Friday, July 15, 2016

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2016 Pengangkutan


Contoh Jawapan Penuh Lengkap Tugasan / Folio / Kerja Kursus Geografi PT3 2016 


Tajuk: Pengangkutan

Jenis Tugasan: Kajian Kes

Tugasan: Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal / sekolah anda.

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut:

1) Konsep dan takrifan sistem pengangkutan.
2) Bina jadual dan graf / carta pai yang sesuai tentang pengangkutan di kawasan kajian. (Jadual dan graf / carta pai tersebut hendaklah relevan dengan tugasan 3 dan 4)
3) Kenal pasti dan huraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian.
4) Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian.

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan.

Tarikh kerja kursus bermula: 18 Julai 2016 (Isnin)
Tarikh kerja kursus dihantar: 29 Julai 2016 (Jumaat)

*setiap sekolah mempunyai tugasan yang berbeza kerana tajuk yang diberikan adalah tajuk umum mengikut kawasan kajian masing-masing. ini adalah contoh jawapan tugasan mengenai Pengangkutan Jalan raya. rujuk semula pada guru geografi anda.*


Kerangka Pelaksanaan Tugasan

Terdapat 3 bahagian dalam Tugasan PT3 Geografi 2016 iaitu :

1. Perancangan (10 markah)

(a) Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh.
(b) Perancangan merangkumi :
  • Jadual Kerja
  • Objektif Kajian
  • Kaedah Kajian

2. Proses Awal (20 markah)

(a) Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
(b) Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli.
(c) Proses awal merangkumi :
  • Borang Soal Selidik / Temubual (10-20 responden)
  • Data: jadual dan graf / carta pai  - tafsiran atau huraian dari borang soal selidik
  • Masalah pengangkutan yang dihadapi 
  • Cadangan penambahbaikan

3. Proses Akhir (70 markah)

(a) Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :
  • Konsep (5 markah) 
    • Menghuraikan konsep dengan tepat berdasarkan sumber rujukan berserta contoh.
  • Jadual (5 markah) 
    • Mempunyai data, tajuk dan sumber. Jadual yang dibina mengikut susunan yang betul dan lengkap.
  • Graf / Carta pai (15 markah)
    • Graf / Carta pai yang dibina lengkap dan tepat berserta tafsiran
  • Masalah (20 markah)
    • Mengenalpasti dan menghuraikan tiga atau lebih masalah yang relevan dan tepat. Perlu ada fakta, huraian dan contoh.
  • Cadangan penambahbaikan (20 markah)
    • Memberikan pendapat secara kreatif dan kritis serta rasional. Perlu ada fakta, huraian dan contoh.
  • Penilaian umum (2 markah)
    • Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis. 

CONTOH KERANGKA KASAR PELAKSANAAN TUGAS / JADUAL KERJA
*ini hanya contoh sahaja. boleh ubahsuai mengikut format kaedah kajian anda*

HARI
TARIKH
AKTIVITI
CATATAN
HARI 1
Isnin
18 Julai 2016
- Menerima soalan dan panduan rubrik perlaksanaan kajian
- Tajuk: pengangkutan di kawasan kajian.
- Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan
HARI 2
Selasa
19 Julai 2016
· Taklimat tentang kajian
· membuat catatan hasil penerangan guru
HARI 3
Rabu
20 Julai 2016
· mula mengumpul maklumat dalam buku / internet mengenai definisi / takrifan dengan bimbingan guru
· berbincang dengan guru hasil maklumat yang diperoleh
HARI 4
Khamis
21 Julai 2016
· menyediakan borang soal selidik / temubual dengan bimbingan guru
·  waktu petang membuat temubual / soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk setempat mengenai pengangkutan di kawasan kajian.
·  dengan bimbingan guru
·   dengan rakan
HARI 5
Jumaat
22 Julai 2016
·  waktu petang membuat temubual / soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk setempat tentang masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian.
·  dengan rakan
HARI 6
Sabtu
23 Julai 2016
·  membuat temubual / soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk mengenai cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian.
HARI 7
Isnin
25 Julai 2016
·  membuat analisis daripada temubual / soal selidik 10 - 20 responden
·   menghasilkan bahan grafik yang sesuai - graf / carta pai
·  dengan bimbingan guru
HARI 8
Selasa
26 Julai 2016
·  menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru.
·  di hadapan guru geografi
HARI 9
Rabu
27 Julai 2016
- menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru.
- menyemak laporan kajian dan bahan grafik.
HARI 10
Khamis
28 Julai 2015
· membuat penambahbaikan
HARI 11
Jumaat
29 Julai 2016
· menghantar hasil kajian kepada guru


FORMAT LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2016


Berikut adalah contoh format bagi Tugasan Geografi ini. anda boleh mengubahnya mengikut pada kesesuaian laporan anda. 

1. Tajuk kajian kes
2. Senarai Isi Kandungan
3. Penghargaan
4. Objektif Kajian 
5. Kaedah Kajian Kes
6. Pengenalan (Pendahuluan) mengenai sistem pengangkutan 
7. Masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian
8. Cadangan penambahbaikan terhadap pengangkutan 
9. Rumusan
10. Borang Soal Selidik / Temu bual
11. Lampiran (gambar / dokumen) yang berkaitan 
12. Sumber Rujukan
*************************************

Tajuk: Pengangkutan di .................. (nama kawasan kajian anda)

Pengangkutan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
  • pengangkutan melalui jalan darat
  • pengangkutan melalui jalan air 
  • pengangkutan melalui jalan udara
Pilih antara tiga jenis pengangkutan tersebut yang paling utama dalam kawasan kajian anda. 

Objektif kajian: (contoh)
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan untuk mengkaji pengangkutan di ................. (nama kawasan kajian anda):

1) Menyatakan konsep dan takrifan sistem pengangkutan
2) Menghuraikan latar belakang pengangkutan di ....... (kawasan kajian)...
3) Mengenalpasti dan menghuraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di .............. (kawasan kajian)...
4) Menyatakan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di ........ (kawasan kajian)...

Kaedah kajian: (contoh)
Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan lima (5) kaedah ini untuk menjalankan kajian. Berikut adalah kaedah kajian yang digunakan:

(a) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tentang pengangkutan di kawasan kajian. Saya telah memerhati pelbagai jenis kenderaan pengangkutan darat di kawasan kajian. Contohnya ialah kereta, motorsikal, lori, kren (mengikut jenis-jenis pengangkutan di tempat kajian anda). 
*bergantung pada kawasan kajian anda sama ada berdekatan dengan kilang, sungai, laut, lapangan terbang, bandar maju, kawasan pembinaan, kem askar / pulapol (polis), sekolah, kolej / universiti, kawasan pelancongan: contohnya Bandar Hilir, Melaka banyak menggunakan beca*

Contoh kenderaan Pengangkutan Darat: 
  • Jalan Raya - Kereta, Lori, Motorsikal, Bas, Beca, Teksi, Treler, Basikal, 
  • Rel - Monorel, LRT, Kereta Api, Komuter, ERL, 
Contoh kenderaan Pengangkutan Maritim (Air / Laut):
  • Feri, Bot, Kapal, Sampan, Rakit, Motobot, Kapal Selam, Kargo,
Contoh kenderaan Pengangkutan Udara: 
  • Kapal Terbang, Helikopter, Belon Udara Panas, Roket, 

(b) Borang Soal selidik 
Saya telah menyoal selidik penduduk di kawasan kajian untuk mengkaji tentang pengangkutan di kawasan kajian. Saya telah memberi borang soal selidik kepada 20 orang responden dan memberi masa sebanyak 5 minit untuk menjawabnya. Saya telah mengutip borang tersebut dan menganalisanya seperti di bahagian lampiran.

(c) Kaedah Temubual
Saya telah memilih seseorang untuk dijadikan orang sumber untuk menceritakan kepada saya tentang jenis pengangkutan dan masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian tersebut. Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. 

(d) Muat turun sumber dari buku dan internet
Saya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan. Selain itu, saya juga telah menggunakan Buku Teks Geografi Tingkatan 2 untuk memudahkan saya membuat kajian ini.

(e) Bimbingan Guru
Saya telah mendapat bimbingan guru Geografi, iaitu Encik/Puan/Cik ………………………….

contoh kaedah kajian lain : Perpustakaan, Rakaman Audio atau Visual


1. Konsep dan Takrifan Sistem Pengangkutan

Contoh huraian:

Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Pengangkutan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan melalui jalan darat, pengangkutan melalui jalan air dan pengangkutan melalui jalan udara.

Menurut Katiman Rostam (2002), pengangkutan dapat diertikan sebagai suatu cara memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan boleh dikaitkan dengan nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi. Pengangkutan mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berbeza ke atas setiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api, jalan air, jalan raya atau kereta motor, pengangkutan jalan udara, saluran paip dan kaedah pengangkutan yang lain seperti ‘hovercraft’.

Menurut Wikipedia, pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagikan kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain.
*sumber dari kamus online: [link]*

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, pengangkutan ditakrifkan sebagai pembawaan (barang-barang) dari satu tempat ke tempat lain. Pengangkutan awam  pula boleh didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.
*sumber dari kamus online: [link]*

Menurut laman web 1Klik, Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. 
*sumber dari 1Klik: [link]*


2. Pengangkutan di (Kawasan Kajian)

Anda harus menerangkan jenis-jenis pengangkutan yang hanya ada di kawasan kajian beserta dengan contoh. Huraikan satu atau lebih, jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Pilih satu jenis pengangkutan utama yang digunakan di kawasan anda.

Mulakan huraian anda dengan perkataan berikut: Daripada pemerhatian yang dijalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan yang digunakan iaitu .................". Huraikan ciri-ciri setiap jenis pengangkutan yang anda pilih. 

Contoh huraian:

Sistem  pengangkutan  amat  penting  kepada  pembangunan  sesebuah  negara terutama untuk menghubungkan sesuatu tempat dengan tempat yang lain.  Kawasan kajian saya iaitu di ...(nama kawasan kajian)...  di mana tidak ketinggalan mengalami perkembangan dalam sistem pengangkutan.  

Sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya ialah pengangkutan darat iaitu jalan raya. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, jalan raya merupakan pengangkutan utama.  Jalan raya utama di sini ialah ..(bagi nama jalan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan) menghubungkan kawasan kajian dengan bandaraya / bandar / pekan / kampung.

Jaringan  jalan  raya  di  ..(kawasan kajian)..  adalah padat.  Jaringan  jalan  raya ini menghubungkan kawasan kajian  dengan kawasan persekitarannya seperti taman perumahan, pejabat-pejabat awam dan swasta  dan  sekolah-sekolah.  


2.1 Jadual dan graf bar @ palang /carta pai (contoh)

Hasil soal selidik tentang pengangkutan di kawasan kajian boleh menghasilkan data. Data ini kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf. Tulis tajuk jadual dan sumber data / maklumat. Graf yang lengkap mesti mempunyai tajuk pada paksi X dan paksi Y, serta tajuk graf (tidak perlu nyatakan sumber seperti pada jadual). Setiap graf mesti bersertakan jadual yang menunjukkan data terkumpul.

Jika di kawasan kajian terdapat beberapa jenis pengangkutan awam, anda boleh mendapat maklumat tentang bilangan responden yang menaiki jenis pengangkutan awam tersebut. Contohnya, "Daripada 20 orang responden, terdapat 10 orang pernah menaiki KTM komuter, 5 orang menaiki bas awam dan 15 orang pernah menaiki teksi." Jumlah keseluruhan data tidak semestinya 20 orang. Bina jadual dan lukis graf mudah daripada data ini.

Anda juga boleh mempersembahkan carta pai. Carta pai yang baik dilukis dengan menggunakan jangka sudut dengan tepat. Data ditulis dalam bentuk peratus. Label setiap sektor dengan peratus bukan nilai sudut. Jangan lupa petunjuk dan tajuk carta pai. Apabila ada carta pai, mesti ada jadual. Mengikut setengah buku teks, bahagian yang paling besar dilukis dahulu, diikuti yang kedua besar dan akhir sekali, bahagian yang terkecil.

*ada beberapa sekolah yang buat graf mengenai bilangan kenderaan. Sebab itu saya masukkan contoh ini. Bagi sekolah yang tak buat, tak perlu ikut contoh ini, skip dan teruskan kepada masalah pengangkutan*

Contoh huraian:

Di bawah menunjukkan bilangan dan jenis kenderaan yang menggunakan Jalan ......... di kawasan kajian dalam tempoh masa pemerhatian iaitu 2 hari dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari, 5.00 petang hingga 8.00 malam.

Contoh Jadual:

Jenis kenderaan
Masa
Masa
Masa
Masa
Jumlah
4:00 - 5:00
5:00 - 6:00
6:00 - 7:00
7:00 - 8:00
Kereta
43
59
65
82
249
Motorsikal
38
45
57
69
209
Van
20
23
28
30
101
Bas
2
4
3
7
16
Lori
18
16
20
23
77
Jumlah
139
137
133
211
520

Contoh Graf Palang:



Contoh Carta Pai:

Cara yang paling senang nak buat info grafik seperti di atas, anda boleh membina graf palang atau carta pai dengan menggunakan Microsoft Excel di dalam perisian komputer masing-masing. 

2.2 Borang soal selidik

Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu keluar rumah membuat tinjauan di sekitar kawasan kajian. Perlu ada borang soal selidik. Dapatkan 10 - 20 responden untuk menjawab borang soal selidik tersebut. Analisa semua data yang ada dan jadikan maklumat tersebut kepada jadual dan graf (persembahan grafik).

Pastikan soalan di dalam borang soal selidik mengandungi perkara berikut:
  • maklumat responden
  • maklumat kajian: 
    • masalah pengangkutan yang dihadapi 
    • cadangan penambahbaikan 
Contoh Borang Soal Selidik 1

Contoh Borang Soal Selidik 2


BORANG SOAL SELIDIK
___________________________________________________________
Tujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang Pengangkutan di *kawasan kajian*. Maklumat ini digunakan untuk membantu calon PT3 dalam membuat laporan Tugasan Geografi PT3 2016. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai. Terima kasih.
__________________________________________________________
Sila tandakan (√) pada kotak berkenaan.

1.  Jantina:               Lelaki                              Perempuan

2.  Umur:                   21 – 30 tahun                   31 – 40 tahun
                                  41 – 50 tahun                   51 tahun ke atas

3.  Kaum:                   Melayu         Cina          India        Lain-lain

4.  Tempat tinggal:    *kawasan kajian*          Luar *kawasan kajian*

5. Jenis pengangkutan yang anda pernah naiki di *kawasan kajian*:
Bas            Komuter          KTM            Van             Bas Sekolah          Teksi
LRT           Limo               Motosikal

6.  Masalah pengangkutan di *kawasan kajian*:
Pencemaran udara                             Pencemaran bunyi        Pencemaran air
Kos bahan api meningkat                   Tambang mahal            Kemalangan
Keselamatan penumpang terancam     Jangka masa lama        Penipuan tambang 
Darjah ketersampaian rendah             Kesesakan lalu lintas     Kenderaan lama
Jalan rosak dan berlubang                 Jalan sempit

7.Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan di *kawasan kajian*:
Menguatkuasakan undang-undang         Kempen alam sekitar
Pendidikan alam sekitar                        Membuat jambatan “FlyOver”
Penggunaan petrol tanpa plumbum        Kursus pemanduan berhemah
Penggunaan bahan api alternatif           Mengurangkan kos operasi – beri subsidi     
Tempatkan polis / polis trafik / RELA     Membaiki jalan yang rosak
Kempen berkongsi kereta                      Kempen menggunakan pengangkutan awam
□ Memasang sistem perakam kamera       Kemudahan tempat letak kereta yang luas
□ Membesarkan jalan raya                       □ Memperbanyakkan pengangkutan awam  
Penggunaan alat penapis asap iaitu ‘catalytic converter’

Contoh lain borang soal selidik: [link], [link], [link], 


2.3 Kaedah temubual

Kaedah ini boleh juga digunakan untuk menemubual beberapa penduduk di kawasan kajian. Boleh lampirkan borang temu bual yang akan anda gunakan semasa menemu bual responden. 

Contoh Borang Temu Bual

Nama : ...................................
Umur : ....................................
Pekerjaan : ...............................

1. Apakah pengangkutan yang kerap digunakan di kawasan .............. *kawasan kajian*
    __________________________________________________________________

2. Apakah masalah pengangkutan yang dihadapi  di kawasan .......... ?

    _______________________________________________________________

3. Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan ..........
   ________________________________________________________________


Tandatangan Responden


............................
( nama responden)      

Contoh skrip temu bual : [link], 

3. MASALAH PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN

Bagi subtopik ini, anda harus membuat graf palang / bar atau carta pai dan menghuraikan graf tersebut mengikut dapatan anda. Semua maklumat dalam graf atau carta pai diambil dari data respondan dalam borang soal selidik. Semua data yang diperoleh dari borang soal selidik dimasukkan di dalam sebuah jadual. Jadual dibina berdasarkan masalah pengangkutan yang anda senaraikan dalam borang soal selidik. 

Contoh Huraian: 

Melalui kaedah soal selidik yang saya jalankan ke atas 20 orang responden, terdapat beberapa masalah pengangkutan telah dikenalpasti. Jadual masalah-masalah pengangkutan di *kawasan kajian* adalah seperti berikut:

Masalah Dihadapi
Bilangan
Pencemaran Udara
4
Pencemaran bunyi
6
Pencemaran Air
7
Kos bahan api meningkat
9
Keselamatan Penumpang
2
Jangka Masa Lama
9
Tambang Mahal
2
Kenderaan Lama
6
Kemalangan
8
Jalan sempit
9
Jalan rosak dan berlubang
1
Kesesakan lalu lintas
8
Penipuan tambang teksi
9
Darjah ketersampaian rendah
4
Sumber Data: 20 orang penduduk di *kawasan kajian*


Contoh Carta Pai

Contoh Graf Palang:

Setiap masalah hendaklah dihuraikan dengan betul mengikut nilai / peratusan yang paling tinggi kepada nilai / peratusan yang paling rendah. Mulakan huraian graf / carta pai anda dengan perkataan berikut:

"Melalui soal selidik yang saya lakukan, masalah-masalah pengangkutan yang terdapat di *kawasan kajian* antaranya ialah ..... *huraikan masalah yang paling tertinggi dalam borang soal selidik*..."

Contohnya:

Melalui soal selidik yang saya lakukan, masalah-masalah pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya antaranya ialah pencemaran udara iaitu sebanyak 80%. hal ini berlaku kerana disebabkan oleh ........

Pilih beberapa huraian yang berkenaan di dalam kawasan kajian anda di bawah ini dan gunakan setiap isi-isi tersebut dalam huraian anda.


Contoh huraian bagi tafsiran graf / carta pai:

1. Pencemaran udara 
  • Berlaku akibat pelepasan asap hasil pembakaran petroleum & diesel oleh kenderaan
  • Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah
  • pengangkutan yang menggunakan minyak diesel akan mengeluarkan asap yang lebih banyak berbanding dengan penggunaan minyak petrol tanpa plumbum dan menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos
  • Gas-gas utama yang dilepaskan oleh kenderaan ialah nitrogen oksida, karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida
  • Kandungan sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang dilepaskan daripada kenderaan menjejaskan kualiti udara dan boleh menyebabkan fenomena hujan asid 
  • Debu dalam asap menjadi punca kejadian jerebu. Jerebu boleh  memudaratkan kesihatan manusia terutamanya mereka yang menghadapi masalah pernafasan

2. Pencemaran Bunyi
  • pemandu bas gemar membunyikan hon yang amat kuat dan bunyi enjin yang kuat
  • Pertambahan bilangan kenderaan menyebabkan pencemaran bunyi yang boleh menggangu ketenangan dan kententeraan penduduk bandar
  • Kerja-kerja pembinaan infrastruktur pengangkutan menghasilkan bunyi bising
  • Perkhimatan udara menghasilkan bunyi bising apabila kapal terbang berlepas dan mendarat
  • Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan lebuh raya mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi mereka akan terganggu

3. Pencemaran Air
  • Pembinaan pelabuhan boleh mengakibatkan pencemaran air - berlaku apabila kerja-kerja penambakan laut dilakukan. Laut menjadi keruh kerana tercemar oleh kelodak - menjejaskan kualiti dan hidupan air
  • Perkembangan perkhidmatan perkapalan - berlaku tumpahan minyak dan pembuangan sisa dari kapal di perairan laut atau di pelabuhan
  • Air sungai yang tercemar - hasil hakisan air boleh menjejaskan kualiti air dan hidupan akuatik

4. Kenderaan Lama
  • memakai kenderaan lama seperti bas dan teksi serta tidak memberikan servis / tidak menyelenggara kenderaan yang digunakan
  • Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, teksi atau van sekolah yang telah berdaftar 10 hingga 15 tahun dikategorikan sebagai kenderaan lama
  • penumpang kurang selesa untuk menaiki kenderaan tersebut i.e. kusyen koyak tidak diganti, penghawa dingin tak servis, bunyi bising
  • Oleh kerana kenderaan yang digunakan selalu rosak, ia selalunya tidak menepati masa dan lewat untuk sampai pada perhentian bas seterusnya
  • mengalami kerosakan enjin dan brek dan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya
  • Nilai menghargai masa harus dipupuk dalam kalangan pemandu-pemandu pengangkutan awam

5. Kemalangan
  • sikap pemandu kereta, bas atau teksi yang tidak berhati-hati apabila memandu 
  • Inginkan keuntungan, pemandu bas atau teksi akan memandu dengan laju agar cepat sampai ke destinasi dan mendapat ramai penumpang 
  • memandu dengan tidak berhati-hati, mengantuk semasa memandu, dan tidak berhemah sehingga menyebabkan kemalangan terjadi
  • menyalahgunakan lebuhraya yang dibina untuk berlumba-lumba tanpa memperdulikan undang-undang
  • kemalangan-kemalangan ngeri kini sering berlaku di lebuh raya yang baru dibina
  • Kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah berlaku kerana bas sekolah yang dinaiki terlalu penuh sehingga menyebabkan penumpangnya terpaksa berdiri di tangga bas. Situasi seperti ini amat bahaya dan berisiko kepada berlakunya kemalangan.

6. Kesesakan Lalu Lintas
  • pada waktu-waktu puncak iaitu di awal pagi (7.00 hingga 8.00 pagi) dan waktu petang (4.00 hingga 6.00 petang)
  • contoh: waktu pagi ketika bertolak untuk ke sekolah atau ke tempat kerja. waktu petang ketika pulang daripada sekolah atau tempat kerja
  • kerap berlaku semasa musim perayaan atau cuti persekolahan
  • perkhidmatan bas dan teksi gagal beroperasi dengan baik
  • kesesakan berlanjutan selama 2 hingga 3 jam ketika waktu puncak
  • Pengguna dan pemandu haruslah bijak dalam menguruskan masa dan mengatur strategi agar tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas

7. Kos Bahan Api meningkat 
  • kesan daripada kenaikan harga minyak dan diesel 
  • Harga petroleum semakin meningkat menyebabkan tambang pengangkutan awam seperti teksi, LRT, komuter, bas ekspres, bas sekolah dan van meningkat
  • membebankan pengguna dari golongan yang berpendapatan rendah

8. Tambang Mahal / Penipuan
  • tambang LRT, bas dan teksi semakin mahal dari tahun ke tahun
  • membebankan segelintir pengguna terutama bagi pengguna yang bekerja jauh daripada tempat tinggal / pelajar yang tinggal jauh dari sekolah
  • Tambang bas / teksi / komuter / LRT semakin meningkat iaitu sebanyak RM **** sehala daripada Stesen Bas .... ke Sekolah ..... berbanding harga RM ***** dahulu.
  • Anggaran perbelanjaan bulanan untuk tambang bas / van sekolah ialah antara RM 50 hingga RM 100 bagi seorang penumpang
  • tambang bas sekolah yang mengenakan RM ** untuk seorang pelajar walaupun jarak dari rumah ke sekolah tidak terlalu jauh. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai, ia telah menjadi satu beban yang agak berat 
  • teksi dan bas-bas mini mengenakan bayaran yang agak tinggi. 
  • tidak menggunakan meter - pemandu teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong.
  • Sikap sesetengah pihak tertentu yang menaikkan tambang seharusnya dikenakan tindakan yang sewajarnya

9. Timbunan Sampah-sarap di Sepanjang Jalan Raya
  • Keadaan ini berlaku biasanya di kawasan pasar tani dan pasar malam
  • mengakibatkan pembiakan nyamuk aedes, tikus dan lalat yang dikhuatirkan penyakit berbahaya merebak kepada penduduk yang tinggal berhampiran

10. Keselamatan penumpang terancam
  • Pemandu sering memandu secara merbahaya seperti membrek secara mengejut
  • kes-kes seperti merompak, rogol, bunuh dan ragut telah banyak berlaku disebabkan pemandu bas atau teksi menurunkan penumpang di tempat yang tidak selamat
  • lokasi stesen bas jauh dari kawasan perumahan. 
  • Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas henti-henti.
  • contoh lain, pemandu bas telah meneruskan perjalanan sebelum sempat penumpang turun dari bas dan menyebabkannya terjatuh sehingga cedera
  • Bas / van sekolah yang dinaiki oleh pelajar-pelajar melebihi muatan.
  • nilai bertanggungjawab wajib ada pada setiap pemandu pengangkutan terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu

11. Bencana Alam
  • pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan akan ditebang untuk pembinaan lebuhraya
  • Pembinaan lebuh raya telah menyebabkan berlakunya kejadian hakisan, tanah runtuh, dan gelongsoran tanah. 
  • Kerja-kerja meratakan cerun, menarah susuh bukit dan meneres tebing curam telah menyebabkan kejadian tanah runtuh kerana struktur tanah yang longgar dan tidak stabil
  • flora dan fauna juga mengalami kepupusan. apabila pupusnya flora dan fauna, tanah runtuh juga akan berlaku kerana apabila turunnya hujan, tumbuhan dan pokok tidak dapat menadah air hujan dan ia akan diserap oleh tanah dan akan menyebabkan tanah runtuh

12. Darjah ketersampaian rendah
  • LRT, KTM komuter, monorel - laluan tertentu - tidak meliputi semua kawasan. 
  • Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja. 
  • Laluan bas henti-henti terhad - tidak meliputi kawasan yang luas - ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas terutama di kawasan perkampungan

Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Antara contoh paling mudah,
"Nilai bertanggungjawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu. Kita sebagai pengguna jalan raya di ...... hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan di sini"

Perkembangan pengangkutan telah mempengaruhi alam sekitar. Sistem pengangkutan membawa banyak kebaikan kepada manusia. Walaubagaimanapun, kita harus menggunakan pelbagai cara untuk mengurangkan kesan negatif perkembangan jaringan pengangkutan terhadap alam sekitar. Kita sebenarnya patut bersyukur dengan kemudahan jalan raya yang disediakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, kita sebagai pengguna jalan raya hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan. Saya sebagai penduduk *kawasan kajian* tetap bersyukur walaupun terdapat banyak masalah kerana dengan adanya pengangkutan ini telah membantu penduduk di sini bergerak ke tempat lain dan memudahkan mobiliti penduduk di sini.


4. Cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian

Dalam subtopik ini, cadangkan penambahbaikan yang berkaitan dengan masalah yang anda utarakan. Mesti berkaitrapat antara masalah dan cadangan. anda harus membuat graf palang / bar atau carta pai dan menghuraikan graf tersebut mengikut dapatan anda dalam borang soal selidik. Semua data yang diperoleh dari borang soal selidik dimasukkan di dalam sebuah jadual. Jadual dibina berdasarkan cadangan penambahbaikan yang anda senaraikan dalam borang soal selidik.

SILA PASTIKAN CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN TERSEBUT ADALAH BAGI MENYELESAIKAN MASALAH YANG TELAH DINYATAKAN SEBELUM INI.  


Contoh Huraian: 

Melalui kaedah soal selidik yang saya jalankan ke atas 20 orang responden, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan telah dikenalpasti. Jadual cadangan penambahbaikan pengangkutan di *kawasan kajian* adalah seperti berikut:


Cadangan penambahbaikan
Bilangan
Menguatkuasakan undang-undang
4
Kempen alam sekitar
6
Membuat jambatan “FlyOver”
7
Pendidikan alam sekitar
9
Penggunaan petrol tanpa plumbum
2
Mengurangkan kos operasi
9
Kursus pemanduan berhemah
2
Penggunaan bahan api alternatif
6
Membaiki jalan yang rosak
8
Menempatkan polis / polis trafik di jalan sesak
9
Kempen berkongsi kereta
1
Kempen menggunakan pengangkutan awam
8
Memasang sistem perakam kamera
9
Kemudahan tempat letak kereta yang luas
4
Membesarkan jalan raya
1
Penggunaan alat penapis asap (catalytic converter)
2
Sumber Data: 20 orang penduduk di *kawasan kajian*

Contoh Carta Pai

Contoh Graf Palang:

Setiap cadangan hendaklah dihuraikan dengan betul mengikut nilai / peratusan yang paling tinggi kepada nilai / peratusan yang paling rendah. Mulakan huraian anda dengan perkataan berikut:

"Melalui pemerhatian saya berdasarkan borang soal selidik, kebanyakan penduduk tempatan mencadangkan supaya...."

Contoh huraian graf / carta pai:

1. Penguatkuasaan Undang-Undang
  • Pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Awam perlulah menguatkuasakan undang-undang agar pemandu yang melakukan kesalahan, iaitu menyebabkan kemalangan jalan raya dikenakan denda yang setimpal dengan perbuatan mereka. 
  • Mengikut Wikipidea, satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM 5,000 atau kedua-duanya
  • Jika kesalahan mereka berat sehingga menyebabkan kematian, mereka mestilah dihukum penjara agar mereka sedar akan perbuatan mereka dan memberi pengajaran kepada pemandu lain agar tidak mengulangi perbuatan sedemikian.

2. Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum
  • menggunakan petroleum tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara
  • mengurangkan asap yang akan keluar daripada ekzos kenderaan bermotor
  • mengurangkan pengeluaran karbon monoksida
  • mengurangkan masalah pencemaran udara

3. Penapis Asap (Catalytic Converter)
  • Penggunaan penapis asap atau catalytic converter pada ekzos kereta akan mengurangkan pengeluaran asap yang berbahaya
  • boleh mengurangkan karbon monoksida yang dilepaskan dalam asap 
  • Alat ini dapat menukar karbon monoksida yang beracun kepada karbon dioksida
  • Para pengusaha bas dan teksi perlu bersama-sama menggunakan penapis asap ini ataupun terpaksa mengeluarkan sedikit kos dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata
  • akhirnya akan mengurangkan pencemaran udara dan penyakit asma

4. Penggunaan bahan api alternatif 
  • Pada masa sekarang, semakin banyak kenderaan yang menggunakan NGV (Neutral Gas Vehicle), menggunakan diesel kelapa sawit, dan kereta hibrid (menggunakan bateri dan tenaga solar)
  • Stesen-stesen minyak di kawasan bandar juga telah menyediakan kemudahan NGV
  • usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor

5. Kempen kesedaran
  • Melalui temubual saya dengan *******, beliau menyatakan bahawa kempen alam sekitar perlu diwar-warkan kepada penduduk di kawasan ini serta pemandu-pemandu pengangkutan yang terlibat agar mereka tidak terus mencemarkan udara dan bunyi
  • kempen mencintai alam sekitar boleh disampaikan melalui risalah atau disiarkan di televisyen dan radio
  • menyampaikan ceramah tentang kepentingan alam sekitar dan langkah-langkah mengurangkan masalah alam sekitar.
  • Kempen–kempen terhadap penggunaan petrol tanpa plumbum, Catalytic Conventer dan penggunaan kenderaan awam perlu dilancarkan berterusan untuk memberi pengetahuan kepada penduduk
  • kempen berbasikal boleh dilancarkan

6. Pendidikan Alam Sekitar
  • Melalui temubual juga, saya mendapati bahawa pendidikan alam sekitar sangat penting dilaksanakan bagi penduduk di sini agar dapat mengurangkan pencemaran udara
  • Pendidikan ini boleh disampaikan oleh pihak tertentu seperti Majlis Perbandaran ****** *tulis nama majlis perbandaran di daerah kawasan kajian* melalui ceramah yang boleh diberikan kepada semua pemandu kenderaan ataupun melalui facebook majlis perbandaran itu sendiri
  • pelajar memahami kepentingan alam sekitar dan boleh menggunakan pengangkutan awam sendiri tanpa ibu bapa menggunakan kenderaan persendirian membawa anak-anak ke sekolah atau pulang dari sekolah
  • Pihak sekolah dan pihak kerajaan perlu bekerjasama mendidik pelajar-pelajar pendidikan alam sekitar supaya masalah-masalah pengangkutan akan dikurangkan

7. Melestarikan Alam Sekitar
  • Usaha menanam lebih banyak pokok-pokok di kawasan sekitar dapat menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis dan boleh mengurangkan pencemaran udara
  • Ia termasuklah projek ‘Green Belt’ (Kawasan Hijau) dalam perancangan bandar
  • Pokok-pokok ini boleh di tanam di sepanjang jalan raya. 
  • Selain daripada mengurangkan pencemaran, ini juga dapat mencantikkan kawasan.
  • Kerajaan seharusnya memastikan perancangan yang teliti dibuat sebelum membina sistem pengangkutan agar ia tidak memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.

8. Penggunaan Kenderaan Berkuasa Elektrik
  • Penggunaan kenderaan awam berkuasa elektrik seperti LRT, monorel, dan komuter
  • memelihara alam sekitar kerana ia mengurangkan masalah pencemaran udara dan bunyi
  • mengurangkan bilangan kenderaan terutamanya pada waktu puncak dan seterusnya pengguna boleh sampai ke destinasi masing-masing dengan cepat dan selamat

9. Penggunaan Pengangkutan Awam
  • menggalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam seperti bas, komuter, monorel dan transit aliran ringan (LRT) untuk pergi ke sekolah, tempat kerja, pusat membeli-belah dan sebagainya
  • kadar pencemaran dan kesesakan lalu lintas akan berkurangan
  • mengurangkan bilangan kenderaan terutamanya pada waktu puncak dan seterusnya pengguna boleh sampai ke destinasi masing-masing dengan cepat dan selamat

10. Amalan Berkongsi Kenderaan
  • Penduduk yang tinggal berhampiran atau berjiran digalakkan untuk berkongsi kenderaan semasa pergi kerja
  • Amalan ini juga dapat mengurangkan bilangan kenderaan lalu dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan masa dan mengurangkan masalah pengangkutan

11. Kursus Pemanduan Berhemah
  • Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati
  • Oleh itu, pihak syarikat pengangkutan atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas / van / teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah 
  • tujuan - memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya

12. Pengurusan Trafik
  • Pihak polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu memperbanyakkan rondaan atau memantau dari semasa ke semasa jalan-jalan yang menjadi laluan utama kenderaan
  • perbanyakkan kamera "speedtrap" atau kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik iaitu kamera AES (Automated Enforcement System) untuk memantau pengguna kenderaan 
  • pemantauan dilakukan supaya tidak ada pengguna yang memandu terlalu laju sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan jalan raya
  • Tindakan undang-undang yang tegas perlu dilaksanakan. Contohnya mengenakan denda atau saman yang tinggi kepada pengguna yang memandu melebihi had yang dibenarkan dan melanggar undang-undang jalan raya.

13. Kurangkan kos operasi
  • Pihak kerajaan perlu memberi subsidi seperti minyak diesel atau alat ganti yang banyak kepada pemandu pengangkutan awam agar tambang dapat dikurangkan 

14. Dasar pembangunan kerajaan
  • sistem tiket bersepadu - 1 tiket 1 Perjalanan
  • Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel
  • Menambah tempat letak kereta di stesen rel utama
  • Sistem Pengangkutan Pintar (ITS)
  • menambahkan kapasiti pengangkutan bas awam
  • menambahkan laluan bas
  • rujuk artikel -> [link]

PENTING: Setelah anda membuat huraian (jangan lupa nyatakan kaedah yang digunakan iaitu rujukan / soal selidik / pemerhatian / temubual), tulis nilai-nilai murni atau unsur patriotisme yang dipupuk untuk mendapat markah penuh. Contohnya,



"Saya bersyukur pengangkutan di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat"
atau 
"Penduduk di kawasan kajian bersyukur kerana kemudahan kereta api elektrik disediakan berhampiran dengan tempat tinggal mereka..."

Nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga, bertanggung jawab, bekerjasama mencintai, dan lain-lain boleh dipupuk.  Saya bersyukur pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar.  Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku.


RUMUSAN

Kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan lancar sekali. Dalam usaha menjalankan tugasan ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya juga memahami kepentingan pengangkutan kepada penduduk-penduduk di *kawasan kajian* saya.

Saya berharap agar pihak berwajib akan prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di *kawasan kajian*. Saya bangga kerana pihak berwajib berusaha memperbaiki perkhidmatan pengangkutan di *kawasan kajian*.

Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai penduduk di *kawasan kajian* khasnya dan Malaysia amnya menggunakan jalan raya yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan kehidupan kita akibat daripada tindakan kita sendiri. Kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah SWT negara yang aman merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem jalan raya yang baik.

SUMBER RUJUKAN

Senaraikan sumber rujukan (5 markah) seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya. Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian. anda haruslah menulis sumber rujukan dengan releven, betul dan pelbagai. anda juga digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul data. Contoh penulisan sumber rujukan:


Sumber rujukan
(tulis secara lengkap sumber rujukan anda mengikut contoh di bawah)
  • buku
  • internet
  • akhbar
  • majalah
  • orang sumber
a. Buku
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
  • Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
  • Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

b. Jurnal
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid (Isu), Mukasurat. 
atau
Nama pengarang pertama, pengarang kedua, & pengarang ketiga. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid, Article 1. Diperoleh (Tarikh bahan diakses), dari (URL). 

contoh:
  • Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
  • Ishak bin Tadin, 1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1. Mac 1960.

c. Ensiklopedia / Wikipedia
dari internet:
  • Judul artikel (Tahun). Dalam 'Judul Ensiklopedia'. Diperoleh (tarikh diperoleh) dari (url laman web artikel yang diperoleh)
dari buku:
  • Judul petikan. (Tahun penerbitan). Dalam Judul buku (p. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit.

d. Akhbar
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar, Mukasurat.
atau
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL). 

contoh:
  • (Tajuk akhbar) Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Diperoleh Julai 3, dari http://www.utusan.com.my/..../

e. Orang Sumber
  • Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun. No 21, Jalan Lundu 7, Taman  Beringin, 52000 Kuala Lumpur.
  • Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.

f. Temubual
Nama tokoh yang ditemubual. (Tarikh temubual). Judul temubual [Temubual].

contoh:
  • Abdullah Hj. Mohd Salleh. (1999, May 12). Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur [Temubual]. 

g. VCD
Judul VCD. (Tahun penerbitan). [VCD]. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
  • VCD Language and verbal skills. (1976). [VCD]. Virginia: Association for Retarded Citizen. 

h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

i. Televisyen
Nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun penerbitan). Judul rancangan. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
  • Towers, J. (Producer). (2000). Wrath of God. New York: The History Channel. 

j. Majalah
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Majalah, Mukasurat. 

k. Sumber lain :
- artikel dari internet (Jenis sumber, alamat/punca sumber)
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).

Internet
  • http://geocities.com/kamashara/unionsm.html
  • http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.html

l. Kamus 
Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit. 

NOTA: nak lebih faham, boleh download cara penulisan sumber di sini

*************

Contoh Kerja Kursus Geografi - Pengangkutan

Terdapat beberapa contoh yang boleh digunakan sebagai rujukan. kebanyakan contoh yang saya jumpa berkaitan dengan Pengangkutan Awam dan Jaringan Sistem Pengangkutan. tetapi, anda masih lagi boleh menggunakan contoh tersebut sebagai panduan anda melengkapkan dan menyiapkan tugasan anda.
  • Pengangkutan Awam di Saujana Impian - [link]
  • Pengangkutan Awam, Bas dan Teksi di Lembah Keramat Ampang, Selangor - [link]

************

Diedit dan diolah oleh saya sendiri!

Semua maklumat di atas disusun oleh saya sendiri. kepada blogger kaki copy paste, post ini tidak boleh dan tidak dibenarkan copy melainkan anda berkongsi link ini sahaja. Semua maklumat di atas juga tidak boleh dicopy. anda faham erti copyright, kan? 

Anda hanya kena print sahaja sebab kat sekolah pun kena salin balik, kan? So, Nak print senang je:

1. Google chrome dan mozilla firefox user: guna tab menu browser (yang ada 3 garis) yang ada di bahagian atas sebelah kanan dan klik print. 
2. Boleh juga kalau tak nak print, save as guna pdf. 
3. Screenshot dan save sebagai picture.
4. Terus tekan CTRL-P untuk print terus.


Good Luck!


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®