Thursday, July 31, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014



selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin

mood sedang bercuti..
so blog pon cuti kejap ye..hehe :D


lovenota : tapi saya masih tidak memaafkan perbuatan 'dia'..sampai mati!


Read More »

Thursday, July 24, 2014

Pesawat Air Algerie AH5017 terhempas



innalillahiwa'innalillahirojiun :'(


24 Julai 2014


17:31:47 PM : Pesawat Air Algerie hilang dari radar
ALGIERS, Algeria: Penerbangan Air Algerie AH5017 dari Burkina Faso ke Algiers hilang dari radar, menurut agensi berita rasmi Algeria. APS melaporkan perkhidmatan navigasi udara terputus hubungan dengan pesawat berkenaan selepas 50 minit ia berlepas, iaitu pada 0155 GMT. Pesawat Airbus A320 itu membawa 110 penumpang dan 6 anak kapal.



20:47:04 PM : 2 jet pejuang Perancis cari pesawat Air Algerie
PARIS: "Dua jet Mirage 2000 berpangkalan di Afrika dihantar untuk mencari pesawat Air Algerie yang hilang hari ini," kata Gilles Jaron, jurucakap tentera darat Perancis. - Reuters 

21:13:58 PM : Pesawat Air Algerie terhempas - Pegawai Penerbangan Algeria
ALGIERS: Pesawat Air Algerie dengan 110 penumpang terhempas, menurut pegawai penerbangan Algeria. Tidak banyak petunjuk mengenai apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan atau penumpangnya tetapi Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago, ia terpaksa mengubah haluan pada 0138 GMT (9.38 pagi waktu Malaysia) kerana ribut di kawasan itu. 


25 Julai 2014


04:29:57 AM : Bangkai pesawat Air Algerie ditemui di utara Mali
Ouagadougou: Perkara itu dilaporkan penyelaras unit krisis di Ouagadougou, sebentar tadi. "Kami sudah menemui pesawat Algeria. Bangkainya sudah di kenal pasti lokasinya...50 kilometer di utara sempadan Burkina Faso di Wilayah Gossi, Mali," kata Jeneral Gilbert Diendiere dari Tentera Burkina Faso.

08:55:09 AM : Separuh daripada penumpang Air Algerie yang terhempas rakyat Perancis
ALGIERS: Pegawai penerbangan serantau berkata perhubungan dengan penerbangan AH5017 itu terputus pada kira-kira 1.55 GMT (kira-kira 9.55 malam Malaysia) semalam, kurang sejak selepas ia berlepas, berikutan permintaan daripada juruterbang untuk menukar haluan kerana cuaca buruk. 

Stesen televisyen kerajaan menyatakan serpihan itu dijumpai antara bandar Gossi dan sempadan Burkina Faso. Ia menyatakan Presiden Algeria, Ibrahima Boubacar Keita akan melawat tempat kejadian hari ini. Jeneral Glibert Diendere, anggota unit krisis di Burkina Faso, berkata pasukan penyiasatnya sudah memeriksa serpihan itu berhampiran kawasan perkampungan Boulikessi, kira-kira 50 kilometer dari sempadan. “Pasukan ini mengesahkan mereka ternampak serpihan pesawat terbabit, hangus sama sekali dan berkecai di atas tanah,” kata Diendere. Mereka juga menjumpai mayat dan cebisan mayat di kawasan berkenaan. “Adalah menyedihkan mereka tidak lihat ada sesiapa di situ. Tiada ada sesiapapun yang terselamat,” katanya. 

Menteri Komunikasi, Alain Edouard Traore berkata nahas itu adalah yang terburuk dalam sejarah penerbangan Burkina Faso. President Burkina Faso, Blaise Compaore mengisytiharkan hari berkabung selama dua hari mulai hari ini.


Pihak berkuasa Burkina Faso berkata senarai penumpang meliputi 51 rakyat Perancis, 27 Burkina Faso, lapan Lubnan, enam Algeria, lima Kanada, empat Jerman, dua Luxembourg, satu Cameroon, satu Belgium, satu Mesir, satu Ukraine, satu Switzerland, satu Nigeria dan satu Mali. - Reuters

11:48:13 AM : Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas pesawat Air Algerie
Setiausaha akhbar Wisma Putra, Datin Nirvana Jalil Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan. "Sehingga kini, tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak melibatkan rakyat Malaysia dalam kejadian itu," katanya. 


Read More »

Nahas MH17: Asrul Samad yang kurang CERDIK mengenai Kotak Hitam





Kepada Asrul Samad:

Kenyataan awak di atas menggambarkan KEBODOHAN awak sebenarnya. rasanya seluruh rakyat Malaysia sedang mentertawakan anda disebabkan status anda ini. sebelum buat sesuatu kenyataan tu, selidik dahulu baru post. 

Apa itu kotak hitam?

Nak tahu kotak hitam tu apa? bagaimana rupa kotak hitam? 
wahai saudara Asrul Samad, mari saya ceritakan kepada anda mengenai Kotak Hitam ataupun dikenali sebagai 'Black Box'

Menurut Ensiklopedia, Kotak hitam atau black box adalah suatu nama gantian yang digunakan bagi merujuk kepada beberapa alat rakaman dalam bidang pengangkutan - umumnya merujuk kepada perakam penerbangan (perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR)) dalam kapal terbang, perakam peristiwa kereta api dalam kereta api dan perakam data peristiwa dalam kereta. Kotak hitam bersaiz kotak kasut, berat sekitar 10kg, dan warnanya masa kini adalah warna jingga. Ia diperbuat dari aluminium, dan direka agar tahan hentaman yang kuat, kebakaran dan tekanan tinggi. Sungguhpun perakam penerbangan ini pada asalnya dicat hitam, warnanya ditukar pada jingga/merah bata bagi memudahkan ia dilihat oleh pencari dan penyiasat sekiranya pesawat itu mengalami kemalangan.




See saudara Asrul Samad, warna terkini adalah warna jingga ye, bukan warna hitam!

saya bukannya menyokong mana-mana parti, tetapi kenyataan dia mencerminkan diri dia sendiri. saya sangat terhibur dengan "lawak"nya pada hari ini.

nak kenal dengan beliau? 

peristiwa penuh Nahas MH17 boleh dibaca di blog saya --> sini


lovenota : Tutur kata mencerminkan Keperibadian :)


Read More »

Pesawat Terhempas di Taiwan


24 Julai 2014

10:32:51 AM : Terkini: 48 sah mati, 10 cedera pesawat terhempas di Taiwan



PEKERJA penyelamat dan anggota bomba melakukan misi mencari dan menyelamat mangsa Pesawat Penerbangan TransAsia yang terhempas ketika menuju ke Pulau Penghu yang terletak antara tanah besar China dan Selat Taiwan. Pesawat itu terhempas ketika mendarat selepas cubaan mendarat kali kedua dalam keadaan cuaca buruk, malam tadi.

TAIPEI: Seramai 48 orang disahkan maut dan 10 lagi mengalami kecederaan selepas sebuah pesawat Taiwan terhempas semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Pesawat TransAsia Airways Flight GE 222 yang membawa 54 penumpang dan empat anak kapal terhempas di kawasan kediaman selepas cuba membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Magong ketika cuaca ribut dekat Pulau Penghu, petang semalam. Kapal terbang itu dalam penerbangan dari selatan Taiwan ke Pulau Penghu di sebelah barat. Pihak Berkuasa Pengangkutan berkata, salah satu kotak hitam pesawat berkenaan sudah dijumpaiKapal terbang turboprop ATR-72 itu pada asalnya dijadualkan berlepas pada jam 4 petang tetapi terbang dari Kaohsiung pada jam 5.43 petang berikutan cuaca buruk. Beberapa penduduk kampung turut mengalami kecederaan ekoran nahas itu. Sementara itu, Ketua Majlis Penerbangan Awam Taiwan, Wang Hsing-chung berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai punca nahas. - BERNAMA

13:43:27 PM : Cuaca buruk mungkin punca nahas pesawat Taiwan
TAIPEI: Cuaca buruk ekoran ribut petir yang dihasilkan Taufan Matmo dipercayai menjadi punca pesawat Taiwan terhempas sehingga mengorbankan 48 orang, demikian menurut syarikat penerbangan berkenaan. Mangsa yang maut termasuk 46 warga Taiwan dan dua penuntut perubatan Perancis yang sedang melalukan kerja amali di Taiwan. Nahas itu berlaku beberapa jam selepas Taufan Matmo membadai Taiwan. Terdahulu, kira-kira 200 penerbangan di Lapangan Terbang Taiwan terpaksa dibatalkan berikutan hujan lebat dan angin kuat. Biro Kajicuaca Pusat Taiwan sudah memberi amaran mengenai hujan lebat melanda negara itu semalam walaupun selepas Taufan Matmo membadai dan menghala ke barat China. “Mengikut apa yang kami fahami setakat ini, ini akibat cuaca buruk yang dipengaruhi oleh taufan berkenaan," kata wakil TransAsia, Phoebe Lu. - AP


lovenota : semakin gerun untuk menaiki kapal terbang (~.~)

Read More »

Wednesday, July 23, 2014

Wordless Wednesday # 29 : Dari mana Thor dapat kuasa?


rasanya ramai yang meminati filem genre fantasi, filem yang sentiasa ditunggu oleh para peminat iaitu Thor: The Dark World. saya sendiri sangat meminati filem tersebut *actually suka tengok Loki aka Tom Hiddleston..hensem :P*. tak sabar nak tengok sambungan Thor nie. Avenger pun mungkin sedang dalam pembikinan, kot? tunggu jela :D

tetapi, mesti korang terfikir macam mana hammer Thor ada kuasa yang boleh menarik kilat dan guruh di langit? *Thor juga dikenali sebagai God of the Thunder*. sehinggakan Loki sendiri tertanya-tanya bagaimana Thor boleh mendapat kuasa yang maha hebat ini? haaa..jawapannya ada dalam gambar di bawah..hihi :P



jangan main-main. Thor sebenarnya bela Pikachu tau..ngee! 


lovenota : suka semua filem Marvel. sangat awesome :D

Read More »

Saturday, July 19, 2014

Nyonya memakai baju bertulisan ayat suci al Quran



Tindakan seorang wanita yang dipercayai berbangsa Cina memakai baju bertulisan ayat suci al Quran tersebar luas di laman sosial Facebook.

Ia dikatakan berlaku di sebuah pasar raya di Ampang, Selangor. Dipercayai lokasi pasaraya Hero "Taman Dagang Ampang". 



Berdasarkan gambar, wanita itu dilihat ditegur seorang lelaki Arab yang berada berhampiran.

Pada 15 April lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, Akta Percetakan Teks al Quran 1986 akan dipinda, bagi mengatasi masalah penyalahgunaan ayat suci al Quran. Di bawah pindaan itu, ia akan mencadangkan hukuman terhadap beberapa kesalahan yang tidak melebihi denda RM50,000 dan 50 tahun penjara.


Read More »

Friday, July 18, 2014

Rentetan Peristiwa: Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine

Rentetan Peristiwa Pesawat Boeing 777 MH17 terhempas di Ukraine






17 Julai 2014

23:41:37 PM 
MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini. Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam. 

Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MH17 sebelum ia terputus hubungan dengan pusat kawalan. - AstroAWANI



18 Julai 2014


00:13:53 AM : Kerajaan sedang siasat insiden pesawat terhempas di Ukraine - Najib



00:38:06 AM : MH17: 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi nahas - Saksi
KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas. Beliau berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan. 

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat MAS MH17 itu ditembak jatuhBagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat itu ditembak jatuh. "Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya - Sky News


00:00:45 AM 
KIEV: Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu. Menurut sumber lain, pesawat itu terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko

00:46:43 AM : 
KIEV: Tentera Ukraine tidak terbabit tembak jatuh pesawat Malaysia - Presiden Ukraine. Agensi berita negara itu, Inferfax memetik Presiden Petro Poroshenko bahawa beliau tidak menyatakan pesawat berkenaan ditembak jatuh. "Ini adalah insiden ketiga dalam tempoh beberapa hari selepas kejadian pesawat An-26 dan SU-25 ditembak jatuh. 



lokasi pesawat terhempas: via Russia's Life News


Bangkai pesawat MH17 yang ditemui. - AFP PHOTO/DOMINIQUE FAGET

01:12:54 AM : Ukraine tuduh pesawat Malaysia ditembak jatuh oleh ‘pengganas’



ANGGOTA pemisah pro-Russia berdiri di tapak nahas dipercayai pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini. - Foto Reuters

GRABOVO, (Ukraine): pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine menuduh ‘pengganas’ menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow. 

Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko berkata, ia ditembak menggunakan “sistem anti-pesawat Buk’ oleh pengganas. Laporan agensi juga memetik pemimpin pemisah menuduh pasukan Ukraine menembak jatuh pesawat berkenaan tetapi pegawai Ukraine berkata tenteranya tidak terbabit.

Agensi Berita Ukraine, Interfax melaporkan pesawat berkenaan hilang daripada radar ketika ia sedang terbang setinggi 33,000 kaki, ketinggian biasa bagi mana-mana pesawat. Ukraine menuduh Russia memainkan peranan aktif dalam konflik empat bulan itu dan menuduhnya pernah menembak jatuh jet pejuang Sukhoi Su-25 Ukraine - tuduhan yang dinafikan oleh Moscow. Komander tentera pemberontak, rakyat Russia bernama Igor Strelkov, menulis dalam media sosial sejurus sebelum laporan mengenai pesawat MH17 itu bahawa pasukannya pernah menembak jatuh pesawat Antonov An-26 di kawasan sama. - Reuters 

01:34:17 AM : Pekerja kecemasan dakwa jumpai kira-kira 100 mayat di tempat kejadian
GRABOVO, (Ukraine): Berpuluh-puluh mayat bergelimpangan di sekeliling serpihan sebuah pesawat penumpang yang dipercayai terhempas di sebuah ladang di timur Ukraine malam ini, lapor wartawan Reuters. kesan serpihan berselerak dalam lingkungan kawasan kira-kira 15 kilometer. Serpihan sayap pesawat yang ditanda dengan warna biru dan merah - warna sama seperti lambang Malaysia Airlines. 



“Saya sedang bekerja di ladang dengan traktor apabila saya terdengar bunyi sebuah pesawat dan kemudian bunyi kuat dan tembakan. Kemudian saya ternampak pesawat itu terjatuh dan patah dua. Terdapat asap hitam tebal,” kata seorang saksi yang hanya memberi namanya sebagai Vladimir. 

Sergei, seorang anggota pemisah dari kawasan berdekatan Krasnyi Luch berkata: “Dari anjung rumah, saya nampak pesawat itu mulai menurun dari tahap tinggi dan kemudian saya terdengar bunyi dua letupan kuat.” Dia menafikan pemisah menembak jatuh pesawat itu. “Ini akan hanya berlaku jika jet pejuang atau peluru berpandu darat-ke-udara (yang menembaknya),” katanya dan menambah pihak pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak jatuh sebuah pesawat dari ketinggian itu. - Reuters 


SERPIHAN pesawat MAS yang terhempas dilihat dekat Grabovo di wilayah Donetsk, Ukraine, hari ini. - Foto Reuters 

01:42:22 AM : 23 warga Amerika Syarikat antara penumpang MH17
KIEV: Jumlah kematian dalam kejadian pesawat MH17 melebihi 300 orang termasuk 23 warga Amerika Syarikat, kata Penasihat Kementerian Dalam Negeri, dipetik oleh Ifax. 


02:26:35 AM : Pemberontak Ukraine dakwa tersalah tembak pesawat MH17
KIEV: Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka sebagai “Donetsk People’s Republic” mencadangkan, kumpulan pemisah itu tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine. “Kami baharu saja menembak jatuh An-26 berdekatan Torez," kata halaman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik media Ukraine dalam laporan mereka. Kumpulan pemisah itu menembak jatuh sebuah lagi pesawat An-26 di timur Ukraine pada 14 Jun lalu, mengorbankan 49 kakitangan awam kerajaan. “Kami sudah memberi amaran (kepada angkatan tentera Ukraine) agar tidak terbang di ruang udara kami," kata Strelkov dalam postingnya. “Dan ini adalah video mengesahkan 'burung jatuh' (pesawat)," menurut posting berkenaan. - AFP

02:36:46 AM : MAS sahkan terputus hubungan dengan pesawat penerbangan MH17
KUALA LUMPUR: Penerbangan MAS mengesahkan syarikat itu menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine. 

04:17:29 AM : MH17 terbang di ruang udara tanpa sekatan - IATA
SINGAPURA: Dalam kenyataan dari Geneva, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) itu menyatakan: "Berdasarkan maklumat semasa yang diperoleh, adalah dipercayai ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan."

04:23:10 AM 
WASHINGTON: Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AA) secara sukarela bersetuju untuk mengelak daripada melalui ruang udara berdekatan sempadan Russia-UkraineFAA berkata, pihaknya sedang memantau keadaan dalam memberi garis panduan tambahan kepada syarikat penerbangan untuk dipatuhi. - AFP  

04:52:10 AM : Sidang media khas di pusat media Hotel Sama-Sama Hotel, Sepang



Sidang media oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak: 

  • Hari ini adalah 'hari tragik untuk tahun yang tragik buat Malaysia', saya tak boleh bayangkan apa yang akan berlaku 
  • Kerajaan akan menghantar sebuah pesawat khas ke Kiev mengandungi pasukan bantuan bencana dan penyelamat serta perubatan.
  • Pesawat berkenaan meninggalkan Amsterdam pada jam 12.15 tengah hari waktu tempatan itu dilaporkan tidak membuat sebarang panggilan kecemasan
  • Laluan MH17 itu disahkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan ia sepatutnya tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia
  • Malaysia berikrar akan menyiasat secara terperinci punca yang menyebabkan pesawat MAS Penerbangan MH17 terhempas di Ukraine, walaupun pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat komersial itu ditembak jatuh. sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, Malaysia akan mendesak agar pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera. 

05:27:35 AM : 
WASHINGTON: Pesawat Penerbangan Malaysia dengan 295 penumpang ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine oleh peluru berpandu darat-ke-udara tetapi tidak pasti siapa yang melakukan tembakan itu, kata pegawai Amerika Syarikat. Penganalisis perisikan sedang mengkaji data untuk menentukan sama ada senjata itu diluncurkan oleh pemisah pro-Moscow di Ukraine, pasukan tentera Russia di sempadan ataupun pasukan keselamatan Ukraine, kata dua pegawai AS. Tetapi besar kemungkinan pesawat itu terkena peluru berpandu darat-ke-udara - AFP

07:15:11 AM : Kiev bertanggungjawab atas nahas pesawat Malaysia - Putin
MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin berkata Ukraine bertanggjungjawab ke atas nahas pesawat penumpang Malaysia. “Tanpa ragu-ragu lagi negara yang terbabit dalam tragedi yang menyayat hati ini bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Tragedi ini tidak akan berlaku jika negara itu aman dan jika pihak tentera tidak mencetus keadaan huru-hara di sebelah timur Ukraine," katanya. Pemimpin tertinggi Russia itu mengarahkan pegawai tentera agar memberi bantuan dan keperluan bagi menangani kejadian jenayah seperti itu. 

08:36:54 AM : 
MAS mengumumkan bahawa semua penerbangan ke Eropah kendalian syarikat penerbangan nasional itu akan menggunakan laluan alternatif dan mengelak laluan biasa berkuat kuasa serta-merta. 




12:37:36 PM : MH17 ditembak pemisah secara rambang - Duta Ukraine
Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Ihor V Humennyi, mendakwa pesawat MAS MH17 ditembak puak pemisah secara rambangBeliau berkata ini kerana sebelum ini puak pemisah sudah menembak jatuh dua pesawat Ukraine. “Berdasarkan maklumat daripada perkhidmatan risikan Ukraine, pemisah sebenarnya terkejut kerana mereka menembak jatuh pesawat komersial milik Malaysia Airlines,” katanya.




19 Julai 2014



04:17:25 AM : Nahas MH17: Kotak hitam dipercayai sudah berada di Moscow
Ukraine: Memetik laporan The Telegraph menyebut alat rakaman suara dan data dalam pesawat Boeing 777 seperti dimiliki MH17 adalah antara yang tercanggih dalam kelas penggunaan pesawat awam. Agensi berita Interfax melaporkan puak pemisah Russia di Ukraine sudah menemui kotak hitam itu dan bersetuju untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa keselamatan udara RussiaTimbalan Perdana Menteri Republik Donetsk yang diiktiraf sendiri oleh pemisah, Andrei Purgin memberitahu Interfax; “Sudah tentu, kami sudah tentu akan memberikan (kotak rakaman) kepada Jawatankuasa Penerbangan Antara Negeri (IAC) di Moscow”. Stesen radio Russia, Kommersant FM juga melaporkan kotak hitam itu kini dibawa ke Moscow.

Bekas Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat (NTSB), Deborah Hersman yang juga salah seorang penyiasat kemalangan utama dunia, memberitahu NBC; “Dalam tempoh 24 hingga 48 jam seterusnya, perkara utama ialah untuk mencari empat bahagian pesawat dan yang paling penting ialah rakaman data pesawat serta rakaman suara kokpitDua alat itu akan memberikan maklumat paling berguna mengenai apa yang sebenarnya terjadi pada saat-saat akhir sebelum nahas berlaku.” Hersman berkata, konflik di Ukraine sedikit sebanyak akan menjejaskan proses siasatan. Adalah penting supaya tiada bahan bukti yang diusik dalam apa cara sekali pun di lokasi nahas.


ANGGOTA Kementerian Keselamatan Ukraine melakukan rondaan selepas menandakan lokasi mangsa nahas MH17 yang ditemui dengan kain putih berhampiran tempat kejadian pesawat terhempas di negara itu, hari ini. - Foto Reuters

08:28:21 AM :
IATA menafikan kemungkinan bahawa ada syarikat penerbangan yang sanggup mengambil risiko terhadap keselamatan penumpang, anak kapal dan pesawatnya semata-mata kerana ingin menjimatkan minyak.

08:41:20 AM : AS tekankan peranan Russia dalam nahas MH17
Duta AS, Samantha Power memberitahu sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB bahawa AS tidak boleh mengetepikan bantuan Russia dalam melancarkan peluru berpandu permukaan darat ke udara ke atas pesawat MH17. Power berkata, AS percaya pesawat berkenaan ditembak jatuh oleh roket jenis SA-11 yang dilepaskan di satu kawasan di timur Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah Ukraine yang pro-Russia. Beliau berkata, Russia membekalkan SA-11 selama ini dan beberapa senjata berat kepada kumpulan pemisah berkenaan.

Duta Britain ke PBB, Mark Lyall Grant, pula mahu sidang tergempar itu agar memberi lebih tumpuan bagi menentukan pihak yang bertanggungjawab dalam nahas berkenaan. “Ia adalah jelas siapa yang bertanggungjawab, dengan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan pemisah bersenjata dan siapa yang membantu mereka, melengkapkan mereka dan yang menasihatkan mereka. Majlis ini perlu bersatu dalam mengutuk serangan seperti ini dan menuntut agar kumpulan ini meletakkan senjata, meninggalkan keganasan dan berunding menerusi kaedah demokrasi kepada mereka," katanya. - AP 

08:52:47 AM  : Nahas MH17: ATM siap sedia hantar dua pesawat C-130 Hercules
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk membantu operasi Pasukan Siasatan dan Pengurusan Pasca Tragedi pesawat MAS Penerbangan MH17. Panglima ATM, Jen Tan Sri Zulkefli Mohd Zin, berkata pihaknya sudah menghantar satu pasukan perubatan yang terdiri daripada 15 anggota tentera dalam operasi berkenaan. Delegasi Pasukan Siasatan dan Pengurusan Pasca Tragedi berlepas ke Kiev jam 8 malam tadi dari KLIA.

10:01:48 AM : Nahas MH17: Interpol hulur bantuan kenal pasti mangsa
LYON: Interpol akan menghantar satu pasukan dalam tempoh 48 jam bagi membantu mengenal pasti identiti mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 milik MAS.

12:58:57 PM : Nahas MH17: Liow Tiong Lai ke Kiev hari ini
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan ke Kiev, Ukraine hari ini bagi memastikan pasukan penyiasat dan petugas khas Malaysia dapat masuk ke kawasan nahas pesawat MH17Mengenai kotak hitam pesawat, berkata, pihak Malaysia belum dapat pengesahan sama ada kotak hitam pesawat MH17 sudah dijumpai atau belumLiow bagaimanapun berkata, Malaysia mendesak siasatan secara menyeluruh dan telus dijalankan oleh kerajaan Ukraine mahupun Russia.

13:03:05 PM : Nahas MH17: Malaysia masih tunggu kebenaran untuk masuk
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihak terbabit juga harus memberi jaminan keselamatan pasukan penyiasat dan petugas khas Malaysia apabila sampai ke lokasi nahas. "Kita juga sedang mengenal pasti pihak yang akan mengetuai pasukan siasatan kita di sana," katanya.

13:20:22 PM : Nahas MH17: Pasukan siasatan khas Malaysia tiba di Kiev
KIEV: Pasukan siasatan khas Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kiev pada jam 4 pagi tadi (waktu Kiev). Ketuanya, Khairil Hilmi Mokhtar berkata pasukan itu, yang terdiri daripada 131 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan, akan berada di Ukraine sehingga 25 Julai. "Saya harap semua proses akan berjalan lancar bagi pasukan sisatan ini," kata Khairil Hilmi. Pasukan itu, yang turut mengandungi pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia dan pegawai perubatan, berlepas dari Kuala Lumpur pada Jumaat malam dengan sebuah pesawat sewa khas. Khairil Hilmi berkata pasukan itu perlu membincangkan dan menyelesaikan beberapa perkara hari ini memandangkan tempat pesawat berkenaan terhempas terletak kira-kira 500km dari Kiev.

15:44:03 PM : Ukraine, pemberontak setuju wujudkan zon keselamatan di lokasi nahas
KIEV: “Rundingan di peringkat antarabangsa diakhiri dengan persetujuan untuk menubuhkan sebuah zon keselamatan seluas 20 kilometer supaya Ukraine dapat memenuhi perkara yang paling penting iaitu mengenal pasti mayat dan menyerahkannya kepada ahli keluarga,” kata Ketua Perkhidmatan Keselamatan Ukraine, Valentyn Nalyvaychenko - AFP 

16:26:32 PM : Malaysia akan pastikan kotak hitam tidak diambil pihak tidak berkaitan - Najib

16:31:35 PM : MH17: Ukraine tuduh puak pemisah larikan barang berharga
KIEV: Ukraine menuduh kumpulan pemisah pro-Russia membawa lari wang, kad kredit dan barang kemas dari lokasi pesawat MAS MH17. 

17:10:01 PM : Ukraine tuduh puak pemisah cuba musnahkan bukti di lokasi nahas
KIEV: Kerajaan Ukraine hari ini menuduh pemberontak pro-Russia cuba untuk memusnahkan bukti di lokasi nahas pesawat MAS Penerbangan MH17 dan mengalihkan 38 mayat dari tempat kejadian. Menurut data kerajaan, pengganas telah mengambil 38 mayat ke rumah mayat di bandar Donetsk,” katanya sambil menuduh beberapa pakar yang bercakap dalam aksen Russia itu cuba untuk menjalankan pembedahan dan pemeriksaan terhadap mayat dengan sendiri. - REUTERS

17:28:43 PM : Najib berkongsi kepiluan, nenek tiri salah seorang penumpang MH17
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak dalam akaun Twitternya mengenai kesedihan yang dirasainya apabila nenek tirinya, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma turut berada dalam pesawat malang MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lalu. Siti Amirah adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk kepada Najib dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Mohd Noah adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila. Mohd Noah itu meninggal dunia pada tahun 1990. Dalam sebuah portal berita semalam menyebut, Siti Amirah, 83, dalam perjalanan sendirian ke Jogjakarta, Indonesia, untuk menyambut Aidilfitri di kampung halamannya.

17:45:42 PM : Petugas sudah periksa 18 km persegi kawasan nahas, temui 186 mayat
KIEV: Petugas daripada Kementerian Kecemasan Ukraine sudah memeriksa 18 daripada 25 kilometer persegi, lokasi pesawat MAS Penerbangan MH17 dan menemui 186 mayat setakat ini, kata jurucakap kerajaan, Andriy Lysenko. “Pejuang sudah membenarkan petugas Kementerian Kecemasan untuk masuk ke kawasan nahas, tetapi mereka tidak membenarkan pekerja kami mengambil apa-apa barangan di tempat kejadian. Pemberontak sudah mengambil semua yang sudah ditemui,” katanya. - REUTERS


ANGGOTA Kecemasan Ukraine menyusun mayat penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 yang dipercayai ditembak di Grabove, Donetsk, Jumaat lalu. - Foto Reuters

18:03:06 PM : Kotak hitam MH17 tidak diserahkan kepada Ukraine
KIEV: Jurucakapnya, Andriy Lysenko berkata setakat ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya. “Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kotak hitam. Tiada salah seorang daripada mereka telah menyerahkan kotak hitam itu kepada Ukraine,” katanya. Beliau juga mengulas pendirian Kiev bahawa pihaknya bersetuju mengadakan gencatan senjata jika pemberontak meletakkan senjata mereka, menyerahkan kawalan sempadan dan membenarkan pemantau antarabangsa untuk menyiasat tempat kejadian. - REUTERS

18:21:37 PM : MH17: Malaysia bimbang lokasi nahas tidak dijamin selamat
Liow berkata pada sidang media khas MH17 di Hotel Sama-Sama, bahawa integriti lokasi nahas sudah terjejas dan terdapat tanda-tanda bahawa bukti penting tidak dipelihara di tempat kejadian. Beliau turut menggesa, kerajaan Ukraine dan pemberontak puak pemisah membenarkan akses segera untuk pasukan Malaysia ke kawasan bencana itu bagi membawa keluar mayat yang ada.


Penduduk tempatan bebas memasuki kawasan nahas pesawat MH17 berhampiran Grabove di Donetsk. - Foto AFP

23:00:56 PM : MAS umum senarai penumpang MH17
Berikut adalah senarai nama anak kapal dan penumpang MH17: 











20 Julai 2014

01:19:50 AM : MH17: Kerajaan usaha bawa pulang jasad mangsa warga Malaysia
Perdana Menteri berkata, pasukan penyiasat Malaysia telah tiba di Kiev dan sedang mengurus aturan untuk memperoleh akses ke lokasi kemalangan, kira-kira 400 km daripada ibu negara Ukraine. "Beberapa pendekatan holistik perlu diambil dan difahamkan puak pemisah telah bersetuju mewujudkan satu laluan selamat untuk pasukan penyiasat menjalankan tugas di tapak nahas" kata Najib dalam entri terbaharu di akaun Facebooknya malam tadi. Perdana Menteri berkata, beliau juga telah meminta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk pergi ke Kiev secepat mungkin bagi memastikan pasukan penyiasat boleh melakukan tugas tanpa sebarang gangguan"Mereka (Liow dan Anifah) akan menyelaras dan memastikan tuntutan kami dipenuhi. Selain daripada logistik, ini adalah satu perkara geopolitik," katanya.

09:49:32 AM : MH17: Penyiasat antarabangsa bimbang bukti diusik
HRABOVE, Ukraine: Banyak pihak yang melihat pembabitan Russia dalam tragedi itu sama ada menerusi sokongan kepada puak pemisah atau menembak sendiri peluru berpandu itu. Kerajaan di Kiev mendakwa pihak militan membawa keluar 38 mayat dari lokasi bangkai pesawat itu dan membawa mayat berkenaan ke bandar Donetsk yang dikuasai mereka dengan bantuan pakar dengan loghat Russia. Ia juga menyatakan puak pemisah "mencari pengangkutan besar untuk membawa keluar serpihan ke Russia". - AP

13:27:05 PM : MH17: Australia akan beri tekanan terhadap PBB
MELBOURNE: Menteri Luar Australia Julie Bishop akan berlepas ke Amerika Syarikat malam Ahad untuk berkempen bagi siasatan antarabangsa mengenai nahas membabitkan pesawat MAS penebangan MH17, yang turut mengorbankan 28 warga Australia dalam kalangan 298 penumpang dan anak kapal yang terbunuh. Bishop akan mengetuai usaha Australia untuk mendesak resolusi Majlis Keselamatan PBB mendapatkan akses yang bebas dan terbuka di lokasi kemalangan MH17, menurut laporan ABC News. Enam pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Australia dan Perdagangan telah dihantar ke Kiev dan banyak lagi sedang dalam perjalanan termasuk lima anggota pasukan tindakan kecemasan dan juga pasukan penyiasat Polis Persekutuan Australia.

13:47:12 PM : MH17: Majlis Keselamatan PBB timbang resolusi
Majlis Keselamatan PBB sedang menimbang resolusi bagi mengutuk 'penembakan jatuh' pesawat penumpang Malaysia di Ukraine, mendesak kumpulan bersenjata membenarkan akses ke kawasan terhempas dan menggesa negara di rantau itu bekerjasama dengan penyiasat antarabangsa.

Australia yang kehilangan 28 rakyatnya, mengedarkan draf teks itu kepada 15 anggota Majlis Keselamatan lewat malam tadi dan diplomat menyatakan ia boleh diundi seawal Isnin. Draf resolusi itu "menuntut semua yang bertanggungjawab terhadap insiden ini dipertanggungjawabkan dan semua negara bekerjasama sepenuhnya dengan usaha memastikan akauntabiliti. Ia "mengutuk sekeras-kerasnya penembakan jatuh Malaysia Airlines penerbangan MH17...menyebabkan kehilangan tragik 298 nyawa" dan "menuntut semua negara dan pelaku di rantau itu bertahan daripada kegiatan keganasan yang dihalakan kepada pesawat penumpang awam."

15:02:39 PM : Pemberontak setuju jamin keselamatan di lokasi nahas jika Kiev setuju berdamai
DONETSK (Ukraine): “Kami mengisytiharkan akan menjamin keselamatan pakar antarabangsa di tempat kejadian secepat mungkin apabila Kiev bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata,” kata Timbalan Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk, Andrei Purgin. Beliau menggesa Kiev segera membuat keputusan mengenai perjanjian itu dengan pemberontak - AFP

16:24:05 PM : MH17: Puak pemisah ambil 196 mayat yang ditemui
HRABOVE, Ukraine: Wartawan Associated Press (AP) melihat puak pemisah mengangkat mayat yang diletakkan dalam beg itu ke atas trak dan membawa pergi. Hari ini, wartawan AP tidak lagi dapat melihat sebarang mayat di lokasi pesawat terhempas. Jurucakap Ukraine, Nataliya Bystro, berkata pertugas kecemasan bekerja dalam keadaan tertekan dan terpaksa memberikan mayat berkenaan kepada puak pemisah yang bersenjata. Katanya, kerajaan tidak tahu ke mana mayat berkenaan dibawa. - AP

16:46:28 PM : MAS tukar kod penerbangan MH17 kepada MH19
KUALA LUMPUR: MAS akan menukar kod penerbangan Amsterdam (AMS) - Kuala Lumpur (KUL), MH17 kepada MH19 berkuatkuasa 25 Julai ini. ia bagi menghormati penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas berkenaan. “Bagaimanapun, tiada perubahan kepada kekerapan penerbangan dan kami akan terus mengendalikan perkhidmatan harian antara Amsterdam dan Kuala Lumpur,”.

18:18:17 PM : MH17: Pihak ketiga rundingkan laluan selamat ke lokasi terhempas
KIEV: Ketua Pasukan Penyiasat Khas Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar, berkata rundingan itu masih berlangsung dan kemungkinan keputusannya positif. "Mungkin hari ini atau esok kita boleh memasuki kawasan itu," katanya. Pihak ketiga itu mendapat kepercayaan kedua-dua pihak, kerajaan Ukraine dan puak pemberontak, dan ia menggunakan kaedah rundigan dipanggil "shuttle diplomacy" (diplomasi ulang-alik)Beliau berkata, pasukan antarabangsa ini, serta Malaysia, perlu ke kawasan berkenaan untuk menjalankan Identifikasi Mangsa Nahas (DVI) dan mengumpul mayatpasukan antarabangsa baru saja dibentuk berikutan nahas tragik yang mengejutkan dunia. kerajaan Ukraine telah menurutsertakan pasukan Malaysia dan pihak-pihak berkenaan dalam sebuah jawatankuasa yang dibentuk ekoran tragedi itu. 

18:43:03 PM : MH17: Malaysia tuntut penjelasan ke mana 196 mayat dibawa
KLUANG: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihak terbabit juga perlu memberi justifikasi terhadap tindakan mereka mengambil mayat berkenaan secara paksa daripada pihak berkuasa kecemasan Ukraine.

20:50:16 PM : MH17: Kerajaan berusaha bawa balik jenazah sebelum Aidilfitri - PM
KUALA LUMPUR: "Kita akan pastikan (rakyat Malaysia) yang terkorban disemadikan di bumi Malaysia," katanya. 

21:06:51 PM : MH17: 30 anggota, 2 pesawat C-130 sedia untuk ke Ukraine
ALOR SETAR: ATM diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan ke Ukraine bagi misi MH17, termasuk untuk bawa pulang mayat mangsa ke Malaysia, kata Panglima ATM, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. 

20:53:42 PM : Pemberontak Ukraine dakwa temui objek seperti kotak hitam pesawat
DONETSK, Ukraine: Pemberontak pro-Russia di timur Ukraine berkata mereka sanggup menyerahkan kepada penyiasat antarabangsa. "Bahagian jet seakan kota hitam ditemui di tapak pesawat terhempas," kata Alexander Borodai, Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk sambil menambah objek berkenaan akan diserahkan kepada "pakar antarabangsa jika mereka tiba.

21 Julai 2014


06:35:39 AM : Pemberontak Donestk People's Republic seperti sengaja lengah usaha bawa keluar mayat
KIEV: dengan mewujudkan pelbagai kekangan kepada pasukan penyelamat serta kumpulan penyelamat antarabangsa, termasuk dari Malaysia memasuki lokasi nahas.

Pemberontak Donestk People's Republic mengawal laluan menuju lokasi pesawat MH17 terhempas di Grabove di Donetsk. - Foto AFP

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pasukan penyelamat dan kumpulan penyiasat antarabangsa diberikan akses yang amat terhad ke lokasi nahas bagi melaksanakan prosedur berkaitan. tindakan itu secara langsung menganggu kelancaran proses membawa keluar mayat mangsa, selain pengumpulan bahan bukti berkaitan bagi membantu proses siasatan, termasuk oleh kumpulan pakar antarabangsa bertujuan mengenalpasti punca sebenar nahas berkenaan yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah penerbangan dunia.

Sehingga semalam, lebih 196 mayat dikeluarkan dari lokasi nahas, sebelum ditempatkan dalam gerabak dingin beku keretapi yang disediakan Kerajaan Ukraine. Bagaimananapun, keretapi itu dilaporkan bergerak ke lokasi tidak dinyatakan, namun dipercayai berada di Torez berhampiran lokasi nahas di Grabovo yang dikuasai pemberontak. 

"Ini bertambah rumit apabila didapati ada banyak pecahan kumpulan pemberontak di lokasi nahas dan tiada satu ketua yang boleh mengkoordinasi arahan, sekali gus mewujudkan risiko keselamatan kepada pasukan penyiasat dan kumpulan yang mahu memasuki kawasan itu. Kita belum pasti sama ada komponen itu (kotak hitam) sudah ditemui atau sebaliknya. Bagaimanapun, kita menggesa mereka agar menghormati prosedur ditetapkan dan menyerahkannya kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut," katanya.

07:35:32 AM : MH17: Sky News mohon maaf kerana geledah bagasi
LONDON: Ketika siaran berkenana, penyampai Colin Brazier didapati menyelongkar barang peribadi di dalam sebuah beg pakaian di tapak kejadian sambil mengutip sejambak kunci sebelum berkata: "Kita tidak sepatutnya berbuat begini." Perbuatan itu mencetuskan kemarahan dalam media sosial termasuk gesaan supaya Brazier dibuang kerja. Selain itu, penyampai BBC, Jacqui Oatley dalam tweetnya berkata, dirinya "hairan" manakala profesor media massa di Universiti Baker, Joe Watson berkata, ia adalah "saat paling teruk bagi kewartawanan." - AFP 

08:09:01 AM : 
LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron menelefon Presiden Vladimir Putin dan menegaskan kepadanya bahawa tindakan menembak jatuh pesawat penumpang MH17 adalah perbuatan yang ‘tidak langsung boleh diterima’ dan berpendapat ia adalah tindakan pemisah Russia. 

“Bukti menunjukkan bahawa pemisah pro-Russia bertanggungjawab dan Perdana Menteri menjelaskan bahawa jika Russia ingin menuding jari ke arah lain, negara berkenaan perlu memberi bukti nyata dan berwibawa,” kata kenyataan akhbar berhubung panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri Britain, Downing Street. Cameron menggesa Putin supaya menggunakan pengaruhnya dengan pemisah pro-Russia bagi menjamin agar pakar dapat mengakses tempat kejadian bagi tujuan mengumpul bukti dan mengeluarkan mangsa. 

“Negara G7 dan Kesatuan Eropah (EU) juga mengulangi gesaannya agar Presiden Putin menghentikan sokongannya terhadap pemisah dan bekerjasama dengan seluruh dunia bagi mencari penyelesaian secara aman. Kegagalan Russia untuk melakukannya menyumbang kepada tragedi yang mengejutkan ini. Menteri luar Eropah akan mengadakan mesyuarat di Brussels esok bagi menimbang sekatan tambahan ke atas Russia kerana sikapnya itu. Dunia kini sedang memerhati dan Presiden Putin mesti menukar haluan dan bekerja bagi membawa kestabilan di Timur Ukraine,” tegas kenyataan dari Downing Street itu. - AFP 

08:21:01 AM : Putin akan bantu dapatkan mayat dan kotak hitam, kata PM Belanda
THE HAGUE: Presiden Russia, Vladimir Putin yang dipercayai mempunyai pengaruh ke atas pemberontak pro-Russia, membuat janji itu dalam perbualan ketiganya dengan Rutte, kata perkhidmatan media kerajaan Belanda, RVD. “Selain membenarkan akses tiada halangan ke tempat kejadian, perbualan itu ditumpukan kepada perkara praktikal, seperti kereta api yang membawa banyak mayat dan penyerahan balik kotak hitamUntuk kedua-dua perkara itu, Putin berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya,” kata jurucakap RVDPemberontak Ukraine berkata mereka mempunyai kotak hitam itu, yang penting bagi siasatan. - AFP

08:53:09 AM : Pemimpin Amerika, Eropah gesa Putin pastikan akses kepada penyiasat
TOREZ (Ukraine): Setiausaha Luar AS, John Kerry berkata pemisah Ukraine dipertanggungjawabkan bagi menembak jatuh pesawat itu, dan menambah “terdapat bukti nyata luar biasa” yang menunjukkan Russia hampir pasti bersubahat dengan membekalkan senjata kepada pemberontak terbabit 

09:10:12 AM : OSCE sedang berunding dengan pemisah untuk dapatkan balik mayat yang dirampas
AMSTERDAM: Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata OSCE sedang berunding dengan pemisah bagi meletakkan penguasaan kereta api yang dimuatkan dengan mayat mangsa Penerbangan Malaysia ke tangan kerajaan Ukraine. 

Dalam satu artikel, akhbar De Telegraaf berkata Belanda patut masuk campur secara ketenteraan, jika perlu, bagi mendapatkan semula tempat kejadian dan menghalang pemisah daripada memusnahkan bukti. “Sudah tiba masa untuk tindakan,” kata akhbar itu, dan berpendapat pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan pasukan khas akan dihantar. Rutte menolak tindakan menggunakan peruntukan keselamatan NATO. Rutte berkata Belanda dipertanggungjawabkan oleh pemimpin dunia bagi mengkoordinasi pengenalpastian semua mangsa dan akan membuka pangkalan operasi di ibu negeri rantau berkenaan, Kharkhiv. - Reuters 

09:50:50 AM : MH17: Jika nahas diisytihar perbuatan pengganas, keluarga layak dapat pampasan sehingga AS$75,000 (RM238,275), lapor ABC News menerusi Twitter

12:16:57 PM : MH17: Suruhanjaya Negara Ukraine tidak tahu lokasi kotak hitam
Menurut kenyataan itu, bagaimanapun disyaki kotak hitam itu mungkin berada dalam tangan puak pemisahSementara itu, Naib Perdana Menteri Ukraine Volodymyr Groysman dalam kenyataan berkata 200 petugas Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine terbabit dalam operasi mencari, bersama-sama dengan 800 sukarelawanBagaimanapun, mereka melakukan kerja itu di bawah kawalan ketat pasukan puak pemisah bersenjata, kata Groysman. 

14:50:07 PM : Semua waris anak kapal, 12 penumpang layak terima skim PERKESO
SEPANG: Layak menerima bayaran bulanan bermula RM 475 berdasarkan tangga gaji di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem berkata kesemua anak kapal layak mendapat bayaran di bawah Skim Bencana Pekerjaan kerana berada di dalam pesawat waktu bekerja. Beliau berkata di bawah Skim Bencana Pekerjaan, jika mangsa memperoleh gaji bulanan RM 3,000 dan ke atas mereka layak mendapat bayaran sehingga RM 2,750 dan jika gaji bawah RM 3,000 kadar harian minimum adalah RM 30 sehari berdasarkan tangga gaji. Katanya di bawah Skim Pencen Ilat pula waris atau tanggungannya layak mendapat 50 hingga 65 peratus daripada gaji bulanan dan jumlah minimum pembayaran RM 475.

Riot berkata dua penumpang yang telah dipastikan sebagai layak menerima bayaran bulanan tersebut ialah Ariza Ghazalee yang bekerja di Lembaga Kemajuan Bintulu dan Meling Mula iaitu pekerja sebuah syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan bertugas di Venezuela. "Manakala waris 10 penumpang lagi yang telah mencarum dengan Perkeso diharapkan dapat berhubung dengan MAS dan mengemukakan bukti supaya pihak Perkeso dapat menjalankan tugas dengan segera. Ini kerana ada beribu nama yang sama dengan mangsa dan hanya boleh dipastikan dengan nombor kad pengenalan sahaja," katanya. Beliau berkata bayaran tersebut akan diterima serta merta selepas semua urusan selesai dan selain itu waris serta tanggungan mangsa turut layak mendapat faedah pengurusan mayat berjumlah RM1,500 - BERNAMA

17:55:04 PM : MH17: Pakar forensik Belanda periksa lebih 200 mayat
TOREZ, Ukraine: Penyiasat Belanda memeriksa mayat yang diambil dari lokasi pesawat MH17 terhempas dan ditempatkan dalam gerabak sejuk beku yang dikuasai puak pemberontak Ukraine. “Saya rasa penyimpanan mayat ini adalah baik," kata Peter Van Vliet, pakar forensik yang mengetuai pasukan Belanda itu selepas selesai memeriksa mayat mangsa. Pakar berkenaan, bercakap sambil diperhatikan 50 pemberontak bersenjata, berkata pasukan beliau akan ke lokasi utama pesawat itu terhempas, kira-kira 15 kilometer dari situ. Pasukan penyiasat itu diiring pasukan pemerhati antarabangsa dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE). Di Belanda, Perdana Menteri Mark Rutte berkata keutamaan sekarang ialah membawa mayat berkenaan ke wilayah yang dikuasai Kiev - AFP 

18:49:16 PM : MH17: Ukraine mahu pemberontak diisytihar pengganas
KIEV: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengarahkan tentera negara itu tidak melakukan sebarang aktiviti ketenteraan di kawasan 40 kilometer radius berhampiran lokasi nahas pesawat MH17 di Grabovo, Donetsk di timur negara berkenaan. Beliau turut menggesa masyarakat dunia mengisytiharkan kumpulan pemberontak, Republik Rakyat Donetsk sebagai kumpulan pengganas dan mendesak agar mereka didakwa atas kesalahan menembak pesawat awam, cuba menghapuskan bukti jenayah dan tidak mengendalikan pengurusan jenazah mangsa mengikut prosedur sepatutnya. 

21:10:54 PM : MH17: 277 mayat ditemui, 251 dipindah ke gerabak - PM Ukraine
Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 251 mayat dipindahkan ke dalam empat gerabak sejuk beku dan bersedia untuk berlepas ke Amsterdam tetapi kumpulan pemberontak bersenjata tidak membenarkan ia meninggalkan Torez. 31 orang pakar antarabangsa telah tiba di Kharkiv untuk menjalankan penyiasatan di tempat kejadian. 

"Ukraine bersedia untuk memberi peranan utama kepada Belanda dalam penyiasatan dan Ukraine bersedia membenarkan penyiasat antarabangsa memeriksa peralatan persenjataannya untuk membuktikan ia tidak ada kena-mengena dengan MH17," katanya. Yatsenyuk berkata, kerajaan juga menggesa Russia mematuhi undang-undang antarabangsa dan bekerjasama dalam penyiasatan"Ada banyak bukti yang menunjukkan campurtangan Russia termasuk media digital, rakaman audio, laporan dan banyak lagi. Saya menggesa kerajaan Russia memberi jawapan kepada semua persoalan yang dibangkitkan," katanya. 

21:28:22 PM : MAS tawar bantuan AS$5,000 untuk keluarga penumpang MH17
MAS menyatakan dana itu ditawarkan sebagai tanda muhibah dan membantu keluarga terdekat penumpang meringankan keperluan ekonomi mereka. "Bantuan kewangan ini tidak akan diimbangi dalam bayaran ganti rugi muktamad atau menjejas hak tuntutan sah keluarga berkenaan," jelas kenyataan itu. 

22:00:22 PM : MH17: 3 pakar Malaysia berlepas ke lokasi nahas - Liow
KIEV: Mereka turut disertai tiga pakar Belanda, seorang pakar ICAO dengan diiringi pegawai OSCE. Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penghantaran tiga pakar terbabit susulan jaminan keselamatan diberikan oleh Kerajaan Ukraine dan kumpulan pemberontak.

22:17:11 PM : Pesawat pejuang Ukraine terbang hampir MH17 sebelum terhempas 
MOSCOW: Moscow juga menafikan ia membekalkan pemisah Ukraine sistem peluru berpandu atau senjata lain ketika ia berusaha menangkis dakwaan masyarakat antarabangsa bahawa ia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia. Berbekalkan beberapa carta dan imej, dua pegawai tinggi tentera Russia membentangkan kes terhadap Ukraine pada satu taklimat khas di sini.



PEGAWAI tinggi tentera Russia, Lt-Gen Andrei Kartopolov (kiri), dan Lt-Gen Igor Makushev ketika memberikan taklimat berkenaan nahas pesawat MH17 di Kementerian Pertahanan Russia di Moscow, awal pagi tadi. Kementerian itu mendakwa pesawat Ukraine terbang 3 hingga 5 kilometer dari pesawat MH17 sebelum ia terhempas. - Foto AFP

Left Jen Andrei Kartopolov berkata, pesawat Malaysia itu tersasar ke utara dari laluan asal manakala pesawat pejuang SU-25 Ukraine yang biasanya dilengkapi peluru berpandu udara ke udara, dirakam berada hampir dengan pesawat Boeing 777 itu. Katanya, pesawat Malaysia itu “tersasar dari laluannya ke utara...Jarak tersasar maksimum ialah 14 kilometer. Peningkatan ketinggian direkodkan bagi pesawat tentera Ukrain. Jaraknya dari Boeing Malaysia ialah tiga hingga lima kilometerApakah matlamat sebuah pesawat tentera terbang di laluan pesawat awam hampir pada masa sama dan pada ketinggian sama? Kami ingin mendapatkan jawapan kepada persoalan ini," katanya. Kartopolov juga menegaskan Russia tidak membekalkan puak pemisah Ukraine dengan sistem peluru berpandu Buk atau senjata lain. - AFP

Gambar fail pesawat pejuang SU-25 Ukraine yang didakwa terbang berhampiran pesawat MH17 sejurus sebelum terhempas.

23:06:33 PM : Pakar antarabangsa mula siasat nahas MH17
Menurut laman http://www.president.gov.ua itu, kerajaan Ukraine membantu memudahkan kerja penyiasatan dan mengarahkan kumpulan pakar antarabangsa itu diberikan kemudahan pesawat presiden. "Pagi ini 14 pakar tiba di Kharkiv dan segera memulakan kerja mereka. Sebuah pesawat khas untuk misi kemanusian juga berlepas dari Netherlands ke Kharkiv membawa tujuh pakar berkaitan, peralatan khas dan keranda," menurut laman web itu. Pakar-pakar juga memeriksa foto-foto yang dihantar menggunakan e-mel. "Berdasarkan analisis suruhanjaya penyiasat, adalah disyorkan untuk memberi perhatian terhadap butiran tertentu kapal terbang itu dan merakamkan foto panorama terhadap bahagian yang berlainan pada pesawat berkenaan," menurutnya. 

Pagi tadi pakar-pakar di tempat kejadian memeriksa dengan teliti dan mendokumenkan serpihan sayap pesawat itu. Kemudian kerja suruhanjaya penyiasat itu tertumpu kepada serpihan dek penerbangan - BERNAMA

22 Julai 2014


00:08:04 AM : Ukraine nafi dakwaan Russia pesawat pejuang terbang hampir MH17
WASHINGTON: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko memberitahu CNN: "Reaksi segera saya - ia tidak benar." Katanya, Ukraine bersedia untuk sebarang siasatan berhubung pesawatnya dan Russia perlu mengemukakan bukti berhubung kenyataannya itu. pada waktu insiden itu, ruang udara di timur Ukraine diawasi pelbagai sistem pengawasan. - Agensi

00:19:54 AM  : Dua kotak hitam pesawat MH17 akan diserah kepada pasukan Malaysia
Dua kota hitam akan diserahkan pada jam 9 malam ini waktu Ukraine, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Seri Perdana sebentar tadi bagi mengumumkan tiga persetujuan yang dicapai antara Najib dengan Alexander Borodai, pemimpin kumpulan yang menguasai wilayah di mana pesawat berkenaan terhempas. Sebanyak 282 mayat mangsa tragedi MH17 akan dipindahkan dari Torez ke Kharkiv menaiki keretapi, sebelum diserahkan kepada wakil Belanda. mayat itu kemudian akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C-130 Belanda dengan anggota pasukan Malaysia. 

06:07:58 AM : Majlis Keselamatan PBB terima resolusi kutuk perbuatan "jatuhkan" MH17
NEW YORK: Usul yang dibawa Australia yang turut disokong Russia itu menyaksikan beberapa pindaan termasuk perkataan 'ditembak' diubah menjadi 'jatuhkan' MH17. 

06:30:33 AM : Pemisah Ukraine serah dua kotak hitam MH17 kepada Malaysia

WAKIL Malaysia (tengah) memeriksa keadaan kotak hitam pesawat MH17 selepas diserahkan wakil pemisah Ukraine dengan diketuai, Aleksander Borodai (tiga dari kiri) di Donetsk, pagi tadi. - Foto Reuters 



Pemisah Ukraine serah dua kotak hitam MH17 kepada wakil kerajaan Malaysia, Kolonel Mohamed Shukri, sebentar tadi.

06:45:08 AM : Kereta api bawa mayat mangsa tragedi dalam perjalanan ke Kharkiv
KUALA LUMPUR: Ini berdasarkan kenyataan dalam laman sesawang rasmi Presiden Ukraine Petro Poroshenko. "Presiden memerintahkan angkatan bersenjata mengambil semua langkah perlu untuk menjamin keselamatan kereta api itu sehingga tiba ke destinasinya,".

06:49:18 AM : Pemisah Ukraine umum gencatan senjata di lokasi MH17

07:10:45 AM : MH17: 36 pakar forensik dan anggota SMART berlepas ke Kharkiv
KIEV: pasukan berlepas ke Kharkiv, kira-kira 500 kilometer dari bandaraya ini jam 11.30 malam tadi (waktu tempatan) bagi membantu menguruskan jenazah mangsa nahas MH17 sebelum diterbangkan ke Amsterdam, Belanda pagi esok menggunakan pesawat tentera. Difahamkan, proses pengurusan jenazah itu turut membabitkan pengumpulan sampel DNA bagi tujuan proses pengenalan identiti mangsa bencana (DVI), khusus bagi membantu prosedur pengecaman.

Esok juga, tiga pakar aeroangkasa negara - Azhari Dahlan bersama Mohd Naemy Fahimy Mustapha dan Kapten Phillip Joseph Selvaraju - yang sebelum ini terbabit dalam siasatan kes MH370 akan memasuki lokasi nahas kira-kira 300 kilometer dari Kharkev bersama wakil dari ICAO. Mereka akan bergerak memasuki 'ground zero' menggunakan kenderaan berperisai yang disediakan OSCE untuk mewujudkan koridor selamat sementara di lokasi nahas.

07:35:02 AM : Majlis Keselamatan PBB desak akses ke tempat MH17 terhempas
Australia mengetuai penyediaan draf resolusi yang menggesa agar diadakan penyiasatan antarabangsa dan mendesak agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Kita mesti ada jawapan. Kita mesti ada keadilan,” Menteri Luar Australia, Julie Bishop memberitahu Majlis yang mempunyai 15 anggota itu. Tambahnya: “Kesedihan kini diiringi kemarahan ketika kita saksikan perbuatan melampau di tempat kejadian di mana pemberontak bersenjata mengawal akses ke tempat itu dan menggeledah barangan peribadi mangsa.” Majlis Keselamatan menggesa semua negara agar bekerjasama dalam penyiasatan itu, yang secara tersiratnya ditujukan kepada Russia yang dituduh menyokong pemberontak pro-Moscow dan disyaki membekalkan senjata peluru berpandu yang canggih. 

07:41:56 AM : Kejayaan Najib capai tiga persetujuan penting dipuji New York Times


Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa kerajaan Malaysia sudah mencapai tiga persetujuan penting dengan pemimpin yang menguasai wilayah lokasi nahas berhubung pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine dicapai melebihi kemampuan kuasa besar yang gagal melaksanakannya. - New York Times 

08:02:20 AM : Perbuatan tembak jatuh MH17 jelas cabuli undang-undang antarabangsa 
Ketua pengarah dan ketua pegawai eksekutif IATA, Tony Tyler berkata pesawat Boeing 777 itu diletupkan di udara ketika memperkenalkan diri dan memaklumkan kehadirannya di koridor terbuka dan sibuk pada ketinggian yang dikira selamat. Tyler berkata segala usaha perlu dilakukan untuk memastikan "pencabulan seperti ini tidak berulang" - BERNAMA 

11:52:16 AM : MH17: Russia puji sikap Malaysia bersikap neutral
KUALA LUMPUR: Dutanya, Lyudmila G Vorobyeva, berkata Malaysia bersikap neutral dan tidak menyalahkan sesiapa seperti sesetengah pihak lain tanpa sebarang bukti kukuh. "Walaupun pelbagai tuduhan seperti rakaman audio palsu dan gambar palsu. Malaysia tidak menuduh Russia tetapi lebih menumpukan kepada proses siasatan insiden," katanya. 

12:34:13 PM : Russia tidak pernah bekalkan sistem persenjataan canggih kepada pemberontak pro-Russia
Dutanya ke Malaysia, Lyudmila Vorobyeva berkata, semua senjata pertahanan udara canggih yang dimiliki oleh puak pemisah itu diperoleh hasil rampasan perang ketika bertempur dengan tentera UkraineLyudmila juga menafikan negaranya mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak. Lyudmila turut mempersoalkan dakwaan pihak perisikan AS yang mempunyai bukti jelas bahawa pihak pemberontak pro-Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17. “Kita minta pihak AS keluarkan bukti berhubung dakwaan berkenaan,” katanya. 

12:24:17 PM  : Kementerian Pertahanan Russia dedah rakaman video pesawat pejuang Sukhoi 25 milik tentera Ukraine terbang dalam lingkungan 10 kilometer dengan MH17
Rakaman video itu ditayangkan kepada media dalam satu sidang akhbar di Kedutaan Russia di sini, sebentar tadi. Lyudmila Vorobyeva berkata, penemuan bukti baru itu membuktikan bahawa negaranya tidak terbabit secara langsung dalam insiden berkenaan. “Bukti baharu ini perlu dipandang serius oleh pasukan penyiasat antarabangsa kerana kemunculan pesawat pejuang berkenaan menimbulkan pelbagai tanda tanya. Kami juga berharap, dengan adanya bukti ini, semua pihak diharap dapat berhenti menunding jari menuduh Russia bertanggungjawab terhadap bencana ini,” katanya. 

12:59:37 PM : MH17: Waris lakukan ujian DNA
Waris dan ahli keluarga penumpang pesawat MAS Penerbangan MH17 mula berkumpul di Hotel Marriot di sini, sejak jam 11.30 pagi tadi bagi menjalankan ujian DNA.

13:09:20 PM : MH17: Pasukan penyiasat Malaysia tiba di Kharkiv, tunggu ketibaan 282 mayat mangsa nahas MH17. 

17:08:11 PM : MH17: Kereta api bawa mayat mangsa tiba di Kharkiv
KHARKIV: Kereta api itu berhenti di stesen kereta api Kharkhiv bagi membolehkan pihak berkuasa Ukraine menjalankan siasatanUkraine bersetuju untuk menghantar mayat mangsa ke Belanda bagi membolehkan proses kenal pasti identiti dan siasatan forensikJurucakap jawatankuasa negara Ukraine bagi nahas itu, Oleksander Kharchenko, berkata, pihaknya 'cuba yang terbaik' agar mayat dapat dihantar ke Belanda hari ini juga.

20:26:21 PM : Mayat mangsa MH17 diterbangkan esok, pengecaman ambil masa
THE HAGUE: “Esok pesawat pertama (dengan mayat) akan berlepas ke Eindhoven di selatan Belanda. Persediaan akan dibuat di Kharkiv supaya pengecaman boleh dilakukan di Belanda sebaik yang mungkin," kata Perdana Menteri, Mark Rutte.

“Sebaik sahaja mangsa dikenal pasti, pertamanya pihak keluarga akan dimaklumkan, tiada pihak lain. Ia boleh mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan." 

Rutte berkata, pemerhati Pertubuhan Untuk Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) di Ukraine menyatakan terdapat kira-kira 200 mayat di atas kereta api itu manakala laporan yang tidak disahkan menyatakan ia mengandungi 282 mayat. - AFP

21:11:08 PM : MH17: Malaysia miliki kekuatan diplomasi - Hishammuddin
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata mayat penumpang MH17 dari Malaysia akan dibawa pulang ke tanah air menggunakan pesawat MASATM sebelum ini telah bersiap sedia dengan asetnya iaitu dua buah pesawat C130 untuk membawa pulang semua mayat tersebut, namun keadaan berubah apabila mayat itu dibawa ke Belanda terlebih dahulu untuk siasatan forensik. 

21:34:30 PM : Pasukan Siasatan Khas Malaysia terima mayat mangsa nahas MH17
KHARKIV, Ukraine: Semua 282 mayat terbabit tiba di Kharkiv, kira-kira 500 kilometer dari Kiev, 12 tengah hari waktu tempatan. Ketua Pasukan Siasatan Khas Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi BERNAMA.

20:45:21 PM : Kotak hitam pesawat MH17 dalam jagaan pasukan Malaysia - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pasukan Malaysia akan menjaganya dengan rapi sebelum diserahkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa yang sedang dibentuk. "Pada masa itu, kita akan serahkan kotak hitam berkenaan kepada pasukan penyiasat antarabangsa untuk analisis selanjutnya," katanya.

23:29:14 PM : Putin ikrar pengaruhi pemisah, bantu siasatan MH17
MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin menegaskan usaha itu tidak memadai tanpa sekurang-kurangnya gencatan senjata sementara oleh Kiev untuk membolehkan pasukan penyiasat menjalankan tugas. Beliau juga menyalahkan Barat kerana menjadikan Ukraine tidak stabil dan memberi amaran bahawa cubaan sama terhadap Russia akan gagal.

23 Julai 2014


05:04:16 AM : Dua kotak hitam dihantar kepada penyiasat nahas udara di UK - Liow
Pasukan penyiasat antarabangsa telah memutuskan untuk menghantar dua kotak hitam daripada pesawat MH17 kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom untuk analisis forensikMenteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ini adalah prosedur biasa bagi kotak hitam dihantar ke makmal terdekat yang ditauliahkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk dianalisis. "Kedua-dua kotak hitam itu akan dibawa dengan kapal terbang ke Farnborough, United Kingdom, dengan diiringi oleh pakar-pakar Malaysia dan anggota pasukan penyiasat antarabangsa yang lain,".

07:49:53 AM : Insiden tembak jatuh MH17 mungkin 'kesilapan' - Risikan AS
WASHINGTON: Pesawat MH17 mungkin ditembak jatuh secara 'silap' oleh anggota pemisah pro-Russia yang kurang mahir, kata pegawai risikan Amerika Syarikat dan menolak pendirian Moscow bahawa insiden itu hanya propaganda. Bukti yang dikumpul mencadangkan bahawa puak pemisah melancarkan SA-11 dari darat ke udara yang menyebabkan pesawat Malaysia itu meletup tetapi masih tidak jelas 'siapa yang memetik picu' dan mengapa. "Penjelasan yang paling munasabah....ialah ia adalah satu kesilapan dan misil itu dilepaskan oleh 'kru yang kurang mahir' kerana peralatan senjata berkenaan memerlukan kemahiran dan latihan," katanya. 

07:56:25 AM : Belanda buat persediaan menerima mayat pesawat MH17
KHARKIV (Ukraine): Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dan keluarga diraja negara berkenaan berada di lapangan terbang bagi menunggu ketibaan kira-kira 200 mayat mangsa MH17. Pemantau antarabangsa berkata sesetengah cebisan mayat tidak dapat dibawa kerana sudah mula reput dan ditinggalkan di tempat kejadian di timur Ukraine. Belanda mengisytiharkan hari ini sebagai hari berkabung di seluruh negara sempena ketibaan mayat berkenaan. Ia juga menandakan bermulanya satu penyiasatan rumit. Jurucakap OSCE, Michael Bociurkiw berkata terdapat cebisan mayat yang tidak diambil. “Kami lihat terdapat perubahan di tempat kejadian. Bahagian tengah pesawat diubah. Kelihatan juga bahagian kon terbahagi dua dan bahagian ekornya juga diubah,”. 

12:31:55 PM : Kereta api yang bawa mayat mangsa MH17 tiba di Kharkiv
DONETSK (Ukraine): Lima gerabak sejuk mengandungi 200 beg mayat tiba di Kharkiv selepas pemisah pro-Russia bersetuju menyerahkan kotak hitam kepada pihak berkuasa Malaysia dan mayat terbabit kepada Belanda. Kereta api berkenaan memasuki pekarangan loji industri senjata, di mana mayat itu akan dipunggah dan diterbangkan ke Belanda bagi proses mengenal pasti identiti mangsa. Jurucakap bagi pasukan pakar forensik Belanda di Kharkiv berkata pelepasan mayat itu akan dilakukan apabila segala prosedur selesai. 

14:36:28 PM : Mayat mangsa nahas MH17 akan tiba di Belanda 10 malam ini
THE HAGUE: Mayat pertama yang dijumpai akan tiba pada jam 10 malam ini waktu Malaysia (1400 GMT) dan akan disambut oleh saudara-mara. Raja Willem Alexander, Ratu Maxima dan Rutte akan berada di lapangan terbang Eindhoven untuk menyambut ketibaan mayat berkenaan, yang akan diiringi dengan penghormatan selama satu minit, kata kenyataan kementerian keadilan. Bendera di bangunan awam di seluruh negara akan dikibarkan separuh tiang, kata Rutte.

KERANDA disusun di landasan lapangan terbang Kharkiv bagi membawa mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia MH17 dengan pesawat pengangkutan ke Belanda

16:18:35 PM : Jenazah mangsa Islam akan disolatkan di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA
"Semua kenderaan jenazah telah disediakan secukupnya dan diselaraskan secara bersama oleh Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya. Jamil Khir berkata, Perbadanan Putrajaya juga bersedia untuk menyediakan tempat pengkebumian di Presint 20 Putrajaya sekiranya ada permintaan. 

Mengenai Solat Jenazah Ghaib, Jamil Khir berkata setelah jenazah Muslim selesai dimandi dan dikafankan oleh pasukan petugas Malaysia di Amsterdam, maka kerajaan Malaysia boleh mengisytiharkan Solat Jenazah Ghaib diadakan di Malaysia. "Pada masa sama, walaupun setelah jenazah sampai di KLIA, tiada tegahan untuk umat Islam mengadakan solat jenazah (secara hadir) sekali lagiBagi umat Islam yang berada di negeri atau tempat berjauhan yang berhasrat untuk mengadakan Solat Jenazah, tetapi tidak berkesempatan untuk hadir bersama, mereka boleh melakukan Solat Jenazah Ghaib di tempat masing-masing," katanya. Katanya, pasukan itu akan menguruskan jenazah orang Islam setelah dikenalpasti oleh pakar forensik dari Kementerian Kesihatan (KKM). "Bagi jenazah yang tidak dapat dikenalpasti akan diuruskan secara keseluruhan mengikut pengurusan jenazah orang Islam dan diniatkan 'in kana Muslim' (sekiranya Muslim) bagi semua proses,". 

16:30:45 PM : Kotak hitam MH17 sudah sampai di Britain
KIEV: "Hari ini....kotak hitam dari pesawat Boeing 777 itu tiba di Britain di bawah pemantauan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)," kata suruhanjaya itu menerusi laman Facebook. - Reuters 

16:42:18 PM : Kemungkinan banyak lagi mayat di bangkai pesawat - PM Australia
SYDNEY: “Memang ada kemungkinan banyak lagi mayat masih berada di sana, terdedah dalam cuaca musim panas di Eropah. Ia terdedah cuaca panas, serangan binatang dan sebarang perbuatan babitkan manusia," katanya dalam satu kenyataan. - AFP

18:07:02 PM : Pesawat pertama bawa mayat mangsa MH17 berlepas ke Belanda
KHARKIV, Ukraine: Pesawat tentera Belanda itu berlepas dari lapangan terbang yang dikuasai kerajaan di bandaraya Kharkiv menuju ke Eindhoven selepas keranda kayu berisi mayat 40 mangsa dimasukkan ke dalam dua pesawatSelepas terbiar selama dua hari di bawah terik matahari musim panas di tempat terhempas di kawasan yang dikuasai pemberontak, mayat mangsa berkenaan akhirnya diberi penghormatan apabila diusung dalam keranda oleh kadet tentera menaiki pesawat berkenaan. Kira-kira 50 penduduk tempatan berkumpul tidak jauh dari situ untuk memberi penghormatan sambil memegang jambangan bunga dan bendera Ukraine pada bahu. 

21:23:33 PM : Moscow tuduh Kiev manipulasi data trafik MH17
MOSCOW: “Berdasarkan maklumat terkini, pasukan keselamatan Ukraine, tanpa memberitahu pertubuhan antarabangsa, sedang melakukan kerja rahsia berkaitan pangkalan data dan kakitangan perkhidmatan trafik udara tentera dan awam," kata jurucakap Kementerian Luar, Alexander Lukashevich, dalam satu kenyataan. “Ia jelas bertentangan dengan matlamat siasatan yang objektif dan tidak berat sebelah," katanya.

21:58:24 PM : 2 pesawat bawa mayat mangsa MH17 selamat mendarat di Eindhoven
EINDHOVEN: Pesawat Hercules C-130 Belanda membawa 16 keranda manakala pesawat tentera C-17 Globemaster Australia membawa 24 keranda. Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Ukraine tengah hari tadi. Ratusan ahli keluarga dan waris mangsa turut berada di sana.

24 Julai 2014



00:52:08 AM : Data kotak hitam MH17 masih baik walaupun alami kerosakan
EINDHOVEN: Lembaga Keselamatan Belanda, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan alat perakam suara itu "rosak tetapi modul ingatannya masih baik" dan tiada tanda-tanda manipulasi ditemui. maklumat alat perakam itu akan mula dianalisis esok.

04:39:41 AM : Kenderaan bawa keranda mangsa nahas mulai gerak dari kem tentera
Amsterdam: Semua kenderaan dilihat mulai meninggalkan kem tentera Hilversum mulai jam 8.45 malam waktu tempatan (2.45 pagi waktu Malaysia). Kem tentera yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sini itu, adalah lokasi proses pengecaman identiti mayat dilakukan oleh 75 pakar forensik, diketuai oleh pasukan dari Belanda. Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) turut dilihat memasuki perkarangan kawasan yang dikawal ketat oleh anggota tentera itu. 


KENDERAAN yang membawa keranda mangsa nahas MH17 diiringi anggota keselamatan di lebuh raya A27 berdekatan Nieuwegein yang dalam perjalanan untuk proses pengecaman identiti mayat oleh pakar forensik di Hilversum

06:44:02 AM : Nahas MH17: Pemisah pro-Russia mengaku tembak
Rome: Sebuah akhbar Itali semalam melaporkan pengakuan mengejutkan seorang pemisah pro-Russia bahawa unitnya bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17. Corriere della Sera dalam satu temubual dengan pemisah terbabit melaporkan semalam bahawa pihaknya mengakui bahawa pasukan pro-Russia itu menyangkakan pesawat penumpang berkenaan adalah milik tentera UkraineLaporan itu seterusnya menyebut bahawa pemisah itu mengatakan dia dan rakan pasukannya dimaklumkan untuk bersiap sedia menyerang tentera Ukraine yang akan keluar dari pesawat yang disyaki milik tentera itu sebaik sahaja mereka mendarat. “Pada tengah hari Khamis itu, komander kami mengarahkan untuk memasuki lori dilengkapi dengan senjata dan peluru. Kira-kira 10 minit sebelum itu, ada satu letupan besar di udara. Kami baru menembak sebuah pesawat Kiev Fascists, mereka memaklumkan kami memberi amaran untuk berwaspada kerana sekurang-kurangnya ada anggota yang akan keluar dari pesawat itu,” kata pemisah berkenaan kepada akhbar harian Itali itu dalam satu temubual di stesen keretapi Torez di mana kereta api membawa mayat mangsa MH17 berlepas ke Kharkiv. “Anggota saya melihat payung terjun di darat dan di pokok. Secara tiba-tiba saya nampak serpihan besi. Di bawahnya saya dapati mayat seorang kanak-kanak perempuan, yang mungkin tidak lebih lima tahun. Dia terbaring dengan muka terlungkup. Barulah saya sedar ia adalah sebuah pesawat awam. Tiada tentera di dalamnya,” katanya dalam temubual itu.

Seorang pemisah berusia 31 tahun yang enggan mendedahkan nama dan pangkatnya berkata, dia adalah ahli unit separa tentera Oplot, yang menurut Corriere della Sera diarah untuk mengawal kawasan nahas sejak Khamis lalu. Pendedahan ini dibuat lima hari selepas ketua pemisah, Igor Girkin mendakwa menembak pesawat disangka milik tentera Ukraine.

06:51:40 AM : Nahas MH17: Operasi analisis mayat bermula
Operasi Pasukan Siasatan Khas Malaysia bertumpu kepada usaha menganalisis mayat penumpang dan anak kapal pesawat itu yang diserahkan pemberontak Ukraine di Kharkiv. Ia membabitkan proses penyiasatan mangsa bencana yang dikendalikan pakar forensik. Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Leftenan Kolonel Mohd Sukri Hussain, berkata prosedur itu agak mencabar atas faktor keselamatan, termasuk kebimbangan sekiranya beg mayat dihantar kumpulan pemberontak mengandungi bahan letupan boleh mengancam nyawa pasukan penyiasat, khususnya pakar forensik.

“Ini prosedur paling penting dalam mengenal pasti dan mengesahkan identiti mangsa, termasuk kewarganegaraan mereka bagi membolehkan proses penghantaran pulang jenazah disegerakan,” katanya. Pasukan Khas Penyelamat dan Bencana Malaysia (SMART) juga satu-satunya pasukan luar yang dibenarkan oleh OSCE berada di lokasi pengumpulan mayat berikutan kemahiran mereka mengendalikan mayat yang tidak terurus.

“Pasukan ini terlatih dalam pengendalian mayat mangsa bencana dan memahami prosedur pengurusan mayat dan cebisan tubuh manusia. Petugas Jabatan Kebajikan Islam (JAKIM) sudah berlepas ke Belanda pagi tadi (dari Kiev) untuk membantu mengurus jenazah Islam, bukan sahaja membabitkan warga Malaysia,” katanya.

Keseluruhannya, 282 beg mayat dan 85 beg berisi organ badan mangsa MH17 diserahkan oleh kumpulan pemberontak hasil persetujuan dicapai antara pemimpin mereka, Alexander Borodai dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu rundingan rahsia.

14:12:38 PM :Jasad mangsa MH17 mungkin tidak dapat dibawa balik sebelum Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata demikian selepas menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda - BERNAMA 

17:20:36 PM : 39 pakar forensik percepat proses pengecaman identiti mangsa
AMSTERDAM: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ia susulan permintaan kerajaan Belanda yang mahu lebih ramai anggota pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) terbabit. Sehubungan itu, Malaysia akan membawa 10 pakar yang kini berada di Kiev dan 12 di Kharkiv, Ukraine untuk menambah kekuatan 17 pakar sedia ada. "Ia menjadikan jumlahnya 39 pakar merangkumi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan," katanya. 80 mayat akan tiba di Eindhoven hari ini manakala bakinya dibawa esok"Ketibaan mayat akan diberi penghormatan ketenteraan oleh kerajaan Belanda seperti semalam," katanya.

19:35:07 PM : Kerajaan lantik Jamil Khir, Joseph Kurup kendali urusan jenazah MH17 
"Datuk Seri Jamil akan menguruskan mayat beragama Islam, manakala bagi bukan Islam, ia akan diuruskan oleh Datuk Seri Joseph, " kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini

22:38:24 PM : 74 lagi keranda mangsa nahas MH17 tiba di Belanda
THE HAGUE: Pesawat membawa lebih banyak mayat mangsa nahas MH17 sehari selepas 40 daripada 298 yang terkorban dibawa ke sini. Dua pesawat membawa 74 keranda mendarat di Eindhoven di selatan Belanda di mana mayat berkenaan akan dibawa ke berek tentera di Hilversum, berhampiran Amsterdam, untuk pemeriksaan forensik dan pengecaman. Polis Belanda menyatakan, 80 pakar forensik dari Jerman, Belgium, Britain, Australia, Indonesia, New Zealand dan Malaysia akan membantu 120 pakar Belanda dalam tugasan yang boleh mengambil masa sehingga berbulan-bulan.

KERANDA salah seorang mangsa nahas MH17 dibawa turun dari kapal terbang dalam majlis sambutan negara, di Lapangan Terbang Eindhoven, Belanda setibanya dari Ukraine

25 Julai 2014

SERPIHAN pesawat MAS MH17 dilihat berada di perkampungan Petropavlivka (Petropavlovka), Donetsk, Ukraine.

07:58:20 AM : Data kotak hitam MH17 dimuat turun; tiada bukti ia diusik
THE HAGUE: “Tiada bukti atau petanda manipulasi alat perakam yang ditemui itu,” kata Lembaga Keselamatan Belanda (OVV). “Data berjaya dimuat turun dan perakam itu mengandungi data sah daripada penerbangan berkenaan,” katanya.

Rabu lalu OVV berkata ia sudah berjaya memuat turun rakaman daripada alat perakam suara kokpit itu. Alat perakam berkenaan, yang diperoleh daripada serpihan di timur Ukraine, kini dianalisa di ibu pejabat Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di Farnborough, di barat daya London. Pakar AAIB ditugaskan mendapatkan maklumat daripada perakam suara kokpit itu, yang mendedahkan perbualan juruterbang selama beberapa jam.



Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®