Tuesday, June 18, 2013

Pasrah dan Redha



pasrah. redha. serah pada takdir.

itu yang saya dapat rasakan buat masa sekarang nie. saya da puas pujuk, puas menegakkan keadilan dan kebenaran mengenai semua yang terjadi. hidup saya semenjak 3 minggu nie memang dah seperti orang yang kehilangan arah tujuan dan arah hidup. saya still dipersalahkan atas semua yang tejadi. betul kata orang, hidup kita tak semestinya sentiasa berada di atas. bila tiba masanya, kita akan berada di bawah untuk seketika. dan kita sendiri kena berusaha untuk kembali semula ke atas. saya sekarang masih berada di bawah, saya cuba untuk kembali semula naik ke atas, tetapi setiap kali saya cuba, saya mesti jatuh semula dan kembali menangis *ya, saya tahu awak x suka saya menangis..huhu*. 

saya dah pasrah *pasrah itu berserahh*. saya dah tak larat untuk menghadapi semua ini. semua ini adalah memang pengalaman yang saya sendiri tak boleh dan tak akan lupakan. pertama kali dalam hidup saya, saya jadi begini dan saya terkena sebegini *walaupun tak berapa teruk, tapi saya tetap merasainya. saya mengaku awak yang paling teruk yang kena..maafkan saya*. walaupun saya nakal dulu *bahasa sedapnya, playgirl*, saya tidak pernah kena sebegini rupa. sangat dahsyat saya rasa sehingga saya sakit, tekanan darah rendah, migrain yang teramat teruk. memang sangat hebat *kalau buat novel, mesti laku nie*. 

cinta itu memang pelik, kan? orang sanggup berbuat apa saja demi cinta. tak kira jalan yang baik mahupun dengan cara kotor.

dan saya juga tidak menyangka, ada juga manusia yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamat dia. perempuan itu sanggup buat apa sahaja untuk melihat orang lain jatuh. ya, memang dia berjaya melihat kami berpecah *tahniah la ye!*. perempuan itu menyiasat seperti polis CIA lagaknya. semua maklumat dia dapat cari, dari benda yang kecil sehingga ke benda yang besar *agaknya kabel dia nie besar kot*. ya, saya memang agak impressed dengan kerja dia sebenarnya, daripada benda yang saya tak tahu jadi tahu secara tidak langsung. tetapi semua kerja itu sebenarnya menyakitkan hati saya *semoga Allah swt membalas kejahatan anda, sebab anda sudah meruntuhkan semua kebahagiaan saya. amin!*. 

buat si ex, saya dah beberapa kali mengatakan pada awak, saya tidak akan sesekali balik pada awak. cukup lah saya dah banyak bersabar selama ini. saya minta sangat2 jauhkan diri awak dari kami. sudah cukup apa yang awak dah lakukan selama ini. awak mempergunakan saya, menggunakan semua akses mengenai saya sehingga ke facebook saya pun awak salahguna. saya betul2 sangat kecewa. seriously. bila awak dah buat semua ini, awak dah betul2 kehilangan saya 200%. 

saya serahkan segala2nya pada Allah swt. Dia yang Maha Mengetahui segala2nya. 

lovenota 1: hidup ini tidak semuanya indah
lovenota 2: begitu besar dugaan-Mu Ya Allah. kuatkan lah hati hambamu ini 

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. itulah dugaan hidup yang akan menjadikan kita lebih kuat...

    P/S: jom bantu saya merealisasikan IMPIAN PERKAHWINAN

    ReplyDelete
  3. insyaAllah sy akn jdi lebih kuat slps ini :)
    lme xnmpk gadis kpg separa bndr dtg cni kn :P

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®