Tuesday, November 04, 2014

Pelajar marathon yang hilang ditemui Mati

Ahmad Rafikin Azman

Ahmad Rafikin Azman, Pelajar lelaki SM Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu yang menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu hilang pada Ahad lepas sudah ditemui tetapi sudah meninggal dunia. Innalillah. 

Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu


Memang dah boleh sangka keputusannya. kalau pihak bomba dah cari di seluruh ceruk hutan tetapi masih tak jumpa, memang kita boleh dapat berita yang buruk. sebab saya target, kalau tak ada di hutan, mesti akan ada di celah-celah sungai atau batu. dan betul tekaan saya. huhu.


Pelajar hilang ketika sertai maraton di Sekayu ditemui mati


  

SELASA, 4 NOVEMBER 2014 @ 7:13 PM



ANGGOTA pasukan keselamatan turut serta membantu mencari Ahmad Rafikin Azman di sekitar anak sungai di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu.

KUALA TERENGGANU: Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.

Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, di dalam sungai kira-kira 2.4 kilometer dari trek kejohanan maraton itu selepas tiga hari operasi dijalankan.

Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat. Beliau berkata, operasi membawa turun mangsa ke pintu masuk hutan lipur mengambil masa lebih dua jam berikutan hujan lebat dan trek hutan yang licin.

Pelajar hilang di Hutan Lipur Sekayu mati akibat lemas


RABU, 5 NOVEMBER 2014 @ 6:10 PM

KUALA TERENGGANU: Laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, menunjukkan kematian akibat lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir, berkata menerusi bedah siasat di Hospital Hulu Terengganu, pihaknya tidak menolak mangsa telah meninggal sekitar 72 jam (3 hari) sebelum mayatnya ditemui di celah batu oleh anggota penyelamat petang semalam.

"Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa," katanya.


sumber: Harian Metro dan Berita Harian


Ada sumber di blog yang mengatakan mayat arwah dijumpai dalam keadaan duduk di celah batu, tetapi tidak disebarkan di media. iye ke? macam tak je..ishkk


dan ada juga cerita di blog yang mengatakan seorang ustaz membuka pintu ghaib di kawasan tersebut. entah la, saya pun tidak pasti kesahihan cerita tersebut.

dan yang terbaru, saya menjumpai gambar lokasi sebenar arwah Ahmad Rafikin Azman ditemui. itu pun tak pasti jugak sebenarnya. dalam berita pun tak diwar-warkan. 



lovenota : Ajal maut di tangan Allah swt


5 comments:

  1. innalillahwainnalillahirojiun.....
    semoga arwah bersama2 orang yang dikasihi-NYA... sedih gak kan... family dia berharap sangat dia dijumpai dalam keadaan selamat :(

    ReplyDelete
  2. Innalillah....
    Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...

    ReplyDelete
  3. Innalillah...sedihnya..takziah buat keluarga arwah..semoga arwah ditempatakn bersam2 org yang beriman..amin..


    tag Cik balqis kat sni http://norshamimi.blogspot.com/2014/11/first-giveaway-by-eilya-maisara.html

    ReplyDelete
  4. Takziah bt keluarga mangsa..
    Tp cerite2 cmni dah jadi macam spekulasi dah ke media sosial..
    Kesian dekat keluarga mngsa

    ReplyDelete
  5. Innalillah...semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®