Thursday, July 03, 2014

Punca Sebenar Tanah Mendap di Jalan Pudu-Jalan Hang Tuah-Jalan Imbi


"2 mendapan boleh bolos sebuah bas"


Kuala Lumpur: Dua mendapan sedalam enam meter seluas 20 meter persegi berlaku di projek pembinaan terowong empat lorong di persimpangan Jalan Pudu-Jalan Hang Tuah-Jalan Imbi, semalam.

Kejadian pada jam 10.38 pagi dan 12.20 tengah hari itu menyebabkan bahagian struktur terowong kenderaan laluan bawah tanah sepanjang 35 meter mengalami kerosakan. Bagaimanapun tiada mangsa terperangkap, cedera atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian yang menyebabkan kesesakan teruk di ibu negara. 

Saluran paip pecah

Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata mendapan itu berlaku apabila saluran paip air utama pecah menyebabkan kawasan terbabit diresapi air dan mengganggu struktur tanah di tapak pembinaan.

Kejadian dikatakan bermula dengan mendapan pada jam 10.38 pagi sebelum sebahagian tanah yang memisahkan terowong turut mendap hingga menyebabkan kawasan terbabit mempunyai lubang yang mampu memuatkan sebuah bas 44 penumpang.

Difahamkan, kejadian disedari dua pekerja tapak pembinaan terowong berkenaan yang berjaya menyelamatkan diri sebelum memaklumkan insiden kepada pihak berkuasa. Beberapa jalan utama seperti Jalan Pudu, Jalan Imbi, Puduraya, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Hang Tuah sesak teruk.

Rangka terowong hampir musnah

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata mendapan tanah terbabit mengakibatkan rangka terowong yang dipasang di bawahnya hampir musnah dan berisiko untuk dilalui kenderaan awam.

Siasatan awal mendapati ia akibat jalan sesak di bahagian atas terowong itu hingga menyebabkan struktur tanah tidak mampu menampung beban kenderaan yang melalui jalan itu.

Sebelum kerja pembersihan dapat dijalankan, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dipanggil bagi menutup saluran utama air ke paip berkenaan, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred, berkata gangguan air tidak berjadual berlaku di Jalan San Peng, Jalan Pudu, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah dan Jalan Davis berikutan paip 600mm di persimpangan berkenaan pecah. Katanya, siasatan mendapati kejadian paip pecah disebabkan kerja pengorekan terowong oleh kontraktor yang dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). DBKL telah melantik kontraktor paip bagi melaksanakan kerja pembaikan paip itu dan dijangka siap sepenuhnya lewat tengah malam tadi, katanya.

sumber: berita harian


tetapi mengikut sumber-sumber dari rakyat Malaysia yang berada di tempat kejadian, mereka melihat punca lain sebenarnya yang menyebabkan tanah mendap itu runtuh. antara sebab-sebab tersebut ialah:












gurau-gurauan di bulan Ramadhan :P

lovenota: berharap semoga semua urusan dapat diselesaikan dengan cepat. InsyaAllah :)


No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®