Wednesday, July 02, 2014

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3


*LIHAT TUGASAN 2016Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2016 Pengangkutan

[TERBARU] lihat juga:

Nota Penting: Pencemaran udara dipilih sebagai tajuk spesifik/utama dalam jawapan panduan Geografi PT3 2014 yang tertera dibawah. Sila huraikan isi penting dibawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Contoh Laporan 
Kajian Kes Geografi boleh dilihat di link di bawah:
http://www.andrewchoo.edu.my/wp-content/uploads/2014/06/TUGASAN-GEOGRAFI-Pencemaran-Alam-Sekitar-Udara-Air-Tanah-Bau-panduan-pelajar.pdf




Contoh Kerangka Pelaksanaan Tugas
anda boleh melihat contoh kandungan perancangan, contoh jadual kerja dan contoh carta alir

Format laporan tugasan Geografi

Tajuk: Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur (anda boleh pilih sama ada udara, air, tanih)

Objektif kajian: Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur (kes kajian mesti di tempat anda sendiri)

contoh:
a) Menerangkan konsep pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air atau tanih)
b) Mengkaji faktor atau punca pencemaran alam sekitar di bandaraya kuala lumpur
c) Mengkaji kesan pencemaran alam sekitar di bandaraya kuala lumpur
d) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di bandaraya Kuala Lumpur

Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual

1. Konsep dan takrifan pencemaran alam yang dikaji 
(pilih mengikut tajuk yang anda pilih sama ada pencemaran udara, air atau tanih)

Pencemaran Udara : 
Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalah melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya. 

Pencemaran Air :
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik. 

Pencemaran Tanih :
Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku.

Pencemaran Bau:
satu perbuatan yang boleh mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negative kepada haiwan dan manusia


2. Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut
(huraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. anda perlu menghuraikan mengikut kajian kes di tempat anda sendiri. dan huraikan juga mengikut ayat anda sendiri)

Faktor dan Punca Pencemaran Udara
Antara penyebab utama pencemaran udara adalah:
  • Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
  • Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
  • Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
  • Penyemburan racun makhluk perosak
  • Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
  • Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin.
  • Letusan gunung berapi
  • Pelepasan asap kenderaan
  • Aktiviti Perindustrian dan pembangunan
Faktor dan Punca Pencemaran Air
Antara penyebab utama pencemaran air adalah:

1. Limpahan Minyak Ke Dalam Laut
Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air. Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini. Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air tercemar. Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan air, lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air kerana lapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang. Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,t idak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan. Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di Teluk Mexico. Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.

2. Sisa Buangan Dari Kilang
Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan boleh terus disalirkan ke dalam sungai-sungai. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Bahan toksik ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik. Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupan akuatik.

3. Bahan Buangan Domestik Dan Organik
Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang ke dalam sungai seperti sampah, minyak dan najis daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Apabila bahan buangan domestik ini dibuang dalam sungai, maka air sungai akan menjadi keruh, berkeladak dan kotor, ini akan menyebabkan organisma aquatik tidak dapat menyesuai dalam air yang begitu keruh, padahnya maut. Bahan organik adalah seperti baja.

4. Pertanian
Pertanian juga punca pencemaran air. Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayur-sayuran dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai. Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak disembur untuk membunuh haiwan perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliran sisa-sisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa racun ini akan memudaratkan kesihatan manusia apabila digunakan.


Faktor dan Punca Pencemaran Bau
Antara penyebab utama pencemaran bau adalah:


1. dari kawasan pelupusan sampah.

Longgokan sampah di tempat pembuangan sampah yang lazimnya terletak di sebelah kantin sekolah sering menimbulkan bau busuk.Ini mengganggu keselesaan warga sekolah.



 2. dari kawasan penternakan ayam.

Sikap segelintir penduduk yang memelihara ayam berhampiran pagar sekolah, juga menganggu keselesaan warga sekolah. Bau busuk najis ayam memang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di waktu pagi.



3. dari kawasan perniagaan kedai-kedai makanan.

Pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam longkang oleh peniaga kedai makan menyebabkan longkang tersumbat. Keadaan ini boleh menimbulkan bau busuk jika berlarutan.



4. dari aliran parit yang tersumbat.

Air kumbahan dari sektor perumahan yang dialirkan ke dalam parit boleh juga mendatangkan pencemaran bau, apabila parit ini dipenuhi sampah-sarap yang menyebabnya tersumbat.

5. pelepasan habuk yang tersebar melalui udara.
Contohnya ada sebahagian masyarakat yang melakukan aktiviti seharian mereka dengan melakukan aktiviti seharian mereka dengan melakukan pembakaran sisa kayu bagi membersihkan kawasan mereka tanpa mengambil kira kesan terhadap alam sekitar. Bagi aktiviti pertanian iaitu penanaman padi,mereka akan melakukan proses sekam padi selepas menuai padi. Mereka tidak sedar bahawa habuk daripada aktiviti tersebut akan tersebar melalui udara.


faktor lain yang boleh dihuraikan:

  • sistem pembentungan yang tidak dibaikpulih
  • sikap segelintir masyarakat
  • pencemaran sungai/air

3. Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat kawasan kajian
(huraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian kes anda)

Kesan Pencemaran Udara
Kesan utama pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia,  tumbuhan, haiwan, penipisan lapisan ozon, hujan asid, pemanasan global.
Kesan terhadap Kesihatan Manusia
  • menjejaskan sistem pernafasan.
  • Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.
  • Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan matamanusia.
Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
  • Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.
  • Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara.
  • Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.
Kesan Terhadap Haiwan
  • Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.
  • Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara.
  • Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.
Kesan Terhadap Bahan
  • Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain.
  • Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer.
  • Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2) di dalam udara.
  • Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.
Kesan Terhadap Lapisan Ozon
  • Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.
  • Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.
  • Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.
Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
  • Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
  • Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
  • Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.

Kesan Pencemaran Bau
Pencemaran bau yang berlarutan, boleh membawa kemudaratan kepada kita. Antara kesan-kesannya ialah :

1. Bau busuk
Longgokan sampah sarap di tempat pembuangan sampah, boleh menimbulkan bau busuk. Keadaan tandas yang kotor dan tanpa penjagaan kebersihan yang sempurna juga boleh menyebabkan bau busuk.

2. Udara tercemar
Longgokan najis haiwan seperti najis ayam juga boleh mencemarkan udara dengan gas metana dan ini juga boleh mendatangkan bau yang amat busuk. 

3. Pembiakan lalat
Longgokan sisa makanan yang dibuang oleh pihak kantin ke tempat pembuangan sampah menjadi punca pembiakan lalat yang banyak di persekitaran sekolah. Keadaan ini merupakan situasi yang tidak sihat bagi kesihatan warga sekolah.

4.Penyakit
Persekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya penyakit. Penyajian makanan yang tidak sempurna, mendedahkan makanan dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan makanan. Situasi ini sudah tentu berbahaya kepada warga sekolah.
  
5.Air Tercemar
Parit yang dicemari dengan air kumbahan kawasan perumahan dan tersumbat bukan sahaja menimbulkan bau busuk tetapi juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Air yang tercemar dengan sisa kumbahan ini boleh mengancam hidupan air seperti ikan.


Kesan Pencemaran Air

(a) Kesan Kepada Manusia
Kesihatan manusia mungkin tergugat akibat terminum air yang dicemar yang mengandungi bakteria, virus, parasit dan bahan kimia yang lain. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Yang menjadi mangsa adalah  penduduk asli yang kini tinggal di tepi sungai apabila mereka menggunakan air sungai untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.

(b) Kesan Kepada Organisma Akuatik
Pencemaran air memberi kesan kepada ekosistem laut, sungai, tasik dan air dari tanah. Air yang tercemar oleh pembuangan sampah sarap, pengaliran sisa toksik dari kilang-kilang, dan minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati. Jika pencemaran sungai tersebut berlarutan, bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung atau unggas yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.Dengan itu, organisma akuatik akan mengalami kepupusan. Ini menyebabkan generasi yang akan datang tidak dapat melihat jenis-jenis organisma akuatik.


4. Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.
(huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan pencemaran yang anda pilih dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian kes anda. langkah-langkah di bawah juga buleh digunapakai untuk pencemaran-pencemaran yang lain mengikut kesesuaian)

Langkah mengurangkan pencemaran udara
Antara langkah untuk mengurangkan pencemaran udara adalah:
  • Menghijaukan kawasan
  • Penggunaan petrol tanpa plumbum
  • Program kitar semula
  • Kempen
  • Tindakan Undang-undang
  • Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

(a) Menghijaukan kawasan

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.



(b) Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.



(c) Program kitar semula

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.



(d) Kempen

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.



(e) Penukar bermangkin

Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin (Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two-way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three-way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.



(f) Tindakan Undang-undang

Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. 



(g) Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan.



Langkah mengurangkan pencemaran bau
Antara langkah untuk mengurangkan pencemaran bau adalah:
(huraikan mengikut ayat anda sendiri)
  • penguatkuasaan undang-undang
  • pemerkasakan sistem-sistem yang berkaitan
  • rancangan pembangunan
  • kempen berterusan dan praktikal
  • kepimpinan melalui teladan
  • penerapan dalam sistem pendidikan
  • Anugerah kualiti alam sekitar diperluaskan
  • gotong royong
contoh huraian:


(a) Gotong Royong
Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah.

(b) Penguatkuasaan Undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana konsortium atau badan swasta yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkut sampah.
Oleh itu pihak sekolah boleh menghantar surat kepada PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengambil tindakan terhadap Konsortium Alam Flora apabila pihaknya tidak mengangkut sampah sebagaimana yang dijadualkan sehingga menimbulkan bau busuk akibat longgokan sampah yang banyak di tempat pembuangan sampah. 



Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air

Langkah-langkah berkesan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi pencemaran air adalah seperti berikut:

(i) Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling
- dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran dari punca.Sisa-sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Kemudian, Kerajaan Tempatan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Kerajaan Tempatan memasang penapis sisa makanan untuk menghalang sisa makanan, minyak disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya.

(ii) Melaksanakan program ‘Peningkatan Kualiti Air Sungai’
- mempertingkatkan kualiti air sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.

(iii) Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.
Aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid dan orang ramai harus dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai. Pada masa yang sama, pihak-pihak yang melakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau alam sekitar, jika disabit kesalahan terus dikenakan hukuman denda  atau penjara atau kedua-duanya sekali.


5. Kesimpulan/ Rumusan
Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Walaupun hal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip mata, tetapi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak masalah pencemaran udara dapat diatasi. Kita harus memikirkan generasi-generasi yang akan dating memerlukan alam sekitar yang cantik dan nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah dicipta oleh tuhan.

6. Sumber/ Rujukan
Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.
(lihat contoh penulisan sumber pada tugasan sejarah)

sumber baru:
saya memberikan anda satu folio/kajian lengkap mengenai Pencemaran Alam sekitar yang merangkumi pencemaran air, tanah, udara:

*****

Konsep Urbanisasi

Pembandaran atau Urbanisasi adalah satu fenomena yang lazim berlaku khususnya di negara yang sedang membangun. Secara umumnya istilah Urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Urbanisasi sering berlaku apabila penempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks seperti dari bandar yang kecil menjadi bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.

Konsep Urbanisasi seringkali dikait kan dengan :

i) Pertambahan dan peratusan penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Di Malaysia sesebuah penempatan itu dikelaskan sebagai bandar jika jumlah penduduk di sekitar kawasan tersebut telah melebihi 10000 orang.

ii) Perluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan, ruang niaga kawasan penempatan, peningkatan sistem jaringan pengangkutan dan pertambahan fungsi bandar.

iii) Urbanisasi juga boleh ditakrifkan sebagai perubahan struktur dan kegiatan ekonomi penduduk di sesebuah kawasan dari ekonomi tradisional kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan, perkhidmatan, perniagaan, perdagangan, dan lain-lain lagi.

iv) Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup bandar yang lebih moden.

Konsep Urbanisasi : PEMBANDARAN

1.0. MAKSUD PEMBANDARAN/URBANISASI: 
Pembandaran/urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya

2.0. ASPEK-ASPEK PROSES PEMBANDARAN
i. pertambahan jumlah dan peratus penduduk yang tinggal di kawasan bandar–bandar lebih 10 000 orang
ii. perluasan saiz bandar, pertambahan bangunan, ruang perniagaan, kawasan petempatan bandar, peningkatan sistem pengangkutan, pertambahan fungsi bandar dll
iii. Perubahan struktur dan kegiatan ekonomi penduduk dari kawasan ekonomi tradisional/pertanian kepada eknomi moden seperti perkilanagan, perkhidmatan, perniagaan, perdagagan dll
iv. Perubahan cara hidup dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup bandar yang lebih moden

3.0. TAHAP PERKEMBANGAN PEMBANDARAN DI MALAYSIA

A. PEMBANDARAN AWAL (ABAD KE 15)
i. melaka-pusat bandar yang luas di rantau ini-pusat pentadbiran, perdagangan, penyebaran agama, petempatan dll
ii. sebab-kedudukan strategik, dasar kolonialisme-tidak membenarkan bandar lain wujud

B. ZAMAN PENJAJAHAN
i. pusat-pusat petempatan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran bahan mentah
ii. tarikan utama-bijih timah - taiping, larut, ipoh, kuala kumpur

C. PEMBANDARAN SELEPAS MERDEKA
i. berlaku migrasi besar-besaran ke kawasan bandar-urbanusasi semakin pesat
ii. migrasi untuk mencari pekerjaan dan juga melanjutkan pelajaran di bandar-bandar
iii. contohnya bandar kuala lumpur, johor bharu, ipoh dll
iv. bandar-bandar utama terus berkembang sedangkan kawasan lain terus ketinggalan-mewujudkan dualisme ekonomi.

D. PEMBANDARAN ERA 1990-an DAN ABAD KE 21
i. penyebaran urbanisasi ke pinggir bandar-dimajukan dan dibangunkan sebagai bandar satelit-bandar baru yang lengkap dan moden
ii. bandar-bandar sekitar kuala lumpur-selayang, bandar baru nilai, setapak, cheras, snawang
iii. bandar-bandar baru berteraskan industri di desa-kerteh-petroleum, MEC city kuantan-elektronik.
iv. Abad ke 21-era it-jaringan internet,e-mel, sistem jaringan telekomunikasi yang canggih-MSC, CYBERJAYA

FENOMENA PEMBANDARAN

7.1. REBAKAN BANDAR
Proses perluasan saiz bandar dan pengaruh bandar dari kawasan pusat bandar ke pinggir bandar. Berkembang sejajar dengan perkembangan sistem jaringan pengangkutan

7.2. SUBBANDAR
Murujuk kepada kawasan pinggir bandar
Kawasan pinggir bandar berperanan sebagai penyokong kepada pusat bandar
Berkait rapat dengan proses rebakan bandar dan ketepuan pembangunan di pusat bandar
Fungsi yang biasa seperti petempatan dan perindustrian
Subbandar kan membentuk bandar baru

7.3. METROPOLIS
Sesebuah bandaraya akan digelas metropolis apabila mempunyai penduduk melebihi sejuta orang
Mempunyai hairarki yang lebih tinggi
Lingkungan pengaruh yang lebih luas dari bandar raya
Mempunyai kepelbagaian fungsi-pusat pentadbiran, perkhidmatan, pengangkutan, perdagangan, kewangan, pendidikan, perniagaan

7.4. MEGALOPOLIS
Percantuman metropolis-metropolis membentuk saiz yang lebih luas dan besar-megalopolis
Penduduk melebihi 10 juta orang
Contoh- megalopolis boston- penduduk 40 juta orang- keluasan 700 kilometer
Megalopolis tokaido- menacntumkan tokyo, yokohama

7.5. KONURBASI
Proses penggabungan dan percantuman antara pinggir bandar dengan pinggir bandar yang lain
Dua buah bandar bercantum- zon konurbasi
Contoh shah alam dan petaling jaya

7.6. BANDAR SATELIT
Bandar yang dibina dan diwujudkan tidak jauh dari bandar induk
Fungsi- kawasan kediaman dan perindustrian
Bandar sateli dengan bandar utama masih berhubung dari segi pentadbiran, kewangan, peniagaan dan perkhidmtan
Hubungan diteruskan dengan rangkaian pengangkutan

7.7. BANDAR BARU
Kawasan petempatan bercirikan bandar
Dirancang dan dibangunkan di kawasan yang tidak ada bandar khususnya di luar bandar
Berkembang tanpa perlu bergantung dengan bandar lain. Contoh- bandar baru Bangi/ Nilai dll

MASALAH PEMBANDARAN

8.1. MASALAH DI KAWASAN BANDAR
i. masalah pengangguran dan kemiskinan bandar-penduduk ramai, kerja kurang, kurang pendidikan dan tidak dapat bersaing
ii. masalah perumahan dan fenomena persetingganan-tidak mampu memiliki rumah
iii. masalah persekitaran fizikal bandar- pencemaran udara, air, tanah, bau, bunyi
iv. Masalah persekitaran sosial bandar- kadar jenayah, pelacuran, pengedaran dadah , kesihatan dll
v. Masalah ke atas sumber-sumber alam di bandar- tekanan terhadap sumber tanah, kepupusan hutan, kerosakan sumber-tanah menjadi mahal

Masalah Penduduk Lebihan
1. Golongan penduduk muda yang tinggi membebankan penduduk dewasa.
2. Kemiskinan semakin meningkat- akibat penduduk yang ramai,sumber pendapatan tidak mencukupi, tanah pertanian yang dikerjakan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang ramai.
3. Pertambahan tanggungan / beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas – pendidikan, kesihatan bagi menampung keperluan penduduk muda.
4. Kekurangan peluang pekerjaan – penduduk ramai pekerjaan terhas berlakunya pengangguran.
5. Kepadatan penduduk Bandar tinggi- berlaku kesesakan seperti setinggan dan masalah sosial.
6. taraf hidup rendah- negara tidak maju.
7. Taraf pendidikan rendah, tidak semua rakyat dapat menikmati peluang pendidikan- kadar buta huruf tinggi.
8. Kekurangan makanan- kebuluran kerana hasil pengeluaran makanan tidak dapat menampung jumlah penduduk.
9. Masalah perumahan yang tidak mencukupi.
10. Kurang kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan.

Tempoh Pelaksanaan
1 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014

Sumber:  melvister.com , cikguhailmi.com
Diolah dan Diedit oleh saya sendiri

untuk info lanjut, sila download panduan guru dan panduan murid bagi tugasan kajian kes Geografi --> klik sini

lihat juga:
Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan 3





87 comments:

  1. mcm mna nak copy / download nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. teke kane mouse pahtu teke lah print bengong! senot otok lahh

      Delete
    2. x bole copy :(

      Delete
    3. Srsly copy??

      Delete
  2. nak copyy , nak buat bahan -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik, save as pergi ke website http://www.andrewchoo.edu.my .......dari arah sini tak boleh copy paste .....

      Delete
    2. pt3 candidatesMay 03, 2015 3:04 PM

      akak thnks a lot for the information .. :)
      your blog is nice .. nice bloggg ..

      Delete
    3. hmm pencemaran udara jer yg banyak mne pencemaran air nya?????

      Delete
    4. buatla sndiri

      Delete
    5. x membntu lngsung.....

      Delete
  3. @Anonymous
    tak bole ke? okeh2..kjp lagi try balik..

    ReplyDelete
  4. nak buat fakta mcm mne ye?

    ReplyDelete
  5. @Anonymous
    buat fakta mengenai apa?

    jika nak simpulkan sesuatu fakta, anda kena ada huraian mengenai fakta tersebut.

    ReplyDelete
  6. Macam mane download? Please teach me...thanks :)

    ReplyDelete
  7. geografi x perlu buat karangan mcm sejarah ke? dan berckp psl grafik adkah soalan borang soal selidik yg prlu digrafikkan? atau ianya freestyle? any type of graphic instrument would do aslkn ianya menepati tajuk?

    ReplyDelete
  8. @Anonymous
    xperlu. kajian ggeografi nk cantik buat point.

    borang soal selidik xperlu bentuk grafik. tgk cth borang soal selidik yg sy bg. hny perlu ada soalan n pilihan jwpn yg byk. ikut style yg awk suka.

    kalau nk guna grafik, kita bole guna utk huraikan sesuatu. n awk bole selitkan di mn2 huraian

    ReplyDelete
  9. definisi kena 1 m/s shja ka? dan kalau sy buat temubual adkh sy perlu merekodkan temubual tersebut ataupun buat borang soal selidik secara subjektif? dan kalau punca kesan dan faktor ayt apa yang perlu sy mulakan dahulu?
    contohnya kalau definisi bermula dengan (menurut Wikipedia maksud.....) kalau faktor plk? dan dlm definisi blh x ada ayt 'jerebu' di dlmnya krana cg sy kata x blh kerana ia masuk dlm kesan pncmrn udara.. tp setahu sy format dia mengatakan bhawa dlm definisi kena ada konsep,huraian dan contoh... sy kurang fhm lah cg.. minta maaf kalau pnjg sgt soalan sy dan sy hrp cg dpt membantu sy... onegaishimasu...

    ReplyDelete
  10. sya kurng faham 😞 di bhgia 2 . Sya ambil pcemaran udara . . Punca,kesan,langkah . . Contoh la punca pncemaran udara ialah pmbebasan asap kilng . . Kesan pun mesti tntang pmbebasan asap kilang ke ?? Atau b'lainan ?? Sya hrap ckgu dpt terangkn kat saya . . Tq

    ReplyDelete
  11. cikgu,cara jawab pt3 geografi ni sama mcm sejarah ke kena buat karangan ?

    ReplyDelete
  12. T.Kasih adik. Ramai pelajar tahun 3 masih tidak dapat menghasilkan folio mereka. panduan adik dapat memberi gambaran cara menghasilkan isi folio dan ini membantu mereka.

    ReplyDelete
  13. X kantoi ke kak.. klo copy 100% bukannye dipanggil plagiat ke kak..

    ReplyDelete
  14. @Achap adei dik..ade ke suh tiru? itu semua contoh jawapan jer..sbg panduan. fhm ye? jangan tiru!

    ReplyDelete
  15. @Sherly E' Wanna HAMID
    xsilap sy kne ade yg related dr punca jugak. cuba tny cikgu geografi kt sekolah ye utk mklumat lnjut.

    ReplyDelete
  16. @Anonymous
    definisi xperlu smpai 1 m/s dik.
    temubual tu perlu ada pada huraian, cthnye "dari temubual sy dengan encik bla, bla bla, faktor yg msbbkn pncemaran udara di kawasan ini ialah...."
    kalau faktor xperlu menurut2 bagai. teruskan kpd fakta.
    dlm definisi, huraikan scr umum tp xperlu bg contoh.

    kalau krg faham lg, perlu btny pd guru geografi sbb ini markah kan? :)

    ReplyDelete
  17. Ini yang bahagian perancangan ke?

    ReplyDelete
  18. thanks for the information:)

    ReplyDelete
  19. TQVM cikgu ^3^~... blog cg tlh bnyk membantu sy dlm mlaksanakn pt3.. skrg sy hnya tggl nk buat sej shja lg... masa dah smkin suntuk... hari khamis ni dah kena hantar... belah pantai timur kena hantar 1 hari lbh awl drp barat sb 18 hari bln tuh hari jumaat T^T...

    ReplyDelete
  20. salam, nak tanya boleh tak share konsep pencemaran bau?

    ReplyDelete
  21. thanks...sangat membantu

    ReplyDelete
  22. geramnya tengok warna pink...hishhh

    ReplyDelete
  23. Bagusnya info. Thanks ya.. saya ni last2 minutes baru usaha nak cari bahan..

    ReplyDelete
  24. Cikgu,yang faktor dan punca pencemaran itu,,,sebenarnya dikehendaki fakta juga kan? Please tolong jelaskan ,,jelasan cikgu amat dihargai,,terima kasih :D

    ReplyDelete
  25. Dalam kertas yang cikgu sekolah saya serahkan kepada saya dia tulis bahawa punca untuk pencemaran air dikehendaki juga fakta,huraian,contoh yang cikgu balqis tulis itu faktor dan punca,,saya tak pastila kena buat fakta atau faktor,klaw kena buat fakta,macam mana pula boleh x cikgu balqis tolong terangkan?,,harap cikgu boleh beri jawapan A.S.A.P ,btw tq very much ,amat dihargai

    ReplyDelete
  26. Tak payah amik port. Kite main game lagi baguss. Hihik. Jom main PES. pt3 memeningkan orangg. Lbih baik buat PMR . Tak puas hati, lai settle luar.

    ReplyDelete
  27. Jangan marah.. Bulan puase,, lepakk. Suka-suka, lagipun bosan. Nak kacau orang. Hahaha.

    ReplyDelete
  28. KALAU TAK NAK BUAT DAPAT A TAK?. HAHHAHA

    ReplyDelete
  29. Nazrul ShinigamiJuly 15, 2014 11:18 AM

    RAZMAN ASAL KURANG AJAR SANGAT. NIE BLOG ORANG LA. KAU NK A USAHA LA . PEMALAS, JGAN BUAT LAWAK BODO LA BODO..

    ReplyDelete
  30. jangan gadu2 la. kite di bulan puasa ni. kurang pahala korang. nazrul bawak banyak bersabar tau...

    ReplyDelete
  31. Nazrul ShinigamiJuly 15, 2014 11:22 AM

    masalahnya gua menyirap orang macam nie. panas sia gua!! razman tak puas hati jumpa gua..

    ReplyDelete
  32. @Anne Philips
    maaf lambat reply. fakta tu kiranya huraian mengenai pencemaran udara. so kita kena bg fakta cthnye faktor, punca kesan :)

    ReplyDelete
  33. sesungguhnya siapa yang buat lawak bodoh di bulan puasa ini adalah seorang yang kurang matang dan tidak baligh lagi. sekian tQ

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum.....nk tanye klau guna link ni sebagai bahan rujukan(internet) boleh x??saya risau cikgu x terima sbab blog ini memaparkan contoh jawapan pt3...

    ReplyDelete
  35. @Anonymous
    saya rasa semua jenis blog TAK BOLEH dijadikan bahan rujukan. :)

    ReplyDelete
  36. Nak tnya pasal grafik. ada tak contoh psal grafik??

    ReplyDelete
  37. Thank you so much!

    ReplyDelete
  38. cik manis..saya nak copy hasil kerja-kerja kursus di atas boleh??

    ReplyDelete
  39. i really not understand with their system.must study harder for 3 years and finally announce "kajian kes".

    ReplyDelete
  40. Is this website copyright protected?
    I cant copy the content or even highlight the text for me to copy

    Anyway,thanks for providing helpful information for PT3 students and for my Geo. Folio

    ReplyDelete
  41. Salam cikgu . Saya keliru . Karangan tu kena buat macam tu atau berperenggan ya ? Tolong bantu saya . tQvm .

    ReplyDelete
  42. camna nk save ? tk dpt copy paste pun :(

    ReplyDelete
  43. Kenapa tak boleh copy? :(

    ReplyDelete
  44. terbaikk lah , saya yg form 1 ni pun kena buat folio mcm nih , i will just copy this xD maaf cikgu geografi xD hahaha . thanksss :)

    ReplyDelete
  45. Why Can't copy???

    ReplyDelete
    Replies
    1. just print screen and then print it

      Delete
  46. akak ape nie.. sy baru jumpa post ni.. adoii apalah nasibku..

    ReplyDelete
  47. weii nama saya ialah bodoh kot......macam mane nak copy paste ni.....x boleh copy larr cuma nampak gambar misai

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum cikgu , saya ingin bertanya beberapa soalan antaranya :
    1. huraikakn konsep pembandaran.
    2. jelaskan 6 faktor-faktor yang mempengaruhi pembandaran di malaysia.
    3. terangkan 6 kesan negatif proses pembandaran di malaysia.
    4. cadangkan 6 langkah yang sesuai yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan bandar lestari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pikir la sendiri.tu pon kena ajar!!!!!!

      Delete
  49. cikgu boleh tolong tak cikgu, nak tanya solan ni
    ajar saya tentang faktor-faktor mempengaruhi di parit buntar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye ##anonymous nama awak ni ape ??????

      Delete
  50. Asslam cikgu..sy nak tanya .....adakah cikgu akn buat contoh jawapan bg pt3 geografi pada tahun ni?

    ReplyDelete
  51. Asslam cikgu sy nak tanya..adakah cikgu akan buat contoh jawapan bg kerja khusus geografi pt3 pada tahun ni??

    ReplyDelete
  52. Asslam cikgu sy nak tanya..adakah cikgu akan buat contoh jawapan bg kerja khusus geografi pt3 pada tahun ni??

    ReplyDelete
  53. cikgu.. sy mau geo pt3 2015

    ReplyDelete
  54. saya rasa tak lah

    ReplyDelete
  55. thks for posting this blog it has helped me a lot
    anyway this years pt3 format is a bit different and i dun think i can say the topic for this years cuz i am afraid i will fail but i will post after the exam finish

    ReplyDelete
  56. salam cikgu.. saya baru dapat soalan harini tentang kajian lapangan tapi saya tak thu mcm mne nak interview org sb saya maih kurang faham bole tak cikgu terang kan terima kasih..

    ReplyDelete
  57. thank you for the information even tk membantu langsung

    ReplyDelete
  58. Assalam cikgu,, tahun ni pt3 geo macam tak sama dgn tahun lepas. saya kurang faham mcm mana nak buat.
    1. yang proses akhir tu kene buat karangan atau boleh buat point-point je?
    2. cikgu agak-agak proses akhir tu berapa muka surat?
    3. data tu apa? nak buat mcm mana?
    4. cadangan dengan potensi kan kene letak dalam borang soal selidik, alasan pun kene letak jugak ke? sbb dalam soalan, die minta alasan skali...
    5. di dalam soalan ada dinyatakan yang kitorang kene tanya latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan perumahan kitorg ni... maksudnye mcm mne tu ckgu?
    minta maaf cikgu kalau cikgu kurang faham soalan saye.. saye nervous nk pt3... harap2 cikgu jawab soalan saya... maaf banyak tanya... doakan saya dn kawan2 sye pt3 tahun ni... terima kasih cikgu... sye hrp cikgu jwb soalan sye... tq...

    ReplyDelete
  59. assalam ,mcm mne nak kertas kerja geo pt3 2015???? x phm

    ReplyDelete
  60. #ILOVETHISBLOG
    ThankyouCikBalqis

    ReplyDelete
  61. yusooooffff jgn tiru orang

    ReplyDelete
  62. thank you,very much

    ReplyDelete
  63. boleh tak cikgu bagi contoh kesan pembuangan sampah di sekolah? really need it cikgu. tolong ye:( btw bgus sangat, membantu saya

    ReplyDelete
  64. Thx....love you

    ReplyDelete
  65. Thx....love you

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®