Sunday, November 02, 2014

Pahang Juara Piala Malaysia 2014


piala malaysia pahang vs jdt


Pahang pertahan mahkota kejuaraan Piala Malaysia

  
Pahang gah mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Terdahulu kedua-dua pasukan finalis itu terikat 2-2 sekalipun selepas tamat masa tambahan permainan.


keputusan sepakan penalti pahang-jdt


Sepakan penalti pertama Pahang yang dilakukan Md Razman Roslan. JDT 0-1 Pahang

Sepakan penalti pertama JDT oleh Luciano Figueroa. JDT 1-1 Pahang

Sepakan penalti kedua Pahang dijaringkan oleh Damion Delano Stewart. JDT 1-2 Pahang

Sepakan penalti kedua JDT dijaringkan Jorge Pereyra Diaz. JDT 2-2 Pahang

Sepakan penalti ketiga Pahang dijaringkan Md Shahrizan. JDT 2-3 Pahang

Sepakan penalti ketiga JDT dijaringkan Harris harun. JDT 3-3 Pahang

Sepakan penalti keempat Pahang dijaringkan Zeshan Rehman. JDT 3-4 Pahang

Sepakan penalti keempat JDT gagal dijaringkan Mat Yo.

Sepakan penalti ke-5 Pahang dijaringkan Hafiz Kamal. JDT 3-5 Pahang




Kerajaan Pahang umum cuti Isnin sempena menang Piala Malaysia

  
KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri Pahang mengumumkan Cuti Peristiwa sehari pada Isnin, 3 November 2014 sebagai menghargai kemenangan skuad bola sepak negeri menjuarai Piala Malaysia 2014.

Beliau berkata, pengumuman itu dibuat dengan mengambil kira bahawa permainan bola sepak adalah permainan rakyat.

"Menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun," katanya menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) sebentar tadi.

Menteri Besar bagaimanapun mengingatkan semua pegawai dan guru yang terbabit dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula Isnin ini pada 3 November hendaklah meneruskan tugas seperti biasa.

"Semua pelajar yang terbabit juga mesti menduduki Peperiksaan SPM," katanya.


Pahang berjaya mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

******


Fine, tak dapat dengar Dato' Siti Nurhaliza nyanyi karaoke karen. cess!

Btw, tahniah pada pasukan Pahang kerana masih menjadi Juara Piala Malaysia dengan jaringan 5-3. JDT kalah la pulakss :P


Untunglah siapa-siapa yang duduk Pahang, dapat cuti hari Isnin~


lovenota : tak sempat nak BW hari nie. penat, baru balik dari dating..hehe. esok la yer geng :D

12 comments:

  1. kesian ke mat yo... pasti susah nk lupakan match ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat facebook twitter ramai gila orang hentam mat yo..haha

      Delete
  2. Tahniah pasukan Gajah Mada..ehh..Tok Gajah ka?
    Haha..
    Sengit sungguh perlawanan semalam.
    Mak yang tukang cerita..
    Saya dah Zzzzzz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tengok n dgr radio jer..xde nk tgk..hehe :P

      Delete
  3. tahniah pahang ! huhu.. kita sokong JDT malam td tapi takpe lah. apa2 pun kejor yop kejor ! hehek. orang perak kita niee.. >.<

    ReplyDelete
  4. dah agak dah pahang yang akan memang
    dah tu main dengan 10 orang ja
    kesian kat laki den, JDT kalah

    ReplyDelete
  5. owh cuti le anak buah saya ari ni kat Indera Mahkota nuuu...

    ReplyDelete
  6. untung la dapat cuti.. tahniah kepada negeri pahang atas kemenangan.. Dato siti cun :D

    ReplyDelete
  7. Tahniah TokGajah... Merah biru tetap dihati...tahun depan JDT akan cuba lagi.. :D

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®