Thursday, July 24, 2014

Pesawat Air Algerie AH5017 terhempas



innalillahiwa'innalillahirojiun :'(


24 Julai 2014


17:31:47 PM : Pesawat Air Algerie hilang dari radar
ALGIERS, Algeria: Penerbangan Air Algerie AH5017 dari Burkina Faso ke Algiers hilang dari radar, menurut agensi berita rasmi Algeria. APS melaporkan perkhidmatan navigasi udara terputus hubungan dengan pesawat berkenaan selepas 50 minit ia berlepas, iaitu pada 0155 GMT. Pesawat Airbus A320 itu membawa 110 penumpang dan 6 anak kapal.



20:47:04 PM : 2 jet pejuang Perancis cari pesawat Air Algerie
PARIS: "Dua jet Mirage 2000 berpangkalan di Afrika dihantar untuk mencari pesawat Air Algerie yang hilang hari ini," kata Gilles Jaron, jurucakap tentera darat Perancis. - Reuters 

21:13:58 PM : Pesawat Air Algerie terhempas - Pegawai Penerbangan Algeria
ALGIERS: Pesawat Air Algerie dengan 110 penumpang terhempas, menurut pegawai penerbangan Algeria. Tidak banyak petunjuk mengenai apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan atau penumpangnya tetapi Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago, ia terpaksa mengubah haluan pada 0138 GMT (9.38 pagi waktu Malaysia) kerana ribut di kawasan itu. 


25 Julai 2014


04:29:57 AM : Bangkai pesawat Air Algerie ditemui di utara Mali
Ouagadougou: Perkara itu dilaporkan penyelaras unit krisis di Ouagadougou, sebentar tadi. "Kami sudah menemui pesawat Algeria. Bangkainya sudah di kenal pasti lokasinya...50 kilometer di utara sempadan Burkina Faso di Wilayah Gossi, Mali," kata Jeneral Gilbert Diendiere dari Tentera Burkina Faso.

08:55:09 AM : Separuh daripada penumpang Air Algerie yang terhempas rakyat Perancis
ALGIERS: Pegawai penerbangan serantau berkata perhubungan dengan penerbangan AH5017 itu terputus pada kira-kira 1.55 GMT (kira-kira 9.55 malam Malaysia) semalam, kurang sejak selepas ia berlepas, berikutan permintaan daripada juruterbang untuk menukar haluan kerana cuaca buruk. 

Stesen televisyen kerajaan menyatakan serpihan itu dijumpai antara bandar Gossi dan sempadan Burkina Faso. Ia menyatakan Presiden Algeria, Ibrahima Boubacar Keita akan melawat tempat kejadian hari ini. Jeneral Glibert Diendere, anggota unit krisis di Burkina Faso, berkata pasukan penyiasatnya sudah memeriksa serpihan itu berhampiran kawasan perkampungan Boulikessi, kira-kira 50 kilometer dari sempadan. “Pasukan ini mengesahkan mereka ternampak serpihan pesawat terbabit, hangus sama sekali dan berkecai di atas tanah,” kata Diendere. Mereka juga menjumpai mayat dan cebisan mayat di kawasan berkenaan. “Adalah menyedihkan mereka tidak lihat ada sesiapa di situ. Tiada ada sesiapapun yang terselamat,” katanya. 

Menteri Komunikasi, Alain Edouard Traore berkata nahas itu adalah yang terburuk dalam sejarah penerbangan Burkina Faso. President Burkina Faso, Blaise Compaore mengisytiharkan hari berkabung selama dua hari mulai hari ini.


Pihak berkuasa Burkina Faso berkata senarai penumpang meliputi 51 rakyat Perancis, 27 Burkina Faso, lapan Lubnan, enam Algeria, lima Kanada, empat Jerman, dua Luxembourg, satu Cameroon, satu Belgium, satu Mesir, satu Ukraine, satu Switzerland, satu Nigeria dan satu Mali. - Reuters

11:48:13 AM : Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas pesawat Air Algerie
Setiausaha akhbar Wisma Putra, Datin Nirvana Jalil Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan. "Sehingga kini, tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak melibatkan rakyat Malaysia dalam kejadian itu," katanya. 


No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®