Saturday, December 24, 2016

Sijil Matrikulasi KPM Sudah Diiktiraf



Berita baik kepada pelajar-pelajar matrikulasi. Sijil Matrikulasi KPM sudah diiktiraf dan boleh digunakan untuk memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam iaitu kerja kerajaan seperti pelajar-pelajar lepasan STPM. Pengiktirafan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017. Ini bermakna lepasan matrikulasi siri 2016/2017 dapat sijil matrikulasi yang sah. 


Untunglah! Masa zaman saya sekitar siri 2005/2006 dapat sijil kertas biasa je pon~


Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016

Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan Pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam

Kerajaan telah bersetuju supaya pelajar lulusan Program Matrikulasi KPM yang dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM diberi peluang untuk memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Sehubungan itu, peringkat kemasukan bagi pemegang kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ke dalam Perkhidmatan Awam ditetapkan pada Gred 29 dalam skim perkhidmatan berkaitan.

Calon yang memiliki Sijil Matrikulasi KPM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana di Gred 29 yang bersesuaian. Gaji Permulaan bagi kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ditetapkan bersamaan dengan gaji minimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum skim perkhidmatan berkaitan. Senarai skim perkhidmatan dan penetapan gaji permulaan adalah seperti di Lampiran A

Senarai 39 skim perkhidmatan di Gred 29 dan penetapan gaji permulaan melibatkan perkhidmatan:

1. Bakat dan Seni (Gred B29) - Gaji Permulaan: RM 1,499.00
  • Artis Budaya
  • Jurufotografi
  • Penerbit Rancangan
  • Ahli Muzik
  • Pegawai Kebudayaan
  • Pereka

2. Sains (Gred C29) - Gaji Permulaan: RM 1,505.00
  • Penolong Pegawai Geosains
  • Penolong Pegawai Meteorologi
  • Penolong Pegawai Sains
  • Penolong Pegawai Makmal Filem

3. Ekonomi (Gred E29) - Gaji Permulaan: RM 1,493.00
  • Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
  • Penolong Pegawai Perangkaan

4. Pertanian (Gred G29) - Gaji Permulaan: RM 1,494.00
  • Penolong Pengurus Taman / Ladang

5. Keselamatan dan Pertahanan Awam (Gred K29) - Gaji Permulaan: RM 1,493.00
  • Penolong Pegawai Keselamatan
  • Penolong Pegawai Pertahanan Awam
  • Penolong Penguasa Penjara
  • Penolong Pegawai Penguat Kuasa
  • Penolong Penguasa Imigresen
  • Penolong Pegawai Pendaftaran

6. Perundangan dan Kehakiman (Gred L29) - Gaji Permulaan: RM 1,513.00
  • Jurubahasa

7. Pentadbiran dan Sokongan (Gred N29) - Gaji Permulaan: RM 1,493.00
  • Penolong Pegawai Tadbir 
  • Penolong Pegawai Penerbitan
  • Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
  • Penolong Pengurus Asrama
  • Penghulu
  • Penolong Pentadbir Tanah

8. Penyelidikan dan Pembangunan (Gred Q29) - Gaji Permulaan: RM 1,496.00
  • Penolong Pegawai Penyelidik

9. Sosial (Gred S29) - Gaji Permulaan: RM 1,493.00
  • Penolong Pegawai Arkib
  • Penolong Kurator
  • Penolong Pustakawan
  • Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
  • Penolong Pegawai Belia dan Sukan
  • Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Penolong Perancang Bahasa
  • Penolong Pegawai Kesatria
  • Penolong Pegawai Antidadah
  • Wartawan

10. Kewangan (Gred W29) - Gaji Permulaan: RM 1,498.00
  • Penolong Penguasa Kastam





Anda boleh juga muat turun / download surat pekeliling kelayakan sijil matrikulasi dengan menekan link di bawah:



Ini bermakna kepada pelajar-pelajar bakal lepasan matrikulasi tahun hadapan yang ingin merasai dunia pekerjaan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, anda boleh dan layak memohon kerja seperti yang disenaraikan. Jika masih tiada panggilan UPU dari mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk menyambung pelajaran anda, boleh juga anda memohon di antara 39 jenis pekerjaan yang telah disenaraikan di atas. Serba sedikit dapat juga pengalaman bekerja.

Bagi bekas pelajar matrikulasi yang ingin mendapatkan sijil matrikulasi KPM, anda juga boleh mendapatkannya dengan merujuk kepada link di bawah. Isi borang yang telah anda download kemudian hantar semula ke KPM melalui pos ke Bahagian Matrikulasi atau email ke sijil.matrikulasi@moe.gov.my
Semoga Berjaya!


lovenota: untunglah budak matrikulasi sekarang nie kan~


17 comments:

  1. Bekas pelajad mtrikulasi pun blh mohon keje guna sijil matrikulasi tau.kalau nk sijil matrikulasi tu kene mohon di bhgn matrikulsi.sy pun nk mohon sijil matrikulasi..😁😁 sy btch 2005/06 gk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke..ok nanti nak mohon jugak. Hahaha

      Delete
    2. Boleh bagithau macam mane nak apply kat bhgian matrikulasi tu?

      Delete
    3. Blh bgitahu macam mana nak mohon di bahagian matrikulasi , website matrik ke?

      Delete
  2. Sya keliru la...haha sesetgh media ckp..batch bermua 1999 akn diberi siji gak..sesetgh ckp batch thun ni akn dpt sijil..sbb batch sebelumnya hnya trnskrip kan?.. Mana stu betul ni? Haha..help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diikutkan mana-mana sesi boleh memohon. Lebih baik hubungi pihak matrikulasi kalau nak tahu dengan lebih lanjut. Senang. Hihi

      Delete
  3. Hi nak tanya boleh? So dengan sijil matrik tu kita boleh guna utk sambung study balik la gitu? Boleh sambung degree dgn sijil tu?

    ReplyDelete
  4. Hai. Nk tau ade syarat² tertentu ke utk apply sijil matrikulasi nie? Macam dr segi Cgpa ke, mana² batch ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syarat die hanya program matrikulasi dari KPM saja bermula tahun 1999/2000 iaitu sejak graduasi matriks mulai terkesan. Bagi tujuan lantikan ...syarat PNGK adalah 2.00 dan ke atas sahaja layak memohon... Good Luck

      Delete
  5. KLau asasi layak memohon x

    ReplyDelete
  6. Hi kalau yang batch matrikulasi tahun 2013/2014 layak tak untuk mohon universiti tahun 2019?

    ReplyDelete
  7. sya nak mohon tapi salinan ic perlu disahkan dengan sape yer? (pegawai kerajaan kumpulan A tuh siapa yer?)

    hihihi maaf nah saya nak double comfem sahaja.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, sya nak mohon tapi nak tahu pegawai kerajaan kumpulan A tuh sape yer?, klau ketua kampungg boleh k?


    hihihi.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®