Sunday, November 02, 2014

Shinichi di blog Aina Akmal


konnichiwa!! 
wahhh! Shinichi Kudo in Aina Akmal's house!

memang tak boleh blah kali nie. 
menggunakan shinichi kudo @ boifren akak sebagai penghias blog dier. 


mana boleh!! 
*sebagai balasan, akak curik gambar dari blog aina..hahahaha XD*

akak sebagai Ran nak merajuk! hahaha



okay, saya memang peminat tegar Shinichi Kudo dan Conan Edogawa. 
saya pengumpul komik Detective Conan. 
drama-drama pun ade. filem? setiap tahun tonton. 

paling suka tengok, conan dengan haibara. 
extra cute meh! 
kawa-ii! 

selalu berharap kalau shinichi akan couple dengan haibara. 
tapi, macam tak mungkin je kan? hihi


this is my boyfriend. hensem kan? 

larik! kbai!


lovenota : 'dah besar tengok kartun lagi?' pedulikk la orang nak kata!

Read More »

Mati Dengar Lagu di Telefon Bimbit


Rebah Dengar Lagu


telefon bimbit @ handphone meletup


Serian: Seorang pelajar lelaki maut selepas disambar petir ketika mendengar lagu menggunakan fon telinga yang disambungkan ke telefon bimbit dalam kejadian di rumahnya di Kampung Murud, di sini, kelmarin. 

Bartholomew Robert, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taiee, dilaporkan disambar petir ketika berada di ruang tamu rumahnya, jam 6.30 petang. 

Sumber berkata, sebelum itu, mangsa dipercayai menggunakan fon telinga untuk mendengar lagu melalui telefon bimbit. "Ketika kejadian, cuaca buruk dengan kilat serta hujan, sebelum menyambar peranti digunakan mangsa. Ini menyebabkan mangsa rebah dan tidak sedarkan diri. Kejadian berlaku di hadapan ibu bapa serta ahli keluarga mangsa yang bergegas membawanya ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia," katanya. 

sumber : Harian Metro

****

Bahaya menggunakan telefon bimbit @ handphone anda semasa dicas tak kira semasa hujan ribut petir atau tidak. sebabnya, kita sekarang sedang mengendalikan barang -barang elektrik yang memang berbahaya. so, saya nak pesan pada semua kawan-kawan termasuk pada diri saya sendiri: 
  • jangan berborak atau bersembang semasa telefon bimbit sedang dicas. ada kes di mana telinga terkena letupan handphone semasa sedang on call. pastikan bateri penuh dahulu, lepas tu nak sembang sampai subuh pun tak apa. 
  • jangan jawab panggilan telefon atau incoming call semasa sedang dicas. kalau nak jawab juga, tanggalkan atau matikan charger dahulu sebelum menjawab. 
  • jangan biarkan anda cas telefon bimbit semalaman atau terlalu lama. kalau bateri terlalu panas, boleh menyebabkan meletup. 
  • jangan letakkan telefon bimbit di sebelah anda semasa sedang dicas. kalau anda ingat ada kes di mana tiba-tiba handphone meletup semasa sedang dicas. innalillah.
  • jangan menggunakan telefon bimbit semasa sedang dicas. seperti berita di atas, guna headphone semasa tengah charge. apabila aliran arus yang terlebih disebabkan petir tersebut sampai ke otak manusia, innalillah la ye. sama la kalau korang update blog guna handphone semasa sedang dicas, elakkan ye :)


lovenota : handle with care :D 

Read More »

Separuh Akhir Muzik Muzik ke-29




Telah diumumkan 30 lagu yang layak untuk bersaing dalam peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik ke-29. 10 lagu akan bersaing pada setiap minggu di mana persaingan akan berlangsung pada 14, 21 dan 28 November 2014. Tarikh Anugerah Juara Lagu ke-29 masih belum diberitahu lagi.
senarai penuh 30 lagu yang bertanding dalam separuh akhir Muzik Muzik ke-29. 
14 November 2014
1. Akhir Penantianku (Alif Satar) 
2. Gilalah (Stacy) 
3. Cinta Tak Pergi (Yana) 
4. Romancinta (Mojo) 
5. Cinta Makrifat (Ronnie & Marsha) 
6. Hilang (Najwa Latiff) 
7. Si Putih Si Merah (Black & RJ) 
9. Dunia & Syurga (Akim Ahmad) 
10. Malaikat (Hazama) 
21 November 2014
1. Dipintu Syurga (Dayang Nurfaizah) 
2. Rindukanlah (Encik Mimpi) 
3. Ayuh Tinggalkan Dia (Encik Mimpi) 
4. Aku Juga Manusia (Amir Jahari) 
5. Dia Yang Kau Pilih (Faizul Sany) 
6. Matahari (Hafiz) 
7. Gadis Jolobu (Dato Hattan & Waris) 
8. Arjuna Beta (Fynn Jamal) 
9. Pasti Sempurna (Kristal & Ronnie) 
10. Kau Pergi Jua (Iamneeta & Najwa Latiff) 
11. Infiniti Cinta (Zizan & Kaka)
28 November 2014
1. Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun) 
2. Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search) 
3. Mewangi (Akim And The Majistret) 
4. Percayalah (Indah Ruhaila) 
5. Sesal Separuh Nyawa (Alyah) 
6. Al Haq Yang Satu (Mawi & Dato AC Mizal) 
7. Lelaki (Yuna) 
8. Tak Pernah Berjumpa (Forteen) 
9. Apa Khabar (Joe Flizzow & SonaOne)


Lagu yang best-best belaka. baru ada feel nak tonton. :D


Read More »

Anugerah Festival Filem Malaysia 26

Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia 26 (FFM26)


Anugerah Festival Filem Malaysia ke-26


Senarai penuh pemenang bagi 20 anugerah utama yang disampaikan pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) yang diadakan di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad di Seremban, Negeri Sembilan:

1. Filem Terbaik - KIL (Primeworks Studio (Grand Brilliance) : Nik Amir Mustapha

2. Pengarah Terbaik - Nik Amir Mustapha (KIL)

3. Pelakon Lelaki Terbaik - Rusdi Ramli (Tanda Putera)

4. Pelakon Wanita Terbaik - Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)

5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Datin Paduka Umie Aida (Sembunyi : Amukan Azazil)

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Datuk Rosyam Nor (KL Gangster 2)

7. Lakon Layar Terbaik - Nik Amir Mustapha (KIL)

8. Cerita Asal Terbaik - Mamat Khalid (Rock Oo)

9. Pelakon Harapan Wanita - Cristinne Suzanne (KIL)

10. Pelakon Harapan Lelaki - Zul Ariffin (Penanggal)

11. Sinematografi Terbaik - Raja Mukhriz (Penanggal)

12. Penyunting Terbaik - Syamsul Yusof/ Hisyam Jupri (KL Gangster 2)

13. Kesan Khas Terbaik - Tanda Putera (Pesona Pictures)

14. Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik - Paper Moon (Double Vision/ Astro Shaw/ Passion Entertainment)

15. Filem Box-Office 2013 - Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (Keuntungan sebanyak RM5.9 juta dalam masa dua minggu tayangan)

16. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Wanita - Datuk Rosnani Jamil

17. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki - Datuk Rahim Razali

18. Anugerah Khas Juri - Tanda Putera (Mengangkat elemen patriotik)

19. Anugerah Khas Juri - PaperMoon (Mengangkat elemen budaya tempatan)

20. Anugerah Khas Juri -  Kolumpo (Mengangkat isu semasa)

21. Pengarah Harapan - Ellie Suriaty (Penanggal)


Filem KIL


Read More »

Pahang Juara Piala Malaysia 2014


piala malaysia pahang vs jdt


Pahang pertahan mahkota kejuaraan Piala Malaysia

  
Pahang gah mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Terdahulu kedua-dua pasukan finalis itu terikat 2-2 sekalipun selepas tamat masa tambahan permainan.


keputusan sepakan penalti pahang-jdt


Sepakan penalti pertama Pahang yang dilakukan Md Razman Roslan. JDT 0-1 Pahang

Sepakan penalti pertama JDT oleh Luciano Figueroa. JDT 1-1 Pahang

Sepakan penalti kedua Pahang dijaringkan oleh Damion Delano Stewart. JDT 1-2 Pahang

Sepakan penalti kedua JDT dijaringkan Jorge Pereyra Diaz. JDT 2-2 Pahang

Sepakan penalti ketiga Pahang dijaringkan Md Shahrizan. JDT 2-3 Pahang

Sepakan penalti ketiga JDT dijaringkan Harris harun. JDT 3-3 Pahang

Sepakan penalti keempat Pahang dijaringkan Zeshan Rehman. JDT 3-4 Pahang

Sepakan penalti keempat JDT gagal dijaringkan Mat Yo.

Sepakan penalti ke-5 Pahang dijaringkan Hafiz Kamal. JDT 3-5 Pahang




Kerajaan Pahang umum cuti Isnin sempena menang Piala Malaysia

  
KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri Pahang mengumumkan Cuti Peristiwa sehari pada Isnin, 3 November 2014 sebagai menghargai kemenangan skuad bola sepak negeri menjuarai Piala Malaysia 2014.

Beliau berkata, pengumuman itu dibuat dengan mengambil kira bahawa permainan bola sepak adalah permainan rakyat.

"Menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun," katanya menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) sebentar tadi.

Menteri Besar bagaimanapun mengingatkan semua pegawai dan guru yang terbabit dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula Isnin ini pada 3 November hendaklah meneruskan tugas seperti biasa.

"Semua pelajar yang terbabit juga mesti menduduki Peperiksaan SPM," katanya.


Pahang berjaya mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

******


Fine, tak dapat dengar Dato' Siti Nurhaliza nyanyi karaoke karen. cess!

Btw, tahniah pada pasukan Pahang kerana masih menjadi Juara Piala Malaysia dengan jaringan 5-3. JDT kalah la pulakss :P


Untunglah siapa-siapa yang duduk Pahang, dapat cuti hari Isnin~


lovenota : tak sempat nak BW hari nie. penat, baru balik dari dating..hehe. esok la yer geng :D

Read More »

Saturday, November 01, 2014

Avengers: Age of Ultron



Avengers: Age of Ultron - extended official teaser trailer


Avengers: Age of Ultron





Sinopsis:

In The Avengers: Age of Ultron Earth’s Mightiest must reunite and work with newcomers Quicksilver and Scarlet Witch to battle new antagonist Ultron, who receives an all-new origin story, while dealing with a new level of inner conflict amongst the team. Quicksilver & Scarlet Witch may not necessarily agree with The Avengers and Tony Stark may be responsible for the creation of the new villain.

***

tak sabar nak tunggu Filem Avenger yang kedua nie
kalau tengok trailer memang banyak aksi.

yang kelakarnya, semua orang cuba angkat hammer Thor. kalau korang perhati, Captain Amerika hampir-hampir dapat angkat hammer tu. itu bermaksud Captain Amerika kuat dari yang lain..yeke..hihi..alah, cerita je ponn :P

kalau semua hero Marvel, iaitu Captain America, Iron Man, Thor, Hulk, Loki digantikan dengan Heroin, agak-agak korang boleh terima tak? cuba tengok gambar nie:


heroin marvel

awesome tak? macam best jugak kan?
dan rasanya makin ramai lelaki yang berpusu-pusu di pawagam..hehe XD

the avengers


Avenger: Age of Ultron akan ditayangkan pada 30 April 2015 pada tahun depan
tak sabarnya!


lovenota: semua filem keluaran Marvel saya tonton :D

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®