Monday, December 19, 2016

Aliran Sastera VS Aliran Sains


SELEPAS PEPERIKSAAN PT3, PILIHAN ANTARA ALIRAN SASTERA VS ALIRAN SAINS, MANA LEBIH BAIK?



Selepas keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), ramai pelajar akan mengalami masalah untuk memilih aliran yang akan diambil semasa menyambung pelajaran ke tingkatan 4 kelak. Pemilihan kelas aliran Sastera mahupun aliran Sains sebenarnya akan menentukan hala tuju dan masa depan pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seterusnya menceburi alam pekerjaan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa beza kedua-dua aliran ini dan mana yang lebih penting.

Aliran Sastera atau Sains, kedua-duanya perlu seiring dengan minat dan kemampuan pelajar untuk mendalami ilmu yang dipilih. Keputusan PT3 digunakan sebagai kelayakan untuk memasuki aliran sastera mahupun sains ketika di tingkatan empat dan lima.

Tolak tepi tanggapan kebanyakan orang ramai yang menganggap aliran Sastera adalah terdiri dari pelajar yang kurang cemerlang atau pelajar lemah manakala aliran Sains adalah untuk pelajar cemerlang saja. Sebenarnya kedua-dua aliran ini mempunyai keistimewaan dan kepentingan tersendiri.

Hakikatnya, kaedah pelajar cemerlang di dalam subjek Matematik dan Sains sebagai syarat masuk aliran Sains sudah tidak relevan untuk masa sekarang. Ada juga pelajar yang bijak Matematik dan Sains memilih aliran Sastera kerana minat untuk mendalami dunia kesusasteraan.

Istimewanya aliran sains, peluang untuk ke peringkat matrikulasi dan asasi sains seterusnya ke universiti amat cerah. Ini kerana lebih 80% kursus pengajian lepasan SPM dalam UPU adalah dalam untuk aliran sains. Antara mata pelajaran yang akan dipelajari dalam aliran sains ialah Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan.

Syarat Baru Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4 Mulai tahun 2015 berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 22 Tahun 2014:
  • Murid mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam Sains dan Matematik dalam keputusan PT3
  • Murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik
  • Kes Khas : Murid yang mendapat gabungan gred A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik.
  • Murid yang dapat gred E dalam mana-mana matapelaran tidak layak masuk aliran Sains

Bagi aliran sastera pula, tidak dinafikan ramai yang memandang rendah kepada aliran ini semasa di peringkat persekolahan. Ayat seperti, "Aku bukan budak bijak, sebab tu aku masuk aliran Sastera," sering dijadikan alasan. Namun begitu ramai yang tidak sedar pelajar aliran Sastera lebih laku dan mempunyai nilai pasaran semasa di alam pekerjaan. Mata pelajaran seperti Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Perdagangan adalah antara mata pelajaran yang mempunyai nilai pasaran tersebut.


Mata Pelajaran Wajib (subjek teras)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris / GCE O Level English
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Sejarah
  • Mathematics / Matematik
  • Science / Sains – Untuk Aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja.

6 jenis aliran yang mungkin terdapat di sekolah anda (bergantung kepada pakej yang ditawarkan di sekolah masing-masing):

1. Aliran Sains Tulen
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Physics / Fizik
  • Chemistry / Kimia
  • Biology / Biologi
  • English for Science and Technology

2. Aliran Sains Tulen Agama
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Physics / Fizik
  • Chemistry / Kimia
  • Biology / Biologi
  • English for Science and Technology
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam (Gambaran Islam)
  • Bahasa Arab Tinggi

3. Aliran Sains Kemanusiaan
  • Additional Mathematics / Matematik tambahan
  • Physics / Fizik
  • Chemistry / Kimia
  • Biology / Biologi
  • English for Science and Technology
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Geografi

4. Aliran Iktisas
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Science / Sains
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam (Gambaran Islam)
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Bahasa Arab Tinggi

5. Aliran Perdagangan
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Additional Science / Sains Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan

6. Aliran Kesusasteraan dan Kesenian
  • Additional Science / Sains Tambahan
  • Geografi
  • Kesusasteraan Melayu
  • Literature in English
  • Kesusasteraan Cina
  • Kesusasteraan Tamil
  • Pendidikan Seni Visual
  • Ekonomi Rumah Tangga
  • Pendidikan Muzik

7. Mata Pelajaran Tambahan (Elektif)
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Bahasa Punjabi
  • Bahasa Perancis
  • Bahasa Iban
  • Pengetahuan Sains Sukan
  • Sains Pertanian
  • Mata pelajaran Teknikal
  • Reka Cipta
  • Teknologi Maklumat

Untuk itu, memang benar, keputusan yang cemerlang seharusnya kita mengambil aliran sains tulen. tetapi bagi saya, anda perlu membuat keputusan dengan sebaik mungkin dengan keluarga ataupun kaunselor untuk mengetahui kemampuan dan keperluan negara ketika ini dan akan datang. Perlu ada keseimbangan dan juga timbang-tara.


Berikut adalah panduan yang boleh kita ambil kira. 

1. Lihat keputusan peperiksaan. 
Kecemerlangan dalam subjek-subjek tertentu menjadi penanda minat dan kelebihan anda pada subjek-subjek tersebut, berbanding dengan yang lain. Tengok jikalau matematik dapat A, kebarangkalian untuk bijak dalam aliran perdagangan. Jika sains anda dapat A, boleh ambil aliran sains tulen. Jika meminati hasil seni, boleh mengambil aliran sastera.

2. Perhatikan minat dan kecenderungan. 

Setiap individu adalah unik dan istimewa, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, ini tergambar dari lahiriah mereka. Aliran yang tepat dapat membantu menggilap bakat dan kelebihan anda.

3. Berbincang hati ke hati dengan keluarga. 

“Abang/kakak nak jadi apa bila besar nanti?” Biarkan mereka bercerita tentang impian dan cita-cita mereka, kita boleh membimbing dengan pertanyaan-pertanyaan yang objektif.

4. Berjumpa dengan Kaunselor sekolah. 

Guru kaunselor adalah sumber yang baik untuk mendapatkan pendapat.

5. Berjumpa dengan ahli profesional. 
Jika anak-anak @ anda sudah mempunyai cita-cita, yang spesifik contohnya, doktor. Aturkan masa yang bersesuaian untuk berjumpa dengan seorang doktor yang boleh memberi gambaran tentang profesionnya, agar anak-anak mendapat gambaran yang jelas, adakah ini jenis pekerjaan yang diminatinya.

6. Beristikharah. 

“Tidak rugi orang yang bermesyuarat, tidak menyesal orang yang beristikharah.”


Pilihlah aliran yang bersesuaian dan tepat kerana ini adalah langkah awal ke masa depan yang cemerlang.

Sejujurnya, tidak kisah aliran apa sekali pun, anda berhak memilih aliran mana yang digemari. Jangan kerana desakan keluarga atau mahu glamour, anda memilih tanpa menyedari kemampuan diri sendiri. Sama ada aliran Sains atau Sastera, kedua-duanya bergantung pada usaha sendiri untuk terus berjaya. Tidak kira anda 'berasal' dari aliran Sastera atau Sains, tidak bermakna anda tidak boleh berjaya dan tidak mempunyai pekerjaan yang baik.

Semuanya bergantung pada usaha dan kerajinan sendiri. Sebagai contoh, jika anda mahu menjadi jurutera, saintis atau doktor, tentunya anda akan berusaha di aliran Sains. Jika pilihan anda untuk bergelar peguam, akauntan atau pereka grafik, tentunya anda akan menghargai aliran Sastera. Kedua-duanya sama penting. Namun, tidak semestinya pelajar dari aliran Sains tidak boleh menjadi anggota polis, bukan?

Aliran Sastera atau Sains, kedua-duanya sama penting di mana bidang yang anda pilih akan memperkenalkan siapa diri anda di dalam status pekerjaan kelak!

Semoga bermanfaat!

32 comments:

  1. Assalam, Sya dari aliran sains tulen dan dah 3 bln...klau Sya tukar aliran perdagangan sempat x nak cover 3bln tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Masih sempat sblm peperiksaan pertengahan tahun. Mohon kpd pengetua ye.

      Delete
  2. Tapi ...sekolah saya cuma ada SC tulen, so saya kena kluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde mslh. Byk sekolah lain kan. :)

      Delete
  3. Sy konpius nk teruskan klas sastera ke tukar klas sn. Sy ade cita2 nk jadi doktor tpi ramai yg ckp teruskan apa yg ada. Skang ni sy duk klas sastera. Mcm mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rasa mampu nak bawa subjek sains tulen, mohon la tukar kelas. Rujuk pada kaunselor ye.

      Delete
  4. saya berada dalam class sc sekarang dan adding subj akaun. skrg ni, saya tak berapa minat dgn subj kimia, fizik, addmath . saya rasa saya lebih kepada aliran sastera.. nk tukar class, mcm x sempat nak cover. lepas spm, bole teruskan dgn aliran sastera tak dkt ipt kalau result subj elektif, x berapa ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dgn syarat subjek teras kena hebat

      Delete
  5. Apa beza aliran sastera, aliran perakaunan dengan aliran perdagangan? mintak tolong explainkan heheh

    ReplyDelete
  6. Saya amik aliran sains,tp tak amik bio,ganti dengan prinsip perakaunan.Boleh tak nak apply bidang akaun kat universiti nanti?

    ReplyDelete
  7. Saya baru habis pt3 dan saya nak mohon penjelasan. Antara sains tulen dan prinsip perakaunan,mana yang lebih susah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua susah. Tapi kita kena tahu kecenderungan minat terhadap sesuatu. Minat sains ke ataupun kira-kira or matematik? Terpulang pada diri anda.

      Delete
  8. Akak sya bru lepas pt3 nk mohon keterangan ttg aliran sains sbb sya mmg minat sangat untuk jadi doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jadi doktor kena ambil sains tulen. kena perform subjek biologi dan kimia. kemudian, selepas SPM boleh memohon matrikulasi dan seterusnya buat ijazah dalam perubatan

      Delete
  9. Ape pendapat admin,saye minat sains tapi keputusan saye 3a 3b 2c 2d , patut ke saye masuk sains or sastera p/s sains saye B math saye D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau anda mampu untuk membawa aliran sains tulen, teruskan. tetapi diingatkan anda mungkin akan mengalami masalah dalam beberapa subjek seperti matematik tambahan, fizik dan kimia. cuba jumpa kaunselor untuk tanya pendapat dengan lebih lanjut.

      Delete
  10. salam admin...
    boleh ke student memilih prinsip perakaunan jika pelajar tidak memilih subject sains ketika pt3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ambil pepeiksaan sains ke? Setahu saya wajib ambil subjek sains tu. Tetapi, jika ingin memilih aliran perakaunan mesti mahir dalam matematik kerana di tingkatan 4 mesti ambil matematik tambahan. Mungkin boleh masuk aliran perakaunan.

      Delete
  11. untuk aliran perakaunan tidak perlu cekap matematik kerana pengiraan di dalam perakaunan hanya kebolehan membilang wang wang sahaja...semua orang tua muda boleh mencampur...menolak..mendarab dan membahagi wang....tetapi kecenderungan memahami proses atau prinsip adalah sangat perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ye. saya merujuk kepada matapelajaran matematik tambahan. bukan mata pelajaran akaun.

      Delete
  12. assalammualaikum sis . mt dan sn sye dpt c. sye dpat band 5 dan 6 dlm subjek mt dn sn . layak ke saye masuk ke kelas sn ?

    ReplyDelete
  13. Sye nak tye mate sye E, bolhkh saye mgmbil prinsip perakaunan?? Sbb sye mmg minat mate xtaulh mcm mne bole dpt E sbb waktu prcubaan pt3 sye dpt C

    ReplyDelete
  14. Sorry for asking here, saya nak pendapat. B. Maths saya pt3 dapat E dan sains juga E, tapi saya minat perdagangan serta prinsip akaun sebab sekolah saya menawarkan dua2 bidang tu dalam satu aliran. Agak2 boleh ke dapat kelas akaun? Kala buat surat rayuan pun dapat tak. Ye ? Thankyou!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rasanya. anda boleh cuba memohon.

      Delete
  15. saya nak tanya. pt3 saya sains E tpi saya x tau knp saya minta sains tulen, mslh nya mk saya x bgi saya masuk aliran tu, apa patut saya buat? tukar aliran atau kekalkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika sains dapat E memang tidak digalakkan untuk mengambil sains tulen sebab sains tulen lebih susah daripada sains teras. takut anda akan kecundang masa SPM kelak

      Delete
  16. assalamualaikum cik balqis. sy pelajar form 4 yg tgh ambik sains tulen. sy rasa sy x boleh nk adapt dgn add math n fizik. tapi, sy minat sains-bio n kimia. sy lebih cenderung dlm sains tp lemah dlm pengiraan. result pt3 sy pun, math c, sains a. Apa yg patut sy buat? Patut ke sy drop kelas sains tulen? Tapi, kalau sy drop sains tulen, sy pun x dpt ambik bio n kimia lagi. Cik balqis,Tolong bantu sy. T.kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. jika anda memang betul2 berminat pada sains tulen, kena berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk menguasai matematik tambahan. sebab anda tiada pilihan melainkan mengambil subjek tersebut. tidak mengapa, lama-kelamaan minat tu datang sendiri. cuma kena tanam sikap suka kepada matematik. saya dulu pun tak suka matematik tambahan sebab terlalu susah. lama kelamaan okey je. semoga berjaya.

      Delete
  17. Selamat sejahtera cik Balqis...
    Saya memang tak tentu dengan aliran minat saya...dalam pt3 saya dapat 9A dan 1C iaitu sc...sekarang saya duduk dlm kelas sc lah...cita cita saya nak jadi seorang usahawan...dlu saya rasa macam kenapa pulak nak menyeksakan diri belajar kelas sc nak business...lepas tu lama kelamaan lah...why not saya belajar dalam aliran sc dan buat business utk menjadi better drp yg lain...saya tak pasti dgn ni...tolong saya boleh?
    Kalau saya amik kelas sc dlu lepas tu keputusan sya tak sgt bagus dlm spm boleh tak saya belajar dalam bidang lain iaitu business management ke lain2

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt sejahtera. boleh. tidak menjadi masalah di kemudian hari. teruskan usaha. :)

      Delete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2016 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®