Saturday, June 20, 2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi


Contoh Jawapan Penuh Lengkap Tugasan/Folio/Kerja Kursus Geografi PT3 2015 
Tajuk : Pekerjaan Penduduk dalam pelbagai Kegiatan Ekonomi

*LIHAT TUGASAN 2016Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2016 Pengangkutan

lihat juga : Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2015 Persetiaan Persekutuan


Contoh Kerangka Pelaksanaan Tugas

CONTOH JADUAL KERJA
*ini hanya contoh. ubahsuai mengikut kaedah kajian anda*
HARI
TARIKH
AKTIVITI
CATATAN
HARI 1
Isnin
22  Jun 2015
- Menerima soalan dan panduan rubrik perlaksanaan kajian
- Tajuk: kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan

HARI 2
Selasa
23  Jun 2015
· Taklimat tentang kajian
· membuat catatan hasil penerangan guru

HARI 3
Rabu
24 Jun 2015
· mula mengumpul maklumat dalam internet mengenai konsep di makmal komputer dengam bimbingan guru
· berbincang dengan guru hasil maklumat yang diperoleh

HARI 4
Khamis
25 Jun 2015
· menyediakan borang temubual dengan bimbingan guru
·  waktu petang membuat temubual/soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk setempat mengenai kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
·  dengan bimbingan guru
·   dengan rakan
HARI 5
Jumaat
26 Jun 2015
·  waktu petang membuat temubual/soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk setempat tentang cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk  di kawasan kajian..
·  dengan rakan

HARI 6
Sabtu
27 Jun 2015
·  membuat temubual/soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk mengenai kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian.
HARI 7
Isnin
29 Jun 2015
·  membuat analisis daripada temubual/soal selidik 10 responden yang diperoleh.
·   menghasilkan bahan grafik yang sesuai.
·  dengan bimbingan guru
HARI 8
Selasa
30 Jun 2015
·  menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru.
·  di hadapan guru geografi
HARI 9
Rabu
1 Julai 2015
- menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru.
- menyemak laporan kajian dan bahan grafik.

HARI 10
Khamis
2 Julai 2015
· membuat penambahbaikan
- menghantar hasil kajian kepada guru

3 hingga 9 Julai
2015
· Guru membuat pentaksiran

*Contoh carta alir saya upload kemudian*


Anda boleh melihat contoh kandungan perancangan, contoh jadual kerja dan contoh carta alir

Contoh Panduan Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3

*Kegiatan Ekonomi adalah tajuk umum. Pilih tajuk yang spesifik mengenai kegiatan ekonomi di kawasan tempat kajian atau tempat tinggal anda. Contoh jika anda tinggal di tanah perancangan FELDA/FELCRA/RISDA/ladang kelapa sawit/getah, maka tajuk anda perlulah spesifik kepada Sektor Pertanian sebagai kegiatan ekonomi penduduk*

Senarai Tajuk Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015

Berikut adalah senarai tajuk yang boleh anda pilih berdasarkan lokasi atau tempat kajian anda. Dinasihatkan memilih tajuk “Kegiatan Ekonomi” berdasarkan ekonomi yang dijalankan penduduk di kawasan tempat tinggal anda.

Contoh Kegiatan Ekonomi yang boleh anda pilih:
  • Sektor Perindustrian - kawasan industri
  • Sektor Perikanan - kawasan tepi pantai
  • Sektor Perlombongan - kawasan lombong bijih besi, simen, emas, logam dll
  • Sektor Pertanian - FELDA/RISDA/FELCRA
  • Sektor Pembalakan - PERHILITAN/kawasan hutan simpan
  • Sektor Perkhidmatan - pengangkutan (LRT, komuter KTM, stesen bas)
  • Sektor Perniagaan - perbandaran (restoran, kedai runcit, pusat membeli-belah)
  • Sektor Penternakan - ternakan haiwan seperti kambing, lembu, kerbau, udang, sotong

**********************

Tajuk: Kegiatan Ekonomi penduduk di .................. (nama kawasan tempat anda)

Objektif kajian: Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan untuk mengkaji latar belakang kegiatan ekonomi penduduk di ................. (nama kawasan tempat anda) :
1) Menyatakan maksud konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
2) Menghuraikan latar belakang kegiatan ekonomi dan menyenaraikan jenis-jenis pekerjaan yang terdapat di kawasan kajian.
3) Menghuraikan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian.
4) Menyatakan kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian

Kaedah kajian: (contoh)
Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 3 kaedah ini untuk menjalankan kajian ini. Berikut adalah:

1) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Saya telah memerhati pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Contohnya ialah pertanian, pendidikan, perniagaan dan penternakan (mengikut kegiatan ekonomi di tempat kajian anda).

2) Borang Soal selidik 
Saya telah menyoal selidik penduduk di kawasan kajian untuk mengkaji tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Saya telah memberi borang soal selidik kepada 20 orang responden dan memberi mereka masa sebanyak 5 minit untuk menjawabnya. Saya telah mengutip borang tersebut dan menganalisanya seperti di bahagian lampiran.

3) Rujukan
Saya telah menggunakan pelbagai bahan rujukan untuk saya mencari maklumat tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Saya telah memilih seseorang untuk dijadikan orang sumber untuk menceritakan kepada saya tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian (kaedah temubual). Saya juga telah mencari pelbagai sumber dari internet untuk menjayakan kerja khusus ini. Selain itu, saya juga telah menggunakan buku teks geografi tingkatan 3 untuk memudahkan saya membuat kajian ini.

contoh kaedah kajian lain : Rakaman Audio atau Visual, kaedah temu bual

Latar Belakang Kegiatan Ekonomi

Kegiatan ekonomi adalah satu proses di mana penghasilan, pengagihan dan penggunaan berlaku. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan nilai dan pendapatan.

*Sebagai contoh, latar belakang kegiatan ekonomi pertanian*

Pertanian memerlukan seorang petani untuk menghasilkan hasil tanaman yang dikehendaki, iaitu beras, sayuran, dan buah-buahan. Selepas penghasilan dilakukan, ianya akan diagihkan kepada para penjual. Para penjual di sini merujuk kepada penjual-penjual di pasar tani, pasaraya, dan pasar minggu contohnya. Kemudian, akan berlaku proses penggunaan. Pengguna adalah 'end-user' hasil daripada kegiatan ekonomi pertanian ini. Penguuna merujuk kepada kita sendiri, ibu bapa, dan orang ramai yang pergi ke pasar tani untuk membeli barang-barang ini.


HASIL KAJIAN

1. Konsep dan takrifan Kegiatan Ekonomi

Menurut Buku Teks Tingkatan 3 muka surat 114, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. 
(Rujukan : Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.)

Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat.
(Rujukan : http://www.businessdictionary.com/)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 kegiatan ialah perihal atau keadaan giat, kecergasan ataupun aktiviti. 

Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379, ekonomi bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam rumah tangga. 

Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan dalam bidang pertanian, kewangan, perindustrian, perdagangan sesebuah negera. Kegiatan ekonomi juga merupakan sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan. 

Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. 

Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di ............... antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian (berikan contoh di kawasan kajian anda).

Kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara. Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, sektor Sekunder dan Sektor Tertier. Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan, pembalakan dan perlombongan. Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan. Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan Kewangan.

contoh huraian lain :


2. Latar Belakang Kegiatan Ekonomi Di ................. (Berdasarkan tajuk anda)

Penduduk sekitar kawasan saya menjalankan kegiatan ekonomi utama iaitu aktiviti pertanian Kelapa Sawit (mengikut kegiatan ekonomi yang anda pilih). Sila huraikan latar belakang mengenai pertanian Kelapa Sawit secara terperinci.

2.1 Jadual Graf Kegiatan Ekonomi Penduduk (Sila sertakan persembahan dalam bentuk Graf). Maklumat adalah berdasarkan borang kaji selidik yang telah anda edarkan di kawasan kajian anda.

contoh:



2.1.2 Contoh Borang Soal Selidik

Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu keluar rumah membuat tinjauan di sekitar tempat tinggal. Perlu ada borang soal selidik. Dapatkan 10 - 20 responden untuk soal selidik tersebut. Analisa data yang ada dan jadikan maklumat tersebut kepada jadual dan graf (persembahan grafik).

Pastikan soalan soal selidik mengandungi perkara berikut :
- maklumat responden
- maklumat kajian: 
  • jenis-jenis pekerjaan di kawasan kajian, 
  • cadangan meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian, 
  • mengkaji kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian.


*Sila ambil gambar di kawasan kegiatan ekonomi yang anda kaji. Sila sertakan keterangan di bawah setiap gambar anda dan cetak.*

CONTOH 1
Borang Kaji Selidik
Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 Geografi
Tajuk: Kajian Kes Kegiatan Ekonomi Penduduk Di Felda Jengka Pahang

Bahagian A: Latar Belakang

Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.

1. Nama Penuh: __________________________

2. Jantina: [   ] Lelaki [   ] Perempuan

3. Umur: __________ tahun

4. Bangsa:

[   ] Melayu
[   ] Cina
[   ] India
[   ] Lain-lain (__________) Sila nyatakan

Bahagian B: Kegiatan Ekonomi Di Felda Jengka Pahang

5. Pekerjaan:

[   ] Peneroka
[   ] Buruh
[   ] Kakitangan Felda
[   ] Guru
[   ] Lain-lain (__________) Sila nyatakan

6. Sila nyatakan sektor pekerjaan anda ?

[   ] Pertanian
[   ] Perikanan
[   ] Pembalakan
[   ] Perkilangan
[   ] Perkhidmatan
[   ] Lain-lain (__________) Sila nyatakan

7. Pendapatan Bulanan?

[   ] RM 0-RM 900
[   ] RM 900-RM 1,000
[   ] RM 1,000-RM 1900
[   ] RM 1900 dan keatas

8. Adakah anda melakukan pendapatan sampingan?

Jika [YA] sila nyatakan di bahagian tempat kosong, Jika [TIDAK] Sila kosongkan

(__________) Sila nyatakan

9. Cadangkan alternatif untuk tingkatkan pendapatan anda?

(__________) Sila nyatakan

10. Sila nyatakan potensi kegiatan ekonomi selain daripada Kelapa Sawit di kawasan ini ?

(__________) Sila nyatakan

# nak download - klik Download borang kajil selidik dari melvistar.com

CONTOH 2
Borang Kaji Selidik
Tugasan Geografi Tingkatan 3
Tajuk : Kegiatan Ekonomi di (Masukkan tempat kajian anda)

ARAHAN: TANDAKAN (/) MANA YANG BERKENAAN
BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

1. NAMA PENUH   : _______________
2. JANTINA          : [  ] LELAKI  [ ]WANITA
3. UMUR              : _______
4. BANGSA          : [ ] MELAYU 
                            [  ] CINA
                            [  ] INDIA
                            [  ] LAIN-LAIN, NYATAKAN: _______
5. PEKERJAAN: ____________

BAHAGIAN B: KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah kegiatan ekonomi utama di kawasan anda?
[  ] Pertanian
[  ] Perlombongan
[  ] Pendidikan
[  ] Pelancongan
[  ] Pembalakan

BAHAGIAN C: SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat anda?
[  ] Peluang kerja
[  ] Peningkatan taraf hidup
[  ] Pendapatan
[  ] Meningkatkan taraf sosial masyarakat

BAHAGIAN D: KESAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah kesan kegiatan ekonomi di tempat anda?
[  ] Pencemaran
[  ] Kepupusan sumber mentah
[  ] Peningkatan populasi mendadak
[  ] Perubahan landskap

BAHAGIAN E: CARA MENGATASI KESAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah cara mengatasi kesan kegiatan ekonomi?
[  ] Kempen
[  ] Kuat kuasa undang-undang
[  ] kitar semula

Nama responden : ____________        Tandatangan : __________________
Tarikh: ______________

nak download - klik Download borang kajil selidik dari musadun.com


Kaedah Temu bual
Kaedah ini boleh juga digunakan untuk menemubual beberapa penduduk di kawasan kajian. Boleh lampirkan borang temu bual yang akan anda gunakan semasa menemu bual responden. 

Contoh Borang Temu Bual

Nama : ...................................

Umur : ....................................

Pekerjaan : ...............................

Alamat : ...................................

1. Apakah jenis-jenis pekerjaan yang dijalankan di kawasan .............. (kawasan kajian)

    __________________________________________________________________


2. Berikan cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan ..........


    _______________________________________________________________

3. Nyatakan kegiatan ekonomi yang mungkin berpotensi untuk dimajukan di kawasan      ............ (kawasan kajian)

   ________________________________________________________________


Tandatangan Responden


............................
( nama responden)                               


2.2 Contoh Grafik Pekerjaan Penduduk ............. (Di kawasan tempat tinggal anda)

Lebih menarik jika foto tersebut diambil oleh anda sendiri di kawasan tempat tinggal anda. Lebih banyak foto adalah lebih baik.

Tajuk Grafik: Penduduk Sedang Menuai Hasil Kelapa Sawit



Huraian Grafik: Apabila buah kelapa sawit sudah masak, penduduk akan menuai kepala sawit menggunakan tombak sebelum dihantar ke kilang untuk tujuan pemprosesan.

Nota Penting: Pada grafik atau foto anda, Sila Sertakan Tajuk, Huraian dan label


3. Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk

Sila berikan 3 isi penting mengenai cadangan usaha meningkatkan pendapatan penduduk. Setiap isi penting haruslah disertakan huraian dan contoh.

3.1 Contoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk

(a) Pertanian - Bercucuk tanam pokok 
- sawah padi
- sayur-sayuran
- kelapa sawit
- getah

(b) Perikanan
- nelayan di laut
- memasarkan sendiri hasil tangkapan tanpa menggunakan orang tengah.
- mempelbagaikan produk perikanan seperti ikan kering, satay ikan, keropok lekor, budu, belacan, cencalok.

(c) Perniagaan
- perniagaan runcit
- perniagaan kecil dan sederhana
- restoran

(d) Perusahaan
-perusahaan kraf tangan

(e) Penternakan 
- ikan
- udang
- kambing
- lembu

(f) Perkilangan
- kilang perabot, plastik, logam dll

(g) Membuat Perniagaan Online 
- Jual tudung 
- Baju
- aksesori wanita dan lelaki

*Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.*

Contoh Jawapan:

1. Meningkatkan Permintaan Terhadap Hasil Dalam Sektor Pertanian dan Perikanan

Membangunkan industri kecil dan sederhana akan dapat meningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan. Peningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan pula akan dapat meningkatkan pendapatan petani dan nelayan.

Industri kecil dan sederhana yang banyak didirikan memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Contohnya kilang membuat keropok ikan atau keropok udang memerlukan hasil tangkapan laut manakala kilang memproses makanan pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan sebagainya. Hasil pertanian dan hasil tangkapan laut penduduk kampung yang biasanya sukar untuk dipasarkan kini telah menjadi rebutan para pengusaha industri kecil dan sederhana.

Kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Sebagai akibatnya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi dan harga hasil tangkapan laut seperti ikan, udang, sotong akan meningkat. Secara tidak langsung pendapatan petani dan nelayan akan meningkat.

2. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat meningkatkan pendapatan penduduk.

(a) Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’. Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan, perusahaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya. Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung luar.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan. Jelasnya, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk kampung.

(b) Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung. Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil dan sederhana memerlukan pekerja yang banyak. 

Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka. Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah pekerja dalam kalangan masyarakat setempat. Langkah ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja.

Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk malah dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.

3. Menjalankan Perniagaan Online (Atas Talian)

Pada zaman ini, perniagaan online semakin hari semakin popular. Perniagaan online boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Anda tidak perlu membuat produk sendiri, sebalik menjual produk orang lain atau produk yang berjenama.

Perniagaan ini boleh bermula dengan perniagaan dengan modal rendah atau perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, boleh juga melibatkan diri dalam perniagaan online yang berisiko rendah. Tetapi, sentiasa berhati-hati semasa mencari pembekal produk dan mesti pandai membandingkan harga produk. Anda mesti belajar dan tahu cara pembungkusan dan cara pengeposan barang jualan. Akaun bank diperlukan untuk pembayaran dalam perniagaan online. Contohnya akaun bank di CIMB atau Maybank.

Selain itu, perniagaan ini mesti mempunyai medium jualan untuk mempromosikan barang jualan. Contohnya instagram, facebook, blog, wechat dan media-media sosial yang lain. Kalau bermodal besar boleh menggunakan promosi melalui iklan blog atau iklan facebook.

4. Membuat Kerja Digital – Pekerja Digital

Kerja digital melibatkan tugasan-tugasan yang dilakukan secara online (atas talian). Kerja digital boleh dilakukan di rumah atau di luar waktu pejabat. Kerja digital boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Pekerja digital boleh melakukan pelbagai tugasan digital dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan-tugasan digital ini biasanya dibekalkan oleh syarikat-syarikat besar dari serata dunia serta syarikat-syarikat tempatan. 

Di negara kita, pekerja digital boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki (www.erezeki.my) atau mendaftar melalui agen tugasan digital (kerja online). Program eRezeki memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan. Peserta program boleh memilih tugasan yang sesuai dengan kemahiran masing-masing. Tugasan-tugasan digital adalah seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat, memasukan data, memasukkan maklumat, menyemak maklumat dan sebagainya. Melalui program eRezeki, peserta boleh meraih pendapatan tambahan antara RM300 dan RM4,000 sebulan.

Pekerja digital biasanya berpeluang untuk mempelajari kemahiran baru di samping menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan digital. Secara umumnya, tiada pra­syarat untuk menjadi pekerja digital. Adalah menjadi kelebihan bagi individu yang tahu menggunakan internet, boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris tetapi yang paling utama adalah mempunyai kemahuan dan jati diri untuk berusaha dan berubah.

5. Wujud peluang pekerjaan

Bentuk muka bumi di Malaysia yang tidak sama memungkinkan terdapat perbezaan kegiatan ekonomi yang sekali gus dapat menjadi sumber pekerjaan kepada penduduk untuk menjana pendapatan. 

Sebagai contoh, di Utara Semenanjung yang mana bentuk muka buminya rata dan bertanah subur membolehkan penduduknya mengerjakan sawah padi. Berbeza pula dengan negeri-negeri lain yang bertanah gambut dan sebagainya. 

Hasil daripada kegiatan ekonomi itu merujuk kepada pertanian (sawah padi) terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang boleh diperolehi. Antaranya, pesawah, pemandu lori untuk membawa hasil padi ke kilang, pembawa jentera penuai padi, pembawa jentera membajak dan sebagainya. 

Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut, pelbagai cadangan usaha-usaha yang boleh diambil. 
  • Amalan pertanian moden dilihat dapat menambah hasil tuaian padi yang berlipat kali ganda.
  • Penggunaan jentera pembajak, jentera penuai, mesin penyembur racun, mesin penyembur baja
  • Pnggunaan benih padi yang lebih bermutu, tahan lasak 
  • Kurangkan pergantungan kepada orang tengah
  • Eksport hasil padi ke luar negara
contoh lain : sila rujuk link ini


4. Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan Dikawasan Anda

Kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan bermaksud kegiatan ekonomi sedia ada yang boleh anda upgrade atau membuka satu kegiatan ekonomi yang baru untuk memenuhi keperluan penduduk atau dapat meningkatkan pendapatan. Contoh kegiatan ekonomi yang boleh anda pilih:

(a) Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar)
contoh:
Kawasan tepi laut berpotensi untuk membina bangunan untuk burung-burung layang membina sarang. Ini disebabkan kawasan tepi laut mempunyai banyak burung layang. Kegiatan ekonomi ini mendatangkan pendapatan lumayan kerana harga sekilo sarang burung layang-layang mencecah ribuan ringgit.

Akuakultur adalah salah satu kegiatan ekonomi yang berpotensi iaitu penternakan udang di kawasan paya bakau. Kawasan paya bakau  sesuai untuk penternakan udang kerana ia berlumpur dan sentiasa ditakungi air.

(b) Sektor Perkhidmatan (Buka Homestay dan Pelancongan)
contoh:
Homestay adalah kemudahan tempat tinggal yang berorientasikan pelancongan desa amat berpotensi dijalankan di Telok Panglima Garang kerana kawasan ini mempunyai kampung tersusun. Pelancong berpeluang untuk mempelajari cara hidup seharian penduduk kampung disamping menambah pendapatan sampingan kepada keluarga yang terlibat.

huraian lengkap Inap Desa (homestay) : klik contoh 1, contoh 2

(c) Sektor Perindustrian (Kilang buat sabun daripada kelapa sawit/penghasilan kerepek)

(d) Tanaman Fertigasi
contoh: 
Tanaman fertigasi merupakan satu kaedah penanaman pokok di dalam bekas atau polibeg yang dapat meningkatkan hasil pendapatan. Contoh pokok yang sesuai untuk kaedah ini seperti pokok cili dan timun jepun. Kaedah ini amat menguntungkan dan tidak memerlukan kawasan pertanian yang luas. Hal ini juga dapat membantu pendapatan kepada penduduk di Telok Panglima Garang.

(e) Ternakan Ladang (lembu/kambing)

(f) Pelancongan Desa
huraian lengkap : klik contoh 1, contoh 2

(g) Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
huraian lengkap : klik contoh 1

*Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh*

5. Kesimpulan/ Rumusan

Kesimpulannya, kegiatan ekonomi penduduk sekitar di .................. (kawasan anda) terutamanya dalam bidang pertanian adalah sangat penting dalam menjana pendapatan individu. Di samping itu, pertanian Kelapa Sawit juga merupakan antara salah satu sumber utama pendapatan negara Malaysia selepas minyak mentah (Petroleum).

6. Sumber/ Rujukan
  • Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.
  • Semua borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden (10 hingga 20) wajib disertakan bersama-sama hasil kajian.
  • Digalakkan menyertakan foto/ gambar/ rajah/ grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian.
  • Menulis sumber rujukan dengan betul
  • Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul data

Contoh penulisan sumber & rujukan:


(g) Sumber rujukan
(tulis secara lengkap sumber rujukan anda mengikut contoh di bawah)
  • buku
  • internet
  • akhbar
  • majalah
  • orang sumber
a. Buku
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

b. Jurnal
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid(Isu), Mukasurat. 
atau
Nama pengarang pertama, pengarang kedua, & pengarang ketiga. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid, Article 1. Diperoleh (Tarikh bahan diakses), dari (URL). 

contoh:
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin, 1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1. Mac 1960.

c. Ensiklopedia / Wikipedia
dari internet:
Judul artikel (Tahun). Dalam 'Judul Ensiklopedia'. Diperoleh (tarikh diperoleh) dari (url laman web artikel yang diperoleh)

dari buku:
Judul petikan. (Tahun penerbitan). Dalam Judul buku (p. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit.

d. Akhbar
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar, Mukasurat.
atau
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL). 

contoh:
(Tajuk akhbar) Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Diperoleh Julai 3, dari http://www.utusan.com.my/..../

e. Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun. No 21, Jalan Lundu 7, Taman  Beringin, 52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.

f. Temubual
Nama tokoh yang ditemubual. (Tarikh temubual). Judul temubual [Temubual].

contoh:
Abdullah Hj. Mohd Salleh. (1999, May 12). Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur [Temubual]. 

g. VCD
Judul VCD. (Tahun penerbitan). [VCD]. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
VCD Language and verbal skills. (1976). [VCD]. Virginia: Association for Retarded Citizen. 

h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

i. Televisyen
Nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun penerbitan). Judul rancangan.Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
Towers, J. (Producer). (2000). Wrath of God. New York: The History Channel. 

j. Majalah
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Majalah, Mukasurat. 

k. Sumber lain :
artikel dari internet (Jenis sumber, alamat/punca sumber)
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).

Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm

l. Kamus 
Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit. 

NOTA: nak lebih faham, boleh download cara penulisan sumber di sini


**************************

Jika anda inginkan contoh yang lain, anda boleh klik mana-mana contoh di bawah:


KAJIAN JENIS PEKERJAAN PENDUDUK
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4

Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia
Kegiatan Ekonomi Tradisional

Contoh Borang Soal Selidik Kajian:

Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3


Tempoh Pelaksanaan Tugasan Geografi PT3 2015
21 Jun 2015 sehingga 3 Julai 2015

Diedit oleh saya sendiri. 


*KEPADA BLOGGER MURAHAN YANG SUKA CIPLAK KERJA ORANG SESUKA HATI TANPA MINTA IZIN, BULAN PUASA NIE BAWAK-BAWAK LA TAUBAT. TAK PERLU BUAT KERJA KOTOR TU. KALAU NAK SANGAT BUAT KERJA HARAM, TERUSKAN*


kalau nak semua maklumat, print je. tak perlu copy-paste. nanti uolss kena salin balik di kertas kan? so, jangan sumpah seranah saya sebab tak boleh copy.

Nak print senang je,

chrome dan mozilla user : guna tab menu browser uols yang ada di atas sebelah kanan dan klik print. Boleh juga save kalau tak nak print, save guna pdf. 




Good luck!



313 comments:

  1. khairunnissha rosdiJune 21, 2015 6:11 AM

    thankyou dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou for the info :)

      Delete
    2. hye,yg cadangan tu lebih kurang macam esei ke ?

      Delete
    3. hye,saya ade satu soalan.yg cadangan tu lebih kurang macam esei ke ?

      Delete
    4. akak...saya tak faham yang graf tu...

      Delete
    5. Salam, sis kalau nak copy boleh tak?

      Delete
    6. salam makcik!!! orng nak copy laa...jgn kedekot --'

      Delete
    7. baik lah sis ni

      Delete
    8. Aci delete disable right click tak? or emailed me. i need this damn much laa.

      Delete
    9. salam...bukan ke tajuk kajian Tentang Pekerjaan Penduduk dalam Pelbagai Kegiatan Ekonomi di kawasan tempat tinggal calon...bukannya kegiatan ekonomi ..mohon pencerahan

      Delete
  2. macam mna nak printscreen???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak printscreen senang je, tekan right-click di bahagian luar border blog. Lepas tu tekan print.

      Delete
    2. tak fhm ah

      Delete
    3. HAHAHAHAAHH tayah printscreen je lah kan senang no offense

      Delete
    4. thank you..berguna sgt tapi mcm mana kalau nk print satu2,taknak print semua?

      Delete
  3. Replies
    1. slm ... kak boleh tak saye nk copy-paste . sbb saye tkde print and idea .. lgpon ini je satu care yg saye boleh buat . pleaseeeeeeeee

      Delete
  4. camane nak printscreen nii.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tekan right-click di bahagian luar border blog. Lepas tu tekan print.

      Delete
    2. slm kak boleh tk saye nk copy paste ini jer satu care pleasee

      Delete
  5. Ini soalan dr anak. Tugasan ni perlu dilakukan dgn tulisan tangan, tp utk borang soal selidik blhke di taip dn print utk edar pd org ramai?

    ReplyDelete
  6. Hai. Shamiera blogwalking kat sini.
    Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  7. Kalau guna fon . Mcm mne nk print and transfer ke printer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Printscreen guna hp pun boleh. Nnt die akn save dlm bntuk image.

      Delete
    2. Boleh tak kalau saya guna contoh Cik tapi saya tukar sikit?

      Delete
  8. thankyou so much prettyyyyy fr this blogspot

    ReplyDelete
  9. cmne nk copy sume nii??

    ReplyDelete
    Replies
    1. copy and then paste dkt microsoft word

      Delete
    2. mcm mne nk copy semua ni nk bt rujukan??

      Delete
    3. kenape xleh prinsceen

      Delete
    4. nk buat rujukn...

      Delete
  10. kenapa tak boleh print?? sdh tekan.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekan di luar bukan di dalam content

      Delete
  11. help a lot! thank you cik balqis~!

    ReplyDelete
  12. help a lot! thank you cik balqis~!

    ReplyDelete
  13. thnks :) sngttt membantuu :)))

    ReplyDelete
  14. boleh ka borang soal selidik "type"?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh. Bergantung pada guru rasanya. Cuba tanya guru anda.

      Delete
    2. sekolah saya bagi.

      Delete
    3. Kalo bagi ,teruskn guna contoh borang di atas :)

      Delete
  15. akak,, potensi kegiatan ekonomi tu dkt kawasan kajian je kan? ^ ^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep. Jgn buat kegiatan ekonomi yg xde kt kawasan awak.

      Delete
  16. kalau saya printscreen lepastu masa exam tu saya tulis bulat bulat definisi konsep seperti yang telah diberi di atas boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Definisi dgn konsep kne ambil dr sumber rujukan yg sah. Sy hny berikan contoh. Nasihat sy dptkn dari kamus dewan ataupun dr buku teks. Huraian dr definisi boleh gunakan sy punya.

      Delete
    2. tq cause membantu untuk keje pt3 ni :)

      Delete
  17. terima kasih :)

    ReplyDelete
  18. Membantu sgt2 thanks...

    ReplyDelete
  19. Mcm mana nk printscreen pakai phone? Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk jns handphone awak. Cuba google how to printscreen by ur smartphone.

      Delete
  20. ada tak contoh jadual kerja???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kat link atas. Tapi itu contoh thn lps. Thn nie sy xjumpa lg. Utk rujukan boleh guna yg thn lps. http://geografipbs.blogspot.com/2014/06/pt3-geografi.html

      Delete
    2. saya dah update contoh jadual kerja. harap dapat membantu :D

      Delete
  21. Jika saya sudah menyediakan borang soal selidik dan memberi orang lain untuk menjawab borang saya itu yang tidak mempunyai soalan tentang cadangan atau potensi adakah saya perlu buat semula atau biarkan sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba rujuk semula pada guru anda. sepatutnya kena ada cadangan atau potensi tu. Sy takut anda dapat markah rendah je nanti.

      Delete
  22. AKak. Tunjukkan saya contoh kaedah kajian.. saya buntu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dah update yang terkini. sila semak kaedah kajian di atas :D

      Delete
  23. Thanks teachr for the useful blog.., i get blur when reaching this assignment,, btw,,thnxx=)

    ReplyDelete
  24. mcm mana nak print?

    ReplyDelete
  25. bole x bagi cara nak buat laporan

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua dah ada di atas dik. baca elok2.

      Delete
  26. hi i want ask you something cik balqhis . can we means (pt3 victim) copy all of this? bcs my teacher say that if we all copy this instrument teacher will call ' palgiat ' . is that true?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, what ur teacher told is correct. This is just an example to do the complete report. U must do it by your own. This is only an example. Ok?

      Delete
  27. Terima kasih banyak banyak! Harap blh dapat A dlm subjek ni.

    ReplyDelete
  28. this really helps me! thankyou!

    ReplyDelete
  29. makaseh bnyak²

    ReplyDelete
  30. tak boleh guna la cikgu saya said

    ReplyDelete
  31. cheh hanya post comment yang baik saja

    ReplyDelete
  32. thankiew chow much

    ReplyDelete
  33. rumah saya x de printer macam mana ye, nak copy pulak x bole... susah ni

    ReplyDelete
  34. OMG TYSM! :D
    This really helped me understand better, but I'm still a little confused tho - for the potensi, how do we exactly do it? Can we take a picture of the kawasan potensi, paste it, then elaborate a little, like, for example: Kawasan ini berpotensi untuk dijadikan sebagai (insert answer here) kerana (insert huraian for the answer here).
    Also, for the bahan rujukan, can I use this site as one of 'em? 'Cause in the link itself it says "contoh jawapan tugasan geografi pt3" and I'm a little scared that my teacher might consider this as copying or plagiat.
    Again, thank you!
    God bless! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe u can paste the pic of it. This is ur report by ur own creativity. And u can elaborate what kind of potensi is. I think maybe you can put my link as a internet reference. Ask ur teacher to comfirmation. Welcome :)

      Delete
    2. Thank you! I asked my teacher, and she said yes, so hurrah! I'm nervous rn bc I start tomorrow omg. ;-;
      Phew, thank God for blogs like yours which guide me through the parts I don't understand. I mainly use 'em for the formatting and main picture, which is like the backbone of the whole project.
      Once more, thanks, and Ramadhan Mubarak! :'D

      Delete
    3. im happy coz can helping u finish ur project. good luck and thanks! :D

      Delete
  35. nk tanya borang temubual perlu x dlm tugasan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak guna kaedah temubual, seeloknya buat la. boleh jadikan sebagai lampiran.

      Delete
  36. mcmne nak huraikan latar belakang perkhidmatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. latar belakang tu maksudnya di kawasan kajian anda, anda kena detailkan apakah jenis perkhidmatan, sejarah perkhidmatan, dll. ikut kreativiti anda

      Delete
  37. nk tanya borang temubual perlu x dlm tugasan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak guna borang, boleh je. jadikan sbg lampiran nanti

      Delete
  38. Bole slin trus konsep mcm yg akak
    tulis? Rjukan kmus dwan tu btul ka akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah betul. kalau rasa was-was boleh rujuk pada kamus dewan ye.

      Delete
  39. thnks sngt sngt...sngt lah membantu ..

    ReplyDelete
  40. salam Cik Balqis saya dah cuba spt yg diajar tp masih x berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg x bjaya? save ke print?

      Delete
    2. ikut pada arahan di atas. tq

      Delete
  41. Terima Kasih atas panduan.. sangat membantu...

    ReplyDelete
  42. terima kasih cik balqis. Saya sedang membantu anak mencari maklumat seperti di atas. Ianya sangat membantu.

    Selamat Berpuasa :)

    ReplyDelete
  43. Nak tanye objektif kajian tu buat dlm point ke karangan?klau dalam karangan berapa patah perkataan ?

    ReplyDelete
  44. tq semoga Allah shj yg mampu membalasnya...

    ReplyDelete
  45. tq bhn yg sgt membantu..Hanya Tuhan sahaja mampu membalasnya///

    ReplyDelete
  46. i try print takley. dia terus crash website i. tekan print terus crash camner

    ReplyDelete
  47. thanks ;) -pt3student-

    ReplyDelete
  48. Terima kasih membantu :') Btw blog cantik . Minta izin copy/paste :')

    ReplyDelete
  49. Kalau nk copy jgk canne?

    ReplyDelete
  50. cmne nk savekan nya di dlm pendrive

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh "save page as" je. tp still boleh save dlm pendrive.

      Delete
  51. Kak pinjam link ni nak tulis dekat kertas pt3 sebagai rujukan boleh kan ? Terima Kasih :D

    ReplyDelete
  52. nice blog, cntik dan pnuh dngn contoh panduan PT3. sye suke :)

    ReplyDelete
  53. maaaf nak tanya adakah kami yang mengambil isi atau contoh jawapan di blog ini dikira plagiat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil isi boleh. tapi buat ayat dengan sendiri. blog saya ini boleh dijadikan rujukan.

      Delete
  54. apa perlu tulis dalam pengagihan kerja????

    ReplyDelete
  55. skrg dh phm cene nk buat arigatou... ^_^

    ReplyDelete
  56. ooo...baru phm

    ReplyDelete
  57. Tak Boleh Copy ke Cik Balqis???

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg disable copy untuk elakkan plagiarism. minta maaf, tapi boleh print untuk rujukan anda. terima kasih.

      Delete
  58. mcm mne nk copy???



































    (t)-_-) tolong la sye

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg disable copy untuk elakkan plagiarism. minta maaf, tapi boleh print untuk rujukan anda. terima kasih.

      Delete
  59. sangat2 membantuuuuuu!!!! thanku so much!!! semoga Allah membalas jasa awakkk thanks again! ;)

    ReplyDelete
  60. Thanks kak balqis. Membantu sangat semua maklumat tu. Semoga segala urusan akak dipermudahkan. Thanks again! :)

    ReplyDelete
  61. timekasih atas perkongsian ilmu,smga Allah merahmati kak balqis,saya ambil ni sebagai rujukan membuat kerja khusus ....

    ReplyDelete
  62. timekasih kak balqis,smga Allah sentiasa merahmati mu,timekasih perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  63. tahniah, dik... muda2 dh ada blog sendiri. x lokek utk berkongsi ilmu plak tu. thanks again. semoga dpt keputusan terbaik pt3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..sy takde la muda dah. lagipun saya cikgu. hehehe. sama2. dah mnjadi tugas sy tolong para pelajar :D

      Delete
  64. thank you 4 de information.hope ade lg mklumt ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berkesempatan, saya akan update yg terbaru. insyaAllah :)

      Delete
  65. kenape tak bagi copy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade sebab saya yg tersendiri. tapi masih boleh print :)

      Delete
  66. bagaimana copy?

    ReplyDelete
  67. WILL THIS HELP ME FOR MY SPM?

    ReplyDelete
  68. Sgt berguna!Thank you!Carta aliran akan upload bila?

    ReplyDelete
  69. THANKS,BAGUS SGT..TAPI MACAM MANA NK PRINT SATU2 YE,TAKNAK PRINT SEMuA SKALI GUS..

    ReplyDelete
  70. omg !! kasih bagi contoh!!! "CIK BALKIS"

    ReplyDelete
  71. thankyou cik balqis!!

    ReplyDelete
  72. Cik Balqis, boleh ke kalau nak copy dan paste? bukan cikgu akan cam kertas kami?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl..mmg cikgu awk boleh tahu. Sy bg jwpn hanya sebagai panduan mcm mne nk buat tugasan ini. So, kne buat sendiri la :)

      Delete
    2. Btl..mmg cikgu awk boleh tahu. Sy bg jwpn hanya sebagai panduan mcm mne nk buat tugasan ini. So, kne buat sendiri la :)

      Delete
  73. i sebenarnye masih blur, i nak satu demo macam mana nak buat semua ni

    ReplyDelete
  74. gooooooooooooooooooooooooooooooddddddddddddddddddddddda
    wawwwwwww besnyyaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  75. izinkan saya mengambil contoh di atas sebagai panduan saya untuk membuat tugasan pt3..... terima kasih

    ReplyDelete
  76. TQ for your info.

    ReplyDelete
  77. mohon print utk rujukan. sangat membantu utk sy guide anak dlm buat kertas kerja.

    thanks cik balqis

    ReplyDelete
  78. boleh tahan lah isi ni

    ReplyDelete
  79. Ade sumber yg lain tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blum jumpe lg..kalau ada sy update kn

      Delete
    2. Blum jumpe lg..kalau ada sy update kn

      Delete
  80. Bagus juga blog ni tapi saya tinggal di kawasan perumahan bandar. Apakah cadangan meningkatkan pendapatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkin dlm bidang perniagaan or perindustrian.

      Delete
  81. knape tak boleh copy paste ni? sye nak ambik ni untuk contoh PT3

    ReplyDelete
  82. ape yang saye boleh buat untuk membalas jasa awak yang telah memudahkan kerje saye ekk?

    ReplyDelete
  83. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  84. Jazakillah Cikgu Balqis... :-)

    ReplyDelete
  85. ASSALAMUALAIKUM.tafsiran graf x dak pown??

    ReplyDelete
  86. boleh bagi huraian dan contoh yg lebih jelas tak

    ReplyDelete
  87. Assalamualaikum puan. Saya Muhammad Hamizan Bin Mohd Hafiz, tingkatan 3 Bijak dari sekolah SMK Mergong memohon izin puan untuk mengambil sedikit nota daripada jawapan di atas. Terima kasih atas pengkongsian contoh jawapan pt3 di atas. Saya harap tuhan akan berkati jasa baik yang telah puan lakukan.

    ReplyDelete
  88. garangnye akak..xpe kak, halalkan je la..dpt pahala.. p/s : saya x trlibat tau.. jgn sngka bruk sbb sy komen camni :p #jombuatbaikbulanramadanni

    ReplyDelete
  89. macam mana klu kaedah buat "saya telah mengenalpasti ..............kaedah kajian......melalui buku..........pada tahun......" boleh ke?

    ReplyDelete
  90. boleh ke borang soal selidik tu tulis gne tgn?

    ReplyDelete
  91. tpi kan,..klu print x ke dpt seme bnde?? ktorg nk yg pntg je

    ReplyDelete
  92. macam mana klu kaedah buat "saya telah mengenalpasti ..............kaedah kajian......melalui buku..........pada tahun......" boleh ke?.............saya dah terbuat!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  93. klu borng soal slidk tulis gune tgn xpe ke kak

    ReplyDelete
  94. tq. kaq balqis. keja saya smkin snang.tpi mcm mne nk print??


    ReplyDelete
  95. boleh buat macam ni untuk subjek sejarah pt3 2015 😂😃 ?????

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®