Saturday, November 22, 2014

Aku KECEWA!



'Ah sudah. Kunci kereta tertinggal pulak! mati aku!' gumam Balqis di dalam hati. kepalanya dah serabut mencari barang yang ingin diserahkan kepada boss pada pagi ini. Balqis sedang mencari buku laporan di dalam bonet belakang Kereta Toyota Vios. 

beberapa minit Balqis termenung sambil memandang bonet keretanya. pusing kepala Balqis memikirkan kunci yang tertinggal di belakang bonet tersebut. cuba untuk membuka pintu kereta tetapi hampa. Ah, sudah! rupanya kereta sudah dikunci awal-awal!

macam-macam perkara yang berada difikirannya pada masa itu. banyak barang dan laporan yang belum dibawa keluar dari kereta. macam mana nak buka nie? macam mana nak balik rumah nanti? siapa yang hendak dipanggil pada waktu itu? workshop? mana la Balqis tahu nombor workshop sekitar itu. nak telefon syarikat toyota service? kalau toyota service datang, memang comfirm akan kena charge mahal, dengar-dengar dalam RM 200 jugak la. kalau panggil mekanik kereta, dikopaknya pintu kereta kereta nanti. habis calar la kereta tu! apa lagi cara nie??

hatinya dah betul-betul runsing kerana sebentar lagi mesti boss akan menelefon meminta laporan tersebut. Balqis terduduk lemah di mejanya. lantas terfikir untuk menelefon teman lelakinya, Amoi yang mungkin ada cara lain untuk membuka bonet kereta tersebut.

selepas mendail nombor telefon Amoi, terdengar telefon di sebelah sana berdering lama tetapi tidak diangkat. didailnya sekali lagi, menunggu lama dan akhirnya panggilan dijawab juga.

"Hello, kenapa lambat sangat angkat nie??," kata Balqis dengan nada yang bengang.
" Saya baru lepas mandi. sebab tu lambat. hah, kenapa?," kata Amoi. 
"kunci kereta saya tertinggal di bonet belakang. macam mana nie," kata Balqis dengan nada yang resah.
"La, nak buat macam mana lagi. panggil siapa-siapa tolong bukakan," kata Amoi acuh tak acuh. Balqis terdiam mendengar nada suara Amoi. rasa macam menyesal pula menghubungi dia pada waktu itu.
"tak pelah. bye," kata Balqis memotong percakapan Amoi lalu menamatkan talian. Balqis terasa jauh hati dengan cara Amoi bercakap pada pagi itu. langsung tidak membantu.

'baik aku terus ke office. macam-macam hal nak settle pagi nie'. Maka, Balqis pun memulakan semua kerjanya tanpa mengingati hal kunci keretanya. dalam perjalanan ke office, dia menerima satu mesej dari Amoi.

'Awak ni kenapa! Awak ingat kunci tinggal dalam boleh bukak senang-senang macam tu je ke! Pakai otak sikit! Jangan cakap aku tak tolong la ape la. Fikir sebelum bercakap!'

Hanya Allah SWT je yang tahu betapa bengkaknya hati Balqis setelah membaca mesej tersebut. 'Saya call cuma nak dapatkan pandangan, alih-alih dituduhnya kita macam tu! sampai hati awak!'. tanpa berlengah, Balqis terus membalas mesej tersebut.

'Kenapa awak suka tuduh saya yang bukan-bukan? Saya tengah serabut, awak bagi saya serabut lagi? Saya tak faham dengan sikap awak. takpe. Saya tak minta pertolongan awak pun. Saya tau dan saya faham. Terima kasih sebab tuduh saya lagi'

Mulut Balqis terkumat-kamit sumpah seranah kerana kecuaian dan kelalaiannya. ditambah pula sikap Amoi terhadapnya pagi itu. memang menyesakkan dada!

Saya langsung tak minta pertolongan awak. saya faham sangat jarak antara kita tersangat jauh. saya tak ada niat langsung nak minta awak datang ke sini. saya telefon cuma nak mengadu, nakkan pendapat. tapi apa yang awak tuduh saya? Hati Balqis menangis lagi.

Petang itu setelah selesai semua kerjanya, Balqis menghantar lagi satu mesej kepada Amoi.

'Saya kecewa sangat. Jangan call dan message saya'. 

Memang dia dah letih dan frust satu hari itu. hal kunci kereta sudah selesai, nasib baik Balqis jenis kaki mengadu. semua orang pakat tolong Balqis menyelesaikan masalah tersebut. maklumlah, anak emas pekerja kan?

Tidak lama kemudian, Amoi membalas mesej Balqis semasa Balqis sudah pun sampai di rumah. niatnya untuk berehat terbantut. Dicapainya telefon bimbit dan membaca mesej tersebut. Muka Balqis tiba-tiba bertukar menjadi keruh.

'Awak kecewa? Tak fikir aku lagi? Pagi-pagi kau dah call. Lepas tu kau cakap macam nak marah-marah aku. Letak telefon macam tu je. Kau fikir tak time tu aku tengah buat apa? Kelam-kabut nak pergi kerja lagi. Ada kau fikir?! Kau fikir masalah kau je pagi-pagi. Kau fkir tak aku macam mana pagi tadi?!'

Balqis bungkam. rasa nak marah sudah menguasai diri. 

Salah ke aku call? salah ke aku nak mengadu? bukannya hal main-main pun! benda serius macam tu pun call kena marah? arghhh! 

Balqis menjerit lalu keluar dari rumah, ditinggalkan segala kemudahan komunikasi dan berlalu keluar dari situ dan pergi ke suatu tempat yang selalu dia pergi untuk menenangkan fikiran.

Esok harinya, Balqis melalui hari-harinya seperti biasa pada hujung minggu. rutin harian iaitu mengemas rumahnya dilakukan dengan hati yang tenang tanpa ada gangguan emosi dari Amoi. Balqis tekad untuk tidak mahu langsung untuk menghubungi Amoi. dia berasa sungguh sakit hati dengan kata-kata Amoi semalam.

Petang itu, Amoi mesej lagi. Balqis dah rasa malas nak layan. tetapi dibacanya juga. 

'Kalau dah tak nak dengan aku, cakap. Senang!'. 

Balqis menggaru kepalanya. aik, kenapa kita pulak yang kena? padahal dia yang mengamuk semalam. tuduh kita yang bukan-bukan. kenapa kita pula yang nak kena berbaik dengan dia??

'Saya tak faham kenapa awak asyik nak marah-marah saya. entah la'. 

itu jawapan ringkas dari balqis untuk Amoi. dia seperti sudah pasrah, sudah penat nak harungi semua masalah ini. bukan sekali dua dia bergaduh dengan Amoi. sudah banyak kali, sehinggakan Balqis sudah makan hati dengan sikap Amoi. dia merasakan bahawa Amoi suka sangat menuduhnya sesuka hati, langsung tidak tahu nak menjaga hatinya. orang tengah serabut dimarah lagi. siapa yang tak terasa hati? hati aku nie bukannya kayu atau batu untuk tidak terasa dengan semua itu, gumam Balqis.

'Memang betul awak dah tak nak dengan saya. Terima kasih'. balas Amoi pula. 

'Senang kan jadi awak. Awak dah marah saya, cakap yang bukan-bukan. tak minta maaf langsung. Macam bagus perangai awak! Ada ke awak fikir saya nie macam mana?? Kereta saya boleh bukak ke tak, ada awak tanya?? Awak yang terlalu pentingkan diri sendiri! Saya nie awak tak ingat pun! Lelaki jenis macam awak nie tak ada siapa yang nak, tiada siapa yang suka! Boleh blah la! Buat sakit hati je!! tak guna lagi nak sayang pada orang yang langsung tak nak ambil berat! Mengaku je yang awak memang dah tak rasa nak ambil berat pasal saya! Saya call pagi tu nak minta pendapat, ketenangan sebab kunci saya dalam kereta!! Bukan nak dengar awak marah-marah lepas tu maki saya tuduh saya yang bukan-bukan! Memang silap la saya. Awak takkan boleh jadi suami yang baik! Saya dah penat bagi awak peluang. Penat dah nak sabar dengan karenah awak yang suka tuduh saya macam-macam. Saya dah tak larat nak tanggung. Saya tak perlukan awak seperti semalam saya langsung tak perlukan simpati dan pertolongan awk.' 

Balqis dah tak tahan lagi. semuanya dihamburkan dalam satu mesej. itulah perempuan, boleh menaip selaju yang mungkin apa yang terlintas di fikirannya pada saat itu. kemudian, dia menyambung menaip mesej lagi.

'Saya marah-marah?? Saya sabar je dapat message awak nie. Saya tengah serabut masa tu. Kerja banyak nak settle tetapi kunci tertinggal dalam kereta. So saya serabut, risau, pening! Saya takde marah pun! Awak yang marah saya! Sebab tu saya letak sebab saya tak nak makin serabut dengar awak marah saya! Masalah saya ke awak kelam kabut pagi-pagi nak pergi kerja?? Siapa suruh tak reti nak manage time bangun pagi? Awak yang lambat nak marahkan saya! Langsung tak ada disiplin!'

Hati Balqis ketika itu seperti dah ditoreh dirobek-robek dengan pisau yang tajam untuk kali kedua. bisanya masih lagi kekal dari semalam hingga kini. tidak lama selepas itu, balqis pun menerima balasan dari amoi.

'Minta pendapat dengan cara macam tu, dengan nada yang nak marah. Aku dah cakap pagi tu. nanti minta tolong siapa-siapa yang ada panggil orang bukakan! Kau yang tak boleh terima apa aku cakap. Main letak macam tu. Aku angkat je call kau, apa yang aku dengar?? "apesal lambat angkat call" dengan nada yang macam hape je. Ade kau fikir?? Aku time tu tengah buat ape!?'. 

sakit hati balqis membaca mesej tersebut. bila masa pulak dia suruh minta tolong orang? susah orang main suka hati nak cakap nie. macam bagus punya ayat!

'Awak je yang fikir saya nak marah! Padahal saya tengah serabut! Kalau saya serabut ingat saya nak cakap baik-baik ke?? Dah berapa lama awak kenal saya? Kalau saya marah, saya tak de nak cakap sebaik itu dengan awak semalam. takkan awak tak tahu perangai saya lagi teruk kalau saya marah!'

'Aku tengah kelam kabut macam-macam. Tengah fikir banyak hal. Boleh ke aku terima apa kau cakap kat aku pagi-pagi?? Aku dah la lambat. Sampai lambat. Kerja aku orang lain take over. Tak pasal-pasal aku kena kerja hari ni!'

itulah Amoi. hal dia, masalah dia, kenapa pulak nak libatkan kita sekali? dia yang tak reti nak selesaikan masalah, kenapa perlu kita kena tempias? balqis rasa nak tumbuk orang je masa itu. ditahan amarahnya sehingga mengakibatkan migrainnya muncul.

'Salah saya ke awak lambat? Awak yang bangun lambat! Lain kali berdisiplin la sikit! Bangun awal pergi kerja! Apa yang susah sangat! Susah ke nak uruskan masa??' 

'Memg salah kau pun. Kalau aku tak sakit hati pagi tu, takde aku tertinggal macam-macam! Sebab kau yang buat aku naik angin pagi-pagi!'

'Orang macam kau nie langsung tak berdisiplin. tak reti nak uruskan diri sendiri. Kau lambat pun nak salahkan aku?? Kita cakap dalam telefon tak sampai 5 minit tau! Aku pulak yang kena?? Aku memang tak boleh terima. Orang kan kalau nak bawa barang pergi kerja, dia dah uruskan malam tadi. Bukannya pagi-pagi nak pergi kerja baru nak cari itu cari ini! orang bodoh je macam tu!'

'Kalau aku bodoh, kau pandai sangat la. Takde la kunci pun boleh tertinggal! Pagi-pagi kalau aku lambat pun. Aku tak pernah tinggal barang! disebabkan mood aku dah hilang, Tu yang jadi macam tu!' eh? aku pulak yang kena? ini dah melebih nie! Balqis membalas mesej Amoi dengan full speed momentum.

'Aik..tertinggal kunci pun kira tak pandai ke?? Mentaliti kau tu kurang dari aku. Orang bodoh je yang cakap macam tu!'

'Memang pun. Sebab orang pandai akan pastikan semua dalam keadaan baik sebelum tinggalkan kereta. Tapi kau bodoh. Tak reti nak disiplinkan diri. Kunci tinggal dalam kereta la. Kunci tinggal dalam office la. Ape la.' Perli aku balik nampak, geram Balqis.

'Dah tu, kau pun bodoh la sebab tinggal barang?? Mengaku la??'. Balqis memulangkan paku buah keras. biar dia sedar sendiri!

'Bodoh! Sebabkan dengar suara bodoh kau pagi-pagi Yang hilangkan mood aku!'

'Oii bodoh. Aku tengah serabut pagi tu!! Ohh..cakap aku bodoh ye. Ok takpe. Kau takkkan dengar lagi suara bodoh ni lagi lepas nie!'

'Aku bodoh sebab jawab panggilan orang bodoh! Dan aku tak nak balas message dah lepas ni. Takut jadi lagi bodoh!'

'Kita putus. Cukup, aku betul-betul terluka'. Balqis nekad dalam hati. tak guna dia mempertahankan hubungan ini lagi. cukuplah setakat ini.

'Ok bye!!'. Itulah mesej terakhir dari Amoi.

Balqis menangis sendirian. dia dituduh bermacam-macam. dia hanya nakkan perhatian dan pandangan dari Amoi, kerana kes kunci keretanya, kerjanya yang begitu banyak pada hari itu. dia dituduh menyebabkan Amoi lambat ke tempat kerja. dituduh kerana merosakkan mood Amoi pada pagi itu. kenapa perlu dia yang tanggung semua tuduhan ini?


Cukup hanya kali ini.

The End.


lovenota : apa komen anda? Tetttt XD

21 comments:

  1. Lelaki ego mmg tinggi. Kalau mamamyja pon melenting juga bila bg jwpn yg kita sdn blh pk klu xtya dia skli pon. Harap balkis sabar dn buat kptsan yg bijak yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, tak tau lg cmne nk buat kptsn. klo ade sambungan ade la..hoho XD

      Delete
  2. Ermmm.. parah ni.
    Kene setel elok2.. Face to face.
    Takmo cakap siapa salah..
    Sebab ada misunderstanding ni.
    Dua2 tengah ada masalah..dua2 tengah serabut..that's why saling menyalahkan.
    Tak pandai nak bagi pandangan lebih2...
    I think both have to sit down & throw away segala ego & start analyse the triggering factors & so on. Need advice from wise person ni. Am not expert in intrapersonal problems
    Sorry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak setuju dgn Shikin,...kira macam wrong timing. Dua2 tgh serabut, senanglah nak tercetus salah faham.

      Delete
    2. Kjadian serabut tu adalah sebelum hari kejadian gaduh. Lain2 hari kak. Hoho. Xde serabut pun. Sje cari pasal sbnrnye. Dua2 da cool down tp ego. Haha. Best x? :P

      Delete
  3. Hmm...entahlah ...xreti sgt nak bg pendapat..masing2 ada masalah...time duk serabut tuh macam macam boleh keluar dari mulut kita..kena duduk bincang untuk selesaikan masalah tak boleh nak melenting jer.

    ReplyDelete
  4. Kalau sue, sue minta putus sbb lelaki tu ckp kasar, beremosi, melenting, x pandai handle situasi genting, selfish.

    True colors lelaki tu dah boleh nmpk sikit2 dr kejadian di atas.

    Istikharah terbaik..

    ReplyDelete
  5. Aik...dah macam kisah akak plak ada persamaan bab hari2 bergaduh..3 hari ok...pas tu gaduh balik,..pas tu ok balik..x pernah berbaik dalam jangka waktu lama...pernah putus setahun tp dia cari akak balik...adeh....sabar jer la....now hubungan kami dah masuk 9 thun...masih belum ke jinjang pelamin..x tau la seterusnya macam mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke, actually kn yg gado tu sbnrnya buat kita mkin rapat. Best jgk klo gado..tp jgn slalu la..hihi

      Delete
  6. Sudah,cukup² sudah..

    ReplyDelete
  7. Allah.. Klau kita ni la mmng berdiam dh than mara. Tp ntah la.. Sbb xpnh gduh smpai thap gini susah nk komen.. Hihi..
    Tp mnrik penulisan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke..biase2 je..lepas gian menulis. Lama x menulis main susun2 ayat ^^

      Delete
  8. pada pendapat cikfafa, bila marah, tengah serabut memang la semua yang tak sedap didengar pun terkeluar. mungkin tak berniat pun, cuma sengaja nak sakitkan hati orang lain untuk lepas geram. cuba dua2 cool down dulu, bincang elok-elok. rasanya kalau masing2 nak luah ketidakpuasan hati haruslah pada keadaan yang tenang. baru boleh fikir secara rasional. bukan secara emosi.

    ReplyDelete
  9. Xsuka laki cakap kasar2..tp kadang2 kita perempuan pun ckp kasar jgk. Kita sendiri xsedar

    ReplyDelete
  10. Dah biasa dengan situasi ini..hahahaha..tapi alhamdulillah, hubungan tu masih panjang lagi..biasa kalu Cik Mimie gaduh akan cool down dulu then baru mesej or call baut perhitungan balik..

    actually, gaduh ni ada kebaikannya, dpat eratkan lagi hubungan n lebih memahami pasangan kita.. :)

    Cool2 je ye Qis..kalau boleh cri masa sesuai discuss elok2 :)

    ReplyDelete
  11. Pernah hadap situasi ni. hehe ^^
    Ayoyo sangat menakutkan waktu tu, memang kalau ikut kan hati nak je buat tak tau,
    malas nak layan tapi apakan daya, sayang punya pasal, tak leh biar masalah tu lama lama
    Last2 jumpa depan2 and try setel, Alhamdulillah get back to normal. :) Tapi kalau tiada kefahaman
    jugak, kalau rasa nak hidup tenang lama dgn seseorang, better find yang lagi bagus lah ^^" Perempuan baik untuk laki yang baik :)

    ReplyDelete
  12. cerita betul ke ni ?
    dalam hal ni, bila time marah atau serabut kita akan mengeluarkan kata-kata yang tanpa kita sedari telah menghiris perasaan orang.
    sebaliknya berbincang dan cari jalan penyelesaian

    ReplyDelete
  13. Dia mcm seseorg yg ayu knl la qis.. mmg situasi mcm ni sllu sgt jadi mase dulu sblm en asben nie... lame dok bertahan ng pangai dia.. last3 mmg say gud bye and bye2 la.. bile dpt tau nk kawen meraung2 dia.. hahahaha

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®