Tuesday, July 08, 2014

Nuffnang: CPUV yang ke-141





Masa tengah godek-godek Nuffnang, nak tengok ada tak Nuffnang bagi iklan @ CPUV baru. and memang dapat! woww! rezeki Bulan Ramadhan kan? Alhamdulillah. dah lama tak dapat CPUV baru berlambak-lambak. apesal eh? dulu boleh je Nuffnang bagi banyak-banyak kat blog nie. tapi takpe la, belum ada rezeki kut..lagipun jarang dah nak update blog macam selalu. busy dengan PT3 yang baru nak 'panas masuk oven'. sekarang nie pun sedang buat program latihan penandaan item instrumen PT3 bagi mata pelajaran Sains. yang tu esok-esok la cerita. kursus pun tak habis lagi. 

Hari nie dapat CPUV yang baru, iaitu CPUV yang ke-141. Alhamdulillah, iklan Nuffnang kali ini ditaja oleh Julie's x LINE New Package


siapa yang tak pernah makan biskut Julie's? rasanya semua orang pernah merasa biskut Julie's nie. salah satu biskut Julie's pun memang menjadi favourite saya sejak kecil lagi. sekarang nie Julie's sedang mengadakan promosi bersama dengan LINE iaitu LINE Cookies Limited Edition menampilkan Cony dan Brown. tengok wallpaper atas nie pun dah rasa kotak tin biskut tu mesti cantik. tin biskut yang warna coklat dengan warna pink memang sangat menarik dan design yang sangat cantik! rasa macam nak jee :P


Ramai yang tak tahu, biskut Julie's nie sudah berada dalam industri bermula pada tahun 1982, iaitu sudah 32 tahun. biskut Julie's ini diproses oleh Perfect Food Manufacturing Sdn Bhd. biskut yang paling saya suka ialah Peanut Butter Sandwich! memang sedap! sampai sekarang masih lagi makan biskut nie. disebabkan mak pun suka makan jugak, selalu beli dalam packet yang besar. baru puas hati makan! hehe!


thanks pada Julie's kerana memberi CPUV pada blog saya. thanks to Nuffnang as usual because still give me an ads to my blog. thank you so much! :D


lovenota 1: Nuffnang, bagi la CPUV lagi. saya merayuu~
lovenota 2: bagi duit raya banyak-banyak jugak ye :P

4 comments:

  1. Banyaknya cpuv dia .. beratus-beratus dah ... HAHA..

    ReplyDelete
  2. cantiknyer box cookies tu.. neways tahniah dpt cpuv :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dan tahniah

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®