Wednesday, November 05, 2014

Kes Buli Budak Singlet Berwarna Hitam di Asrama Sekolah


Kes Buli Budak Singlet Berwarna Hitam di Asrama Sekolah


hampeh punya budak!

semua orang dalam dorm tu dibelasahnya!
ganasnya dik! suka tengok wrestling eh..nak join WWE?

apa yang kau tak puas hati nie dik? 
sampaikan semua orang jadi mangsa kau nie.
yang hairannya, cameraman atas katil double-decker nie tak kena pulak. 
oh, mungkin dia sekutu kau kot. 

adik, kat asrama tu boleh la jadi ketua pembuli 
kat luar asrama nie, orang pandang kau tu kecik je dik.
tunggu la sehingga polis jumpa kau dik,
tengok siapa belasah siapa pulak masa tu yer




Klip video selama 4 minit 37 saat itu yang tidak diketahui tarikh rakaman atau lokasi kejadian itu menjadi viral selepas dimuat naik oleh laman Facebook yang menggunakan nama > Amran Fans <. Ia memaparkan nasib sembilan pelajar lelaki yang menjadi mangsa belasahan kira-kira lima pelajar lain dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh dan dirakam seorang lagi rakan mereka.

Malah salah seorang pelajar berpakaian baju dalam hitam terus bertindak agresif dengan membelasah kesemua mangsa berulang kali tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan kesemua mangsa ketakutan dan hanya mampu menangis teresak-esak.

"Kenapa kamu menangis?," kata pelajar samseng itu sebelum bertindak terus memukul seorang daripada mangsa berkenaan.

Klip video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit itu dikongsi lebih 14,200 pengguna sehingga kini yang rata-ratanya marah dan mendesak agar pihak berkuasa menyiasat berhubung kejadian itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

Pengurusan Maktab Mahmud di Padang Terap, Alor Setar, Kedah menafikan kejadian buli yang dimuat naik menerusi satu video di laman sosial Facebook, malam tadi berlaku di sekolah berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap Asisten Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar membuat lawatan di bilik asrama lelaki Maktab Mahmud Padang Terap, hari ini dan turut menafikan kejadian itu berlaku di sekolah berkenaan berdasarkan perbezaan yang terdapat di dalam video terbabit.




semoga pihak polis dapat mencari asrama tersebut terutama cari ketua Buli tu, pelajar yang pakai singlet hitam tuh. geledahlah asrama lelaki di seluruh Malaysia, tak kira Asrama Penuh atau Sekolah Harian. 


[update]video kedua kes buli di asrama:

> Kes Buli Pelajar Asrama Lagi <


Polis nafi video buli di MRSM Balik Pulau


Rabu, 5 November 2014 @ 3:58 PM

Balik Pulau: Polis menafikan video membabitkan sembilan pelajar menjadi mangsa buli dalam sebuah bilik asrama yang tersebar luas dan menjadi viral di Facebook berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, polis sudah menjalankan siasatan terperinci selepas meneliti video berkenaan dan mendapati ia bukan terjadi di MRSM berkenaan.

"Kita sudah melakukan siasatan sejak dua hari lalu dan mendapati video ini bukan membabitkan kes rusuhan pelajar MRSM berkenaan yang berlaku pada 22 Oktober lalu. Selain itu polis juga turut melakukan siasatan di asrama lain di sekolah di daerah ini dan mendapati kes berkenaan bukan berlaku di kawasan Balik Pulau," katanya.

sumber: Harian Metro dan Berita Harian


[update]: sesiapa yang terbaca di blog lain mengenai pendedahan wajah pembuli singlet hitam seperti gambar di bawah adalah palsu. itu adalah tidak benar.


Si Amran Fans nie saje je melawak. 
buat prank pada si kaki update yang kejar traffic *erkk*




tapi betul kata Arman Fans tu, tunggu info yang sahih dari media baru la sebarkan pada orang lain. ini tak, jumpa cerita pelik-pelik sikit update tanpa ada kesahihan berita. kononnya nak jadi orang pertama yang update cerita kat media. last-last, kalau salah malu sendiri. jangan gelojoh update benda yang kita tak pasti lagi ye.
peringatan untuk semua blogger di luar sana. :D


fikir-fikirkanlah :D


Khamis, 6 November 2014 @ 3:07 PM

Buru pembuli `singlet hitam’ sampai dapat

Kuala Lumpur: Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan sumber pertama yang menyebarkan klip video berdurasi 4 minit 37 saat yang memaparkan sekumpulan pelajar diketuai remaja bersinglet hitam memukul pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama bagi membolehkan pihak polis mengetahui lokasi kejadian dan mengenal pasti mangsa dan suspek yang terbabit dalam insiden itu.

"Kami mohon kerjasama mangsa yang dibuli supaya tampil kerana ia akan membantu siasatan pihak polis," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini lokasi sekolah berasrama itu masih belum dikenal pasti namun sudah mengarahkan setiap ketua polis negeri dan pesuruhjaya polis negeri mengenal pasti lokasi kejadian.

Sehingga kini, polis tidak menerima sebarang laporan polis membabitkan penyebaran video berkenaan selepas ia mula menjadi virai di laman sosial.

Pembuli ‘singlet hitam’ dikenal pasti

Khamis, 6 November 2014 @ 7:09 PM

Kuala Lumpur: Polis sudah kenal pasti insiden buli diketuai seorang pelajar memakai singlet hitam yang viral di Facebook berlaku di Pontian, empat tahun lalu. Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada 2010.

"Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama sudah dibuang sekolah pada Ogos 2011 ekoran pelbagai masalah disiplin. Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti, bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak turut mengesahkan tiada sebarang aduan dibuat berhubung insiden terbabit," katanya.

Menurutnya, pihak sekolah mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.


say NO to bullies!


lovenota : asrama sekolah saya tak guna katil jenis nie. hoho XD

11 comments:

  1. geram kan?? lagi geram kenapa mangsa2 tak lawan balik... diorang ramai tau... kalau sha memang takde can laa... fight for our right... haih memang nampak kecik besar kecik besar je yang pakai baju singlet tu...

    ReplyDelete
  2. sabar je tengok budak pakai singlet hitam tu...rasa macam nak penyek2 kan je muka dia.tak berperikemanusiaan langsung...kalau budak tu kena tangkap mesti masuk sekolah juvana,kat sana nanti lagi la macam2 perangai ada...

    ReplyDelete
  3. Cik Mimie baru tengok semalam..memang agresif giler singlet itam tu..belasah budak lain macam kena rasuk..nak jd tailong besar agaknya..haish, budak2 skrg ni memang tak takut nak buat bnda2 macam ni...pengaruh filem agaknya =_="

    ReplyDelete
  4. teruknya orang yang membuli nhe....

    ReplyDelete
  5. budak ni patut kene tindakan...melampau sangat...kalau x dibendung amalan ni akan diteruskan sampai bila2 sebab semua asyik nak balas dendam kat junior..huhu

    ReplyDelete
  6. betul tu...seram tengok...kesian kat budak2 yg kena pukul tu...harap2 polis dapat cari & tangkap pembuli tu..sangat takde perikemanusiaan..

    ReplyDelete
  7. Isshhh melampau btl...
    Tu yg ayu takott dok asrama qis...
    Hehehehhehe
    Smoga cpt2 dpt tgkap sekolah mane and budak2 pembuli cmni...

    ReplyDelete
  8. Kenapalah budak-budak junior tu tak balas balik. Diaorang kan lagi ramai. Geram plak tengok samseng-samseng ni. Tak padan dengan duk sekolah lagi.

    ReplyDelete
  9. sakit jantung akak baca berita nih ...tu yg akak tak mahu anak sekolah asrama .....

    ReplyDelete
  10. baru sekolah dah macam ni, nanti besaq macam mana laaa.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®