Wednesday, July 16, 2014

Wanita Mengamuk Kereta Peugeot Dilanggar Di Kuantan






serba sedikit dialog dalam video tersebut: 
Kiki : I got ur key, What u did to my car?  
Uncle : I bukan sengaja... 
Kiki : kereta baru la bodoh!  
Uncle : juz silent  
Kiki : pay me now 2 thousand!  
Uncle : I bukan sengaja...  
Situation : still ketuk2 kereta uncle pkai stereng lock 
Kiki : u see my plate number? Kereta baru!

Video gelagat seorang perempuan yang mengamuk kerana keretanya (Peugeout 208 bernombor plat CDM 25) dilanggar seorang lelaki berumur menjadi trending di media sosial (twitter) pada Selasa.

Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang.

Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya mengundang komen negatif pengguna media sosial.

Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuk Ini kereta barulah bodoh! sambil menghentak pengunci stereng (steering lock) ke atas kereta milik pelanggarnya.

Kata caci yang turut dilontarkan termasuk I don’t care, pay me RM 2 000 now!, you very stupid! dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

sumber : astro awani






*************

kisah pelanggaran, terlanggar, berlanggar ini benda dah biasa berlaku di Malaysia. saya sendiri pernah terlanggar dan dilanggar. tak ade la kita nak mengamuk macam video tu sekali, kan? ada baiknya kita berbincang secara elok, bincang dengan polis. insurans kan ade. minta macam tu je dengan uncle tu, ingat dia bawak 2 ribu ke dalam poket dia? 






sabau jolah!

siapa perempuan tu? nama beliau ialah Kiki Kamaruddin. seorang wedding planner di Puchong, bekerja di Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd di Taman Saujana Puchong. 

boleh contact beliau di facebook: Kiki Kerja Kahwin, Kiki Kamaruddin

perniagaan dia? ramai yang cakap Kiki nie penipu. banyak dah orang kena tipu dengan dia..wallahualam.




ramai yang komen memarahi Kiki tu kerana tidak ada rasa hormat langsung pada orang tua tersebut. ye, anda memang boleh memarahi Kiki tetapi jangan la pulak anda memaki pada perempuan itu. kalau korang pun maki perempuan tu, bukan korang pun dah sama taraf dengan perempuan tu ke? di mana letaknya akhlak dan nilai diri anda? elok-elok lah bahasa anda di bulan puasa nie. macam-macam komen di Twitter yang saya baca, banyak bahasa yang tak elok. haih~


nasib baik uncle tu tak bertukar jadi Thor je~



saya rasa perempuan yang memaki itu kurang mempunyai kesedaran sivik dan kewarganegaraan dan kurang bertamadun. hormatilah orang yang lebih tua dari kita. tapi itu lah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.



[updated]



Amuk kereta kena langgar: Digi mahu bayar kos baik pulih kereta kedua-duanya



Padah 'naik hantu'

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat wanita yang bertindak ganas terhadap seorang lelaki tua ketika kemalangan di Kuantan, Pahang selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral sejak petang semalam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita berkenaan akan disiasat mengikut undang-undang jalan raya kerana bertindak sebagai pembuli jalanan.

'Uncle dah maafkan'

Kuantan: Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.


'Saya Maafkan Dia', kata mangsa buli wanita pandu Peugeot Putih



PESARA kerajaan, Sim Siak Heong menunjukkan kesan kerosakan pada keretanya dalam kejadian seorang wanita yang bertindak membulinya di parkir kenderaan UTC di sini, kelmarin

Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian.


 "Wanita itu akan diambil tindakan" - Ketua Polis Negara

“Sudah tentu itu bukanlah cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah tersebut dan undang-undang tidak boleh diletakkan di tangan sendiri,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara.

Tambahnya lagi, pihaknya telah melihat video tersebut dan wanita berkenaan ternyata menunjukkan sikapnya sebagai seorang pembuli jalan raya dan satu laporan polis akan dibuat terhadap wanita berkenaan.


18 Julai 2014 - Polis tahan Kiki 'amuk' warga tua


Kuantan: Polis semalam menahan wanita yang mencetuskan kontroversi kerana merosakkan kereta seorang warga tua di parkir kereta Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata wanita berkenaan, Siti Fairrah Ashykin atau lebih dikenali sebagai Kiki, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan jam 4 petang semalam bagi membantu siasatan kes terbabit dan perintah reman akan dimohon terhadapnya jika siasatan belum lengkap dalam tempoh 24 jam. 


Kiki dituduh di mahkamah Isnin ini



TEMERLOH: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di sini Isnin lalu akan dituduh di mahkamah Isnin ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan telah pun daripadanya pada Khamis. 

"Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya," katanya di sini, hari ini. 

Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan). - BERNAMA


Kiki didenda RM5,000, kerja komuniti


22 Julai 2014 - 12:43:51 
Kuantan: Pengarah Eksekutif Rangkaian Kerja Kahwin, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau Kiki dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan perlu melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, 61, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu. 


No matter how foul of a mood you're in, always stay classy and respect others

Kiki Kamaruddin sudah meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia. sila lihat di fanpage di facebook beliau --> Kiki Kerja Kahwin
iklan jap!




serius lawak! makan dalam gambar nie!


lovenota 1 : bahasa melambangkan bangsa, akhlak melambangkan agama
lovenota 2 : kesian pula tengok Kiki. semua orang memaki dia. sudah-sudah la tu ye


7 comments:

  1. serius kurang ajar minah ni . memalukan kaum wanita je laa . haish ,

    ReplyDelete
  2. Elek ramai yang komen baik baik tu poyo je sebenarnya, mangkuk, korang dengki dengan awek tu sebab dia mampu beli kereta mahal. Korang mampu? bongoklah kalau baru keluar U dah boleh beli kereta harga seratus ribu lebih. Kalau gaji setakat 3 ribu jangan mimpi lah wey.

    Dia baru je beli kereta tu, kereta tu mahal
    Tengah seronok seronok dapat tayang kereta baru tiba-tiba kena langgar pulak, belum sempat tayang kat kampung

    Model Peugeot 208GTI
    harga: RM136,000.00
    Bulanan: -RM1,890.00
    Gaji kena ada sebulan RM8,000.00

    Tu yang eksyen siskit tu.

    Korang yang kutuk-kutuk tu mampu ke, bayar bulan macam awek tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bkn crita mampu x mampu tp sikap tu dh kategori luar tabi'e... ko mampu ke??

      Delete
    2. sex life dia.. camna pulak..?
      ko tahu...?

      Delete
  3. lawak betul peribahasa karam singh walia tu . . tegelak muni . . hehe neway walaopon pakai kereta beratus beribu tapi adab sopan kenala ada dalam diri . . lagipon pakcik tu yang langgar boleh je dya claim insuran pakcik tu kan . . no hal lah . . mungkin terlalu emo sebab kereta baru keluar n nak pakai duit time raya kot . tu yang menengking semacam . . dah jadi macam ni malu la dya habis smua dok bercakap pasal dya je . . haish . . hehehe :p

    ReplyDelete
  4. Steady la minah kiki, buat gila tgh2 ari d bln ramadan ni...siap racist lg. Buat malu dgn non muslim ja. Spesis camni kena bg ubat penenang kuda dekat dia.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah stahun kejadian berlalu..
      baru aku tahu rupanya minah tu sbulan xpose !!

      Delete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®