10 Fakta Unik Tentang Badan @ Tubuh Tinggi
Seseorang sebenarnya tidak boleh menentukan dirinya tinggi atau pendek, sebelum ada orang lain yang berdiri di sebelahnya. Hanya persepsi dan penetapan awam sahaja tentang saiz tinggi badan ini, entah sejak bila mempunyai ketentuan tersendiri yang membuat seorang perempuan boleh merasa puas, cukup tinggi, dan bahkan berfikir dirinya kependekan. Walau apa pun, beberapa fakta berikut akan menjelaskan beberapa perkara mengejutkan mengenai tinggi badan:
1. Tinggi Badan Bukan Hanya Dipengaruhi Gen
Tubuh yang tinggi atau pendek dipengaruhi banyak hal, di antaranya variasi genetik, makanan yang dimakan, dan keadaan persekitaran. Pada beberapa kes, orang yang terlalu pendek dan terlalu tinggi dipengaruhi keadaan kesihatan yang memerlukan rawatan perubatan seperti sindrom tertentu.
2. Tinggi Tubuh Berkaitan dengan IQ dan Kecerdasan
Sebuah kajian genetik yang diterbitkan dalam jurnal PLoS menyatakan bahawa orang dengan tubuh yang lebih tinggi akan mempunyai skor sedikit lebih tinggi pada ujian IQ berbanding yang bertubuh pendek. Hal ini disebabkan orang yang tinggi boleh dipastikan mempunyai 'gen tinggi' sehingga 'gen IQ'-nya ikut tinggi. Kajian di University of Colorado juga mendapati bahawa perempuan yang tinggi lebih bijak berbanding lelaki tinggi.
3. Tinggi Tubuh Memengaruhi Pilihan Pasangan
Berdasarkan kajian psikologi yang diteliti bahawa rata-rata perempuan bertubuh pendek hingga normal akan cenderung memilih pasangan yang lebih tinggi darinya atau sekurang-kurangnya dengan tinggi yang sama. Kajian yang sama juga menjelaskan bahawa kebanyakan perempuan bertubuh tinggi memilih pasangan yang lebih pendek darinya. Sementara itu, menurut jurnal yang diterbitkan family Issues bahawa lebih dari 85% lelaki mengaku tidak keberatan jika mempunyai pasangan yang lebih tinggi.
4. Lelaki Bertubuh Pendek, Lebih Baik dalam Pernikahan
Kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal psikologi menyatakan bahawa lelaki dengan tubuh pendek ternyata jauh lebih baik untuk diajak berhubungan serius, sedangkan lelakii bertubuh tinggi yang cenderung lebih popular sebaiknya hanya dijadikan teman dating.
5. Tinggi Tubuh Memengaruhi Peluang Kerjaya
Perempuan dengan tubuh tinggi mempunyai peluang lebih besar dalam dunia kerja, sekalipun tanpa latar pendidikan yang baik. Kajian yang dilakukan di Australia ini menyatakan bahawa mereka boleh produktif menghasilkan wang dan boleh dengan mudah meningkatkan status sosialnya berbanding dengan yang bertubuh pendek. Hal ini kemungkinan besar disebabkan diskriminasi dan persepsi awam dalam respon kepada perwatakan kurang tinggi.
6. Nyamuk Senang Menggigit Tubuh yang Tinggi
Ternyata, nyamuk akan lebih senang menggigit target yang lebih besar seperti orang dengan tubuh tinggi atau gemuk, berbanding tubuh yang pendek atau kurus. Kerana mereka akan menghasilkan lebih banyak haba, kelembapan, karbon dioksida serta bahan kimia lain yang juga menarik datangnya serangga lain. *saya setuju dengan fakta ini kerana saya juga mengalaminya..huhu!*
7. Setiap Tinggi Tubuh Berpotensi Penyakit
Berdasar kajian di Norway, perempuan dengan tubuh tinggi dan yang mengalami obesiti berisiko tinggi mengalami pembekuan darah pada urat terutama di bahagian kaki. Bukan hanya itu, tubuh yang tinggi juga sangat berkemungkinan terdedah kepada penyakit kanser, terutama payudara, tiroid, buah pinggang, usus, dan rahim. Sementara itu, perempuan dengan tubuh pendek 1.5 kali lebih berisiko mempunyai gangguan jantung dan mengembangkan gejala/simptom.
8. Tubuh Pendek Lebih Panjang Umur
Kajian yang dilakukan sejak tahun 1866 hingga 1915 dan diterbitkan dalam Life Sciences menyatakan bahawa orang dengan tubuh pendek akan berkesempatan hidup lebih lama sekitar dua tahun berbanding yang bertubuh tinggi. Hal ini berkaitan pada fakta bahawa tubuh pendek mempunyai risiko kerosakan DNA lebih kecil dan mampu menggantikan sel tubuhnya lebih baik.
9. Tinggi Tubuh Menyatakan Cita-cita
Kajian yang dilakukan di St Andrews dan Stirling University menyatakan bahawa perempuan tinggi jauh lebih hebat berbanding yang bertubuh pendek. Hal ini berdasarkan fakta bahawa tubuh perempuan tinggi lebih banyak menghasilkan testosteron (hormon yang lebih banyak ditemui pada lelaki) berbanding perempuan pendek yang membuatnya juga bersikap lebih "lelaki".
10. Tinggi Tubuh Menentukan Jumlah Anak, Sekaligus Peranan Ibu
Berdasarkan kajian yang dilakukan di beberapa Negara Eropah, perempuan pendek cenderung mempunyai anak lebih banyak berbanding yang tinggi. Sementara mereka sangat fokus pada keluaraga, perempuan yang tinggi justeru menunda kehamilan, atau tidak terlalu melibatkan diri dalam hal kepengurusan anak.
Di luar kekurangan dan kelebihannya, jadikan fakta-fakta tersebut sebagai pengetahuan baru yang membuatmu lebih baik dari sebelumnya, ya Gadis! Kerana tinggi badan yang bagaimana pun, akan membuatmu tetap sempurna selama kamu bersyukur dan menghargai dirimu sendiri!
lovenota : proud to be tall girl :D
anak lebih ramai? baru tahuu :)
ReplyDeleteNyamuk suka org yg tinggi..hehe..sue rendang je :)
ReplyDeleterendah la lagi best, comel. hehe
ReplyDeletewow :O
ReplyDeleteso manythings i learn from this blog heheheh
thank uuuuu wiwiwi <3
qila suka org tinggi mesti nampak cantik aje.
yg rendah pun comel aje alahai.
qila je gemuk huduh T_T
Hishh..mne de huduh. Allah swt ciptakan sebaik2 manusia. Qila cantik pe.. ;)
Deleteerr... ckup mkn saja kut ^^
ReplyDeletenice sharing...
ReplyDeleteOpps, Cik Mimie boleh dikategorikan orang tinggi kot..huhuhu
ReplyDeletewow, menarik fakta ni
ReplyDeletebanyak juga yang saya belajar
saya membalas kunjungan n done follow sini ye #2150
Papaglamz blogwalking di sini.
ReplyDeleteJom terjah Papaglamz.
http://www.papaglamz.com/2014/12/7-punca-jerawat.html?m=1
Dengar kata kalau perempuan kawin dengan lelaki yang rendah, murah rezeki.
ReplyDeleteno 6 tu tak boleh belah.. hahahaha...
ReplyDeletepadanlah model jarang yang nak kahwin ye.. diorang x prefer ada anak. huhu
saya agak tinggi :)
ReplyDeletesaya tinggi 170cm dan berusia 15 tahun (perempuan)...huhuhu... tinggi sangat
ReplyDeleteHahaaha daebak . saya 167 kot 😂
ReplyDeleteSetiap kali saya ukur tinggi msti brbeza beza . Kejap 166 , 168 , 168.5 , 169 . X thu yg mana betul . Btw kalau salah satu tinggi tu tinggi saya , tinggi sangat ke atau biasa-biasa? Heee 😁
ReplyDeleteSy 176 cm umur bru 14 HAHAHA ya allah tingginya aku...tapi ramai ada orang kata lelaki tak minat kt perempuan tinggi hmm biar la diorang nak kata apa pon tak kesah janji tak kcau life orang haha
ReplyDelete