Sebuah bas terjunam ke dalam Sungai Muda. semoga tiada mangsa kemalangan jiwa dilaporkan. amin.
Bas terjunam ke Sungai Muda
RABU, 19 NOVEMBER 2014 @ 6:15 PM
BALING: Sebuah bas henti-henti terbabas dari sebuah jambatan dan terjunam ke Sungai Muda, berhampiran Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, sebentar tadi. Nahas berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika bas itu dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil ke Sungai Petani.
Maklumat awal mengesahkan pemandu bas serta tiga penumpang berjaya menyelamatkan diri dan dihantar ke Pusat Kesihatan Kuala Ketil untuk rawatan. Pada masa ini, pasukan mencari dan menyelamat sedang melakukan usaha untuk mengesan jika terdapat penumpang lain dalam bas terbabit.
sumber : Berita Harian
*********
Sungai Muda juga adalah lokasi yang sama di mana seorang Guru Wanita ditemui mati di sungai tersebut.
Agak seram berita kali ini. apa yang seramnya? semasa bas itu terbabas lalu jatuh dan terjunam ke sungai tersebut. bukan bas je, kalau kita bawa kereta pun, bila lalu tepi jambatan je mesti rasa seram sangat. takut kalau-kalau kereta yang kita bawa terbabas dari jalan, terus terjunam ke sungai di bawah kita. bukan cerita sungai je, kalau lalu tepi kawasan yang ada gaung dan berjuram pun takut dah.
Ada juga kes saya sendiri, bila sedang membawa kereta di tepi jambatan, ada juga kereta di belakang saya gagahkan diri nak memotong kereta saya. di jambatan pulak tu! tak boleh sabar ke kalau nak potong pun. jambatan tu kot! kalau terbabas macam mana? nak ganti rugi? nyawa orang boleh ganti rugi ke? sepatutnya si driver tu patut takut dan rasa seram. ini saya pulak yang rasa seram! huhuhu.
Please para driver-driver di luar sana, be a smart driver. walaupun anda confident nak memotong kereta di hadapan anda, jangan lakukan di kawasan yang ada risiko bahaya yang tinggi seperti jambatan sungai, kawasan gaung dan juram. kita tak tahu apa yang berlaku, so berhati-hati bawa kenderaan anda apabila melalui jalan yang berisiko.
nauzubillah!
lovenota : sayangi nyawa anda sendiri.
Masih ingat lagi pesan ayah. Kalau bawak keta jumpa lori atau bas, jangan ikut belakang. Pastikan keta kita di depan atau biarkan lori dan bas tu pergi jauh-jauh.
ReplyDeleteTau xpe..bahaya kot..kalau tak sayang nyawa sendiri pon...pk lah sikit nyawa orang lain.kan..hmmm..mmg seram kot.
ReplyDeleteohoi bahayanya la haaa. doakan semoga pencarian mangsa berjalan lancar. takziah kepada mangsa. so driver2 sekalian, berhati-hati okeh! --kerusiburok--
ReplyDeleteAsalam..ada satu lagi cerita kat situ selepas guru meninggal kat situ sebelum bas nie jatuh..pelajar india gi gilis di atas jambatan tue..kira 3 kejadian yang ngeri terjadi di situ..tapi nak buat macam mana,itulah laluan khaty untuk balik kerumah hari2..
ReplyDeleteYa Allah, bahayanya..xdpt byg kalau berlaku dkt dri sndiri or keluarga...minta dijauhkan semua ni..takziah buat semua mngsa terlibat..
ReplyDeleteisk isk nasib baik penumpang 3 org je... kalau ramai ade kanak-kanak ke baby ke kan naya tu
ReplyDeletejemput join >> http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html
salam singgah
ReplyDeletebahayanyeeee.
Zumal pun kalau lalu jalan kecil mesti cuak...
ReplyDeletemenakutkan ja. semoga kita semua dilindungi oleh-Nya.
ReplyDeletemalang tak berbau. takut kalo nampak kenderaan besar2 camni
ReplyDeleteHisshhh...bahaya betul!
ReplyDeletesorang auntie ni pernah pesan waktu saya darjah 6 tapi masih ingat sampai sekarang.
ReplyDelete"Biar kita jadi 'bodoh' di jalanraya berbanding rasa diri bagus."
Mmg seriau btl... ishhh mnx2 kite dijaohkan
ReplyDelete