Wednesday, November 05, 2014

Kes Buli Pelajar Asrama Lagi




rupa-rupanya ada dua video buli yang disebarkan di internet. semalam saya dah share satu video dari pelajar singlet hitam yang membelasah 9 pelajar lain. 

Kes Buli Budak Singlet Berwarna Hitam di Asrama Sekolah <

kali ini video kedua dari pelajar yang masih lagi tidak ketahui dari sekolah mana, di mana klip video itu berdurasi 6 minit 51 saat memaparkan seorang remaja lelaki dipukul oleh beberapa remaja lelaki di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.

teruk dah nie. kejadian buli semakin menjadi-jadi. nauzubillah!




Mangsa buli itu dipukul menggunakan tangan dan kaki oleh beberapa sekumpulan lelaki dan dia berkali-kali menangis dan menjerit kesakitan tetapi tidak diendahkan oleh kumpulan pemukul berkenaan.

Dilihat juga kumpulan pemukul ini bersuka ria memukul mangsa buli berkenaan dengan berjoget-joget sambil mendengar lagu.

kurang ajar pembuli tuh!

tunggu la polis dapat cari korang. korang berjoget la kat penjara nanti



Polis siasat lokasi video buli pelajar


Rabu, 5 November 2014 @ 8:14 PM

Polis sedang mengenal pasti lokasi dua video klip aksi buli dipercayai membabitkan pelajar sekolah berasrama yang tersebar di laman sosial baru-baru ini. Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan hari ini berkata, arahan telah dikeluarkan kepada semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri untuk mengesan sekolah serta remaja yang terbabit dalam dua klip video berkenaan.

"Pihak polis merayu kepada orang ramai, pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar terlibat yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu untuk tampil ke hadapan membantu siasatan," katanya.

Baru-baru ini, satu klip video berdurasi empat minit 37 saat dimuat naik di laman sosial memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.


Manakala sebuah lagi klip video berdurasi enam minit 51 saat memaparkan seorang remaja lelaki dipukul oleh beberapa remaja lelaki di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah. 


Rabu, 5 November 2014 @ 10:22 PM

Tunggu tarikh pertuduhan kes buli di Perlis

Kangar:"Kes lama, kita sedang menunggu tarikh pertuduhan ke atas ketujuh-tujuh suspek berkenaan," demikian kata Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengenai penyebaran satu lagi klip video kejadian buli membabitkan seorang pelajar dibelasah tujuh pelajar di sebuah asrama yang didakwa berlaku di sini.

Berdasarkan klip berkenaan, mangsa berpakaian sukan serta baju T berwarna merah dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa pelajar lelaki di dalam bilik asrama di sebuah rumah anak yatim di negeri ini, membabitkan sekumpulan penghuni premis itu yang membuli penghuni junior lain. Abdul Rahman berkata, kes berkenaan sudah dilaporkan kepada polis pada 6 Jun lalu.

"Kita sudah membuat siasatan berkenaan kejadian ini dan sudah menahan tujuh suspek berusia 13 sehingga 15 tahun kerana membelasah seorang penghuni lelaki berusia 11 tahun di situ.

Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, mangsa berusia 11 tahun itu dibelasah suspek berkenaan satu perkara sebelum diketahui pihak pengurusan asrama selepas penyebaran video berkenaan. Katanya, pihak asrama kemudian membuat laporan polis pada 6 Jun bagi tindakan seterusnya.

Menurutnya, kertas siasatan kes sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu pihak pendakwaan bagi membuat pertuduhan ke atas ketujuh-tujuh remaja berkenaan. Abdul Rahman berkata, kes berkenan difahamkan sudah selesai di peringkat pentadbiran dan pengurusan asrama berkenaan.


Khamis, 6 November 2014 @ 1:27 PM

Pembuli di asrama dibuang sekolah

Kangar: Pengarah Pendidikan negeri (JPN) Dun Kasa sahkan dua daripada tujuh pelajar sekolah menengah berusia 14 dan 13 tahun yang membelasah seorang murid tahun lima di sebuah asrama di Jejawi, Kangar seperti dalam klip video disebarkan di Internet sudah dibuang sekolah.

Katanya, beliau hanya mengetahui dan dimaklumkan mengenai dua pelajar itu dibuang sekolah tetapi tidak dimaklumkan mengenai kejadian itu kerana bukan di bawah pengurusan JPN. Kedua-dua mereka juga mempunyai kesalahan disiplin lampau dan tindakan diambil bukan hanya berikutan kejadian buli itu.

Menurutnya, mangsa juga masih belajar di sekolah yang sama dan menginap di asrama berkenaan. Dun berkata, lima pelajar lagi termasuk dua yang dibuang sekolah kerana membelasah mangsa juga perlu menghadiri kaunseling bagi tempoh tertentu.


5 remaja mengaku salah merusuh di asrama anak yatim di Perlis

KHAMIS, 6 NOVEMBER 2014 - 5:44PM 

TERTUDUH kes buli pelajar asrama anak yatim di sini dibawa ke Mahkamah Juvana Kangar, hari ini. 

KANGAR: Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini, petang tadi atas tuduhan merusuh di sebuah asrama anak yatim pada 24 Mei lalu.

Semua tertuduh yang berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun itu dituduh di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Seorang daripada tertuduh yang berusia 15 tahun bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.

Norhayati menetapkan kes dibicarakan semula dan jatuh hukum pada 24 Disember 2014 sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Badius Zaman Ahmad.

Selepas pertuduhan, kelima-lima remaja berkenaan yang tidak diikat jamin dibawa ke lokap untuk ditahan.

Sumber : Harian Metro dan Berita Harian




Inilah wajah adik Noor Azhar bin Saad mangsa buli di asrama anak yatim jejawi Perlis. Yang comel di sebelah beliau adalah adiknya. Semoga adik ini dapat meneruskan kehidupan normal seperti biasa, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat insyallah.

Pertubuhan kebajikan Anak Yatim Perlis,
Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, 
Jejawi Dalam,
02600 Arau, Perlis.
Tel : 04 - 9763455
Fax : 04 - 9763455

Person in Charge: En Ali Ismail

sesiapa yang ingin membuat sumbangan/derma boleh hubungi mengikut nombor yang tertera di atas.  wassalam.


lovenota : saya tak tengok video tu. tak sampai hati!

5 comments:

  1. Kesiannya budak tu. Duk bayang kalau anak atau adik akak yang kena buli, memang akak cari budak laki tu, hempuk-hempuk dia ke lantai. Makin berani budak-budak sekarang.ni.

    ReplyDelete
  2. Semua pelajar tuh macam #@$&!@& .-. Penjara lebih layak untuk mereka !

    ReplyDelete
  3. makin menjadi2 kes buli ni. dari dulu sampai sekarang masih tak ada penyelesaian. ni mesti banyak terpengaruh dengan movie2 ni.

    ReplyDelete
  4. Kesian yg budak tu... kene pukul ng org yg lebih besar.. mmg xde hati perut btl.. xsgp nk tgk

    ReplyDelete
  5. Saya pun tak sanggup tengok video tu. Serius tak sampai hati! :(

    http://dheartyummi.blogspot.com/

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®