi. kalau nak bersiap memang mengambil masa yang lebih lama dari perempuan. saya akui dia memang seorang lelaki 'urban'. 

Ada yang mengatakan gaya metroseksual adalah pemikiran lama. sepatutnya pada zaman 2014 ini, pemikiran sebegitu tidak wujud. tetapi sebenarnya, bukan semua anak muda dan golongan remaja memiliki gaya metroseksual. masih ada lagi lelaki yang memang tidak mementingkan gaya dan imej. contoh terdekat adalah teman lelaki saya sendiri. dia seorang yang jenis tidak kisah dengan gaya tetapi seorang yang pembersih dan kemas. Biar tak bergaya asalkan pakai baju dan seluar sudah, katanya. tak perlu nak beria-ia memakai mengikut stail K-Pop la, Hip-hop etc, asalkan menutup aurat. saya yang mendengar pun dah telan air liur. betapa 'simple'nya dia.

Ciri-ciri lelaki metroseksual

Lelaki metroseksual lebih suka menghabiskan masa di butik pakaian dan aksesori selain salun kecantikan. Mereka juga memiliki penampilan menarik terutama gaya dan peribadi diri. Jejaka metroseksual juga tidak terbatas pada satu-satu usia.

Lelaki metroseksual adalah mereka yang sangat mementingkan kecantikan dan penampilan diri. Semuanya perlu terbaik untuk dirinya. Mereka dilihat begitu mengambil berat dan menyayangi diri sendiri dan menyenangi gaya hidup metropolitan.

Mereka juga kebiasaannya terdiri daripada kelompok anak muda yang tinggal di ibu kota dan menjawat jawatan tinggi, hidup mewah, mencintai fesyen, melakukan perawatan wajah dan tubuh badan. Kebiasaannya wajah mereka rapi dan disapu bedak asas lengkap dengan pelembap bibir. Mereka juga sering digambarkan mempunyai kulit bersih dan lembut hasil daripada penggunaan produk kecantikan berjenama.

Mungkin kecenderungan lelaki metroseksual untuk tampil sebegitu akibat desakan kehidupan kontemporari yang saban hari sentiasa memerlukan perubahan dan pembaharuan dalam aliran fesyen serta produk kecantikan. Metroseksual juga sering dikaitkan dengan barangan atau pakaian berjenama kerana mereka selalunya terdiri daripada golongan profesional muda yang begitu menggemari pakaian label antarabangsa.
Jika kamu seorang jejaka metroseksual, kamu nampak kacak dan kemas walaupun baru bangun tidur. Minyak rambut malam tadi pun masih ada melekat pada rambut. Ini kerana lelaki metroseksual menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk menjaga penampilan mereka.

Mereka membawa beg tangan lelaki ketika berjalan-jalan di kompleks beli-belah. Beg tangan lelaki di sini bukan ‘pouch’ yang dipakai di pinggang macam orang selalu pakai ketika berniaga di pasar malam sebaliknya beg tangan lelaki yang berjenama seperti Louis Vuitton dan Guess.


Mereka mudah untuk bergaul dan dengan tenang boleh berbicara tanpa perlu rasa pelik ataupun terdiam tak tahu nak cakap apabila berbicara mengenai fesyen terkini ataupun minat wanita terbaru. Ataupun paling mudah dikesan kalau mereka jenis lepak minum kopi di Starbucks berbanding kedai mamak sambil membaca majalah. 

Fakta kelakar pula, mereka ada poster David Beckham dan Cristiano Ronaldo yang ditampal di dinding bilik tidur tapi peliknya poster itu bukan poster mereka beraksi di padang bola sepak sebaliknya gambar mereka bergaya dengan produk ataupun poster daripada majalah. Itu menunjukkan mereka menjadikannya sebagai idola untuk bergaya dan bukan ikon kerana kehebatan di padang. 

Tips-tips menjadi seorang lelaki metroseksual

1. Stail
Lelaki metroseksual mestilah peka dengan perkembangan fesyen terkini. Jadi, untuk menjadi seorang yang arif mengenai fesyen bolehlah mencari majalah berkenaan fesyen dan cuba untuk praktikkan cara bagaimana fesyen itu dapat digayakan dengan sempurna. 

2. Pewangi
Perfume untuk jejaka metroseksual ini sangat penting untuk memberikan lagi semangat dan membangkit aura seksi dalam diri jejaka itu. Pilihlah minyak wangi yang mempunyai haruman sensual, 'oriental' dan 'musky'. Yang paling penting pilihlah yang berkualiti. Jika anda seorang yang gemar aktiviti lasak dan 'outdoor' bolehlah guna minyak wangi yang menyegarkan. 

3. Aksesori
Aksesori itu boleh diibaratkan sebagai teman dan perlengkap untuk meyerlahkan lagi ketampanan dan menarik lagi gaya anda. Tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak, cukuplah hanya dengan seutas jam tangan yang menarik dan eksklusif. Kemudian dengan rantai yang sesuai atau cincin dan gelang boleh menambahkan lagi keyakinan dalam diri anda. Percayalah wanita suka melihat lelaki yang bijak bergaya. 

4. Kasut
Jangan abaikan soal pemakaian kasut. Ia adalah pelengkap kepada gaya yang trendy dan klasik. Namun yang paling penting kasut yang dipakai itu mestilah sentiasa berkilat dan bersih. Tidak guna jika tampil kemas tapi bila melihat bawah (kasut) tidak sesuai, kotor dan buruk. Jadi tidak kisah kasut apa, janji bersih. 

5. Penjagaan wajah
Setelah anda sudah kemas, perkara yang paling utama ialah anda perlu mengekalkan kebersihan kulit wajah anda. Jika ingin nampak kacak dan ranggi setiap hari, keluarkan sedikit modal untuk membeli produk penjagaan wajah seperti pencuci muka, penyegar dan pelembap. 

6. Grooming

Sebelum mengenakan pakaian yang smart dan kasual, anda perlu melakukan sedikit 'make over' pada soal rambut dan imej muka. Kalau boleh potongan rambut perlulah kemas, disisir rapi ke tepi dan cukurlah segala jambang dan misai untuk kelihatan seorang lelaki yang bersih dan metroseksual. 


Kekasihku metroseksual

Sebenarnya tak ada masalah jika teman lelaki atau suami anda seorang lelaki metroseksual. malah, ia adalah suatu berita gembira bagi anda. banyak kelebihan yang anda dapat jika bersama dengan lelaki metroseksual ini. tidak semestinya lelaki metroseksual ini bukan lelaki sejati. metroseksual adalah 'saguhati' bagi mereka yang bergelar lelaki. sepatutnya kamu perlu gembira mempunyai kekasih hati jenis lelaki metroseksual memandangkan mereka lebih romantis dan bijak mengambil hati kamu. rasanya, semua perempuan menginginkan kekasih yang romantik kan? 

Selain itu, mereka ada banyak lagi kelebihan istimewa yang patut kamu hargai. Antaranya;

1. Teman membeli-belah
Sering kelihatan di kawasan beli-belah dengan wanita sibuk berbelanja sakan dalam premis manakala pasangan mereka pula setia menunggu di luar. Bukan semua lelaki boleh melayan kerenah anda tatkala cerewet memilih barangan sehingga berjam lamanya. Lain pula halnya jika kekasih kamu itu dalam kalangan lelaki metroseksual. Mereka tidak kisah untuk menunggu, malah sanggup menemani serta memberi pandangan mengenai pilihan anda.

2. Dua jam untuk bersiap?
Mereka tidak pernah merungut jika anda bersiap dalam masa lama hanya untuk makan malam di kedai mamak berhampiran. Mereka juga apa kurangnya tatkala menghias rambut supaya sentiasa kelihatan kemas ketika bersama kamu.

3. Penyuntik semangat peribadi 
Sanggupkah kamu untuk mempunyai kekasih yang jauh lebih kemas dan sihat tubuh badannya daripada diri kamu sendiri? Dengan dia di sisi, kamu akan cuba sehabis baik untuk tampil seiring dengan si dia. Secara tidak langsung, ia dapat membakar semangat kamu untuk jadi lebih baik dengan mengawal pemakanan seharian, bersenam untuk tubuh badan yang lebih menarik serta tampil dengan gaya yang sedap mata memandang.

4. Lebih banyak persamaan 
Kebiasaannya, lelaki metroseksual gemar perkara yang berkaitan dengan seni, muzik dan fesyen. Dia boleh menjadi teman baik kamu untuk melakukan hobi kalian bersama. Tiada lagi keluhan dan rasa tidak puas hati sebelah pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan lokasi bertemu janji.

5. Wangi 
Sesetengah lelaki memandang enteng perihal kebersihan serta penampilan diri dan ini yang menjadikan perasaan kurang senang bersarang dalam hati pasangan mereka. Sebagai contoh, bau badan yang ketara tanpa palitan wangian benar-benar mengganggu fokus ketika ‘dating’. Tetapi jika berdamping dengan kekasih metroseksual, kamu anda seakan sentiasa mahu mendakapnya dengan wangian yang begitu menyenangkan justeru membangkitkan rasa selesa.

sumber: harian metro

secara kesimpulannya, masih lagi terdapat perbezaan lelaki biasa dengan lelaki metroseksual pada zaman teknologi ini. ia masih dapat dibezakan melalui perwatakan dan penampilan diri seseorang lelaki itu. tapi, itu bukan syarat utama untuk kita mengadili semua lelaki. terpulang pada kaum wanita untuk memilih lelaki bagaimana yang diinginkan untuk menjadi pasangan hidup. lain orang, lain caranya, bukan?


lovenota 1: cukuplah saya memilih seorang lelaki yang bersederhana
lovenota 2: ada tak yang mengaku dia lelaki metroseksual? komen sikit :)

Read More »

Tahniah Manchester City!


Manchester City merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris kedua dalam tempoh tiga tahun selepas menang 2-0 ke atas West Ham malam tadi sekali gus membuatkan pasukan di tangga kedua, Liverpool terpaksa berpuas hati dengan naib juara. Manchester City, Liverpool dan Chelsea layak secara automatik ke Liga Juara-Juara musim depan manakala Arsenal pula terpaksa mengharungi pusingan kelayakan sebelum boleh mara ke peringkat kumpulan saingan tertinggi Eropah itu. 

Manchester City mengumpul 86 mata diikuti Liverpool (84), Chelsea (82) dan Arsenal (79). Tiga pasukan terbawah, Norwich, Fulham dan Cardiff tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan.

Pemenang Kasut Emas - Luis Suarez

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho mendakwa pemilihan penyerang Liverpool, Luis Suarez sebagai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sebagai tidak layak dan satu kesilapan. Suarez mengharungi penggantungan 10 perlawanan kerana menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic musim lalu. Namun kemenangannya berdasarkan pemilihan kedua-dua Persatuan Pemain-Pemain Profesional Inggeris dan Persatuan Penulis Bola Sepak Inggeris. 



lovenota 1: suka la si Papa Meow tu. City menang kan? :P
lovenota 2: minat bola tapi jarang tengok. tapi bila dah start tengok, mata tak lekang dari tv sampaikan orang sebelah pun buat tak tahu..hehe :D


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®