Saturday, November 22, 2014

Gilis Jiran Sebab Ditegur


Amukan maut berang ditegur


Sabtu, 22 November 2014 @ 5:19 AM

Georgetown: Asalnya pertengkaran mereka hanya kerana sampah, namun ia bertukar menjadi tragedi ngeri buat seorang lelaki apabila dia hanya mampu menyaksikan tubuh isterinya dilanggar dan digilis sebuah kereta dipandu jirannya yang berang selepas perbuatannya ditegur pasangan terbabit di kawasan rumah mereka di Flat Desa Intan, Bandar Baru, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian menyayat hati pada jam 1 pagi itu menyebabkan mangsa, Lee Seok Pheng, 47, meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas parah di seluruh tubuhnya.

Pasangan terbabit tinggal di tingkat bawah flat berkenaan dan ketika kejadian, suspek yang menginap di tingkat atas turun membawa bungkusan plastik sampah sebelum dia meninggalkan sampah itu di depan rumah mereka.

Suspek tanpa rasa bersalah mengambil kereta di tempat parkir dan pasangan suami isteri itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan jiran mereka itu menghampirinya sebelum berlaku pertengkaran. Menurut sumber, ketika itu suspek masih berada dalam kereta, manakala pasangan suami isteri itu berdiri di luar berhampiran kereta suspek dan saling bertikam lidah.

“Suspek yang berang cuba melanggar suami mangsa, namun lelaki terbabit dapat mengelak, manakala isterinya yang melihat kejadian itu mengetuk but kereta berkenaan. Suspek mengundurkan keretanya dan terkena mangsa sebelum mangsa pergi ke bahagian pemandu dan memarahi jirannya itu kerana bersikap biadab,” kata sumber itu.




Tak peduli rayuan henti seret isteri

Georgetown: “Saya sudah menjerit dan merayu kepadanya beberapa kali supaya tidak terus memandu kerana mahu menarik isteri keluar dari bawah kereta. Tapi, dia tetap berdegil dan terus menggilis isteri saya,” kata Yeoh Beng Kooi, 56, menceritakan detik isterinya dilanggar jiran mereka hingga maut dalam kejadian di Flat Desa Intan, Bandar Baru. Menurut penjaja di pasar malam itu, perbuatan suspek memang kejam dan dia langsung tidak menyangka lelaki terbabit sanggup bertindak di luar batasan apabila melanggar dan menggilis isterinya hingga maut.

“Ketika itu, saya bersama isteri dan anak saudara pulang daripada menonton konsert opera berhampiran rumah dan ternampak lelaki itu membuang dua bungkusan sampah di tepi rumah kami. Saya dan isteri menegur perbuatannya itu, namun dia langsung tidak mengendahkannya malah cuba melanggar kami,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mampu melihat isteri yang ketika itu berada di bawah kereta dan menjerit meminta suspek memberhentikan kenderaannya kerana mahu mengeluarkan isterinya terlebih dulu. “Ketika itu, saya terjatuh dan cedera. Saya hanya mampu melihat tubuh isteri dilanggar dan digilis lelaki itu sebelum anak saudara menghentikan perbuatannya. Lelaki itu yang ketakutan keluar dari kereta dan cuba lari, namun anak saudara saya mengejarnya dan beberapa penduduk mengalih keretanya untuk mengeluarkan isteri saya di bawah kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, ketika cuba melarikan diri, suspek terjatuh ke dalam longkang dan meminta pertolongan anak saudaranya. “Namun, sejurus dikeluarkan, dia sekali lagi dia cuba melibas anak saudara saya dengan sebatang besi. Mujur orang ramai melihat kejadian itu dan lelaki itu diberkas sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

sumber : Harian Metro

*******

Wahh wahh wahh, main langgar-langgar pulak ye. ikut suka hati dia pulak nak melanggar orang sesuka hati. apa ingat ni game 'Need For Speed Most Wanted' ke boleh langgar-langgar ikut suka dia je. nyawa orang tu. meringkuk la kau dalam penjara lepas nie atas sebab kesalahan yang menyebabkan kematian. bagi hukuman gantung sampai mati pun takper! bagi dia rasa mati tu macam mana pulak.

Betul la cara si mangsa dan suami tu. nak buang sampah, buanglah dengan cara yang betul. buang sampah di tempat pembuangan sampah. bukan buang di depan rumah orang. ingat dia tu ada kuli nak buang sampah untuk dia kot. ke kau tak tahu tong sampah yang mana satu? tak kenal tong sampah ke? 

ini tong sampah besar. ada kat kawasan rumah kan? kenal kan??

Mangsa iaitu si isteri tu dah tegur pun nampak macam biadap dan kurang ajar lagi. bukan nak turun dari kereta dan ambil sampah tu. buat bodoh duduk dalam kereta adalah. lepas tu cuba nak langgar si suami. bila si suami elak, langgar si isteri pulak. suka sangat main langgar-langgar nie. entah-entah si suspek nie selalu terlibat dalam kejadian langgar lari. bukan kira dia nie. orang depan mata pun boleh dilanggarnya. 

Ok, kalau saya cuba fikir positif pulak. suspek cuma tinggal sampah sekejap je depan rumah jiran sebab nak ambil kereta untuk buang sampah. walaupun nampak pelik reasonnya, *sebab mana ada orang buang sampah pakai kereta kan?* takper. walaupun tinggal sekejap pun, bagitahu la jiran tu, "saya mau tinggal sampah ini sekejap, ye? mau ambil kereta". kalau bagitahu macam tu, tak adalah jiran tu mengamuk menegur. dah kau buat salah, sebab tu jiran tu tegur. kan kita hidup nie mesti saling tegur-menegur.

Mana perginya adab berjiran? adab menghormati jiran tetangga? saya bukan kira agama, ini adalah kesedaran sivik masing-masing. lagipun setiap agama mengajar manusia menghormati jiran masing-masing. 

Meh cikgu nak ajar adab-adab berjiran. bagi ada kesedaran sivik sikit kat dalam hati tu.




Memang elok kalau kita hidup berjiran nie. banyak sangat kelebihannya. kalau kita tiada di rumah, siapa yang tengok-tengokkan rumah kita? jiran jugak, kan? kalau dah tak selesa dengan jiran sekarang tu, buat tak tahu jelah. tak payah peduli sangat pasal aktiviti diorang tu. tak pun pindah je rumah. habis cerita. jangan nak main langgar-langgar pulak ye. ishkk!


lovenota : nasib baik jiran saya baik hati. rasanya dia pun ada baca blog saya, kan? hai jiran, the silent reader! :P

16 comments:

  1. Terkejut baca berita ni smlm..adab dgn jiran perlu kena jaga dah kata hidup berjirankan.

    ReplyDelete
  2. hanya kerana sampah da boleh jadi pembunuh secara rasmi...takde adab punya pasal...

    ReplyDelete
  3. mama pernah hampir kena langgar dek jiran jugak masa tu.. emosi bila dah menguasai diri memang macam tu..
    Mama Niza

    ReplyDelete
  4. kalau ye pun x suka x de cara lain ke aduh!!!

    ReplyDelete
  5. aduh mcm ni pon ada. bahaya btl.. sangat kejam ><

    ReplyDelete
  6. ishh,kejam sangat dah ni. tak patut betul.

    ReplyDelete
  7. Aduhai.. dah knp mcm tu. Mungkin org yg lanngar tu sakit jiwa x. Ataupun panas baran. Xleh ditegur..

    ReplyDelete
  8. Zalim betul lelaki tu sanggup langgar & gilis orang sampai mati.
    Memang patut dihukum gantung sampai mati.

    ReplyDelete
  9. usihhh xberhati perut ke . x pikir panjang . mcam mana la jadi mcam ni

    ReplyDelete
  10. Ngerinya! Harap lelaki tu dikenakan hukuman yg setimpal. Sampah sendiri pun xreti handle, langar2 orang pulak.

    ReplyDelete
  11. Aduhai.. Kerana sampah nyawa melayang..

    ReplyDelete
  12. eeeeee...teruknya perangai dah lah kurang ajar...boleh pulak main langgar2..dia ingt nyawa org boleh bli ke..teruknya org ni..setuju dgn Qis bagi hukum gantung je terus..

    ReplyDelete
  13. Astarhfirullah :'(
    kejam nya orang ni. Bagi alamat dia, nak p gilis plak. huh. jahat betul

    ReplyDelete
  14. senangnya, tak suka orang , boleh gilis ja sampai mati
    dunia oh dunia

    ReplyDelete
  15. Tula nyawa org skg mcm xde nilai.. dorg ni pon nape lah bleh bertindak smpai cmtu skli.. ade maslh mental kott..xpasal2 je kene gilis.. dpn suami lak tu

    ReplyDelete
  16. ye la saya pn stress juga dgn jiran sebelah..tanam pokok tapi tak jaga bila kita tegur marah.. kita sapu elok2 letak tepi tong sampah dia pn dia bising..serba tak kena yg nampak buruk umah kita.. bila kita baik tu asyik amk kesempatan je.. tak suka nak bergaduh tapi ambil la peranan sama2 jaga kebersihan kawasan umah susah sangat ke..sabar pn lama2 tercabar juga..

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®