Judul: The Wedding Breaker
Penulis: Evelyn Rose
Penerbit: Karya Seni Sdn Bhd
Harga: RM 25
Sinopsis:
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
Review:
novel yang sangat menarik. membawa kita ke dunia yang kejahilan kemudian berubah menjadi manusia yang berguna dan menurut perintah yang Esa. orang kata, kalau kita lari sejuah mana pun jika dah tersurat itu jodoh kamu, kita terpaksa akur dan terima. memang apa yang Tengku Adam Kamil buat pada Ariana tu memang salah sama sekali *yela, pegi rogol buat apa..cait!*. tapi lama kelamaan Tengku Adam insaf, menyesali tindakan bodoh dia dan memang dah jatuh cinta pada Ariana *kalau jodoh tak ke mana kan? hehe*.
Ariana Rose, memang seorang wanita yang tabah. setelah dirogol, dia cuba bangkit dan melupakan titik hitam yang berlaku. walaupun ditakdirkan berjumpa dengan Tengku Adam Kamil sekali lagi, dia tetap berlagak profesional. lama kelamaan Ariana mendapati dia sememangnya sudah jatuh cinta juga kepada Tengku Adam Kamil.
kemudian, perancangan ayah Tengku Adam Kamil memperjodohkan Adam dan Ariana berjalan dengan lancar tanpa pengetahuan Adam dan Ariana. apabila mengetahui pasangan masing2 dan melihat perubahan positif dalam diri Tengku Adam, Ariana menerima dan redha percaturan dari Allah swt.
sedangkan Nabi ampunkan umatnya. Ariana menerima Tengku Adam sebagai suaminya dan memaafkan segala kesalahan yang dilakukan terhadap dirinya. begitu tulus hati Ariana menerima lelaki seperti Tengku Adam. *ya, itu yang dapat qis rasakan..kononn*
sangat2 sweet novel nie. dan Adam memang seorang yang romantik taww..chewah! :P
beli secara online: [link]
baca novel secara online: [link]
penulis ada sediakan cerpen pendek, kesinambungan dari novel nie. so siapa2 yang dah baca novel tu boleh baca cerpen pulak! ia mengenai jalan cerita kelahiran putera sulung diorang. dan juga kisah permusuhan antara Adam dan Ramzul n Liyana *takde dalam novel taw! hehe*
cerpen pendek The Wedding Breaker : [link]
penulis ada sediakan cerpen pendek, kesinambungan dari novel nie. so siapa2 yang dah baca novel tu boleh baca cerpen pulak! ia mengenai jalan cerita kelahiran putera sulung diorang. dan juga kisah permusuhan antara Adam dan Ramzul n Liyana *takde dalam novel taw! hehe*
cerpen pendek The Wedding Breaker : [link]
lovenota 1: seronoknya kalau dapat kekasih macam Adam XD
lovenota 2: berangan laaa Qis oii! mimpi yang takkan dapat jadi kenyataan XD
No comments:
Post a Comment
komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)