Tuesday, July 15, 2014

CPUV-143: Fashion Pitch / Writer Unleashed


Saya baru balik dari klinik, dan disahkan ada virus di tekak. MC sudah diambil sesuka hati disebabkan keadaan saya yang serupa mayat hidup, kalau datang kerja menyusahkan orang plak kan..hehe.  

Perkembangan blog ini amat menggembirakan saya, visitor tidak putus-putus datang menjenguk dan hampir 20 ribu visitor dalam masa sehari yang datang. semuanya disebabkan Tugasan PT3 iaitu Kajian Kes Sejarah dan Geografi. terima kasih yang tidak terhingga, saya hanya membantu semua pelajar untuk menyiapkan tugasan PT3 yang bakal ditutup tarikhnya pada 18 Julai 2014 ini. insyaAllah, semuanya boleh disiapkan hendaknya. Amin.

Mengenai CPUV kali ini, iaitu CPUV saya yang ke 143 iaitu Fashion Pitch dan Writer Unleashed. sebelum ini iaitu semalam, saya juga mendapat CPUV-142 iaitu uMobile Prepaid Free Meal.




mak saya seorang pengguna setia uMobile. dia ada mengatakan kepada saya jika kita Top Up RM 30, kita akan dapat air botol free tapi hanya di 7-Eleven sahaja. apabila saya lihat CPUV ini, maka betullah cakap mak saya tu..hehe. Setiap pilihan Top Up iaitu RM 30 dan RM 50 akan mendapat free gift seperti Air Revive Isotonic Original 500 ml dan juga Mamee Express Cup Curry Flavour. stok hanya dibuka sehingga 31 Ogos 2014. so, lepas nie pergi top up kat 7-Eleven je ok? :D


Berbalik pada CPUV-143 saya, iaitu Fashion Pitch dan Writer Unleashed

MyCreative Ventures Sdn Bhd sedang melancarkan Pertandingan MyCreative Writers Unleashed: Pencarian Manuskrip Terbaik. Ia diadakan untuk menggalakkan dan meraikan kreativiti penulis-penulis Malaysia. anda boleh memenangi hadiah tunai sehingga RM 12 500. Pemenang Utama iaitu 5 pemenang manuskrip terbaik akan menerima RM2,000 beserta sijil penghargaan setiap seorang. Pemenang Saguhati pula, iaitu 5 pemenang hadiah saguhati akan menerima RM500 beserta sijil penghargaan setiap seorang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Ogos 2014.

untuk info lanjut mengenai syarat-syarat pertandingan, sila lawati laman web berikut:


MyCreative Ventures Sdn Bhd juga melancarkan Pertandingan Fesyen Picth 2Fesyen Pitch menyediakan saluran untuk anak muda baru untuk muncul sebagai pereka fesyen Malaysia, pengamal fesyen dan peminat-peminat fesyen untuk merealisasikan impian mereka dalam memiliki label fesyen mereka sendiri. lahirkan idea-idea anda, konsep dan reka bentuk kepada kami. Finalis akan mempunyai peluang untuk mempersembahkan secara langsung di atas pentas untuk terkenal penyokong fesyen Malaysia dan berpeluang untuk layak untuk pinjaman perniagaan dari MyCreative sebanyak RM 2 juta. Tarikh tutup pertandingan ialah pada 27 Julai 2014


untuk info lanjut mengenai syarat-syarat pertandingan, sila lawati laman web berikut:

terima kasih lagi kepada Nuffnang kerana memberikan CPUV yang menarik kepada saya. saya boleh sebarkan maklumat ini kepada semua orang dan juga pelajar-pelajar sekolah yang mungkin berminat. thank you :) 


lovenota 1 : saya suka membaca cerpen dan novel. 
lovenota 2 : masa sekolah dulu, pernah buat novel suka-suka berkisar cerita saya sendiri. pembacanya ialah adik saya dan ayah saya. kelakar je rasa. :D

No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®