Ada yang sesat lagi dalam hutan? nauzubillah!
semoga cepat dijumpai. insyaAllah.
doakan untuk beliau :(
Pelajar UniKL hilang di Hutan Lipur Gunung Datuk
JUMAAT, 7 NOVEMBER 2014 @ 9:20 PM
REMBAU: Seorang pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kampus Alor Gajah, Melaka, dilaporkan hilang di Hutan Lipur Gunung Datuk di Rembau, selepas mendaki gunung itu, sejak 12 tengah hari tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Glausia Galayan, 20, yang berasal dari Sarawak, dikatakan mendaki gunung itu seorang diri dan tidak turun sehingga jam 5 petang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis, berkata mangsa dipercayai sempat menghubungi seorang rakannya untuk memaklumkan dia sesat di gunung itu dan meminta supaya menghubungi pihak berkuasa.
Katanya, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bersama pasukan khas mencari dan menyelamat jabatan itu bersama kakitangan Jabatan Perhutanan, kini menyertai operasi mencari mangsa.
Katanya, sehingga 9 malam tadi gerakan mencari masih giat dilakukan.
[update]
REMBAU: Seorang pelajar perempuan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Cawangan Alor Gajah, Melaka yang sesat di Gunung Datuk petang semalam dijumpai dalam keadaan selamat malam tadi. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Johari Ahmad, berkata Glausia a/p Galayan, 20, berasal dari Sarawak ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 8.47 malam.
"Mangsa dijumpai pada ketinggian kira-kira 263 meter dan dibawa turun kira-kira jam 11.48 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, mangsa yang cedera di kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah.
Mangsa dipercayai sesat selepas mendaki gunung itu seorang diri. Dia yang berjaya sampai ke puncak gunung difahamkan sempat menghubungi rakannya dan memaklumkan dia sesat dan gagal menemui jalan keluar. Penuntut itu juga dikatakan menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan. Sepasukan 12 anggota bomba bersama kakitangan Jabatan Perhutanan dan anggota polis menyertai gerakan mencari dan menyelamat.
Johari mengingatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti pendakian ketika musim hujan sekarang. Gunung Datuk setinggi 884 meter adalah antara tarikan pelancongan di Negeri Sembilan.
Pelajar sesat di Gunung Datuk ditemui selamat
SABTU, 8 NOVEMBER 2014 @ 9:28 AMREMBAU: Seorang pelajar perempuan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Cawangan Alor Gajah, Melaka yang sesat di Gunung Datuk petang semalam dijumpai dalam keadaan selamat malam tadi. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Johari Ahmad, berkata Glausia a/p Galayan, 20, berasal dari Sarawak ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 8.47 malam.
"Mangsa dijumpai pada ketinggian kira-kira 263 meter dan dibawa turun kira-kira jam 11.48 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, mangsa yang cedera di kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah.
Mangsa dipercayai sesat selepas mendaki gunung itu seorang diri. Dia yang berjaya sampai ke puncak gunung difahamkan sempat menghubungi rakannya dan memaklumkan dia sesat dan gagal menemui jalan keluar. Penuntut itu juga dikatakan menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan. Sepasukan 12 anggota bomba bersama kakitangan Jabatan Perhutanan dan anggota polis menyertai gerakan mencari dan menyelamat.
Johari mengingatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti pendakian ketika musim hujan sekarang. Gunung Datuk setinggi 884 meter adalah antara tarikan pelancongan di Negeri Sembilan.
moral value of the story: jangan buat aktiviti lasak seperti ini seorang diri. harus berada dalam kumpulan :D
nk kenal boleh?
ReplyDeletenk kenal lah
ReplyDeletependekartanpabayangan31 kata: nk kenal lah
ReplyDeletesemoga dijumpai :')
ReplyDeletemoga beliau selamat hendaknya
ReplyDeletemoga ditemui dengan selamat.
ReplyDeletesis JM pernah daki gunung datuk ni tapi ramai2..kenapalah si budak ni pegi daki sorang2..mmg cari nahas tu..semoga beliau di jumpai dan dalam keadaan selamat
ReplyDeleteqis pun pelik jugak kenapa dia daki sorang2. bahaya tu..ishkk
Deleteya Allah..moga semuanya baik dan selamat
ReplyDeleteAda kes hilang di hutan lipur lagi.
ReplyDeleteYang Muslim amalkan baca surah & doa pendinding diri.
semoga dia selamat dijumpai
ReplyDeletekenapa la dia mendaki seorang diri
ini namanya cari penyakit.
ReplyDeleteish..
pernah naik datuk ni.. dia ada trek.. tapi, dengan kehendak Dia, segalanya mungkin....
ReplyDeleteadventure la sangat mendaki sorang2. perempuan pulak tu. beraninya. adoii.
ReplyDeleteKes hilang lagi...
ReplyDeletesmoga kuarga tabah and cpt2 jumpe mangsa