Thursday, June 20, 2013

Penutupan sebahagian Sekolah-Sekolah Daerah di Johor Berikutan Jerebu

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013 Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan Dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal adalah dirujuk.
2.            Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Daerah Pasir Gudang yang berada di paras berbahaya, adalah dimaklumkan sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang diarahkan ditutup (Cuti Berganti) pada hari Jumaat, 21 Jun 2013 (sesi pagi dan petang). Cuti berkenaan adalah melibatkan semua guru dan pelajar. Cuti bagi kakitangan sokongan sekolah adalah bergantung kepada pertimbangan dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.
3.            Pihak sekolah dipohon untuk menyediakan langkah penyebaran maklumat yang proaktif dalam menyampaikan maklumat ini kepada guru dan penjaga. Pihak sekolah juga disaran untuk bersedia bagi menghadapi kemungkinan kehadiran pelajar ke sekolah pada awal pagi hari yang terlibat.
Segala perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.

*******************

JOHOR BAHRU: Semua sekolah di daerah Muar dan Ledang diarahkan ditutup selama dua hari mulai hari ini akibat jerebu yang mencapai tahap berbahaya.

Arahan dikeluarkan Pejabat Pelajaran Daerah mulai jam 11 pagi ini selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 383. Mengikut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 11 pagi ini, Kota Tinggi turut mencatatkan tahap sangat tidak sihat dengan IPU 232 iaitu meningkat berbanding 211 yang dicatatkan pada jam 7 pagi. 


Pasir Gudang dan Larkin Lama iaitu kawasan bandaraya Johor Bahru pula mencatatkan tahap tidak sihat dengan catatan IPU 199 dan 181.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Johor, Mohd Nor A Ghani, berkata seramai 76, 940 murid serta pelajar membabitkan 211 sekolah rendah dan menengah di Muar diarahkan bercuti bermula hari ini akibat masalah jerebu yang kini berada pada tahap bahaya.



sumber: berita harian



***************************
BATU PAHAT: Semua sekolah di Batu Pahat telah diarahkan untuk ditutup selama dua hari berikutan kemerosotan kualiti udara di daerah ini.
Jabatan pendidikan daerah mengeluarkan notis kepada semua sekolah-sekolah berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang melebihi 300, yang dianggap berbahaya.
Di SJK (C) Ai Chun (2), guru sekolah dilihat berdiri di luar sekolah, memberitahu ibu bapa pelajar sesi petang berhubung penutupan sekolah.
Guru Besar Ho Weng Tack berkata sekolah itu menerima arahan daripada pejabat daerah pada tengah hari supaya menutup sekolah pada hari Khamis dan Jumaat untuk kesihatan dan keselamatan pelajar.
"Sekolah ini sedikit huru-hara hari ini kerana kita sibuk memaklumkan kepada ibu bapa, menghantar mesej teks dan dalam masa sama mengendalikan pelajar sesi pagi," katanya ketika ditemui di sekolah itu di Jalan Mohd Khalid.
Ho berkata sekolah-sekolah akan menunggu notis selanjutnya daripada jabatan pendidikan berhubung kelas gantian.
sumber: mStar

keadaan jerebu sekarang berada di tahap yang membimbangkan *yelah, sampai sekolah kat Pasir Gudang, Muar, Ledang, Batu Pahat ditutup sebab jerebu nie. tapi rasanya semua sekolah dapat cuti esok kut*. dilaporkan indeks pencemaran udara (IPU) sudah melebihi 100, yang dianggap tidak sihat di sesetengah negeri Johor, Melaka dan Selangor. Singapura pun terkena jugak jerebu nie *sampai kawan cakap, dah tak nampak singapore dari Pasir Gudang tu..hehe*. bagi yang tak tahu, jerebu nie terjadi sebab kesan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia



tak silap Qis la, masa tahun 90-an *tahun bila tu Qis pun dah lupa..hehe!*, ada kes jerebu yang amat teruk di seluruh Malaysia. sampaikan kena pakai mask kalau pergi sekolah. tapi yang Qis ingat, masa tu Qis masih lagi sekolah rendah kat Miri, Sarawak. itu adalah jerebu yang paling teruk berlaku sepanjang hidup saya la~



nak tahu perkembangan terkini mengenai indeks pencemaran udara (IPU), boleh ke web berikut: [link]

updatedLebih 200 sekolah di Muar, Johor hari ini (21 Jun 2013) diarah tutup buat sementara berikutan bacaan IPU mencatat paras bahaya iaitu 383.

[updated : sekolah yang ditutup esok (24 Jun 2013) - link]


lovenota 1: untung laa budak2 Johor dapat cuti esok kan~
lovenota 2: tapi yang tak bestnya cuti berganti..hikhik! XD


No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®