Saturday, December 24, 2016

Nahas Bas Ekspress Pagoh Menjelang Krismas


Esok (25 Disember 2016) adalah cuti perayaan Krismas dan secara kebetulannya hari perayaan itu jatuh pada hari Ahad. So, pekerja perkhidmatan awam akan bercuti pada hari Isnin. Oleh disebabkan itulah juga orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Jalan raya menjadi semakin sibuk, aliran trafik menjadi semakin perlahan dan sesak di beberapa kawasan lebuh raya seperti di lebuh raya Seremban. 

Yang menjadi mimpi ngeri apabila kemalangan menghiasi slot berita pada hari ini. Ya, berita mengenai nahas bas di Pagoh di mana sebuah bas ekspress terbabas dan jatuh ke dalam cerun sedalam 10 meter pada jam 3.43 pagi di Kilometer 137.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Kampung Jayor, Jalan Kangkar Senangar, Johor. Seorang pemandu dan 13 penumpang bas ekspres maut, manakala 16 orang penumpang lagi cedera parah pada bahagian badan. 


Gambar kemalangan nahas bas ekspress 


Polis pun sudah mengesahkan jumlah kematian terkini dalam nahas bas ekspres kira-kira jam 3.25 pagi itu ialah seramai 14 orang iaitu 10 perempuan termasuk kanak-kanak dan empat lelaki. 16 penumpang lain cedera membabitkan tujuh lelaki warga tempatan, enam warga Singapura dan dua lelaki Myanmar dan seorang lagi wanita yang belum dikenal pasti identitinya.


Hasil siasatan awal, dipercaya bas ekspres Alisan Golden Coach dari JB Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan Kuala Lumpur, itu terbabas ke kiri jalan dan mempunyai kesan tayar pada tanah sejauh 150 meter tanpa kesan brek. Ia kemudian melambung dan terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 10 meter sebelum terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayor. Semua yang maut adalah penumpang yang duduk di bahagian hadapan bas berkenaan.



Senarai penumpang yang maut:
1. Mohd Hisham Wahab (34) (Malaysia) 
2. Nor Saidatul Akmal Idris (21) (Malaysia) 
3. Norfazillah Abu Bakar (33) (Malaysia) 
4. Jasmine Kaur (Malaysia) 
5. Palani Govindasamy (32) (Malaysia) 
6. V Renugah (26) (Malaysia) 
7. Nur Amira Izzaty Mohd Razip (22) (Malaysia) 
8. Abdullah Hadi Yusof (Pakistan) 
9. Wong Koh Chan (32) (Malaysia) 
10. Zakeer Zubir (32) * Pemandu bas (Pulau Pinang, Malaysia) 
11. Nur Natasya Zahara Zakeer (1) (anak kepada pemandu bas) 
12. Au Poi Kiew (38) - (Malaysia) 
13. Hamimah Mammu (Singapura) 
14. Hazimah Mustafa (Singapura) 

Senarai mangsa cedera
1. Muhammmad Hilmi (Singapura) 
2. Mustafa Yasin (Singapura) 
3. Govinda Raj (Singapura) 
4. Mohd Syed (Singapura) 
5. Alifah Mohd Said (Singapura) 
6. Muhammad Fitri (Singapura) 
7. Muhamad Juhaify Zakaria (Malaysia) 
8. Muhammad Syafiq (Malaysia) 
9. Mohamed Taufik (Malaysia) 
10. Cyril Joseph ((Malaysia) 
11. R. Nagadevan (Malaysia) 
12. Kesavan (Malaysia) 
13. Muhammad Abdullah (Malaysia) 
14. Zaw Oo (Myanmar) 
15. Ralza Uk (Myanmar) 
16. Wanita (identiti belum dikenal pasti).


Lihatlah keadaan bas express selepas nahas tersebut. Sayu melihat keadaan bas tersebut yang sudah tinggal rangka sahaja. Kalau bas pun dalam keadaan sebegini, bagaimana pula keadaan mangsa? Wallahu'alam, tak dapat saya nak bayangkan. 

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen operasi Goldstar Express (M) Sdn Bhd, syarikat pengendali bas ekspres Alisan Golden Coach yang terbabit dalam nahas tersebut. 

Pemandu kedua, Mohamad Saufee yang ditugaskan bersama pemandu utama bas ekspres tidak berada dalam kenderaan itu ketika kemalangan. Pemandu kedua itu dikatakan diturunkan selepas bas keluar dari Terminal Bas Sungai Nibong, Bayan Lepas, Pulau Pinang, sehari sebelum kejadian berkenaan.

Ketua Penyelia Wilayah Selatan Goldstar Ekspres (M) Sdn Bhd, Steven Chong, berkata syarikat itu sedang menyiasat perkara berkenaan berikutan pemandu kedua disahkan sudah berada di dalam bas sebelum kenderaan itu keluar dari terminal berkenaan. Syarikat bas sedang mengesan Mohamad Saufee, yang sehingga kini belum menghubungi syarikat.

Terdapat dakwaan pemandu bas ekspres terbabit nahas dekat Muar itu hanya tidur tiga jam sebelum memulakan pemanduan, sekali gus berkemungkinan keletihan ketika memandu.

Sumber: Berita Harian

Mungkin pemandu tersebut mengantuk agaknya. Kita pun tidak tahu punca sebenar kejadian tersebut. Bila polis mengatakan tiada kesan brek sejauh 150 meter tu, berkemungkinan selepas tersedar dia menjadi panik. Apabila manusia panik, kita akan melakukan tindakan luar kawalan. Berkemungkinan dia tak sempat nak tekan brek, kemungkinan juga salah tekan, mungkin terus tekan minyak. sebab tu saksi nampak bas tersebut dipandu dengan sangat laju. 

Seperti pengalaman saya sendiri, semasa kemalangan dulu sewaktu hujan lebat turun, bila tersedar tayar dah cecah rumput, bukan nak brek tetapi makin laju lagi saya tekan minyak. itu yang dinamakan tindakan luar kawalan. bila tersedar dah kemalangan tu baru terfikir, kenapa tak tekan brek? wuuu~

Kawasan kemalangan lain juga berlaku di Jalan Tampin-Gemas, di tempat saya sendiri. Empat sekeluarga termasuk dua bayi kembar berusia satu tahun maut dalam kemalangan membabit dua kenderaan. Dalam kejadian jam 3.20 petang tadi, kereta Proton Saga yang dinaiki enam sekeluarga dipercayai terbabas sebelum melanggar sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki yang berusia 62 tahun yang datang dari arah bertentangan. 



Jika dilihat pada gambar, saya cam jalan tersebut. kawasan jalan tersebut selalu menjadi kawasan kemalangan. ini sebenarnya jalan lurus, jalan yang selalu saya tempuh jika balik kampung ke Port Dickson. tapi wallahu'alam, takdir Allah SWT.


lovenota: berhati-hati di jalan raya. ingatlah pada orang yang tersayang


Bayaran Khas Tahun 2016


Tarikh pembayaran bonus bagi kakitangan awam kerajaan dan pesara kerajaan sudah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) pada 11 November 2016 yang lalu. Pembayaran Bonus ini dilaksanakan selaras dengan keputusan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri tempoh hari.


PP Bil. 10/2016 Bayaran Khas Tahun 2016

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan memberi Bayaran Khas Tahun 2016 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Kerajaan telah membuat keputusan supaya Bayaran Khas Tahun 2016 dibayar sebagai penghargaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Bayaran Khas Tahun 2016 ini diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat pada tahun 2016 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.


Kadar Bayaran Khas Tahun 2016 
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan: RM 500.00
  • Pesara Kerajaan yang menerima pencen: RM 250.00

Bayaran Khas Tahun 2016 akan dibayar pada 3 Januari 2017.


muat turun pekeliling : Bayaran Khas Tahun 2016


lovenota : syukur, alhamdulillah. daripada tak dapat, dapat nie pun mujur la!


Sijil Matrikulasi KPM Sudah Diiktiraf



Berita baik kepada pelajar-pelajar matrikulasi. Sijil Matrikulasi KPM sudah diiktiraf dan boleh digunakan untuk memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam iaitu kerja kerajaan seperti pelajar-pelajar lepasan STPM. Pengiktirafan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017. Ini bermakna lepasan matrikulasi siri 2016/2017 dapat sijil matrikulasi yang sah. 


Untunglah! Masa zaman saya sekitar siri 2005/2006 dapat sijil kertas biasa je pon~


Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016

Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan Pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam

Kerajaan telah bersetuju supaya pelajar lulusan Program Matrikulasi KPM yang dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM diberi peluang untuk memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Sehubungan itu, peringkat kemasukan bagi pemegang kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ke dalam Perkhidmatan Awam ditetapkan pada Gred 29 dalam skim perkhidmatan berkaitan.

Calon yang memiliki Sijil Matrikulasi KPM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana di Gred 29 yang bersesuaian. Gaji Permulaan bagi kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ditetapkan bersamaan dengan gaji minimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum skim perkhidmatan berkaitan. Senarai skim perkhidmatan dan penetapan gaji permulaan adalah seperti di Lampiran A

Senarai 39 skim perkhidmatan di Gred 29 dan penetapan gaji permulaan melibatkan perkhidmatan:

1. Bakat dan Seni (Gred B29) - Gaji Permulaan: RM 1,499.00
  • Artis Budaya
  • Jurufotografi
  • Penerbit Rancangan
  • Ahli Muzik
  • Pegawai Kebudayaan
  • Pereka

2. Sains (Gred C29) - Gaji Permulaan: RM 1,505.00
  • Penolong Pegawai Geosains
  • Penolong Pegawai Meteorologi
  • Penolong Pegawai Sains
  • Penolong Pegawai Makmal Filem

3. Ekonomi (Gred E29) - Gaji Permulaan: RM 1,493.00
  • Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
  • Penolong Pegawai Perangkaan

4. Pertanian (Gred G29) - Gaji Permulaan: RM 1,494.00
  • Penolong Pengurus Taman / Ladang

5. Keselamatan dan Pertahanan Awam (Gred K29) - Gaji Permulaan: RM 1,493.00
  • Penolong Pegawai Keselamatan
  • Penolong Pegawai Pertahanan Awam
  • Penolong Penguasa Penjara
  • Penolong Pegawai Penguat Kuasa
  • Penolong Penguasa Imigresen
  • Penolong Pegawai Pendaftaran

6. Perundangan dan Kehakiman (Gred L29) - Gaji Permulaan: RM 1,513.00
  • Jurubahasa

7. Pentadbiran dan Sokongan (Gred N29) - Gaji Permulaan: RM 1,493.00
  • Penolong Pegawai Tadbir 
  • Penolong Pegawai Penerbitan
  • Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
  • Penolong Pengurus Asrama
  • Penghulu
  • Penolong Pentadbir Tanah

8. Penyelidikan dan Pembangunan (Gred Q29) - Gaji Permulaan: RM 1,496.00
  • Penolong Pegawai Penyelidik

9. Sosial (Gred S29) - Gaji Permulaan: RM 1,493.00
  • Penolong Pegawai Arkib
  • Penolong Kurator
  • Penolong Pustakawan
  • Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
  • Penolong Pegawai Belia dan Sukan
  • Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Penolong Perancang Bahasa
  • Penolong Pegawai Kesatria
  • Penolong Pegawai Antidadah
  • Wartawan

10. Kewangan (Gred W29) - Gaji Permulaan: RM 1,498.00
  • Penolong Penguasa Kastam





Anda boleh juga muat turun / download surat pekeliling kelayakan sijil matrikulasi dengan menekan link di bawah:



Ini bermakna kepada pelajar-pelajar bakal lepasan matrikulasi tahun hadapan yang ingin merasai dunia pekerjaan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, anda boleh dan layak memohon kerja seperti yang disenaraikan. Jika masih tiada panggilan UPU dari mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk menyambung pelajaran anda, boleh juga anda memohon di antara 39 jenis pekerjaan yang telah disenaraikan di atas. Serba sedikit dapat juga pengalaman bekerja.

Bagi bekas pelajar matrikulasi yang ingin mendapatkan sijil matrikulasi KPM, anda juga boleh mendapatkannya dengan merujuk kepada link di bawah. Isi borang yang telah anda download kemudian hantar semula ke KPM melalui pos ke Bahagian Matrikulasi atau email ke sijil.matrikulasi@moe.gov.my
Semoga Berjaya!


lovenota: untunglah budak matrikulasi sekarang nie kan~


Tuesday, December 20, 2016

PT3 2016: Keputusan Sains Teruk


Keputusan PT3 2016 sudah diumumkan secara rasminya semalam. Yang menjadi trending adalah subjek Sains. Rata-rata pelajar yang miss cemerlang adalah disebabkan subjek Sains. Ada pelajar yang mendapat keputusan 9A1C, yang mana gred C itulah matapelajaran Sains. Sehinggakan ada beberapa ibubapa yang ingin membuat penyemakan semula kertas peperiksaan tersebut walhal kertas itu sudah pun disemak oleh Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw). 





Sumber: Oh! Bulan

Bila keadaan sudah menjadi begini, ramai pula pelajar kita yang takut nak ambil aliran Sains Tulen di tingkatan 4 kerana takut tak boleh "bawa". Saya mengalaminya sendiri pada tahun ini walhal pelajar itu mendapat A atau B dalam peperiksaan PT3 pada tahun lepas. Katanya takut gagal. Tapi saya tidak boleh memaksa, itu kehendak masing-masing. 

Kemudian, mengenai pemilihan blok soalan. Seperti yang sedia maklum, soalan peperiksaan PT3 dipilih melalui 3 blok. Bermakna setiap sekolah mempunyai soalan yang berbeza-beza berdasarkan pada pemilihan tersebut. Yang menjadi isunya ialah nombor soalan yang sama pada setiap blok tetapi mempunyai aras kesukaran yang berbeza-beza. Ini menimbulkan ketidakpuasan kepada guru-guru apabila mengetahui isu tersebut. 

"Bolehlah dapat keputusan sains ok. sekolah kau dapat soalan banyak dari blok 1. Soalan blok 1 senang kot. Aku dapat soalan banyak dari blok 3. Semuanya susah!"

Saya lebih suka pada peperiksaan berpusat seperti sebelum ini dan seperti peperiksaan SPM daripada soalan pemilihan blok-blok ini supaya peperiksaan dapat dijalankan dengan adil dan saksama bagi semua orang. Kekalkan konsep PT3 tetapi peperiksaan mestilah setara. Selepas itu, kita tidak lagi akan mendengar ketidakpuasan guru-guru dan ibubapa pelajar. 

Penerangan di bawah ini saya dapat dan dah minta izin pada sahabat saya sendiri, Cikgu Nik Thaqif untuk copy dan sebarkan supaya semua masyarakat dan pelajar-pelajar PT3 memahami kenapa keputusan PT3 Sains teruk pada tahun ini. 

Sedikit tentang Sains PT3 sebagai subjek pembunuh! ('Killer subject').  
1. Pertama sekali, jangan sesekali bandingkan PT3 dengan PMR. Dapat A untuk Sains ketika PMR belum tentu A untuk format PT3. Antara bezanya selain penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT/HOTS) ialah markah 100% terdapat dalam soalan (14 soalan bersamaan 100 markah). Setiap kesalahan akan mengurangkan markah sebagai mana format badminton 21 mata, setiap kesalahan menyumbang mata kepada pihak lawan.  
2. Merujuk kepada soalan PT3 Sains 2016; soalan 1 hingga soalan 10 merupakan keseluruhannya adalah soalan kemahiran berfikir aras rendah (KBAR/LOTS) yang melayakkan mana-mana calon untuk lulus dengan baik sekiranya mampu menjawab soalan pada bahagian ini. 10 soalan pertama ini hanya berada pada tiga aras bawah di dalam Taksonomi Bloom (semakan Anderson). Cuma ada 3 atau 4 soalan kecil yang diselitkan sedikit elemen berfikir untuk menyelesaikan masalah. 
3. Soalan 11 hingga soalan 14 pula merupakan soalan kemahiran beraras tinggi (KBAT) yang memerlukan calon bukan sahaja menghafal bahkan kena faham konsep dan aplikasikannya pada situasi yang lain serta menilai aplikasi tersebut. Semestinya soalan ini agak susah bagi calon (bahkan bagi guru / pentaksir juga!) kerana soalan sebegini tidak pernah dibincang secara terus di dalam kelas. Hanya saja pernah dibincangkan secara teori dan mungkin faham mengenai konsepnya sahaja. Cuma calon perlu naik satu atau dua aras lagi iaitu aras menilai dan mencipta. Di sinilah calon-calon kehilangan banyak markah, ditambah pula dengan kecuaian, kegopohan dan lupa asas sains pada kedua-dua bahagian soalan. Itu belum dikira calon yang sudah awal-awal lagi mengangkat 'bendera putih'. 
4. Cuma harapan saya agar soalan berbentuk KBAT ini dilonggarkan sedikit skema pemarkahannya kerana sistem pendidikan bermazhabkan konstruktivisme ini meraikan idea awal (miskonsepsi, pengetahuan alternatif, pengalaman dll) murid untuk dibincangkan. Maka tentu saja calon mempunyai 1001 idea yang mana belum tentu salahnya. Menggunakan alasan "menurut kehendak Ketua Pemeriksa" akan merugikan idea murid tersebut. Inilah point terpenting untuk saya sampaikan. 
5. Maka, lagi sekali pihak sekolah juga tidak boleh membandingkan pencapaian PT3 dengan PMR untuk menilai asas sains yang dimiliki murid (mungkin untuk kemasukan ke aliran Sains). Berani saya katakan, jika calon PT3 Sains menjawab soalan berformat PMR pastinya keputusannya lebih baik 
6. Justeru, begitulah tujuan pentaksiran sememangnya untuk mendiskriminasikan murid yang mana murid sederhana dan yang mana murid baik dan cemerlang. Dengan pelbagai sumber ilmu pengetahuan yang dapat membantu PdP di sekolah, maka bilangan murid cemerlang semakin ramai. Dalam sekian ramai yang cemerlang itu, manakah yang cemerlang, cemerlang tertinggi atau mungkin ada cemerlang 'tahap dewa'. Itulah antara tujuan KBAT diperkenalkan, untuk mengenal pasti murid yang betul-betul cemerlang bukan sahaja hafalan semata-mata bahkan memahami konsep untuk diaplikasi dan menilai idea. Sama juga, SPM dahulu ada A1 dan A2, sekarang ada tiga peringkat A (A+, A dan A-). 
7. KBAT bukanlah bermaksud soalan susah, bukan juga bermaksud soalan perangkap tetapi kriterianya mengikut tahap taksonomi dengan adunan elemen pentaksiran yang boleh difahami murid. 
Sekian, terima kasih. (Sekadar pandangan seorang pentaksir sains PT3 yang masih baharu dalam dunia ini)

Seterusnya, berbekalkan dengan keputusan PT3, anda kena fikirkan pakej @ aliran apa yang anda akan pilih untuk masuk ke tingkatan 4 tahun hadapan. Aliran sains? Aliran akaun? Aliran sastera? Runsing? 

Rujuk link ini: Aliran Sastera VS aliran Sains


lovenota: redha jelahh.


Monday, December 19, 2016

Aliran Sastera VS Aliran Sains


SELEPAS PEPERIKSAAN PT3, PILIHAN ANTARA ALIRAN SASTERA VS ALIRAN SAINS, MANA LEBIH BAIK?



Selepas keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), ramai pelajar akan mengalami masalah untuk memilih aliran yang akan diambil semasa menyambung pelajaran ke tingkatan 4 kelak. Pemilihan kelas aliran Sastera mahupun aliran Sains sebenarnya akan menentukan hala tuju dan masa depan pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seterusnya menceburi alam pekerjaan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa beza kedua-dua aliran ini dan mana yang lebih penting.

Aliran Sastera atau Sains, kedua-duanya perlu seiring dengan minat dan kemampuan pelajar untuk mendalami ilmu yang dipilih. Keputusan PT3 digunakan sebagai kelayakan untuk memasuki aliran sastera mahupun sains ketika di tingkatan empat dan lima.

Tolak tepi tanggapan kebanyakan orang ramai yang menganggap aliran Sastera adalah terdiri dari pelajar yang kurang cemerlang atau pelajar lemah manakala aliran Sains adalah untuk pelajar cemerlang saja. Sebenarnya kedua-dua aliran ini mempunyai keistimewaan dan kepentingan tersendiri.

Hakikatnya, kaedah pelajar cemerlang di dalam subjek Matematik dan Sains sebagai syarat masuk aliran Sains sudah tidak relevan untuk masa sekarang. Ada juga pelajar yang bijak Matematik dan Sains memilih aliran Sastera kerana minat untuk mendalami dunia kesusasteraan.

Istimewanya aliran sains, peluang untuk ke peringkat matrikulasi dan asasi sains seterusnya ke universiti amat cerah. Ini kerana lebih 80% kursus pengajian lepasan SPM dalam UPU adalah dalam untuk aliran sains. Antara mata pelajaran yang akan dipelajari dalam aliran sains ialah Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan.

Syarat Baru Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4 Mulai tahun 2015 berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 22 Tahun 2014:
  • Murid mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam Sains dan Matematik dalam keputusan PT3
  • Murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik
  • Kes Khas : Murid yang mendapat gabungan gred A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik.
  • Murid yang dapat gred E dalam mana-mana matapelaran tidak layak masuk aliran Sains

Bagi aliran sastera pula, tidak dinafikan ramai yang memandang rendah kepada aliran ini semasa di peringkat persekolahan. Ayat seperti, "Aku bukan budak bijak, sebab tu aku masuk aliran Sastera," sering dijadikan alasan. Namun begitu ramai yang tidak sedar pelajar aliran Sastera lebih laku dan mempunyai nilai pasaran semasa di alam pekerjaan. Mata pelajaran seperti Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Perdagangan adalah antara mata pelajaran yang mempunyai nilai pasaran tersebut.


Mata Pelajaran Wajib (subjek teras)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris / GCE O Level English
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Sejarah
  • Mathematics / Matematik
  • Science / Sains – Untuk Aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja.

6 jenis aliran yang mungkin terdapat di sekolah anda (bergantung kepada pakej yang ditawarkan di sekolah masing-masing):

1. Aliran Sains Tulen
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Physics / Fizik
  • Chemistry / Kimia
  • Biology / Biologi
  • English for Science and Technology

2. Aliran Sains Tulen Agama
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Physics / Fizik
  • Chemistry / Kimia
  • Biology / Biologi
  • English for Science and Technology
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam (Gambaran Islam)
  • Bahasa Arab Tinggi

3. Aliran Sains Kemanusiaan
  • Additional Mathematics / Matematik tambahan
  • Physics / Fizik
  • Chemistry / Kimia
  • Biology / Biologi
  • English for Science and Technology
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Geografi

4. Aliran Iktisas
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Science / Sains
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam (Gambaran Islam)
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Bahasa Arab Tinggi

5. Aliran Perdagangan
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Additional Science / Sains Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan

6. Aliran Kesusasteraan dan Kesenian
  • Additional Science / Sains Tambahan
  • Geografi
  • Kesusasteraan Melayu
  • Literature in English
  • Kesusasteraan Cina
  • Kesusasteraan Tamil
  • Pendidikan Seni Visual
  • Ekonomi Rumah Tangga
  • Pendidikan Muzik

7. Mata Pelajaran Tambahan (Elektif)
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Bahasa Punjabi
  • Bahasa Perancis
  • Bahasa Iban
  • Pengetahuan Sains Sukan
  • Sains Pertanian
  • Mata pelajaran Teknikal
  • Reka Cipta
  • Teknologi Maklumat

Untuk itu, memang benar, keputusan yang cemerlang seharusnya kita mengambil aliran sains tulen. tetapi bagi saya, anda perlu membuat keputusan dengan sebaik mungkin dengan keluarga ataupun kaunselor untuk mengetahui kemampuan dan keperluan negara ketika ini dan akan datang. Perlu ada keseimbangan dan juga timbang-tara.


Berikut adalah panduan yang boleh kita ambil kira. 

1. Lihat keputusan peperiksaan. 
Kecemerlangan dalam subjek-subjek tertentu menjadi penanda minat dan kelebihan anda pada subjek-subjek tersebut, berbanding dengan yang lain. Tengok jikalau matematik dapat A, kebarangkalian untuk bijak dalam aliran perdagangan. Jika sains anda dapat A, boleh ambil aliran sains tulen. Jika meminati hasil seni, boleh mengambil aliran sastera.

2. Perhatikan minat dan kecenderungan. 

Setiap individu adalah unik dan istimewa, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, ini tergambar dari lahiriah mereka. Aliran yang tepat dapat membantu menggilap bakat dan kelebihan anda.

3. Berbincang hati ke hati dengan keluarga. 

“Abang/kakak nak jadi apa bila besar nanti?” Biarkan mereka bercerita tentang impian dan cita-cita mereka, kita boleh membimbing dengan pertanyaan-pertanyaan yang objektif.

4. Berjumpa dengan Kaunselor sekolah. 

Guru kaunselor adalah sumber yang baik untuk mendapatkan pendapat.

5. Berjumpa dengan ahli profesional. 
Jika anak-anak @ anda sudah mempunyai cita-cita, yang spesifik contohnya, doktor. Aturkan masa yang bersesuaian untuk berjumpa dengan seorang doktor yang boleh memberi gambaran tentang profesionnya, agar anak-anak mendapat gambaran yang jelas, adakah ini jenis pekerjaan yang diminatinya.

6. Beristikharah. 

“Tidak rugi orang yang bermesyuarat, tidak menyesal orang yang beristikharah.”


Pilihlah aliran yang bersesuaian dan tepat kerana ini adalah langkah awal ke masa depan yang cemerlang.

Sejujurnya, tidak kisah aliran apa sekali pun, anda berhak memilih aliran mana yang digemari. Jangan kerana desakan keluarga atau mahu glamour, anda memilih tanpa menyedari kemampuan diri sendiri. Sama ada aliran Sains atau Sastera, kedua-duanya bergantung pada usaha sendiri untuk terus berjaya. Tidak kira anda 'berasal' dari aliran Sastera atau Sains, tidak bermakna anda tidak boleh berjaya dan tidak mempunyai pekerjaan yang baik.

Semuanya bergantung pada usaha dan kerajinan sendiri. Sebagai contoh, jika anda mahu menjadi jurutera, saintis atau doktor, tentunya anda akan berusaha di aliran Sains. Jika pilihan anda untuk bergelar peguam, akauntan atau pereka grafik, tentunya anda akan menghargai aliran Sastera. Kedua-duanya sama penting. Namun, tidak semestinya pelajar dari aliran Sains tidak boleh menjadi anggota polis, bukan?

Aliran Sastera atau Sains, kedua-duanya sama penting di mana bidang yang anda pilih akan memperkenalkan siapa diri anda di dalam status pekerjaan kelak!

Semoga bermanfaat!

Sunday, December 18, 2016

Hala Tuju Selepas SPM


KE MANAKAH HALA TUJU ANDA LEPASAN SPM?

Destinasi Bagi Lepasan SPM
Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari destinasi dan hala tuju kerjaya masing-masing selepas SPM. Sukar untuk membuat keputusan terbaik yang bakal menentukan masa depan anda sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit informasi mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.



1. Universiti
Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM sudah pasti memilih universiti sebagai destinasi pengajian mereka selepas SPM nanti. Jika anda ingin ke universiti, anda haruslah memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana Universiti Awam (IPTA) di Malaysia. Selepas itu anda boleh teruskan pengajian ke peringkat ijazah.

ARTIKEL BERKAITAN -> Cara untuk memohon melalui UPU



2. Program Matrikulasi
Sekiranya anda tidak berjaya mendapat tempat dalam program asasi melalui UPU, anda masih boleh menyambung pengajian asas di kolej-kolej matrikulasi dalam bidang Sains, Perakaunan dan Teknikal. Sama saja dengan program asasi.


Jangka masa program yang ditawarkan ialah Program Satu Tahun (2 Semester) dan Program Dua Tahun (4 Semester).

Aliran Sains:
Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer

Aliran Perakaunan:
Matematik, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi

Aliran Teknikal:
Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, dan Pengajian Kejuruteraan

ARTIKEL BERKAITAN -> Pengenalan Program Matrikulasi

ARTIKEL BERKAITAN -> Sijil Matrikulasi Sudah Diiktiraf

Di samping mata pelajaran bidang pengkhususan, mata pelajaran berikut wajib diambil oleh semua pelajar iaitu Bahasa Inggeris, Kemahiran Dinamika dan Pendidikan Islam/Moral. Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan mengambil satu daripada mata pelajaran kokurikulum berikut sama ada Sukan/Permainan, Persatuan/Kelab atau Kawad Kaki.

Selepas habis program matrikulasi, anda boleh mohon UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda akan memilih kursus untuk pengajian ijazah anda. Ramai pelajar-pelajar dari program matrikulasi yang memperolehi keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka.

ARTIKEL BERKAITAN -> Nak Pilih Diploma ke Matrikulasi?


3. Pengajian Luar Negara
Pelajar-pelajar yang mendapat penajaan biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, USA, Australia, New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan bagi pelajar-pelajar Malaysia.

4. Politeknik



Di politeknik, anda boleh memohon program sijil atau diploma. Terdapat 34 politeknik di seluruh negara yang anda boleh pilih. Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. 

5. Program Teknikal dan Latihan

Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya. Kursus kursus ditawarkan sijil kemahiran dan diploma kemahiran untuk perindustrian terutama di ILP, ADTEC , IKBN boleh menempatkan pelajar ke industri sebaik sahaja tamat pengajian kerana kemahiran yang diperolehi oleh pelajar lulusan institusi kemahiran tersebut khusus di bidang perindustrian. kerana itu walaupun tiga kredit kelulusan SPM untuk syarat umum tetapi tiga kredit itu kebanyakannya untuk kursus teknikal dan sains yg inginkan keputusan Matematik dan Sains / teknikal / ialah kredit. Kursus-kursus yang ditawarkan lebih berfokus mengenai kemahiran tertentu dan ada yang tidak terdapat dalam senarai kursus di Universiti Awam mahupun IPTS bagi kemahiran-kemahiran khusus. Oleh kerana itu lulusan pusat latihan ini mempunyai permintaan di dalam industri. Selain bekerja dalam bidang perindustrian, anda juga boleh menjadi tenaga pengajar di mana-mana kolej teknikal dan vokasional dengan mengambil kursus VTO di CIAST. 




ARTIKEL BERKAITAN -> Sebab memilih bidang Vokasional


6. Kolej-kolej Swasta
Kalau beli surat khabar sekarang ni, ada banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus dan sesuai. Kalau anda mahu teruskan pengajian ke kolej, anda boleh masuk kolej-kolej yang ada nama sikit seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja. ingin tahu kolej-kolej swasta yang diiktiraf, boleh ke [sini]

7. Tingkatan 6 (PraU)
Ramai pelajar-pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran. Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi.

8. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. Anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya. Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lepas lulus temuduga anda seterusnya akan dapat melanjutkan pengajian di mana-mana kolej yang ditawarkan.

9. Kursus Latihan Ketenteraan dan ALAM



Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi, bolehlah membuat permohonan pengajian ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Apabila anda berjaya melanjutkan pengajian di UPNM, ada 2 jenis latihan ketenteraan iaitu Latihan Ketenteraan bagi Pegawai Kadet UPNM dan Latihan Ketenteraan bagi Pelajar Awam (PALAPES). UPNM mengambil 2 kategori pelajar iaitu Pegawai Kadet dan Pelajar Awam. Pegawai Kadet ditaja sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia, diberi elaun dan lain-lain bantuan seperti pakaian, makan dan minum. Namun Pegawai Kadet tertakluk kepada Akta Angkatan Tentera 1972 serta perlu menjalani Latihan Ketenteraan semasa mengikuti pengajian di UPNM. Manakala sebagai Pelajar Awam, pelajar akan ditanggung oleh PTPTN (dengan syarat perlu memohon) ataupun penaja kewangan lain seperti MARA, JPA, Kerajaan Negeri dan sebagainya tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh badan pembiaya tersebut. Pelajar Awam tidak menjalani Latihan Ketenteraan tetapi perlu mematuhi kehidupan berdisiplin semasa berada di UPNM.
Kepada yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan laut yang mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM) iaitu Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marine.

10. Kursus Penerbangan
Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini. Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti juruterbang, pramugara dan pramugari ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.

Terdapat 5 buah sekolah penerbangan swasta iaitu:
1) Malaysia Flying Academy Sdn Bhd (MFA), Melaka
2) HM Aerospace Sdn Bhd (HMA), Langkawi
3) Asia Pacific Flight Training Sdn Bhd (APFT) Sdn Bhd, Kota Bharu
4) Austral Academy Sdn Bhd (AASB), Sandakan
5) KIST Aviation Academy Sdn. Bhd. (KAASB), Kuala Terengganu

Pelatih akan dinilai dan dianugerahkan lesen-lesen seperti Private Pilot Licence (PPL), Commercial Pilot Licence (CPL) dan Airline Transport Pilot Licence (ATPL).

11. Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa sendiri kelak. Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.

Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan. Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011. 

Di Universiti Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga ada menawarkan kursus Pendidikan kepada pelajar seperti di UiTM, UKM dan UPM. Anda akan dapat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan yang anda minati.


****************

Berikut adalah ranking terbaru 50 Universiti Terbaik di Malaysia pada tahun 2015 yang merangkumi Universiti Awam (IPTA) dan Universiti Swasta (IPTS) :-

1. Universiti Putra Malaysia (UPM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
4. Universiti Malaya (UM)
5. Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
7. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
8. International Islamic University of Malaysia (IIUM)
9. Al Madinah International University (MEDIU)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13. Multimedia University (MMU)
14. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
15. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
18. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
19. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
20. University of Nottingham Malaysia
21. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
22. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
23. Open University Malaysia (OUM)
24. International Medical University (IMU)
25. Monash University Malaysia
26. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
27. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
28. Taylor’s University College
29. New INTI College
30. Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia) (UniSZA)
31. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
32. Sunway University College
33. Help University College
34. University of Malaya Medical Center (UMMC)
35. Curtin University of Technology Sarawak Campus 
36. Selangor International Islamic University College (KUIS)
37. Kolej Poly Tech MARA (KPTM)
38. Wawasan Open University (WOU)
39. Limkokwing University of Creative Technology (LUCT)
40. International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF)
41. Segi College
42. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
43. Asia e University (AeU)
44. Tunku Abdul Rahman College (KTAR)
45. KDU University College Damansara Kuala Lumpur
46. KBU International College
47. Asia Pacific Institute of Information Technology Malaysia (APIIT)
48. UCSI University
49. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
50. Olympia College Malaysia

Semoga Bermanfaat!

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®