Thursday, September 30, 2010

Exclusive: Lelaki Playboy..Benci!

aku benci lelaki penipu!!

bende nie aku dah lama lupa..dah 4 tahun aku lupa kan..tapi sejak pertemuan yang tidak diduga tadi..ingat semua kembali..segala-galanya..

aku kenal Mr. L masa kat tempat kerja 4 tahun dulu..
di Ilham Resort, Port Dickson..aku kerja sebagai waitress..dia pulak mantainence..masa tu dah habis matriks..tunggu panggilan nak sambung degree la kan..

aku nak kata dia hensem xde la sangat..tapi boleh la..sweet..pada mulanya aku tak berkenan pun kat Mr. L nie..bila jumpa dia selalu jugak lah dia tegur aku..aku pun layan jela kan..kang orang kata kita sombong..lebih kurang cenggini;

"alahh..salam pun tak jawab..ingat ko cantik sangat ke..sombong!"

pedasssss weyhh..aku tak suka dengar tu sume..

kemudian..bila kitorang bekerjasama..yelaa..aku set-up bilik conference..dia setting sound system..kami pun rapat..dah boleh gelak-gelak..sembang-sembang..dia pun berani tegur aku..and then berani sms pulak tu..entah mana dapat nombor henpon aku ntah..layan jelaa..masa tu kan muda lagi..

lepas tu entah macam mana boleh declare..1 hotel kecoh..bising..yelaa..orang kata "mamat paling hensem dapat awek cun". aku bukan memuji diri sendiri..tapi itulah orang cakap..(dulu aku slim..sekarang macam anak gajah...adehh!!). kapten aku suka perli-perli pasal hubungan kitorang..aku tak boleh nak buat apa la..senyap kan ajelahh...

entah macam mana..1 hari tu..ada sorang awek mesej aku guna nombor Mr. L tu..dia kata dia tunang Mr. L..


ohh..gila la aku sikit masa tu..yelaa..bulat-bulat kena tipu..tapi xde la nangis2..sebab kitorang baru mula declare kan. then aku tanya la Mr. L betul ke apa yang awek tu cakap..And dia mengaku!! senang je kan

dah tu aku nie ape? wayang semata2??
kitorang gaduh n putus pun 1 hotel tahu..maluu weyhh..aku sabar jelaa..rasa nak pelempang pun ada jugakk..haishh!!

lepas aku tahu hal tu..aku da tak layan n cakap sepatah haram pun kat dia..and dia pun dah tak bersemuka dengan aku..pengecut kan lelaki macam tu..rasa macam nak belasah jer!

bila kitorang jumpa dalam 1 bilik conference..aku lari..tak nak aku mengadap muka dia..rasa nak penampar..bodoh! pernah sekali dia tahan aku..nak bincang kononnya..tapi aku takde nak ikot cakap dia..blah terus..lantak ko! abang2 tempat kerja aku pun backup aku..sebab dia yang salah..memang kena pulau sekejap la Mr L tu..(maklum la masa tu aku anak manja abang2 kat situ..paling muda..hehe)

lepas tu..aku dengar cerita..dari budak2 maintainence jugak laa..rupanya selama nie diorang beting (betul ke aku eja?) ala..cabar2 lepas tu menang dapat la duit cabaran tuu..budak2 department tu cabar Mr L ngorat aku..boleh ke tak..(sebab aku tolak sume ngoratan budak2 lain..haha). dia pun ok laa..sapa yang tak nak duit kan..bila aku tahu tuu..lagi la sakit hati..
rasa cam nak bunuh pun ada..suka hati dia nak main2 dengan aku..lagi la aku takkan maafkan perbuatan dia tu..

bila dah masuk UPSI..aku dapat berita..dia eksiden motor..motor kaler kuning kebanggaan dia tu..
(motor besar tuu..apa nama entah..awek2 memang suka bf naik moto camtu). tangan kanan dia patah..dah tak dapat berfungsi..jadi cacat kekal..
dia dibuang kerja..mana boleh buat kerja cacat camtu kan..aku pun senyap jelaa..malas nak fikir..tak jumpa dia pun..

dia pernah mesej aku..minta maaf..dia kata maybe dia jadi macam nie sebab dia mainkan perasaan aku dulu..tuhan da bagi hukuman dunia kat dia..

aku takde la kejam sangat sampai nak suruh dia mati teruss! huhu..tapi dah dia dapat takdir camtu..terima ajelah..and dia cakap tunang dia dah tinggalkan dia..
padan muka ko..nak sangat dengan tunang tuh..
alih2 bila dah jadi camnie kena tinggal..
lepas tu kitorang pun dah lost contact..

dan semalam (29/9)..aku terjumpa Mr L di mahkamah..ape aku buat kat mahkamah? ada kes laa..hehe..(tapi jangan risau..aku tak buat jenayah yee..)dah 4 tahun xjumpa Mr L nie..dia tak berubah langsung..still kurus n tangan dia memang cacat kekal..tak berfungsi..dan takde kerja..masa jumpa tu aku tergamam..senyap..pandang je dia..rasa kesian pulak..

aku langsung tak tegur..selalu selisih dengan dia..aku nak tegur..memang niat nak tegur..entah..dia pandang2 jugak aku..tapi dia tunduk jee..tapi..bila aku ingat apa yang dia buat kat aku..tak jadi nak tegur..aku dengan muka sombong buat2 tak kenal. (maybe dia tak kenal aku kot..sebab saiz fizikal dan perwatakan aku dah berubah..hehe)

lantak ko laa..aku dah tak pikir pasal ko da pun! tapi still sakit hati tengok muka dia..kesian tu memang laa..dahla tak kerja..keadaan camtu pulak..tapi dah takdir kan..tak boleh nak buat apa lah..

*kadang2 bila aku dengar lagu Kristal iaiatu Nurani..mesti ingat kat dia..sebab tu lagu faveret dia..
tapi sekarang..dengar je lagu nie aku tutup radio jee..
sakit hati*


pada girls2 di luar tu..jangan la percaya sangat dengan lelaki..ada sebahagian daripada mereka yang jenis playboy macam Mr L nie..cari la lelaki yang betul2 nak kat kita..orang kata bole buat suami..

playboy2 di luar sana..jangan la sakiti hati perempuan..kalau Allah bagi hukuman dunia macam Mr L nie baru korang tahu..semua awek tinggalkan korang..takde kesian2 dah..

*sedih la plak..huhu*
Read More »

Tuesday, September 28, 2010

:: Tag Suka-Suka ::

da lama jugak aku tak dapat tag macam nie..
ada dalam setahun kot?haha..
so..tag ini adalah dari cik najwa:
http://najwamz.blogspot.com


so kita layan jelaa ye..hehe..





TAG SUKA-SUKA

1- Name one person who made u laugh last night?

tak gelak pulak malam tdi..



2- What were u doing 1 hour ago?
jln2..BW sambil masak (ade plak camtu kan..hehe)

3- What was da last thing you said out loud?

putih!! (panggil kucing aku yang sedang bunting)



4- Where's da next place you're going to?
belakang umah..nak jemur baju..

5- What was da last thing u paid for?

komik Detective Conan (suker!!)

6- Where were u last nite?

kat umah ler..

7- What's da best ice-cream flavour?

chocolate n vanilla..tapi prefer chocolate la..hehe


8- Do u wanna cut your hair?
nie pun da short..cukup laa..

9- Do u love to 'melatah'?

suka orang yang melatah..diri sendiri tak camtu..kadang2 jer..

10- If that so (melatah), what will u said out loud?

oh mak kau!!

11- What does da last text-msg received say?

pagi tadi: nape tak bangun tido lagi nie!! (bocor rahsie)

12- Will u get married in da future?

insyaAllah kalau ada jodoh..sape yang tak mau kahwin..haha..

13- Do u chew on your straw?

haah..jadi tebiat..hehe..


14- Do u make-up your own words?
takde la pulakk..

15- Is there anyone u like/love right now?

opkos..eh..mana ade..eh..ada.. 

16- Tag to other 5 bloggers/more

aaa..5 je ek..


cik mish
en asy
en wantong
kak mas murni
cik adeqlaboo


p/s: hari ini start keje..debar la pulakk~~
Read More »

Monday, September 27, 2010

:: haiwan @ serangga yang paling aku takuti ::

err..aku rasa tajuk tu over sket..hoho..
bukan takut..geli..seram..etc etc and etc..
ak memang tak boleh hadap menatang2 berikut:

cengkerik

yaa..betul..nie kes tadi laaa..
jumpa kat dalam tandas..
ia dok melompat2 plakk tuu..aku pun join melompat jugak laa..
halau menatang nie sampai keluar..ishkkk...
xboleh bayang kalo menatang nie melompat kat aku..eeee...

lipas

aku nak paste gambar nie pun da naik geliiii...
adik2 aku panggil menatang nie "ahmad"..
ak pon xtau kenapa..hehe..
adeiii..ak paling pantang kalau menatang nie ganggu aku masa tido..
dok jalan2 kat kaki aku dengan kaki dia yang tajam2 tuh..aiiiii...
haishhh..lepas tuu kompem tak boleh tido punyeee..huhu..
memang boleh terkejut aku dari tido tuh..
bangun2 carik ridsect..spray..
selagi aku xnampak mayat si ahmad nie aku takkan sambung tido punya..huhuu..

katak

nie pun sama..suka holiday kat rumah aku nie..
ape yang spesel ada kat rumah nie aku pun tak tahu..
kadang2 ada kat dapur..takpun kat toilet..
bukannya kecik..besauu cam gambar kat atas tuh..
tau la rumah aku nie chantek..
tapi jangan la nak holiday kat sini cik tak oii..

tikus

"cik ti" nie pun pernah holiday kat rumah aku jugakk..
dala tuh..buat macam rumah sendirik pulak tuh..
suka check in kat bawah peti ais..kalau bayar sewa xpe jugakk..huhu..
mula2 aku tak xtau pun..abah yang perasan..
ada tulang kecik kat bawah peti ais..
then bila aku dah tahu ada tikus..aku cabut lari duluu..
gelii..aiyakkk..

semua2 menatang tuh bukan aku yang halau..
adik lelaki aku yang halau..
kalau jumpa je aku hanya mampu...
menjerit!!!
otomatik adik lelaki aku datang..
sebab dia tahu aku xkan menjerit tanpa sebab..hehe..

*updated*
panjang umo cik lipas..suka suki menyerang aku tanpa apa2 defense..makk!!!

:: rasa meremang bulu roma tengok gambar2 musuh ketat aku nie..huhu ::
Read More »

Suntikan Tifoid (Typhoid Injection)


serius..tadi aku pergi klinik Asia kat Port Dickson..
kena inject typhoid kat lengan kiri..
bukan inject botoxs2 yer tuan2 n puan2..
saya da cukup tembam untuk dibotoxkan..hehe..
aduhh..nie pun rasa sakit lagi sekarang nie..
nak angkat tangan pun kebas2..
macam manalah aku nak tido malam nie..huhu..

ape tu typhoid injection?
haaa...
siapa2 yang kerja kat premis2 makanan memang alert la pasal benda2 nie..
sebab nie arahan Kementerian Kesihatan..
kalau siapa2 pekerja yang xde suntikan ni kena tarik lesen perniagaan..
sebab benda nie wajib kena suntik..

so..macam kes aku nie..
apesal kena suntik bende alah nie?
bukak gerai makanan ke??  nooo...
tokei restoran kee?? oh tidakkk..
dah tuu?

hehe..tadi petang aku dapat panggilan..
kerja services kat Pizza Hut..


so wajib la suntik2 nie..
kalau tak..tak boleh kerja..
haha..tahniah untuk diri sendiri..
*clapp*

so..aku da start keje dah sekarang nie..
tapi aku takkan sesekali mengabaikan blog ku yang terchenta ini..
u alls dun wory lah..
hehe..

 ::still sakit nie..hukhuk~~ ::

[updated]

disebabkan entry ini selalu mendapat visitor sehingga kini, saya akan beri keterangan dengan lebih detail mengenai suntikan tifoid atau typhoid injection ini.

Satu vaksin, Typhim Vi atau Typhoid Vi Polysaccharide Vaccine menawarkan perlindungan terhadap kepialu selama tiga tahun dan biasanya digunakan oleh pengendali makanan.



Typhoid injection ataupun typhoid vaccines ialah Vaksin kepialu yang kini diwajibkan kepada semua Pengendali Makanan dan Minuman (F & B) di bawah Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Vaksin kepialu juga perlu dipertimbangkan kepada mereka yang ingin melancong di mana negara-negara yang mempunyai kepialu (Salmonella Typhi). 

Demam kepialu adalah penyakit yang mengancam nyawa disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Salmonella Typhi. Ia menyebabkan demam panas, keletihan, lemah, sakit perut, sakit kepala, hilang selera makan, dan kadang-kadang ruam. Jika ia tidak dirawat, kira-kira 30% daripada orang-orang yang mendapatkannya mungkin mati. Sesetengah orang yang mendapat kepialu menjadi "pembawa" yang boleh menyebarkan penyakit kepada orang lain. Secara amnya, orang mendapatkan kepialu daripada makanan atau air yang tercemar. Oleh itu, adalah penting untuk kita memastikan bahawa orang-orang yang mengendalikan makanan kita bukan pembawa.

Anda boleh mendapat demam kepialu jika anda makan makan atau minum minuman yang telah dikendalikan oleh seseorang yang membawa Salmonella Typhi atau jika kumbahan tercemar dengan bakteria Salmonella Typhi yang masuk ke dalam air yang anda gunakan untuk minum atau membasuh makanan. Oleh itu, demam kepialu adalah lebih biasa di kawasan-kawasan di dunia di mana kurang kerap membasuh tangan dan air mungkin akan tercemar dengan kumbahan.

oleh sebab itu, semua pengendali makanan dan minuman (Food and Beverages) tak kira di hotel, kedai makanan segera seperti Pizza Huts, McDonalds, KFC etc dan kedai makan wajib mengambil suntikan tifoid ini. jika dikesan anda tidak disuntik, anda akan disaman; mungkin tauke kedai anda yang disaman sebab tidak memberi suntikan typhoid kepada pekerja mereka. 

Read More »

Sunday, September 26, 2010

:: pertanyaan yang membuatkan kita bengang ::

apa yang harus kita lakukan jika..
kawan2 korang tanya soalan yang agak..
pelik..
bangang (oppss!)..

lepas nie korang jawab je macam jawapan kat bawah nie..
agak loyar buruk la sikit..
tapi memang membantu anda2 semua..
hehe..

1. Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:

"Tunggu bas ke?" 
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat pulak hari nie ye..pelik jugak nie."

2. Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanyer:

"Ko nak mandi ke ?" 
Jawab: "Taklah aku nak pi main layang-layang kejap, ko nak join?"

3. Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:

"Aik?Tulis surat nampak?" 
Jawab: "Oh ye ke? Aku tak prasan ah... tangan aku bergerak sendiri"
Lepas tu jotos dia dengan jotosan yang power lagi brutal dan sambung "ah tu kan dia jalan sendiri, aku tak tahu tau"

4. Anda sedang makan nasik dan orang tegur:

"Makan nasik?" 
Jawab: " Mater ko buter ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

5. Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:

"Baru balek dari keje?" Jawab: "Taklah, saya dari rumah, nak pi kerjer lah nie... opis saya dah pindah kat rumah.. dan rumah saya dah pindah kat opis"

6. Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:

"Eh kau sibuk ke?" 
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu lempang siket pipi dia.

7. Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:

"Eh citer melayu ke?" 
Jawab: "Bukanlah, nie kan citer Otromen Toro menentang Raksaser dari Planet X... ko tunggu jap nanti Otromen keluar".

:: budi bahasa budaya kita ::
Read More »

Saturday, September 25, 2010

Picnic: Ulu Bendul

hari ini abah ajak picnic kat Ulu Bendul..
alahh..kitorang da selalu sangat la pergi Ulu Bendul nie..sejak Bukit Putus tu da straight kn..haha..
(kalau ikot jalan putus2 tu naik pening la den..haha)
masa tu nampak dah mendung sikit..
tapi bila sampai alhamdulillah tak hujan pun..

kalau korang pergi ulu bendul 
mesti korang pergi kat pintu gerbang dulu kan..hehe..
macam kat gambar bawah nie..


tapi kitorang tak masuk situ..
masuk kat celah mana pulak?
haaa..
siapa yang dah biasa pergi tu memang tahu kot jalan kecik aka shortcut tuh..

kitorang cop tempat yang atas sikit dari air cetek2 nie..
tak main la cetek2..aku bukan anak ikan..hoho..
tempat tu air dalam sikit..sesuai untuk ikan jerung..haha..
(ape korang pikir tuh!! haha!!)
kalau masuk dari pintu gerbang pon buleh..
tapi kena jalan kaki naik atas la kan..
tu mungkin korang biasa buat..

tapi abah masuk kat jalan kecik..
jalan tu takde signboard..
siapa yang xbiasa tu memang xtau la kan..
bagi orang nogori mosti korang tau kan..haha..

tapi aku datang kat situ..
tak mandi pulak..
haha..malas pulak rasa nak main air hari nie..
da bosan (belagak betol!)..hehe..

so..aku main tangkap2 gambar jela..
pose gediks..haip!!
pose sopan santun..tapi xboleh tayang kat korang..
ade jerawat!!! nehiii..(malu~)



just duduk2 dalam khemah..
main2 air kejap..
yelaa..kang lama2 rasa nak terjun pulak!
dala baju tak bawak..
ada yang kena tinggal kat situ pulak nanti..huhu..


misi untuk membuang masa: baca novel ini..

(nyebok pulak henpon tepi tuh..hehe)

tajuk: bini aku tomboy ke? hasil karya arisa eriza..
jalan cerita memang la sempoi..best sangat2..
takde bahasa bunga2..metafora..hiperbola..bola api sume..simple je penulisan dia..
nak baca pergi carik kat kedai buku..hehe..

bila ondaway nak balik ke Port Dickson..
hujan pulakkk..
sejukk..dahla atas bukit..
nasib baik sempat kemas2..kalau tak mandi hujan lerr..

lepas tu..banjir pulakk kat tengah2 jalan..
eh..senawang pun boleh banjir ye..haha..
ingatkan jalan kampung jee..(tak termasuk KL)..hoho..
abah la paling suka..
dia kata bagus laa..tak payah cuci kereta..
da bersih kena hujan nie..save duit..haha~~

macam nie jugak la keadaan banjir tadi..
abah memang suka banjir2 nie..harung jerr..
aku pulak excited..tengok je tayar kereta sebelah berpusing2 langgar air..
(bahasa ape aku pakai nie..hentam jela..janji korang paham..)

*ehsan en google*

sampai rumah nie rasa ngantuk pulak..
sejukk..
boleh tak aku tido?haha~~

*xnampak jerawat kan..hepi2..haha!!*

~bye~
Read More »

Friday, September 24, 2010

:: Update: Nuffnang, Broadband n Laptop ::

lega rasanye...
baru hari ini dapat on9 dengan senang hati..
rindu nak on9..rindu nak berblogger dengan kawan2..

kenapa ek?

1st: laptop problem..system aku problem lepas aku install photoshop..sedih sangat2..
tak dapat on9 bcoz bila aku masuk je broadband mesti trus reboot..
bila scan je banyak virus masuk rupanya..patut la problem laptop aku..
kejam betul virus2 tu..jahat..xbaik tau..hehe!
tapi kalau tak masuk broadband tuh boleh je main laptop nie..
maknanya lappy nie sakit mengada2 la..
haha..
nie da format baru..free jer..tengs to my pren..
bye2 Vista..hello Window7..
(^v^)

2nd: lepas lappy rosak..ak boleh on9 kt PC rumah..tapi agak slow laa..
and bila sampai masanye..
broadband kena potong..
alamak!! rupanya aku tak bayar lagik..
haha..selamba badak je ko on9 free yer!! (^v^)
so..bila da hujung bulan time2 orang da gaji nie la baru boleh bayar..
tu pun gaji mak aku..bukan gaji aku..haha..
ishkk..bila la nak dapat kerja niee..adududu~

hari ini..pada waktu ini (24 sept..9.14 p.m.)
baru la dapat update blog nie..
kesian..da ada sawang labah2 kat sini haa..serabut2..
(nampak kan? xnampak pendek umur!)

banyak bende yang nak diupdate kat korang..
tapi yang pasti n update paling popular..

Nuffnang!

sejak dah xon9 nie..trafik aku jatuh memang menjunam..
jatuh bedebuk!
ada la jugak beberapa visitor yang biasa masuk kat sini datang berkunjung..
trimas sumer blogger2..
cik balqis akan balas jasa korang sumer!

(klik untuk tumbesaran yang sempurna)

nie gara2 laptop rosak la nie..hehe..
tapi takpe..lappy pun da elok..
so..kembali aktif berblog yer!!

nak citer plak apa ads yang melekat kat blog nie..
rupanya da banyak jugak ads yang melekat walaupun dah lama xon9 kn..
hehe..

my Buffered Earning..

yang petak2 kuning itulah yang ader..
*Nike City*
*MNG Fall Winter*
*STB GPSS LB*
*IKEA 2011*
*DiGi Postpaid*

alhamdulillah..rezeki blog ini..
ala..korang2 pun ada jugak kan..hehe..
thanks to advertiser..hehe..
thanks to Mr Nuffnang jgk..
i loike!! hehe..

n berita gumbiraa..
inilah hasil Metered Earning aku untuk bulan ini..


alhamdulillah..ada la rezeki sikit..hehe..

dan!


sudah ber"5-star" large rectangle and leaderboard ads aku!
tinggal skycraper pulak..
naik la 1 star lagi ye..
amin! 

yang lain..teruskan usaha anda! 
Read More »
Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®