Wednesday, March 22, 2017

Tidak Tahu Tunggakan PTPTN RM9 Ribu


Seorang wanita telah menjadi viral di mana dia dimaklumkan mempunyai tunggakan sebanyak RM9 ribu walaupun sudah habis membayar pinjaman foundation @ asasi dan masih lagi membayar pinjaman sarjana muda @ degree secara konsisten. Apabila beliau ingin ke luar negara, dia mendapat email daripada PTPTN yang mengatakan dia masih mempunyai tunggakan dan perlu dijelaskan dalam masa seminggu. Jika tidak melangsaikan tunggakan, nama akan direkodkan dalam senarai hitam Jabatan Imigresen, tindakan undang-undang, potongan gaji mandatori dan juga memberi kesan kepada rekod CCRIS. 

Berikut adalah status facebook yang diambil dari facebook Fatheem Meleana:
PTPTN 
You really make me pissed off! 

Tiba-tiba dapat email nie, pelik. Sedangkan aku tak pernah missed bayar PTPTN, dan loan masa aku foundation dah lama aku settlekan, cuma loan degree yang aku masih disiplin bayar tiap bulan tanpa missed sampai sekarang, dan mungkin sampai umur aku 40 tahun, kalau ikut kontrak. Mana datang RM9,484.74 nie? 
Ini jawapan yang aku dapat daripada adik call-centre.  
Aku: Bla bla bla (bagi details aku) 
Dia: Baik puan, ada apa saya boleh bantu? 
Aku: Saya dapat email yang nyatakan saya masih ada tertunggak RM9k. Saya cuma nak pastikan, dari mana amount nie? Sebab kalau ikut statement saya, saya tak penah missed bayar sejak 2010, dan statement saya nie hanya tunjuk yang Ujrah saja, yang sebelum-sebelum nie masa konvensional saya tak boleh tengok dah. Kalau ikut statement nie, saya tak pernah missed bayar setiap bulan sampai hari nie. 
Dia: Kalau ikut record puan, amount tertunggak nie sejak tahun 2007 (nie lepas aku graduation). Jadi bayaran tertunggak nie diambil daripada pinjaman degree puan yang tak diselesaikan. 
Aku: 2007? Yer saya ada on off bayar, sebab pernah menganggur dan bila dah kerja saya bayar on off dengan bayar ikut kemampuan memandangkan gaji kecil time tu. Saya mula disiplin bayar bila masuk tahun 2008, sampai saya dapat offer tukar ke pelan Ujrah. Selepas tu, saya teruskan bayar setiap bulan, mengikut baki semasa yang saya terima di dalam statement. Jadi saya sentiasa update dengan figure dalam statement saya setiap bulan. Tiba-tiba saya dapat email nie. 
Dia: Maaf puan, tunggakan nie amount sebelum tukar ke plan ujrah. Amount tunggakan nie tak dikemaskinikan sekali dalam statement puan selepas ditukar ke ujrah (what tha?!). Jadi jumlah tunggakan nie terbiar macam tu jek.  
Aku: Macam mana boleh mcm tu? Kenapa ptptn tak bagitau saya awal-awal masa saya dapat tawaran ujrah, dan ini la amount saya kene settlekan. Kenapa sekarang? Kenapa selepas 7 tahun? Kenapa 2 tahun sebelum tu saya tak dapat warning?  
Dia: Maaf puan, saya tak dapat bantu yang tu. Kalau puan nak tengok clear calculation, kena pergi ke kaunter dan puan boleh tengok secara details macam mana tunggakan tu bole jadi RM9 ribu. 
Kepala aku dah start panas, jantung dah laju. Ada la lagi explaination budak tu yang lebih kurang sama dan tak perlu aku share. Yang pasti, aku tertekan dengan PTPTN. Kenapa sekarang baru nak bertindak? 9 tahun aku ade bayaran tertunggak yang dah dikenakan interest, yang mati-mati aku ingat dah diselaras sekali dalam pelan Ujrah. Kenapa tak diberitahu dulu lagi? Why now? 
Tunggakan aku terperap untuk 9 tahun, takde sebarang warning, takde sebarang surat menyurat aku terima mengatakan aku perlu buat settlement. Dari amount yang kecil, sampai 9 tahun, tunggakan aku jadi RM9ribu. Dan senang cerita, aku baru dapat email nie hari nie, dan aku cek, Yer, aku dah kena blacklist. Terima kasih PTPTN! 
Solution yang PTPTN bagi dekat aku, kalau nak fight, kena naik court. Tapi kalau aku insists nak clear daripada blacklist, nak tak nak, aku kena bayar full amount RM9 ribu tu sebelum aku terbang. Yer, aku dah nak fly next week. Why now, PTPTN? Adakah ko nampak rekod aku bayar secara konsisten, baru sekarang ko cari dan aniaya aku? RM9 ribu? Aku tak taulah celah mana nak cari duit sebanyak tu dalam masa seminggu nie. (Tongkat dagu) 
Buat teman-teman yang masih ada hutang dengan PTPTN, pergi la check dan clarify, kot korang pon ade hidden amount yang PTPTN tak bagitau yang diorang nak biarkan beranak pinak sampai amount jadi besar, gamaknya.


Disebabkan viralnya kisah fatheem meleana ini, ramai netizen pun menyatakan kisah yang sama berlaku pada diri mereka sendiri. PTPTN tidak memberikan sebarang notis mengenai tunggakan kepada peminjam jika terdapat sebarang tunggakan dan pembayaran yang tidak konsisten selepas tamat pengajian. 

Selepas tamat pengajian, jika peminjam tidak terus membayar balik mengikut kadar yang telah ditetapkan seperti dalam surat perjanjian, ia akan menyebabkan berlakunya tunggakan tersebut. Kejadian ini juga berlaku pada peminjam yang membuat 2 kali pinjaman PTPTN seperti pinjaman asasi atau diploma dan pinjaman sarjana muda di mana pada pinjaman kali pertama, peminjam membuat permohonan penangguhan pembayaran dan berkemungkinan penagguhan tersebut tidak diluluskan ataupun tidak follow up.  











Untuk mengatasi masalah ini, sepatutnya pihak PTPTN perlu membuat sistem seperti sistem yang dilaksanakan di bank-bank. Tak kira apa jenis bank pun, jika kita membuat pinjaman seperti personal loan @ pinjaman peribadi, setiap bulan bank akan memaklumkan jumlah pembayaran yang perlu dibayar dengan menghantar SMS kepada peminjam. ia seolah-olah seperti reminder kepada kita setiap bulan untuk membayar mengikut waktu yang telah ditetapkan. 

Kami sebagai peminjam tidak tahu jika pihak PTPTN ada mengenakan denda jika tidak membayar kadar pinjaman seperti yang tertera dalam surat perjanjian. Ia menjadi tugas pihak PTPTN untuk memaklumkan kepada kami jika peminjam mempunyai bayaran tertunggak. Kalau dibiarkan sampai beranak pinak, sudah tentu yang untungnya ialah pihak PTPTN. yang ruginya ialah pihak peminjam yang hanya rakyat yang berpendapatan sederhana. 

Berdasarkan Bajet 2017, PTPTN telah menyediakan insentif untuk peminjam yang membuat pembayaran balik pinjaman bermula dari 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017 seperti berikut:
(a) Diskaun 15% untuk penyelesaian keseluruhan hutang (pinjaman)
(b) Diskaun 10% untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan hutang (pinjaman)

(c) Diskaun 10% untuk bayaran melalui potongan gaji atau direct debit

Kalaulah kita ada sumber lain bagi pinjaman pendidikan selain PTPTN kan bagus, betul tak? tapi tiada~

Apa yang perlu dilakukan jika anda pun mempunyai masalah tunggakan pembayaran PTPTN seperti yang dialami oleh Fatheem Meleana? 




Anda boleh membuat aduan di Biro Pengaduan Awam mengenai hal tersebut. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk salurkan aduan anda kepada Biro Pengaduan Awam seperti gambar di bawah.




lovenota: nasib dah settle pinjaman PTPTN. fuh~


Read More »

Wednesday, March 01, 2017

Penderaan Emosi Anak-Anak


Selalunya kalau kita sebut dera, mesti dalam kepala terbayangkan kena pukul. Memang kita tak dera secara fizikal tapi sebenarnya ramai di kalangan mak ayah yang tidak sedar yang mereka selalu mendera emosi anak-anak.

Semak 7 penderaan ini, kalau anda memang pernah lakukan pada anak anda. Segera berubah kerana dalam tempoh jangka masa yang panjang, ia boleh merosakkan masa depan anak.

1. Tidak ikhlas

Anak memang sentiasa mahukan perhatian, itu memang fitrah mereka. Ada anak-anak yang suka bertanya dan banyak cakap. Memang ada kalanya kita rasa rimas tapi jangan kita abaikan anak-anak. Beri reaksi agar anak tahu kita mendengar dan menghargai mereka.

Contoh: Kita selalu layan anak tak ikhlas, bila dia bercerita kita tak fokus pada dia. Sebaliknya kita sibuk layan telefon atau tengok tv. Cuba kalau orang buat macam tu pada kita. Tak sedih ke? Silap-silap sentap. Anak pun ada perasaan, dia sangat sedih bila mak dan ayah tak endahkan dia.

Kesan: Anak yang selalu diabaikan akan rasa sedih, emosinya tidak stabil dan anak selalu rasa rendah diri. Mereka cenderung buat keputusan yang salah dalam hidup.

2. Tiada reaksi

Anak beriya-iya bercerita tapi kita tak bagi reaksi langsung. Umpama anak bercerita dengan dinding. Anak-anak excited mahu mendengar komen kita tapi kita buat anak rasa seperti dia tidak wujud.

Contoh: Anak tanya tentang iklan billboard di tepi jalan. Tapi kita drive buat tak tahu je, langsung tak jawab soalan anak. Sedangkan anak ternanti-nanti jawapan kita.

Kesan: Anak rasa dirinya tak guna dan tak disayangi. Dia juga mungkin akan menjadi seorang yang pendiam.

3. Mengejek atau merendahkan anak di depan orang lain

Kita selalu mengejek anak kita tanpa sedar, misalnya menjadikan anak sebagai bahan lawak. Kita juga Kita juga suka bandingkan anak kita dengan orang lain, yang baik semua anak orang tapi anak kita semua kita cakap  tak bagus.

Contoh: Bila anak kita pelat atau kencing malam, sampai dia besar kita masih mengejek dia.

Kesan: Anak akan menjadi rendah diri, malu dan cenderung berdendam dengan kita.

4. Tak percaya dengan anak

Kita lebih percaya cakap orang luar berbanding anak kita. Kita selalu anggap anak kita buat cerita.

Contoh: Bila anak cakap tak sedap badan macam nak demam, kita anggap anak buat alasan malas ke sekolah.

Kesan: Hubungan dengan anak akan jadi renggang. Anak akan mencari orang luar untuk meluahkan perasaan. Disebabkan itulah ramai budak-budak bawah umur mengikut orang luar dengan rela hati. Orang luar ambil kesempatan bila anak-anak kurang kasih sayang dari kita.

5. Terlalu cerewet / Perfectionist

Mak ayah dalam kategori ini sangat cerewet, ada saja yang tak kena tentang anak di mata mereka. Semua benda tak puas hati tentang anak.

Contoh: Anak makan tumpah dimarah sedangkan anak masih kecil dan sedang belajar.

Kesan: Anak akan takut untuk mencuba perkara baru, mereka jadi skema dan tidak kreatif. Anak jadi sangat stress, silap-silap anak boleh sakit jiwa dan jadi liar sebagai tanda protes.

6. Tak tunjuk sayang &  tak bagi sokongan

Sayang anak mesti zahirkan dengan perbuatan dan percakapan supaya anak tahu kita sayang anak. Ramai yang tak ucap sayang anak dan tidak menyentuh anak seperti memeluk dan memberi ciuman.

Contoh: Tak ucap tahniah walaupun anak dapat nombor 1.

Kesan: Anak jadi insan yang pentingkan diri dan ego sama seperti mak dan ayahnya. Nanti kalau anak pun tak peduli kita jangan kecil hati ye. Sebab kita yang ajar mereka macam tu.

7. Sorok atau diamkan kesilapan anak

Kita anggap salah anak adalah perkara remeh, kita diamkan sahaja kerana malas nak fikir. Kita lepas tangan, kita harap anak berubah sendiri jadi insan yang baik.

Contoh: Bila cikgu cakap anak suka bergaduh, kita tidak ambil tindakan walaupun kita tahu perbuatan itu salah. Kita anggap ia perkara biasa kerana anak masih kecil.

Kesan: Anak menjadi besar kepala dan keliru. Dia tidak tahu itu adalah salah satu kesilapan dan menjadi orang yang suka membuli.

sumber: mingguan wanita



lovenota: saya yang sudah besar pun masih kena penderaan emosi. Serabut sangat. 

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®