Showing posts with label ..kerjaya guru... Show all posts
Showing posts with label ..kerjaya guru... Show all posts

Monday, August 15, 2022

Home Tuition untuk Subjek Kimia dan Sains

Adakah tuan/puan sedang mencari seorang guru @ tutor untuk mengajar anak anda di rumah?  Jom Home Tuition bersama saya! saya boleh memberikan Home Tuition @ mengajar anak tuan/puan di rumah anda sendiri! tak kira anak anda berada di mana, di rumah mahupun di asrama penuh sekolah anak tuan/puan. saya akan pergi ke tempat di mana anak anda berada! Belajar sampai Mahir, Faham dan Tahu! Mata pelajaran / Subjek yang boleh diajar: Sains KSSM (Tingkatan 1 dan Tingkatan 2) Sains PT3 (Tingkatan 3) Chemistry / Kimia / Kimia DLP SPM (Tingkatan 4-5) Kimia...
Read More »

Friday, March 25, 2016

Minggu yang Agak Mencabar

Minggu ini panas masih lagi terasa bahangnya. Check suhu di Gemencheh sudah mencapai 34°C. Tak tahan rasa bahang panas kali ini. Tersangat menguji kesabaran. Ada kalanya terpaksa mengadap kipas 24 jam. Saya tidak betah jika tiada angin di hadapan saya. Mula meragam tak tentu hala. Mengajar di dalam kelas pun mesti berada di bawah kipas. Tidur pun mesti sebaris dengan kipas. Kalau di Port Dickson, mudah je solusinya, cuma menekan butang on air cond dan lega. Tapi di sini hanya bergantung pada kipas semata-mata. Jem aku.  Rabu yang lepas, pihak ATM yang bekerjasama dengan kami melalui...
Read More »

Monday, February 22, 2016

Tak Faham

Malam ini sangat merunsingkan. Pusing kiri, pusing kanan..nothing. Fikirkan kerja yang tak tahu macam mana nak buat. Aih, apa sebenarnya yang Tuan Haji Kecik mahukan? macam mana nak buat laporan SKPM yang diwar-warkan? cubalah bagi contoh kat kami cara nak buat SKPM tu. saya teraba-raba mencari sumber bagaimana ingin menyiapkan kerja yang satu ini. cuba cari di Google pun tiada yang dapat membantu. naik buntu jadinya. asyik menggaru-garu kepala yang tidak gatal. hari selasa ini disuruhnya hantar untuk disemak. nak hantar apa pun masih bingung, ah..esok tanya pada rakan lain la jawabnya.  Kadang-kadang...
Read More »

Wednesday, September 16, 2015

Contoh Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2015

Bulan nie rasa pening-pening sikit nak sediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) secara online di web HRMIS 2.0 (Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia) nie. antara sebabnya ialah: pertama, ini benda baru. dulu isi kat borang hijau je. kedua, masih tak faham sangat. tak reti nak isi butir-butiran.  ketiga, kalau tengah isi lama-lama mesti logout sendiri. lepas tu kena login balik. Saya tercari-cari juga contoh SKT 2015 yang terbaru di internet. adalah jumpa beberapa contoh tapi semua contoh tu tak sama dari segi huraian. itu yang jadi pening. kadang-kadang boleh stress isi SKT...
Read More »

Monday, December 29, 2014

Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2015

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir. Sebagai...
Read More »

Tuesday, November 18, 2014

Kerja Akhir Tahun Sesakkan DADA

Akhir-akhir tahun mula nak tutup semua benda. Banyak kerja yang harus disiapkan: 1. post-mortem program tahunan,  2. Pelan strategik,  3. pelan taktikal,  4. rancangan pengajaran tahunan (RPT),  5. headcound akademik,  6. headcount kokurikulum, 7. Pelaporan Pentaksiran sekolah (PS) 8. pelantikan pengawas baru 9. Kursus pengawas baru Itu baru 'mak' point. 'Anak-anak' point saya tak senaraikan lagi. Banyak sangat. Tak tahu la sempat siapkan sebelum Jumaat nie. Kalau siap, saya hantar. Kaau tak lambat la nak hantar. Tu jela. Mana la saya tak sesak. Sakit...
Read More »

Tuesday, November 11, 2014

Buat Rampasan di Sekolah

mentang-mentang la budak PT3 dah habis exam, diorang datang sekolah lepas tu berpesta dalam kelas sambil bersuka ria. tapi yang tu takpe lagi. yang saya pantangnya, bersuka ria dengan menggunakan handphone yang memang dilarang bawa ke sekolah. buka speaker besar-besar di dalam kelas, konon nak menunjuk diorang berani bawa handphone. macam mencabar krediabiliti saya sebagai guru pengawas merangkap guru disiplin sekolah *poyo sudah!* tapi dah bawa handphone ke sekolah tu, tak payah la nak menunjuk-nunjuk, buka lagu pasang speaker kuat-kuat, lepas tu buat konsert yang tak ada penonton...
Read More »

Sunday, October 05, 2014

Penempatan Guru Lepasan Universiti, IPG berdasarkan kekosongan

BESUT: Semua penempatan guru baharu lepasan universiti mahupun Institut Pendidikan Guru (IPG) dibuat mengikut kekosongan opsyen yang terdapat di negeri-negeri, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh. Menurut beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak boleh sesuka hati menghantar guru-guru baharu ke negeri-negeri tertentu yang tidak menepati opsyen hingga boleh menyebabkan bilangan guru opsyen yang berlainan terpaksa mengajar subjek yang bukan menjadi opsyen mereka. "Sekiranya terdapat kekosongan opsyen yang diperlukan oleh sesebuah negeri, maka guru yang mempunyai...
Read More »

Saturday, October 04, 2014

Guru Wanita ditemui mati ditikam di Kundasang

Guru wanita ditemui mati ditikam di Kundasang Ranau: Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, ditemui mati dengan kesan tikaman pada tubuh dan belakang kepala di dalam rumahnya di kuarters pekerja SESB Jalan Hotel Perkasa, Kundasang. Mayat mangsa Masina Samadi, 50, ditemui oleh suaminya selepas pulang daripada kerja jam 9.30 pagi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Senior Asisten Komisioner Salehuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dan motif kejadian dipercayai rompakan. polis...
Read More »

Thursday, October 02, 2014

Punca Pelajar Jatuh dari Siling Dewan Sekolah

Ramai yang dah tahu mengenai berita tergempar di mana seorang pelajar Tingkatan 3 iaitu Muhamad Hakimi Zulkifli, 15, jatuh dari siling Dewan Serbaguna di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di Kangar, Perlis. pelbagai spekulasi yang mengatakan punca mengapa pelajar itu sanggup memanjat siling dewan sekolah. Menurut berita dari Berita Harian hari ini, Tiada elemen buli kematian pelajar jatuh siling di Kangar KANGAR: Polis Perlis hari ini mengesahkan tiada elemen buli dikesan dalam kes kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga yang terjatuh dari siling dewan sekolahnya di...
Read More »

Wednesday, October 01, 2014

Betul Ke I-THINK Ditangguhkan?

sumber : laman web NUTP betul ke i-THINK ditangguhkan? makluman yang ditulis bahawa i-THINK ditangguhkan sehingga tahun 2015 kerana masalah internet. sila jangan isi lagi. diberitahu oleh Setiausaha Agung KPPK, Pn Lok Yim Pheng.  weiii..aku dah isi banyak la weii..bangun tiap-tiap 1 pagi semata-mata nak buat i-THINK nie. nak buat siang hari mimpi la, nak loading flash tu semua lambat macam sipottt. aih aih, jangan cari pasal. letih nak jawab semuanya balik tuu. ingat sekejap ke. itu pun dah tinggal 6 modul untuk siap semuanya. ini yang buat ana jadi sakit hati. kejap buat kejap...
Read More »

Monday, September 29, 2014

Program Latihan Guru i-THINK mengenai Proses Berfikir

saya bangun awal pagi hari ini kerana ingin menyiapkan sedikit program terbaru dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) mengenai i-THINK. sesiapa yang terlibat tu tahulah i-THINK tu menatang apa. saya perlu menjawab kesemua 30 modul yang terdapat dalam i-THINK ini.  hanya perlu ke laman web i-THINK dan daftar. kemudian. jawab soalan dalam modul. yang bestnya, anda kena dapat markah 100% baru dapat buat modul yang lain. so, kena buat dan jawab betul-betul. jika kotak berwarna hijau akan ditulis 100% markah, kotak warna biru menunjukkan...
Read More »

Wednesday, September 24, 2014

Kenaikan Gaji 2015 Untuk Kakitangan Awam

iye ke ada kenaikan gaji? penuh message dari rakan-rakan WhatsApp, WeChat dan Telegram yang menyampaikan khabar berita seperti ini.  Butiran Khabar Angin Berita Kenaikan Gaji 2015 Naik Untuk Kakitangan Awam : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dikatakan semalam telah mengumumkan akan berlakunya kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan kerajaan bermula 1 Januari 2015. Ada ke diumumkan semalam? Kadar kenaikan gaji 2015 naik untuk penjawat awam adalah RM500 untuk semua kakitangan sokongan dan RM1000 untuk pegawai kerajaan Elaun risiko untuk kakitangan awam sebanyak...
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®