
KALAU TAK DAPAT MASUK UNIVERSITI AWAM... PERLU ADA PLAN B..
Plan B – IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta)
Dalam keghairahan dan keterujaan untuk bersedia menerima keputusan SPM dengan kebiasaannya meletakkan sasaran untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), pelajar juga seharusnya juga melihat peluang-peluang yang ada ditawarkan di IPTS. Jangan sesekali memandang rendah kepada IPTS atau menganggap semua IPTS akan menipu duit anda. Kalau nak menipu duit pelajar, tidak sebanyak mana berbanding dengan denda atau kesan yang akan diterima oleh IPTS yang melakukan kesalahan...