Home ChemAward Nuff WW Novel Guru

Tuesday, June 04, 2013

Novel: Lelaki Eksklusif


Judul: Lelaki Eksklusif
Penulis: Wan Awliya Rayqal
Penerbit: Karya Seni Sdn Bhd
Harga: RM 15

Sinopsis:
NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah  dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.
“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”
“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”
“Serius?”
“Ngee, melampau bos ni.”
“Nora, saya serius ni.”
“Ya ke?”
Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.
Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.
Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.
Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?

Review:

Qis baca novel nie selama 3 jam setengah *hebat tak? hoho*. novel dia nipis je, sebab tu boleh habis dengan masa yang sekejap! *XD*. novel nie sangat2 la cute! watak2 hero dan heroin dalam nie pun cute2 belaka..haha. yang bestnya bila Nora asyik menyakat Wan Mukhriz setiap hari. asyik kena bahan je..memang kelakar lah! mesti comel je si Nora nie kan? Qis dah terbayang si Nora Danish dahh..nama dalam novel nie pun Nora Danisha. kebetulan betul, comel dan kecik, sama macam Nora Danish! *tapi boleh ke Nora Danish nakal macam dalam novel nie? haha*. 


lepas tu kan, yang paling cutenya after they married, nama panggilan tu yang tak tahan. panggil bi and honey tuuu *sweet gilaaa! meraung qis baca novel nehh..haha!*. lastly, diorang dapat hidup dengan bahagia. happy ending kan? :P

nak beli novel secara online sila ke link di bawah. dapat diskaun RM 3 ye..hehe :)
beli secara online

nak baca novel ini secara online pun boleh:

lovenota 1: teringin sangat novel ini diadaptasi di drama. mesti best gila!
lovenota 2: heroin mestilah Nora Danish! haruss!! XD



ღ †♄@ηкṧ ƒøℜ яℯα∂ḯηℊ!(>‿◠)✌ ღ

7 comments:

Orange Vivaz said...

mcm besttt je novel nie..
wjb kena beli dn bacaa

Zieyzie Ilisha said...

wah mcam best jer novel ni...ada lg x riview novel nak baca sikit

krull nuar said...

good....terbaik

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. awak beli online ke? posting termasuk ke separate? macam best je nak beli lah. hihih

Amoi Farah said...

Kita dah ada novel nie tapi tak sempat baca best ehhh rasa macam tak sabar nak baca

Cik Balqis said...

sy suggestkan sila baca..haha :)

Hazira Anis said...

novel nie akan diadaptasi ke drama..kita dpt tau dri blog admya... :)

Copyright © 2008-2014. All Right Reserved. Miss Balqis@2014