Monday, January 14, 2019

Perginya Si Comel



Hari ini 14 Januari 2019, hari yang dah kujangka. Si comel telah pergi dari hidupku selama-lamanya. Ya Allah, aku sebak gila. Aku terasa kehilangan. Aku dah penat menangis. Dia pergi tak menyusahkan orang. Dia pergi masa tiada sesiapa berada bersama dia.


Aku sendiri tak tahu apa penyakit dia. Mak beritahu dia sakit terlalu lambat. Dia dah menunjukkan tanda-tanda tidak mahu makan sejak minggu lepas lagi. Dah terlalu kurus baru beritahu dia sakit. Aku terkilan sebab tidak dapat menghantarnya ke klinik terlalu awal. Kalau tak aku mesti sempat dan boleh selamatkannya dari maut. Ampunkan dosaku Ya Allah. 


Aku terlalu rindu pada kucingku. Sebelum pergi kerja, sempat kuusap kepalanya buat kali terakhir. Dia langsung tidak memandangku. Mungkin dia tidak mahu tunjukkan mukanya yang terlalu sedih dan bersedia untuk pergi. Matanya nampak berkaca-kaca seperti ingin mengalirkan air mata. Aku sebak melihat keadaan dia yang sangat menyedihkan itu. Tetapi Allah swt terlalu sayangkan dia, tidak mahu lihat dia hidup terseksa dengan penyakitnya itu.

Aku berpesan kepada sesiapa yang membela kucing. Jangan biarkan sehingga sakit kucing tu jadi melarat. Pada masa itu, doktor sendiri tak boleh nak tolong. Kucing bukan macam manusia, dia ada bagi tanda-tanda yang dia sakit. Kita sebagai manusia kena peka dengan kucing kita. Kalau tak, terjadi la apa yang berlaku pada kucingku.

Tiada lagi kenakalan dia. Tiada lagi cakaran die. Tiada lagi ciuman dari dia. Ya Allah, aku rindukan dia. 

lovenota: terlalu sedih. Speechless. 

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®