Monday, November 24, 2014

Terperangkap Dalam Lif


16 termasuk dua bayi terperangkap


Isnin, 24 November 2014 @ 6:00 PM

Melaka: Seramai 16 individu termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak terperangkap kira-kira 40 minit dalam lif di Hospital Melaka tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, terdapat 13 orang dewasa termasuk dua warga emas bersama dua bayi dan seorang kanak-kanak di dalam lif berkenaan yang terhenti di antara tingkat dua dan tingkat tiga hospital terbabit. Kejadian mengakibatkan, tiga daripada mereka termasuk dua wanita sesak nafas manakala, kedua-dua bayi berkenaan menangis akibat kepanasan sebelum semua mereka berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang ramai.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Ridhuan berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 2.12 petang. 

"Seramai enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi dan tiba jam 2.25 petang, namun sebaik tiba semua mangsa sudah dikeluarkan kira-kira lima minit sebelum itu. Mangsa dipercayai berjaya keluar selepas seorang anggota keselamatan mengumpil pintu lif menggunakan batang kayu penyapu," katanya.



sumber : Harian Metro

******

bila saya baca berita macam nie, saya teringat cerita drama korea, iaitu Secret Garden
siapa-siapa yang memang peminat tegar drama korea, mesti tahu cerita itu, kan?


kes yang sama iaitu terperangkap di dalam lif, tapi takde la terbakar macam dalam drama nie. kalau pasal lif je, saya memang seram, takut kalau-kalau terjadi seperti dalam drama ini di mana lif tersebut jatuh menjunam ke bawah

astagfirullah! 
minta dijauhkan!
jangan ada yang trauma nak naik lif dah lepas nie!






ingat tak babak di gambar di atas?

Firefighter Gil selamatkan Kim Joo Woon di dalam elevator lift, 
kemudian dia dapat rasa dia tidak mungkin dapat selamatkan dirinya.

yang sedihnya, dia tinggalkan amanat kepada Kim Joo Woon,
"Hurry and go. Go and tell my daughter that I'm sorry I couldn't get home early. Tell her I love her. That her father loves her very much. Tell her that for me"

babak ini memang betul-betul touching. 
sedih mak non! huhu
eh! lari dari tajuk pulak!

jom layan komik kejap!




snowcream kiss XD


tengok babak nie tersenyum sorang-sorang..
hohoho XD


lovenota : rindunya nak layan drama korea..hoho!

17 comments:

  1. uhh ramainya yang terperangkap. nasib baik tak de apa2 yang burok jadi. hehehe Jom baca entri terbaru saya :)

    ReplyDelete
  2. Kasihannya mereka yang terperangkap tu. Kalau ada yg claustrophobic mesti panik kan,..

    ReplyDelete
  3. memang takut kalau terkena dekat kita.tambah-tambah kalau tiada letrik dan bergelap dalam tuer.

    ReplyDelete
  4. kesiannya, ni yang kadang2 takut naik lif sorang2. sebab ni la.

    secret garden ni memang best sangat! part minum coffee yang comot kat mulut tu banyak dah yang buat parody.hahaha. sweet gitu.

    ReplyDelete
  5. pernah terperangkap dalam lift nak dkt stgh jam T_T mujur takde yg fobia dgn tmpt sempit, tapi muka masing2 dah start pucat sbb dah kurang oksigen dalam lift tu. huuu,

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..yekee..sy xde pngalaman lg. klo bole nk elakkan naik lif..huhu

      Delete
  6. Huuu cuak gak ...tapi belum pernah g berhadapan huu

    ReplyDelete
  7. Cik Mimie pun fobia skit dkt lif2 ni..takut trperangkap kat dalam tu..so far alhamdulillah tak pernah trjadi lagi..Nasib baik mangsa semua sempat dikeluarkan..

    Ahak, comel je komik tu.. :)

    ReplyDelete
  8. yehh kite peminat secret garden.. tgok ulang2 pon xjemu. kekeke

    part dlm lif ni memng myedihkn la. wuuu

    ReplyDelete
  9. kadang perkara macam ni terjadi membuatkan akak takut sangat naik life...lebih suka guna tangga jer...hehe...nasib baik semua yang terperangkap dalam keadaan selamat...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, semuanya selamat
    mesti amsing-masing fobia dengan lif

    sweet yer gambar kartun tu ^^

    ReplyDelete
  11. ha, serious!! siannya dorang... alamak, scene bawah2 tu x berapa faham. haha

    ReplyDelete
  12. 16 org dlm lif.. kadang2 bbrp org dlm lif pon berpeluh2 ha.. ni lg la.. kesian bby ng warga emas tu la....ayu pon kdg2 takott naek lif sorg2 tau.. fobia

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®