Saturday, February 22, 2014

Puisi Sofa Biru Nadira Brundage



Himpunan puisi
Sofa Biru
NADHIRA BRUNDAGE

ya, harus beli.
my next target.

[update]
puisi yang terkandung dalam "Himpunan Puisi Sofa Biru":
1. Realiti - [link]
2. Kasut - [link]


lovenota 1: jom pergi popular Aeon Bandaraya Melaka
lovenota 2: g deting best nie..lalala~

Read More »

Friday, February 21, 2014

Kasut


cuba letak kaki kau 
ke dalam kasut aku
cuba kau rasa sendatnya
ketatnya kasut aku
dengan kasut itu cuba kau berjalan
rasakan kerikil di tapak aku
kaca bersepai yang menjamah aku
dalam kasut aku
kau dapat lihat dunia dari mata aku
dalam kasut aku
mungkin baru kau tahu
kenapa aku jadi aku.

Himpunan Puisi
Sofa Biru
Nadhira Brundage




don't be so quick to judge, you never know when you might just find yourself walking, in that person's shoes.


lovenota 1: sedang memahami dan mempelajari bahasa seperti ini
lovenota 2: adakah selera pembacaan aku sudah bertukar?

Read More »

Wednesday, February 19, 2014

Wordless Wednesday # 24 : Hijab





nowadays children must be taught to wear hijab,
directly or indirectly. 
depends on us,
as a parents: mom, dad, bro and sis 
:)


lovenota 1: Wednesday is an English day. |o|
lovenota 2: teringat zaman sekolah, hari rabu tergagap nak speaking. malu.


Read More »

Sunday, February 16, 2014

Selagi Ada Cinta



Ning Baizura - Selagi Ada Cinta

Telah kulakukan semuanya kasih
Telah kukorbankan segalanya
Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engkau inginkan

Ku tahu kau tak pernah setia (kasih)
Ku tahu diriku tak bererti
Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engkau inginkan

Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
Selagi air mata ini mengalir
Kau tetap di hati ini
Cintamu tetap di hati


Selagi ku mampu bertahan kekasih
Jangan sampai cinta tiada lagi
Jika memang cinta tiada lagi (kasih)
Tinggalkan aku sendiri...
Tinggalkan cintamu kasih...

Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
Selagi ku mampu bertahan kasih
Ku terima segalanya
Walau hatiku merana



lovenota 1: selagi ada cinta
lovenota 2: pintu hatiku sudah dikunci rapat oleh dia

*payah jugak update blog guna Note 3..hehe*


Read More »

Saturday, February 15, 2014

Maaf? Tidak Mungkin!


[personal entry]

semasa sedang menyemak visitor yang masuk ke dalam blog saya, saya ternampak satu url blog yang sudah lama tidak saya lihat sejak beberapa bulan lepas. ya, blog ex saya yang sangat bangang *maaf mengutuk* *ya, masih ingat nama penuh dia sebab sampai mati aku tak akan lupa*. mesti ada reader blog beliau masuk ke dalam blog saya.

saya pun buka url tersebut dan melihat ada pengakuan maaf dari beliau. dengan rasa rendah diri dan bersalah, beliau memohon maaf secara terbuka. rendah diri? bersalah? u tak pernah rasa bersalah! hipokrit! oh? kalau secara terbuka boleh ke u dimaafkan? tidak!

ingat senang ke i nak maafkan u? nak lupakan semua apa yang berlaku dalam tempoh masa 7-8 bulan tu? oh tidak! *melainkan orang tu gila memang dah lupa lah*. memang hidup ini saling maaf memaafkan, tetapi kesalahan u adalah kesalahan paling besar yang u buat dalam hidup i. so never! hutang pun tak bayar nak senang2-senang nak minta maaf? sorry! *saya sangat bengang. maaf kepada pembaca lain*

for ur information, i SUDAH LAMA tak text both of u! bila masa i ganggu Diyana? kerap diganggu?? shit, nombor dia pun i dah tak ada. ganggu ape kebendenye? NONSENSE! nie saja nak raih perhatian ke or nak salahkan i? buang masa i nak ganggu orang macam uols. baik i fikir pasal kerja yang berlambak dari melayan text and menggangu Diyana. choi! 

like just what i said before, i nak u minta maaf secara berdepan, secara dua mata di hadapan i, di hadapan mak i. u know why kan? ada berani? kalau tak, jumpa sahaja di akhirat kelak. 

conclusion: tidak dimaafkan!


lovenota 1: bengang sebab teringat semua kejadian bodoh itu
lovenota 2: lagi bengang terpaksa baca blog budak bangang itu. *maaf kasar lagi*

Read More »

Monday, February 10, 2014

OST Ariana Rose Drama TV3


Drama Ariana Rose Slot Akasia TV3 sudah pun sampai ke penghujungnya tidak lama lagi. sweet gila cerita nie beb! caiyaq ceq weii! haha. lepas nie dah tak ada drama melayu yang best2 la nak tonton..sob3. tapi memang betul, siapa yang tak baca novel "the Wedding Breaker" memang susah sikit nak faham cerita nie kot. novel dia lagi best and boleh buat orang senyum2 kambing and gelak guling2. tak percaya sila lah beli novel ini :P

dulu Qis ada update review novel nie. siapa terlepas tu sila baca okey! klik link di bawah.


dalam entry atas nie Qis tu ada sertakan link cerpen pendek dari Evelyn Rose iaitu kesinambungan daripada novel yang memang tak ada dalam novel. so, baik korang pergi terjah! Ariana Rose dapat putera sulung taww! awww! :P

tadi sudah pun selesai tonton online Ariana Rose Episod 25. tiba2 terpikat dengan sebuah lagu nie masa scene Ariana Rose suruh Tengku Adam Kamil mandi tuh:



Tiba-tiba cinta datang kepadakuSaat ku mulai mencari cintaTiba-tiba cinta datang kepadakuKu harap dia rasakan yang sama

waaa..dengar je lagu nie rasa sudah jatuh cinta. macam rasa berasa di zaman cinta monyet jer..hihi. sweet kot lagu nie. rugi korang tak download lagu ni! 

nak download OST Ariana Rose mp3 ini? boleh, klik jer link di bawah:
[Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga]
[Maudy Ayunda - Tiba Tiba Cinta Datang]

Senarai Lagu-lagu lain dalam OST Drama Ariana Rose:

Angelic - Jangan Paksa
Ayushita- Tuhan berikan aku cinta
Calvin Jeremy - Berdua
Calvin Jeremy – Tetap setia
Derbi Romero- Gelora Asmara
Donita - Kesucian cinta
Dot - Rasa
Gretha- Menangis tanpa airmata
Kamaya- Mudah terluka
Lala Kamela- Kamu aku cinta
Opick - Tiada duka yang abadi
Pasto - Jujur aku tak sanggup
Rama - saat-saat terindah
Rumor - Butiran debu
Taxi band - apa artiku
Tiket- Hanya kamu yang bisa
Ussy feat Andhika – Kupilih hatimu
Utopia - Benci
Utopia - Mencintaimu sampai mati
Utopia- Benci
Vagetoz- Kehadiranmu
Vanya Pranashinta - Kamu Buat hatiku mati


lovenota 1: nak buat tema Winter Wedding macam diorang jugakk~
lovenota 2: kena kumpul duit kahwin dari sekarang! ayuhh! :P


Read More »

Sunday, February 09, 2014

Selamat Pengantin Baru Seth!


hujung minggu nie, Qis habiskan masa dengan kengkawan menyertai dan menghadiri jemputan majlis Perkahwinan abang long depa, iaitu Hazani @ Seth. *kalau budak2 Tagged tau Seth dah kawen, mesti depan menangis meraung kan? maklumlah masa zaman Tagged dulu kemain ramai peminat nie, tak kira perempuan ataupun lelaki..hahaha!

Qis bertolak petang semalam ke Kuantan dalam 3 jam baru sampai coz nak kena bersaing dengan abang2 lori semua neh. tapi balik Gemencheh memang punctual timing die, 2 jam setengah jer! :D sampai kuantan ingatkan nak jumpa member, Ann tapi tak save plak nombor kat dalam phone. nak tak nak kena lah call cik "abang dobi", si Amirul yang sombong tu *menyampah taww*. bila call banyak kali tak nak angkat. *dengki betul! senget punya Amirul. korang jangan beli sabun kat Dobi si Amirul tuh! dia budak sombong! cess!* sampai Kuantan bermalam di Citilite Hotel kat bandar Kuantan bersama2 ratu, jemah dan kem. ajak budak2 lain tapi memasing busy memanjang, payah eh. haha :P

sebelum nak letak gambar tu, nak cerita sikit mengenai Seth nie. 

mula berkenalan pada tahun 2011. lama dah, tapi payah nak berjumpa dengan geng2 lain *mungkin malu kot..tettt*. 1st jumpa dulu semasa birthday Qis , 6 Oktober 2011 bersama2 dengan kawan2 @ geng Vampire yang lain *dulu semua orang kenal geng Vampire neh..sekarang terkubur sebab Seth sebagai ketua vampire dah cuci tangan..hehe*

gambar tahun 2011. seorang lelaki dalam kalangan perempuan,dia lah Seth..haha

seth nie orangnya baik *dan2 baik..hikhik*, seorang yang suka perempuan yang cantik2 jer *hambekk kou*, orang panggil dia sethanathan *padahal semua pon keling..termasuklah aim, boboi, ace, jonah, aduka and zara..haha*. tapi dia memang ok, baik dalam kalangan semua lelaki di Malaysia. kerja pun baik then dapat isteri pun yang baik. alhamdulillah *semoga perangai tu ubah sikit. dah jadi laki orang dah..haha!*  

kalau Qis tak berkawan dengan Seth kat tagged, Qis takkan dapat kenal and berkawan dengan Ratu Eira, Jemah, Orked, Ace, Kem, Zaraki, Boboi, Aduka, Aim, Cena, Jonah, Golden, Lina, Nenek, dan ramai lagi *apesal nama pelik? tu nama popular kat Tagged..tak boleh bagi nama betoi..hihi*. walaupun perangai semua macam hantu masuk air, tapi diorang nie la tempat Qis nak bergelak sakan melepaskan tension di kepala. sebab? semua jenis sengal2 masuk air..ketawa tak henti2 kalau berjumpa. dah macam langsuir buat meeting dengan pontianak dan hantu2 sekalian. haa..macam tu la situasinya..haha!

ingat lagi ex-Qis pernah cakap, dulu kat tagged Qis nampak macam menggedik-gedik berbalas komen dengan seth, cena and aim. memang marah la Qis masa tu, coz siapa yang tak kenal kami memang nampak macam menggedik. padahal takde apa2 pun. yela, pada pandangan orang memang nampak lain, tak sama macam apa yang kita nampak kan? bagi Qis, biaq pi cakap orang, sebab kita tak buat salah pun. :)




selamat pengantin baru! Happy Wedding Day! semoga Hazani dan isterinya, Marini berbahagia hingga ke anak cucu. insyaAllah, amin!

4 anak dara pingitan yang masih single. mai2 lelong2! murah2! :P


lovenota 1: seronok tengok orang kahwin jadi Raja Sehari. dilayan ditatang. haha!
lovenota 2: saya? belum masanya lagi. tunggu rezeki jodoh dari Allah swt :)

Read More »

Thursday, February 06, 2014

Aksesori dalam Samsung Galaxy Note 3 tidak berfungsi



saya baru je beli Samsung Galaxy Note 3 4G LTE N9005 *sangat teruja and exited coz this is my dream!*. and yes the color is blush pink! *sangat obvious coz i love pink!* saya beli dengan harga RM 21++, murah sikit berbanding dengan harga pasaran. nak cari handpon macam nie pergi Terminal One, Seremban ye. hehe!

specification for Samsung Galaxy Note 3?
check je kat sini -> [web Samsung]

pada mulanya saya mengaktifkan android, ia menggunakan Android 4.3 Jelly Bean. semua aksesori or third party accesories berfungsi dengan baik termasuk S View Cover. memang smart bila guna S View Cover tapi kena beli pouch Samsung tu la kan? after upgrade an android Jelly Bean to Android 4.4.2 Kit Kat, S View Cover tak berfungsi. yang lain tiada masalah. so, hati sangat panasss sebab tiba2 dah tak boleh berfungsi. 

so, Qis pun google la mengenai Android Kit Kat nie. rupanya belum stabil lagi penggunaan android nie. kalau tau tak stabil lagi naper pi launch Android Kit Kat nie. hadei! memang tidak dinafikan seluruh dunia mengalami masalah yang sama. penggunaan S View Cover did not functional @ tidak berfungsi. dah la pouch cover tu mahal. sekali guna tidak berbaloi. siapa tak geram kan? haha

jawapan dari pihak Samsung:

"We have currently identified a software compatibility issue with the Galaxy Note 3 update to Android 4.4 (KitKat) and select third-party accessories. A software update will be available shortly. We are committed to offering a diverse and reliable mobile experience for all customers, providing continued support and solutions for any issues that arise with product updates for both Samsung manufactured and third-party accessories."

Samsung initially denied that the update caused this problem when some users claim that their cases no longer worked. In its previous statement, Samsung said that "a correlation between the Android version 4.4 and the supposed incompatibility of third-party accessories does not exist".

so, pada sesiapa yang sudah beli Samsung Galaxy Note 3, better jangan upgrade android anda sebab nanti kecewa macam saya. bila dah upgrade dah tak boleh downgrade balik yer! nanti bertambah kecewa pulak..haha. tunggu Android Kit Kat stabil dulu baru anda boleh upgrade. sentiasa follow up facebook Samsung untuk mengetahui perkembangan terbaru mengenai smartfon anda.

ada yang mengatakan S View Cover yang tidak boleh berfungsi setelah upgrade Android 4.4.2 adalah cover yang palsu dan tidak original. sila rujuk semula kepada pembekal anda.

tapi, kalau nak sangat guna S View Cover tu, ada caranya. anda kena root smartfon anda la. kalau tak sayang handfon baru, boleh root. kalau sayang tak nak root, tunggu update Android Kit Kat nie ye? hehe.

Qis boleh bagi link pada sesiapa nak SViewCover.apk tu. just google pada laman web ini -> [web forum xda developer]

Qis tak nak root. tunggu jela update tu. kalau ada, adalah. kalau takde, takde rezeki..hehe! 

[updated] samsung S View Cover sudah boleh digunakan. lihat entry ini:

lovenota 1: suka sangat guna pinkynote Qis. cute3 :D
lovenota 2: lepas nie tak beli smartfon dah. cukup apa yang ada. hehe :P


Read More »

Monday, February 03, 2014

Novel: Miss & Mrs


Judul: Miss & Mrs
Penulis: Lyn Dayana
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM 19

Sinopsis:

Dannial Mirzan (Nial): Sungguh! Dia tidak pernah suka main kahwin-kahwin! Tetapi, dia tetap menurut permintaan kawannya itu. Dan siapa sangka beberapa tahun selepas itu mereka betul-betul diijabkabulkan dalam usia yang belum menjangkau dua puluh tahun! Sama ada menyerah atau merampas cinta isterinya itu, dia terpaksa mengikut kata hatinya. Atau... dia patut berpaling kepada Chill?

Dahlia Zahirah (Ira, Lia): Memang dia pernah berangan-angan untuk memakai baju kurung putih dan berselendang sambil duduk bersimpuh menanti bakal suami menyempurnakan ijab dan kabul. Tetapi, tidak pernah dia terfikir untuk bernikah dalam waktu sesingkat ini. Bukan Dannial Mirzan, orang yang dia tidak begitu kenali. Dia tahu yang dia terpaksa merahsiakan pernikahannya daripada pengetahuan Paied!

Fadhiel Hazri (Paied): Dia sayang gadis itu. Dia prihatin dengan gadis itu. Dia suka perhatian yang diberikan oleh gadis itu kepada dirinya. Sentiasa menyokongnya di tepi padang. Tetapi, semenjak cuti semester gadis itu menjadi seorang yang memendam perasaan. Lebih banyak berdiam daripada bercakap. Lebih banyak tersenyum daripada tertawa. Kenapa dengan gadis itu? Apa yang mengusutkan fikirannya?

Shieyna Maria (Chill): Dia benci dengan Dahlia. Dia merasakan yang hidupnya menjadi seperti itu kerana Dahlia. Dulu Paied dan sekarang Dannial. Dia yang bersusah payah menjerat Dannial tidak akan membiarkan Dahlia mendapat jejaka itu. Memang dia kecewa apabila gagal menggoda Paied yang sempurna segalanya. Dan dia sanggup membuat APA SAJA agar tiada seorang pun dapat menghancurkan kebahagiaannya.


“Alah... kalau kita berdua ada jodoh, kat tepi jalan pun boleh jumpa.”

Review:

novel yang sangat santai! tak ada yang terlalu jiwang sangat. *sesuai la untuk remaja kan? i pun remaja lagi taww..hehe*. perjalanan cerita yang menarik, isu remaja biasa. Dahlia dikahwinkan dengan Dannial tetapi tidak mahu digembar-gemburkan kepada rakan kolejnya yang dia sudah berkahwin. lagipun masa tu Dahlia bercinta denga Paied *unik nama dia*. tapi sebenarnya bukan cinta tetapi sayang sebagai kawan rapat. dan as usual ada musuh ketat namanya Chill. mula2 ngorat Paied. tak dapat and dipindahkan ke kolej Dannial pulak. jumpa Dannial, jatuh suka then ngorat Dannial. sebab? tak suka Dahlia. orang kata, musuh biar seumur hidup ek? haha.

yang menarik dan info terbaru Qis belajar dari novel ialah laman social yang disertai oleh Dannial dan Dahlia iaitu Second Life. Qis pun apa lagi install Second Life then try tengok and play. boleh tahan seronok tapi kena ada kawan la kan? Qis main tak ada kawan. hehe. ada tu ada tapi omputeh je semuanya. hihi :P game nie menggunakan avatar macam main The Sims. cuma game ini adalah game online seperti main Dota tu. cuma game nie hanya game chatting2 jer. nak cari jodoh boleh la kot. hehe :P

dalam novel nie, Chill rupanya mengalami masalah tekanan jiwa. macam masalah sakit mental je. sebab dia sanggup bunuh Razi, boyfriend lama Chill sebab nak bersama dengan Razi sepanjang hayat. lepas bunuh tu boleh pulak dia terfikir dia tanam dan simenkan mayat Razi pada dinding rumahnya. dahsyat! orang kata, cinta pun boleh menyebabkan kita jadi gila. okey, saya tidak segila itu lagi..alhamdulillah. haha :P

blog penulis: [Sekolah cintaku]
dalam blog penulis ada coretan mengenai novel ini. kalau nak tahu best ke tidak, boleh baca di blog beliau dahulu :D


lovenota 1: cuti CNY diisi dengan novel2 jelah
lovenota 2: member2 semua payah. ajak keluar ada je alasan. cesss! 


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®