Pada hari ini, keputusan PT3 dikeluarkan di sekolah masing-masing. apa yang saya katakan di entry yang lepas mengenai Penurunan Prestasi PT3, semestinya sudah menjadi kenyataan. keputusan sekolah saya? apa dia?
Prestasi PT3 menurun sangat TERUK!!!
Saya langsung tak terkejut. langsung tidak. memang saya dah jangka benda ini akan berlaku. pelajar batch 1999 dijadikan tikus makmal untuk peperiksaan yang tidak munasabah, yang masih belum diuji dan dicuba oleh sesiapa. sistem yang diperkenalkan dalam masa yang singkat, sepatutnya buat la perancangan yang teliti sebelum diperkenalkan. soalan PT3 pula kebanyakannya yang soalan berbentuk KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). soalan memang berkualiti dan sangat bagus. kalau budak-budak pandai, boleh la jawab. budak-budak yang kurang pandai tu macam mana? lingkup, hancur la. Pelajar pandai boleh la guna pakai sistem ni, untuk pelajar yang lemah mereka akan semakin ketinggalan. sistem PT3 ini akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan yang amat ketara antara pelajar cemerlang dan pelajar yang lemah. Lepas tu, dulu kata dah tak ada result pakai sistem A, B, C nie. pakai macam PBS, ada Band 6, Band 5..apa dah jadi? keluar result ada Gred A sampai F pulak!
Entah kenapa student dan guru yang ditemubual mengenai PT3/PBS sebelum peperiksaan sebenar yang mengatakan PT3/PBS ini bagus. bagus dari segi pentaksiran abad ke-21. Memang bagus sebab menjana pemikiran aras tinggi budak-budak pada zaman kini. Tapi nak tanya jugak, siapa yang cakap PT3 bagus tu result dia berapa eh? mesti budak yang cakap bagus tu menyesal cakap macam tu kat media, kan? hahaha.
Yang saya hairan, tak ada pun sidang media mengenai Keputusan Peperiksaan PT3 ini. tak macam PMR atau SPM, mesti dah umum di mana-mana siaran televisyen, bangga ada straight A's dan ada sekolah terbaik..bla bla bla. tapi hari ini senyap sunyi. apesal? orang ramai terutama guru mesti nak tahu perkembangan PT3 seluruh Malaysia. mesti semua orang tertanya-tanya bagaimana hasil keputusan PT3 ini, kan? tapi takde. krikk krikk krikk.
Saya faham keputusan PT3 tidak boleh dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain disebabkan ada 3 set soalan / blok yang berbeza yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. tetapi, rasanya boleh je buat pencapaian berapa orang A di sekolah-sekolah, terutama sekolah-sekolah yang cemerlang. bagi dorongan dan semangat serta KPI untuk sekolah-sekolah lain untuk tahun depan pula. ke tak ramai yang dapat A? ohh.
Terus terang saya cakap, sekolah saya hanya seorang sahaja yang dapat semua A. SEORANG je yang dapat 10A. hebat kan? tanya juga sekolah lain yang cemerlang, pun sama je. paling tinggi pun mungkin tak sampai 10 orang kot yang dapat A. sedih. tapi yang bagusnya, kita dapat tahu yang pelajar seorang itulah yang memang berkualiti dan terbaik. itulah prestasi sebenar pelajar. macam saya cakap sebelum ini, PT3 ini ada pro dan kontra. ada baik dan ada buruknya.
Sistem Gred PT3 yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan juga sangat berlainan dari Sistem Gred PMR. analisa dari Setiausaha PT3 sekolah saya mengatakan, Lembaga Peperiksaan (LP) menaikkan gred untuk PT3 ini. bermakna Sistem Gred PT3 adalah tinggi. dah tahu ini kali pertama peperiksaan PT3, bagi la turun graf gred tu. apa salahnya, kan? ini tak, bagi naik lagi dari gred biasa adalah.
Kalau anda lihat gambar perbandingan Sistem gred PT3 dan sistem Gred Sekolah (PMR), ada gred yang baru, iaitu Gred F (seperti Sistem Gred SPM) yang menggantikan gred E, iaitu gagal atau bahasa LP "belum mencapai tahap minimum". Gred E baru dimulakan dengan markah 40-49, bermakna Gred E untuk Peperiksaan PT3 masih lulus. sepatutnya, markah 65 sudah diklasifikasikan sebagai Gred B, tetapi bagi Lembaga Peperiksaan ia masih lagi Gred C. nampak tak, macam mana budak-budak ini tak kecewa. dahla susah nak score PT3 nie, dinaikkan pula Gred Pemarkahan untuk PT3. kesian betul.
Untuk Peperiksaan PT3 Tahun 2015, saya pun tak berani nak cakap macam mana. tetapi pelajar PT3 2015 beruntung sikit, tak seperti pelajar PT3 2014 sebab mereka sudah didedahkan pelbagai format PT3 pada tahun ini. mereka dah tahu macam mana format soalan dikeluarkan, format untuk kerja kursus bagi Geografi dan Sejarah, serta format ujian Lisan bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. mungkin prestasi PT3 bagi tahun 2015 akan berubah? mungkin la lebih baik dari tahun ini..kot. insyaAllah.
Minta sangat jangan nak salahkan guru yang mengajar. guru sendiri tak tahu format PT3 tu macam mana, dah tu macam mana nak up pelajar nie? guru dapat tahu format PT3 pun semasa Peperiksaan Percubaan. Hanya ada masa sebulan je nak tolong pelajar-pelajar nie. Dalam masa yang singkat macam mana nak tolong budak-budak tu? sebelum format PT3 diperkenalkan, mereka dah biasa dengan format PMR. takkan itu pun jadi salah guru?
Kepada pelajar PT3 2014, jangan la bersedih dan menangis. yang paling penting, SPM 2016 nanti yang akan menentukan masa depan anda. oh ya, memang ada yang menangis pun masa ambil result tadi. sebab dia mendapat 9A 1B. yang B tu pulak Sains. sekolah saya memang keputusan Sains dan Matematik bagi peperiksaan PT3 adalah yang paling teruk sekali. paling ramai yang gagal ialah subjek Sains. subjek saya pulak tu. huhu.
Untuk diri saya, semoga dapat membimbing pelajar 3 Dahlia pada tahun 2015 untuk mendapat keputusan Sains yang lebih baik dari tahun ini. fuh, tugas berat tu. insyaAllah boleh, amin. :)
Oh ya, kalau nak sumbang like supaya PT3 dimansuhkan, boleh sokong di facebook. klik je pada gambar di bawah dan minta like post tersebut.
****
ini fake ok. hahaha.
*******************
Kumpulan pelajar pertama duduki PT3 kongsi pengalaman terima keputusan
Diterbitkan oleh Astro Awani pada: Disember 22, 2014
PERAK
Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh muncul antara sekolah terbaik di negeri Perak apabila 123 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang dalam ujian tersebut. Seorang pelajar sekolah berkenaan mendapat keputusan 11A manakala yang lain mendapat 7A, 8A dan 9A.
PULAU PINANG
Sementara itu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, tiga pelajar yang menduduki ujian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Irsyad mencatat keputusan cemerlang dengan memperolehi semua A dalam ujian PT3 yang berlangsung pada Oktober lalu. Daripada 168 pelajar yang menduduki ujian PT3 di sekolah itu, tiga pelajar memperoleh 11A, 10 pelajar memperoleh 10A, 26 pelajar memperoleh 9A, dan selebihnya memperoleh antara 2A hingga 8A.
SARAWAK
Seramai 15 orang pelajar dari SMK Green Road mendapat keputusan cemerlang 10A daripada 332 calon keseluruhannya.
Hasil PT3 hancur, ibu bapa salahkan menteri
“Pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur!” Itu luahan beberapa ibu bapa pelajar yang datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang dikeluarkan hari ini.
Kata seorang ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz, perubahan sistem peperiksaan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada PT3 tidak patut diadakan secara mengejut. “Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3? Lebih teruk lagi, sebelum ini menteri kata tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Apa dah jadi?” tegasnya. Tambah ibu tunggal itu lagi, dia yakin keputusan peperiksaan anaknya jauh lebih baik jika masih kekal dengan sistem PMR berbanding PT3 yang hasilnya amatlah mengecewakan.
Bagi Fatimah Jais, dasar kerajaan dalam membuat keputusan menukar PMR kepada PT3 sepatutnya dikaji dan dibuat secara berperingkat. “Ibu bapa seperti diperbodohkan. Ikut sahaja apa kata menteri yang membuat dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PT3 ini akan gagal. Buktinya jelas, tak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 di sekolah anak saya di Hulu Langat dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Sudahlah gagal, layak pula masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana mereka nak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih mencabar nanti,” ujarnya.
Seorang lagi yang ditemui, Hairi Kamaluddin berkata, gred F yang tercatat dalam sijil anak ditaksirkan sebagai Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak ubah seperti membodohkan ibu bapa dan pelajar. “Sudah tentu gred F itu gagal. Sebut sahaja gagal dan tak payahlah nak berlapik-lapik. Alasan tidak mahu menyebut ada pelajar yang gagal adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Harus diingat bahawa kegagalan anak-anak untuk mendapatkan keputusan cemerang dalam PT3 ini adalah tanggungjawab Menteri terbabit yang tidak mengkaji apa implikasinya membuat perubahan peperiksaan daripada PMR,” tegasnya dalam nada kecewa. Apa yang dibimbangkan Hairi, pelajar-pelajar ini akan lahir sebagai pelajar tidak berkualiti untuk masa akan datang.--MalaysiaGazette
Keputusan PT3 2014 bagi Sekolah SBP Integrasi dan SM Sains di Malaysia
*klik gambar untuk pembesaran*
[Update] : pada anonymous yang kata semua yang komen ini bodoh, saya rasa anda masih tiada anak yang ambil PT3 tahun ini. Bila anda ada anak yang ambil PT3, anda mungkin dapat rasa keperitan dan kepayahannya. Saya tak cakap PT3 nie tak bagus. PT3 ini memang sangat bagus membentuk pemikiran beraras tinggi (KBAT) yang kreatif dan inovatif. TETAPI ianya diperkenalkan pada tahun yang salah dan pelajar tahun ini yang jadi mangsa. Faham??
lovenota : nak sambung menanda Kertas SPM Kimia. hoho.
hm kesian sangat kat budak yg ambil pt3..haih nak buat camne kan..
ReplyDeletecikgu laa ni ? kertas KIMIA ? Saya ni student SPM 2014 jgk, Saya nk tahu blh, Gred kimia tahun ni menurun x ? Sebab rmai cikgu ckap , GRED menurun . Ramai yg dapat rendah ..
ReplyDeleteeh..belum tentu lagi dik. markah pun belum masuk lagi. tunggu jela.
DeleteSebenarnya di sebabkan terlalu ingin setaraf dgn pendidikan di luar negara maka mahu atau tidak terpaksa melaksanakan serta merta PT3 dgn harapan lambat laun semua orang akan bersetuju ...... serupa jugak dulu waktu pembelajaran Math Sce dalam bahasa Inggeriss lagi teruk bangkang membangkang sana sani .....dah elok bertahun2 dgn sistem begitu di tukar lagi dgn sistem baru ..........contoh ketika dilaksanakan pembelajaran Math dlm bahasa Inggeris tetapi ada 2 bahasa utk memudahkan pelajar menjawab soalan ......apapun perubahan JANGAN JADIKAN PELAJAR SEBAGAI MANGSA .........yg tanggung ialah ibubapa apabila anak gagal !!!!!! ...... alang kepalang lebih baik kaji bidang2 yg di ambil oleh pelajar IPTA sana tuh ...berjuta2 graduan abis belajar tak ada pekerjaan .... buat lah sistem camne sekali pun kalau yg dah graduate pun tak ada kerja untuk apa PT3 ??? .....
Deletebetul tu...pt3 memang x guna...sya juga mangsa pt3...sya juga merasakannya.... pt3...arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
DeleteOOOOOooooooo... Cikgu rupernyaaa... Apa2 pon... Tahniah Cikgu... Cikgu pon dah buat yang terbaik... Ini semua rezeki...
ReplyDeletehuhu..xpaham laa pt3 ni apa..ingatkan takat upgrade nama dari PMR- PT3..macam dulu SRP - PMR.. huh..stopball nye sy..nampak sgt tak meluas pasal pt3 ni
ReplyDeleteselamat menanda paper cik balqis. siannya mereka. xper cuba lagi utk SPM nanti.
ReplyDeletegred diorang tu sama macam student f4 dengan f5. untung sekolah cik balqis ada sorang sekolah kita langsung tak dek. lagi haruuu.
ReplyDeleteyeke..hahaha..entah la..ishkk
DeleteSalam yer cikgu :). Tak payah tanyer murid2 PT3, tanyer ibubapa jer mmg dah leh jawab yang PT3 nie menyusahkan hati dan perasaan pelajar2 PT3 dan juga ibu bapa skali... Ntah saper yg memandai2 tukar dari PMR ke PT3... SMK Cyberjaya cuma sorang jer yg dpt 10A. Tak ke hampeh tu namanyer. Anak saya yg dah bertungkus lumus belajar mcm nak gila sampai nangis2 bila buat assessment sbb terlalu stress, akhirnyer bila dpt results... dot dot dot....Jangan kata budak, ibubapa budak pon turut sedih. Psychologically utk anak2 pon tak bagus mcm nie. Keje keras mcm nak rak tapi byk sgt soalan KBAT. Budak2 15tahun ditestkan dgn soalan2 mcm tu.. mmg lah payah utk drg jawab. Kita sbagai parents, nak complain pon takleh, tak complain lagilah buat peningkan drg. Lagi satu, duulu dah bagus2 semua subjects dlm bahasa english, ditukarkan dlm bahasa melayu pulak.... kalau keje kat international company, boleh ke ckp bahasa english fluently dgn dorang.. Paham ke foreigners dgn bahasa melayu. Seriously.. im in total speechless abt the education system kat sini.
ReplyDeletesabar ye puan. saya sebagai pelaksana PT3 pun tersangkut juga di tengah-tengah. minta puan bagi dorongan dan semangat pada anak puan untuk SPM 2016 pula ye.
DeleteSalam cik balqis...mcm mana nk tgk ranking sbp utk pt3 ni ye..sy try klik x bole la..screenshot pun bile besarkan die jd blur..tq
ReplyDeletekalau tak boleh cuba tekan right-click ye :)
Deletebetul..duk tunggu juga di berita nak tengok komen pengarah pendidikan dan peperiksaan...tak ada pula.. huu entahla..baik ke buruk..
ReplyDeleteRamai yg bagi kata2 semangat.."xpe yg penting SPM nti pastikan cemerlang"..hakikatnya...PT3 ini sangat sangat sangat x10000 penting kerana ia menentukan halatuju aliran bdk2 ni. Ada student cmerlang smnjak dari UPSR dpt D je dlm mtk dan sains.Betapa hancurnya haraapn klu xdpt masuk aliran sains nti....siapa nak brtanggugnjwb ni...
ReplyDeletePT3 nie penting jugak. spe ckp xpenting? tapi kalau dah ramai yang fail sains dgn matematik, mesti campak masuk aliran sains jugak. sebab nak penuhkan kuota kelas sains tulen kan? macam tak layak tapi pihak sekolah terpaksa buat jugak. kalau nk masuk sbp dgn mrsm tu agak payah la nampaknya. nak buat macam mana
DeletePT3 ohhh PT3.
ReplyDeleteAdik saya nyer results teruk.
Suckss..
haha. tau xpe. ramai dah menyumpah pasal PT3 nie :P
DeleteAssalamualaikum. Saya antara pelajar tingkatan 3. Result saya, bagi saya agak teruk walaupun tak ada yang gagal. Yang paling teruk subjek math dan science dapat gred C. Saya memang minat dengan aliran sains. Cuma bila dah result macam ni, saya tak yakin sama ada boleh diterima masuk ataupun tidak. Ayah suruh cuba masuk aliran pengurusan perniagaan, sebab itu sahaja aliran yang sesuai sejajar dengan keputusan saya. Tapi malangnya saya tak minat. Saya memang minat dengan aliran sains sahaja. Nak menangis pun tak guna juga, sebab result dah keluar. Tak boleh buat apa. Tapi, masih boleh ke nak masuk aliran sains? - Cempaka Aira
ReplyDeletecuba mohon, buat rayuan. mungkin diterima, sbb satu msia kptsn sains dgn matematik teruk..apa2 pun try ye? :)
DeleteHari ni sedey....sedey....sedey.....
ReplyDelete3000x sedey...tu jer
Tak tahu nak ckp apa cikgu.saya ckp pt3 ni bagus lah mesti banyak yg lulus last-2 tgk hampeh ambil pg td pun smua ckgu diam je.
ReplyDeleteAnak saudara saya dapat straight A... dia memang bijak pun...hehe
ReplyDeleteKesian kan? Result anak buah Cik Mimie pun cukup-cukup makan..sekolah dia paling tinggi 4A je dapat..semua kata susah..Harap, Menteri pendidikan buat sesuatu untuk atasi masalah ni..
ReplyDeleteAnak saya mendapat 9A 1B dalam PT3 yg diumumkan kelmarin, alhamdulillah. Di sekolahnya (SMK Sultanah Asma, Alor Setar) tahun lepas 117 org dapat semua A dalam PMR, tapi tahun ini dlm PT3 cuma 4 orang dapat semua A di sekolahnya. Yang lebih malang di beberapa sekolah ranking tertinggi di Malaysia seperti SMK Aminuddin Baki dlm PMR tahun lepas 137 dapat semua A tapi tahun ini cuma SEORANG yg dapat semua A dalam PT3. Di mana salahnya??
ReplyDeleteBagi saya sangat tak adil untuk kita bandingkan PMR dengan PT3. PMR seperti pertandingan mengupas kulit rambutan, kita boleh mengupas 50 biji kulit rambutan dalam masa 10 minit. PT3 pula seperti pertandingan mengupas buah kelapa, kita perlukan 15 minit untuk mengupas sebiji kelapa dan ada yang perlukan 20-30 minit! Jadi tak adil bandingkan gred A, B dan C PMR dengan gred A, B dan C PT3 yg jauh lebih mencabar.
Masalah sebenar PT3 bukan kesukaran dan tahap berkemahiran tinggi murid untuk menjawab soalannya tapi sikap Kementerian Pendidikan yang seperti kelamkabut ketika melaksanakannya. Dah lah nama peperiksaan itu bertukar ganti beberapa kali, cara pelaksaannya sangat mengelirukan. Bayangkan 2 bulan sebelum PT3 guru-guru masih keliru tentang format PT3, sebulan lebih sebelum peperiksaan baru gur-guruu nak ikuti kursus PT3, masa mana guru nak jelaskan format PT3 kepada murid-muridnya? Jadi bila keputusan PT3 merudum salah siapa? Ia bukan salah guru, murid dan ibu bapa, tapi salah tangan-tangan yang kelamkabut buat polisi...
Saya secara peribadi sokong PT3, ia baik untuk memebentuk kemahiran berfikir anak-anak kita. Tapi saya tak pernah sokong cara kerja kelamkabut yang menjadikan anak-anak bangsa kita seperti tikus putih untuk ujian makmal. Anak-anak kita bukan tikus putih, kamu yang di atas tu kena ingat itu!!
Btl tu! Sy setuju. Spatutnya pt3 xptut buat thn nie. Sbb pelaksanaannya cuma 45 hari. Gila! Budak2 malah cikgu sndiri xbersedia. Sakit kple layan pt3 sbnrnya. Tp bila dah tau smua psl pt3 nie insyaAllah tahun 2015 bole laksanakan dgn baik. InsyaAllah.
DeleteMenteri di M'sia ni semuanya bodoh buat statement pun buat malu aje.
ReplyDeleteSatu komen yang bodoh pasal PT3. Macam mana hendak menjadi negara maju kalau kualiti gred A rendah dan murid-murid kecudang dalam KBAT. Sepatutnya pihak kementerian meninggikan lagi gred A supaya markah 90 ke atas ialah gred A. Ini selaras dengan amalan di Amerika Syarikat. Apa guna A berderet tetapi tiada kualiti?
ReplyDeleteAssalammualaikum. Haha. Sya calon pt3 2014 tk thu nk ckp apa dh. Hnya mmpu brsangka baik. Terima sbagai ujian dripada ALLAH cuma sdih jga tngok kekawan yg duk klas yg kurang brnasib baik. Bgi sya lh ye ... pt3 ni ssuai untuk bdak pndai ja. Mmng yg kurang pndai tu blh study hard tpi tu lh.. Mngejut sbb prtengahan thun bru umum ada pt3 :D InshaALLAH, even tkde rzeki kt pt3, kta msih ada form 4,5 ... PT3 bukan pnamat masa hdapan :D :) *AND, trpikiaq jga ... tk aci lh pt3 dbubarkan sbb batch kami je yg duduki exam ni. At least, bubarkanlh lgi 5/6 thun.. hehehehehe. tpi dri aspek lain , ptut jga dibubarkan sbb pt3 ni mmng challenging gila. Rsau plajar tk dpt bawa.* Wallahu'alam. *HARAP TAK MENYINGGUNG HATI SESIAPA YA. HANYA MENYAMPAIKAN APA YANG TERLINTAS DI FIKIRAN.*
ReplyDeletewow.. topik hangat.. yang teruk sebab takder persediaan.. kalau nak buat benda baru kena kaji selidik dulu.. macam terburu-buru pula
ReplyDeletept3 tahun 2015 bole lahh buat dgn lebih baik. habistu budak pt3 2014 ni macam mana? yang result semput2 tuh macam mana? budak pt3 2014 selalu ja berharap supaya gred diturunkan, tetapi yang terjadi sebaliknyaa. gred dinaikkan =..= . ramai parents yang salahkan ank2 mereka sebab kurang usaha. tp dorang tak tahu betapa sakit otaknya jawab soalan pt3 waktu tuu T^T
ReplyDeleteSebab PT3 , harapan nak masuk asrama hancur TT__TT
ReplyDeletebarulah faham pt3 ni ape. blur gak bila keluar dekat berita keputusan pt3. thank you dear berkongsi info
ReplyDeletesy pun baru tahu pt3 ni, huhu dah habis zaman sekolah, sepupu2 pun kecik2 lagi :D hmm mak ayah sy cikgu jugak, selalu merungut bila mechanism exam keep on berubah. memang lah katanya taknak mengajar sebab nak lulus exam cemerlang je tapi kalau dah itu cara utk melangkah ke peringkat atas dengan jayanya, memang kena pandang jugak markah exam T_T
ReplyDeletehanisamanina.com
Musnah harapan ank sy nk msuk SBP/MRSM. Sgt sedeyyyyyy
ReplyDeletewalaupun result PT3 aku teruk tetapi ia tidak mematahkan semangat aku unntuk berjaya dalam SPM 2016
ReplyDeletewow. love your spirit. you go girl
Deletewalaupun result PT3 aku teruk tetapi ia tidak mematahkan semangat aku unntuk berjaya dalam SPM 2016
ReplyDeletehmm.. cikgu ni lgi x thu nk ckp apa dah....
ReplyDeleteAlhamdulillah..Saya dpt 4A 4C 4D.. Sains Saya dpt A.. Walaupun Saya hanya 4A..tapi Saya rasa hepi Sgt sbb Saya sorg sahaja plajar mlayu kt skolah Saya dpt A..ada jugak perkara yg boleh membangakan saya
ReplyDeletePemimpin dan cerdik pandai yg ada sekarang di negara kita semua lepasan SRP or PMR..kalau exam tu tiada nilai maknanya semua yg dok cakap pandai pun tak pandai sebab tak ambil PT3......kita dah maju tanpa PT3..buat apa nak tukar2...kalau nak tukar pun patut2lah jangan sampai semua calon tertirap...yang dok kempen PT3 tu sebab anak mereka tak terlibat..cuba kena batang hidung sendiri....kesian calon slip keputusan tetap kena simpan hingga anak cucu juga...malang
ReplyDeleteSubjek yang jatuh terok ialah sains...padahal rakyat Malaysia semua pandai sains...yg tak pandai adalah pendidikan nilai dan moral diri..yg ni patut kerajaan buka mata..sebab gejala sosial dah makin terok bukan sains n matematik yg dikejar nama di peringkat dunia dlm peperiksaan timss n pisa..rakyat negara kita dah pandai aplikasi sains dlm hidup mereka..sebab tu tiap2 tahun buat mercun sendiri..daun ketum pun dah dibuat eksperimen...
ReplyDeleteRasanya calon PT3 yg ramai tak dpt semua A adalah disebabkan subjek sains...memang sains soalan KBAT.. format berbeza..tiada paper 1,semua soalan struktur.. tetapi yang hairan kenapa LPM naikkan gred...cuba gred sama dengan PMR walaupun format berbeza tapi gred sama macam tahun2 lepas..saya amat yakin peratus lulus bertambah dan calon lulus semua A pun bertambah...walaupun peratus lulus masih tak boleh dibanding dgn PMR
ReplyDeletebetul tu . saja nak naikkan gred . tak kesian ka ? tak pikir ka pa perasaan yang dapat F ?
Deletepadan muka... result pt3 terok ,sape suroh jadi orng Malaysia..
ReplyDeleteGagal PT3 tidak bermakna akan gagal SPM, STPM, A level, Diploma dan Ijazah. Di mana ada kegagalan subject PT3 di situlah peluang memperbaikinya akan ada untuk SPM sebab sudah nampak dimana kelemahan.
ReplyDeleteYang paling penting jangan putus asa. Tingkatkan usaha.
Selamat maju jaya kepada semua.
terkejut sgt keputusan smua F.... kputusan skh B-D.... klau BAND 2-3...Cikgu saja buat markah utk pringkat sekolah...tp PT3 hancur....
ReplyDeletemasih belum faham pasal pt3 ni
ReplyDeletemaybe takde sedara-mara amik pt3 tahun ni
Assalamualaikum cg. Saya nak tnya, klau subjek math & sains saya B, layak ke masuk sbp or mrsm? Sbb yelah, syarat diterima masuk ialah kedua dua subjek tu A. Tp memandangkn sains tahun ni teruk, agak2 saya boleh masuk ke? Result saya cuma ada A dan B. Harap cg reply ya. Sekadar bertanya, mana tahu cg tahu.
ReplyDeletesy suggest adik cuba. sbb xrmai yg dpt A. cuba xslh kn. insyaAllah ade rezeki nnt. sy doakan :)
DeleteSy akan ambil pt3 tahun depan...sy takut lahh...soalan kbat tu tersangat sukar bg sy...knpa lahh, buat pt3 ni??pening kepala sy....takut nk ambil lahh....adoii...sy akan berusaha untuk mndapat straight a....
ReplyDeleteperlaksanaan satu sistem peperiksaan yg paling failed dalam sejarah pendidikan negara pasir sebutir....dah le tergesa2, kelam kabut pulak tu...kalau kat jepun dah tentu2 menteri, timbalan menteri dan pengarah2 yg berkenaan dah stepdown dah...
ReplyDelete(nota: komen saya berdasarkan sistem pendidikan zimbabwe, xde kena mengena dengan sesiapa yg hidup atau yg telah meninggal dunia).
Kalau guru pun berfikiran sempit seperti anda, sampai bila2 pun anak2 didik turut ikut sama. PT3 adalah penambahbaikan bagi sistem PBS yang telah dilaksanakan terhadap pelajar yang lahir pada tahun 1999 dari awal mereka masuk ke alam persekolah menengah lagi. Jadi tiada persoalan mengapa mereka tidak bersedia melainkan guru tidak memahami apa itu PBS malah tiada langsung memainkan peranan dalam menjalankan PBS terhadap pelajar. Jika para guru tidak berusaha meningkatkan penggunaan KBAT dalam PdP mereka, lalu merungut itu dan ini, tidakkah itu satu perkara yang agak kurang sopan dan membuta tuli. Malah kebanyakan sekolah masih tidak mengamalkan konsep i-Think dalam dasar kurikulum mereka dan mengajar dengan tapuk yang lama berorientasikan peperiksaan dan mengejar untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Yang dilihat adalah kuantiti keberhasilan murid daripada kualiti proses kehidupan seorang murid. Sekian.
ReplyDeleteMaaf ye. Sy rse anda mmg BUKAN seorang guru. format PT3 xde sama lgsg dgn PBS yg telah diperkenalkn sejak mereka dr tingkatan 1. Lainkli selidik dulu bru berbicara ye. Anda telah menampakkan yang anda mmg bkn seorang guru tetapi pakar kata2 sahaja. PT3 diperkenalkn pd tahun lps dan KBAT pun bru diperkenalkn pd 1-2 thn lps. I-Think pula rsenye xperlu pun takpe. Sebab xde fungsi pun sbnrnya. Ade ke takde pljr masih brjaya. Yg mnjadi mslh penukaran format tidak didedahkn terlalu awal. Pljr tidak bersedia untuk menguasai format PT3 tersebut. Sengal.
DeleteBtw sy mmg melaksanakn PBS 100% ok. PBS dan PT3 adalah bnde yg sgt berbeza. Maaf kalau anda xpuas hati. Bole hubungi sy ye. Tq.
DeleteSye rase pt3 ok untuk capai sasaran 2020 dgn cara nie bru kite bleh menaikkan taraf pndidikan ke taraf antarabangsa,dan seiring dengan perkembangan semasa..
ReplyDeleteSokongg..saya baru second batch pt3 and then dinaikkan lagi gred 85-100 baru A , 70-84 B . Byk markah exam sebelum ni dpt 80/82 , sepatutnya dah A tapi skrg jadi B . Rasaaa stress sangat . Kitaorg baru batch keduaaa . Walaupun byk latih tubi dah buat tapi tetap x boleh biasakan diri lagi sbb dah 5 6 tahun biasa jwb soalan exam yang kbar . Kitaorg baru dpt soalan kbat pun masa pertengahan . Ujian bulanan satu x byk kbat sangat . Tapi apepun doakan saya lagi 1 hari nak tempuh pt3 ni.. inshaaAllah blleh
ReplyDeletetahun ni punya result pasti sama pada tahun lepas.
ReplyDeleteNak tanye skit ye...adalah 85 untuk A itu tetap ataupun ia boleh menurun mengikut markah keseluruhan pt3 malaysia
ReplyDeletemacam x adil je yg dapat full A time pmr tahun lpas.....
ReplyDeleteHari-hari hantar anak tuisyen math ngan sains...last2 yg tu dpt f...perghh...
ReplyDeleteKena selidik juga adakah guru tuisyen tu guru sekolah ataupun tidak. Jika bukan maka anda salah hantar tuisyen pada orang yang salah. Soalan pt3 ini hanya guru-guru sahaja yang mahir kerana guru-guru bukan guru sekolah tidak didedahkan dengan format PT3. maafkan saya jika silap. 😊
Deletept3 ni teruk kami nak pmr balik >:(
ReplyDelete