Tuesday, November 18, 2014

Kerja Akhir Tahun Sesakkan DADA



Akhir-akhir tahun mula nak tutup semua benda. Banyak kerja yang harus disiapkan:
1. post-mortem program tahunan, 
2. Pelan strategik, 
3. pelan taktikal, 
4. rancangan pengajaran tahunan (RPT), 
5. headcound akademik, 
6. headcount kokurikulum,
7. Pelaporan Pentaksiran sekolah (PS)
8. pelantikan pengawas baru
9. Kursus pengawas baru

Itu baru 'mak' point. 'Anak-anak' point saya tak senaraikan lagi. Banyak sangat. Tak tahu la sempat siapkan sebelum Jumaat nie. Kalau siap, saya hantar. Kaau tak lambat la nak hantar. Tu jela. Mana la saya tak sesak. Sakit kepala, sesak dada, sesak nafas, semua ada. banyak sangat kerja. Huhu


Hari nie saya baru sedar yang saya tak masuk meeting rupanya pada hari Jumaat yang lepas akibat terlalu memikirkan kerja saya yang semakin banyak tu. Padahal meeting guru jumaat lepas terlalu banyak info yang diberi. Saya rasa ralit sangat tak masuk meeting tu. Rasa macam info yang disebarkan tak sampai pada saya.

Saya rasa down sangat. Adakah disebabkan saya menjadi pengawas peperiksaan SPM adalah punca banyak info mengenai sekolah tak sampai pada saya? Saya memang dah niat tak nak jaga exam SPM tahun ini disebabkan hal pelaporan yang ini lah. Tetapi dah disuruh ikutkan jela. 

Post mortem akademik sepatutnya dihantar pada jumaat lepas, tetapi disebabkan tiada siapa yang sampaikan kepada saya, maka saya pun tak buat la. kemudian bising-bisjng, "tak baca telegram ke, semua maklumat dilampirkan di situ". Saya nie bukan kaki online internet 24 jam. Susah ke nak edarkan kertas memo kepada semua guru apa yang perlu dibuat dan dihantar sebelum cuti sekolah nie? Memang la zaman dah teknologi canggih, tetapi disebabkan saya yang masih lagi depends pada cara zaman kuno, iaitu bagi edaran memo, so buat la memo tu. Saya dah banyak sangat tertinggal info. Dah tak tahu nak tanya siapa dah. 

Esok kena hantar pelaporan PS tingkatan 1. Mesti hari Jumaat pada masa meeting ia diberitahu. Saya yang tak datang meeting tak tahu apa-apa. Memang saya tak buat la kan. Geram sangat. terpaksalah bersengkang mata nak siapkan semua tu malam nie.

Saya bukan nak merungut, kononnya "dah memang itu kerja cikgu, buat la. Nak membebel kenapa". Tetapi tugas cikgu dah macam tugas pengkeranian bukannya mengajar je. Semua benda nak ada laporan, post mortem dan kena ada pelan strategik dan taktikal. Budak zaman dulu tak ada pelan strategik taktikal nie. Berjaya jugak jadi orang, kan?

Saya rasa dah tak ada semangat sangat. Dah bosan dengan kerja pengkeranian yang terlalu banyak. Mungkin tiba masa untuk saya sambung belajar ke peringkat Mgaster dan bekerja menjadi pensyarah pula. Lagi seronok rasanya. Saya cuma mengajar orang yang nak belajar. Yang tak nak belajar lantak kau lah, kan? 

InsyaAllah ;)
Doakan saya dapat mengharungi semua cabaran dan berjaya siapkan kerja secepat yang mungkin. Amin.

Cikgu pada masa dahulu, bukannya cikgu pada masa sekarang.



Lovenota : rasa macam migrain makin naik. Darah tinggi pun naik nie..stress sangat..huhu



10 comments:

  1. Hehe... Bukan sesak kot... Semput h...

    ReplyDelete
  2. Sabar.. Papaglamz memahami sebab wife pn cikgu.. Meeting memanjang.. Bertimbun kertas.. Huhuhu. Tp dh tugas, layankn je la..

    ReplyDelete
  3. Sabar ye Qis :) be strong! kalau Cik Mimie dah masuk hospital agaknye..heee

    ReplyDelete
  4. Moga terus kuat. Moga Allah permudahkan semuanya :)

    ReplyDelete
  5. mak aihh.. kesian cik balqis.. pengsan gini

    ReplyDelete
  6. cikfafa yang baca pun rasa semput apatah tuan yang kena hadap semua ni. sepatutnya tugas kerani tu bagi la kepada kerani ye dak? baru la banyak sikit peluang pekerjaan untuk orang macam cikfafa. hehe

    ReplyDelete
  7. Selamat menyudahkan kerja2, Cik Balqis. Last week! Lepas ni cutiiiiii!

    ReplyDelete
  8. wah banyak juga ye kerja seorang cikgu ni.... agaknya diorang pun sibuk kot kak sampai lupa nak bagi memo. lepas ni try la bagi cadangan.. kot2 diaorang xde terfikir macam tu ke kan

    ReplyDelete
  9. siapakah yg membikin undang 2 serupa ini? menyusahkan. itulah jadinya bila banyak pak menteri diambil dari kalangan mereka yg noob. *tetibe

    ReplyDelete
  10. Mana-mana kerja pun ada tekanannya. Sama macam akak pun, hujung tahun ni busy sangat. Macam-macam orang atas mahu, semuanya nak cepat ja. Semoga semuanya berjalan lancar Qis

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®