Monday, December 19, 2016

Aliran Sastera VS Aliran Sains


SELEPAS PEPERIKSAAN PT3, PILIHAN ANTARA ALIRAN SASTERA VS ALIRAN SAINS, MANA LEBIH BAIK?



Selepas keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), ramai pelajar akan mengalami masalah untuk memilih aliran yang akan diambil semasa menyambung pelajaran ke tingkatan 4 kelak. Pemilihan kelas aliran Sastera mahupun aliran Sains sebenarnya akan menentukan hala tuju dan masa depan pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seterusnya menceburi alam pekerjaan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa beza kedua-dua aliran ini dan mana yang lebih penting.

Aliran Sastera atau Sains, kedua-duanya perlu seiring dengan minat dan kemampuan pelajar untuk mendalami ilmu yang dipilih. Keputusan PT3 digunakan sebagai kelayakan untuk memasuki aliran sastera mahupun sains ketika di tingkatan empat dan lima.

Tolak tepi tanggapan kebanyakan orang ramai yang menganggap aliran Sastera adalah terdiri dari pelajar yang kurang cemerlang atau pelajar lemah manakala aliran Sains adalah untuk pelajar cemerlang saja. Sebenarnya kedua-dua aliran ini mempunyai keistimewaan dan kepentingan tersendiri.

Hakikatnya, kaedah pelajar cemerlang di dalam subjek Matematik dan Sains sebagai syarat masuk aliran Sains sudah tidak relevan untuk masa sekarang. Ada juga pelajar yang bijak Matematik dan Sains memilih aliran Sastera kerana minat untuk mendalami dunia kesusasteraan.

Istimewanya aliran sains, peluang untuk ke peringkat matrikulasi dan asasi sains seterusnya ke universiti amat cerah. Ini kerana lebih 80% kursus pengajian lepasan SPM dalam UPU adalah dalam untuk aliran sains. Antara mata pelajaran yang akan dipelajari dalam aliran sains ialah Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan.

Syarat Baru Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4 Mulai tahun 2015 berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 22 Tahun 2014:
  • Murid mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam Sains dan Matematik dalam keputusan PT3
  • Murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik
  • Kes Khas : Murid yang mendapat gabungan gred A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik.
  • Murid yang dapat gred E dalam mana-mana matapelaran tidak layak masuk aliran Sains

Bagi aliran sastera pula, tidak dinafikan ramai yang memandang rendah kepada aliran ini semasa di peringkat persekolahan. Ayat seperti, "Aku bukan budak bijak, sebab tu aku masuk aliran Sastera," sering dijadikan alasan. Namun begitu ramai yang tidak sedar pelajar aliran Sastera lebih laku dan mempunyai nilai pasaran semasa di alam pekerjaan. Mata pelajaran seperti Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Perdagangan adalah antara mata pelajaran yang mempunyai nilai pasaran tersebut.


Mata Pelajaran Wajib (subjek teras)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris / GCE O Level English
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Sejarah
  • Mathematics / Matematik
  • Science / Sains – Untuk Aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja.

6 jenis aliran yang mungkin terdapat di sekolah anda (bergantung kepada pakej yang ditawarkan di sekolah masing-masing):

1. Aliran Sains Tulen
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Physics / Fizik
  • Chemistry / Kimia
  • Biology / Biologi
  • English for Science and Technology

2. Aliran Sains Tulen Agama
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Physics / Fizik
  • Chemistry / Kimia
  • Biology / Biologi
  • English for Science and Technology
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam (Gambaran Islam)
  • Bahasa Arab Tinggi

3. Aliran Sains Kemanusiaan
  • Additional Mathematics / Matematik tambahan
  • Physics / Fizik
  • Chemistry / Kimia
  • Biology / Biologi
  • English for Science and Technology
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Geografi

4. Aliran Iktisas
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Science / Sains
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam (Gambaran Islam)
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Bahasa Arab Tinggi

5. Aliran Perdagangan
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Additional Science / Sains Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan

6. Aliran Kesusasteraan dan Kesenian
  • Additional Science / Sains Tambahan
  • Geografi
  • Kesusasteraan Melayu
  • Literature in English
  • Kesusasteraan Cina
  • Kesusasteraan Tamil
  • Pendidikan Seni Visual
  • Ekonomi Rumah Tangga
  • Pendidikan Muzik

7. Mata Pelajaran Tambahan (Elektif)
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Bahasa Punjabi
  • Bahasa Perancis
  • Bahasa Iban
  • Pengetahuan Sains Sukan
  • Sains Pertanian
  • Mata pelajaran Teknikal
  • Reka Cipta
  • Teknologi Maklumat

Untuk itu, memang benar, keputusan yang cemerlang seharusnya kita mengambil aliran sains tulen. tetapi bagi saya, anda perlu membuat keputusan dengan sebaik mungkin dengan keluarga ataupun kaunselor untuk mengetahui kemampuan dan keperluan negara ketika ini dan akan datang. Perlu ada keseimbangan dan juga timbang-tara.


Berikut adalah panduan yang boleh kita ambil kira. 

1. Lihat keputusan peperiksaan. 
Kecemerlangan dalam subjek-subjek tertentu menjadi penanda minat dan kelebihan anda pada subjek-subjek tersebut, berbanding dengan yang lain. Tengok jikalau matematik dapat A, kebarangkalian untuk bijak dalam aliran perdagangan. Jika sains anda dapat A, boleh ambil aliran sains tulen. Jika meminati hasil seni, boleh mengambil aliran sastera.

2. Perhatikan minat dan kecenderungan. 

Setiap individu adalah unik dan istimewa, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, ini tergambar dari lahiriah mereka. Aliran yang tepat dapat membantu menggilap bakat dan kelebihan anda.

3. Berbincang hati ke hati dengan keluarga. 

“Abang/kakak nak jadi apa bila besar nanti?” Biarkan mereka bercerita tentang impian dan cita-cita mereka, kita boleh membimbing dengan pertanyaan-pertanyaan yang objektif.

4. Berjumpa dengan Kaunselor sekolah. 

Guru kaunselor adalah sumber yang baik untuk mendapatkan pendapat.

5. Berjumpa dengan ahli profesional. 
Jika anak-anak @ anda sudah mempunyai cita-cita, yang spesifik contohnya, doktor. Aturkan masa yang bersesuaian untuk berjumpa dengan seorang doktor yang boleh memberi gambaran tentang profesionnya, agar anak-anak mendapat gambaran yang jelas, adakah ini jenis pekerjaan yang diminatinya.

6. Beristikharah. 

“Tidak rugi orang yang bermesyuarat, tidak menyesal orang yang beristikharah.”


Pilihlah aliran yang bersesuaian dan tepat kerana ini adalah langkah awal ke masa depan yang cemerlang.

Sejujurnya, tidak kisah aliran apa sekali pun, anda berhak memilih aliran mana yang digemari. Jangan kerana desakan keluarga atau mahu glamour, anda memilih tanpa menyedari kemampuan diri sendiri. Sama ada aliran Sains atau Sastera, kedua-duanya bergantung pada usaha sendiri untuk terus berjaya. Tidak kira anda 'berasal' dari aliran Sastera atau Sains, tidak bermakna anda tidak boleh berjaya dan tidak mempunyai pekerjaan yang baik.

Semuanya bergantung pada usaha dan kerajinan sendiri. Sebagai contoh, jika anda mahu menjadi jurutera, saintis atau doktor, tentunya anda akan berusaha di aliran Sains. Jika pilihan anda untuk bergelar peguam, akauntan atau pereka grafik, tentunya anda akan menghargai aliran Sastera. Kedua-duanya sama penting. Namun, tidak semestinya pelajar dari aliran Sains tidak boleh menjadi anggota polis, bukan?

Aliran Sastera atau Sains, kedua-duanya sama penting di mana bidang yang anda pilih akan memperkenalkan siapa diri anda di dalam status pekerjaan kelak!

Semoga bermanfaat!

91 comments:

  1. Assalam, Sya dari aliran sains tulen dan dah 3 bln...klau Sya tukar aliran perdagangan sempat x nak cover 3bln tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Masih sempat sblm peperiksaan pertengahan tahun. Mohon kpd pengetua ye.

      Delete
    2. Assalamualaikum cikgu, saya pelajar batch 06 2022..sekolah saya tidak menawarkan subjek perdagangan ataupun akaun. Tetapi hanya 7 subjek teras iaitu psv, bm, bi, math, science, sejarah, pendidikan jasmani. Soalan saya, adakah tawaran ini akan menghalang cita cita saya sebagai akauntan?

      Delete
  2. Tapi ...sekolah saya cuma ada SC tulen, so saya kena kluar

    ReplyDelete
  3. Sy konpius nk teruskan klas sastera ke tukar klas sn. Sy ade cita2 nk jadi doktor tpi ramai yg ckp teruskan apa yg ada. Skang ni sy duk klas sastera. Mcm mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rasa mampu nak bawa subjek sains tulen, mohon la tukar kelas. Rujuk pada kaunselor ye.

      Delete
  4. saya berada dalam class sc sekarang dan adding subj akaun. skrg ni, saya tak berapa minat dgn subj kimia, fizik, addmath . saya rasa saya lebih kepada aliran sastera.. nk tukar class, mcm x sempat nak cover. lepas spm, bole teruskan dgn aliran sastera tak dkt ipt kalau result subj elektif, x berapa ok

    ReplyDelete
  5. Apa beza aliran sastera, aliran perakaunan dengan aliran perdagangan? mintak tolong explainkan heheh

    ReplyDelete
  6. Saya amik aliran sains,tp tak amik bio,ganti dengan prinsip perakaunan.Boleh tak nak apply bidang akaun kat universiti nanti?

    ReplyDelete
  7. Saya baru habis pt3 dan saya nak mohon penjelasan. Antara sains tulen dan prinsip perakaunan,mana yang lebih susah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua susah. Tapi kita kena tahu kecenderungan minat terhadap sesuatu. Minat sains ke ataupun kira-kira or matematik? Terpulang pada diri anda.

      Delete
    2. akak...saya bru hbis pt3 ,saya confused ..saya tk hebat dkt mt n sc...tapi saya nk cuba amik prinsip akaun...jadi mcm mne ya?

      Delete
  8. Akak sya bru lepas pt3 nk mohon keterangan ttg aliran sains sbb sya mmg minat sangat untuk jadi doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jadi doktor kena ambil sains tulen. kena perform subjek biologi dan kimia. kemudian, selepas SPM boleh memohon matrikulasi dan seterusnya buat ijazah dalam perubatan

      Delete
    2. Abah sy beritahu mulai tahun 2021 pengambilan doktor dan ahli farmasi di hospital kerajaan hanya secara kontrak shj utk tempoh 3 tahun dan tidak akan disambung kerana kekangan kewangan dan limpahan graduan...knp pelajar sains tulin spt tiada masa depan lagi?

      Delete
  9. Ape pendapat admin,saye minat sains tapi keputusan saye 3a 3b 2c 2d , patut ke saye masuk sains or sastera p/s sains saye B math saye D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau anda mampu untuk membawa aliran sains tulen, teruskan. tetapi diingatkan anda mungkin akan mengalami masalah dalam beberapa subjek seperti matematik tambahan, fizik dan kimia. cuba jumpa kaunselor untuk tanya pendapat dengan lebih lanjut.

      Delete
  10. salam admin...
    boleh ke student memilih prinsip perakaunan jika pelajar tidak memilih subject sains ketika pt3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ambil pepeiksaan sains ke? Setahu saya wajib ambil subjek sains tu. Tetapi, jika ingin memilih aliran perakaunan mesti mahir dalam matematik kerana di tingkatan 4 mesti ambil matematik tambahan. Mungkin boleh masuk aliran perakaunan.

      Delete
  11. untuk aliran perakaunan tidak perlu cekap matematik kerana pengiraan di dalam perakaunan hanya kebolehan membilang wang wang sahaja...semua orang tua muda boleh mencampur...menolak..mendarab dan membahagi wang....tetapi kecenderungan memahami proses atau prinsip adalah sangat perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ye. saya merujuk kepada matapelajaran matematik tambahan. bukan mata pelajaran akaun.

      Delete
  12. assalammualaikum sis . mt dan sn sye dpt c. sye dpat band 5 dan 6 dlm subjek mt dn sn . layak ke saye masuk ke kelas sn ?

    ReplyDelete
  13. Sye nak tye mate sye E, bolhkh saye mgmbil prinsip perakaunan?? Sbb sye mmg minat mate xtaulh mcm mne bole dpt E sbb waktu prcubaan pt3 sye dpt C

    ReplyDelete
  14. Sorry for asking here, saya nak pendapat. B. Maths saya pt3 dapat E dan sains juga E, tapi saya minat perdagangan serta prinsip akaun sebab sekolah saya menawarkan dua2 bidang tu dalam satu aliran. Agak2 boleh ke dapat kelas akaun? Kala buat surat rayuan pun dapat tak. Ye ? Thankyou!

    ReplyDelete
  15. saya nak tanya. pt3 saya sains E tpi saya x tau knp saya minta sains tulen, mslh nya mk saya x bgi saya masuk aliran tu, apa patut saya buat? tukar aliran atau kekalkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika sains dapat E memang tidak digalakkan untuk mengambil sains tulen sebab sains tulen lebih susah daripada sains teras. takut anda akan kecundang masa SPM kelak

      Delete
  16. assalamualaikum cik balqis. sy pelajar form 4 yg tgh ambik sains tulen. sy rasa sy x boleh nk adapt dgn add math n fizik. tapi, sy minat sains-bio n kimia. sy lebih cenderung dlm sains tp lemah dlm pengiraan. result pt3 sy pun, math c, sains a. Apa yg patut sy buat? Patut ke sy drop kelas sains tulen? Tapi, kalau sy drop sains tulen, sy pun x dpt ambik bio n kimia lagi. Cik balqis,Tolong bantu sy. T.kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. jika anda memang betul2 berminat pada sains tulen, kena berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk menguasai matematik tambahan. sebab anda tiada pilihan melainkan mengambil subjek tersebut. tidak mengapa, lama-kelamaan minat tu datang sendiri. cuma kena tanam sikap suka kepada matematik. saya dulu pun tak suka matematik tambahan sebab terlalu susah. lama kelamaan okey je. semoga berjaya.

      Delete
  17. Selamat sejahtera cik Balqis...
    Saya memang tak tentu dengan aliran minat saya...dalam pt3 saya dapat 9A dan 1C iaitu sc...sekarang saya duduk dlm kelas sc lah...cita cita saya nak jadi seorang usahawan...dlu saya rasa macam kenapa pulak nak menyeksakan diri belajar kelas sc nak business...lepas tu lama kelamaan lah...why not saya belajar dalam aliran sc dan buat business utk menjadi better drp yg lain...saya tak pasti dgn ni...tolong saya boleh?
    Kalau saya amik kelas sc dlu lepas tu keputusan sya tak sgt bagus dlm spm boleh tak saya belajar dalam bidang lain iaitu business management ke lain2

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt sejahtera. boleh. tidak menjadi masalah di kemudian hari. teruskan usaha. :)

      Delete
  18. Assalamualaikum. Saya nak tanya. Saya dapat jurusan sains, berapa banyak subjek yang saya kena amik termasuk subjek teras? Dan macam mana saya nak tahu jurusan sains yang mana satu saya ditawarkan?

    ReplyDelete
  19. asslm kak qis .. saya ni mmg niat nak ambil kls sn atas dasar saya nak jadi engineer and saya minat math tapi tula biology pulak saya masalah skit . rasa mcm nak drop je .. tapi abg saya kata .. kalau saya minat math better ambik acc je ... sbb minat and cita2 saya tu mmg mgundang risiko tinggi bagi perempuan sbb tu fmyli pun tak galakkan so mcm mana ye .? sy pun buntu skrg ni

    ReplyDelete
  20. asslm kak qis .. saya ni niat nak ambil kls sn atas niat sbb saya nak jadi engineer tapi tula saya ni bila bab kehidupan or sng cita biology mmg masalah skit .. mcm mana eh? one more saya minat blaja bab atom and kimia tu ... bole ke saya nak drop biology?

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan. tak ada masalah. biologi tu jangan risau. belajar bersungguh2. gred SPM x sama dgn sekolah. boleh dapat lulus. nak jadi engineer boleh. ambil Chemical Engineering. ok?

      Delete
  21. Assalamualaikum akak balqis, skrng sya dh f4 dn msuk kls (aliran)sc tulen. Sya dpt E utk subjk math (pt3) dn B utk sbjk sc(pt3). Sya tak sngka sya dpt msuk kls sc tulen. Tpi subjek fizik dn biologi sya lemah tpi kimia sya minat. Add math pula sya minat tpi lemah. Tpi peperiksaan pertengahan tahun sya dpt D(fizik) , C(kimia) dn G (biologi dn addmath) utk subjek teras pula sya dpt B+ (sej dn bm) A- (p. islam) , D(english) . Sya fikir nak pindh kls (aliran) sc sukn. Aliran sc sukn tu tawarkn subjk elekftf a) perdagangan+perniagaan b) sc computr+rekacipta. Akak balqis rsa sya ptut tak pindh kelas ni, dgn keputusn peperiksaan pertengh thun yg kurang bgus. Sya mmg perlukn nasihat akak, harap akak dpt membantu sya. Lgi stu, klau akak cdgnkn sya pindh kls skrng, subjk elektif yg mna akak cdgkn sya ambil? Maaf klau mnyushkn akak😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang cerita lah kan, awak minat nak jadi apa? minat belajar apa? susah nk suggest sebab kena berdasarkan minat awak juga. tapi kimia awak boleh bawa. its good. teruskan. cuma banyakkan ulangkaji addmath and biologi. jgn risau sgt sebab gred SPM tak sama dengan gred sekolah. awak boleh lulus. saya cadangkan awak teruskan je. bila dapat sambung belajar, ambil jurusan kimia. sama mcm saya :)

      Delete
  22. Saya nk tnya,sya minat kepada math dan lngsng x mna sains,jadi sya cdang nk ambk sastera sbb aliran tu ja kt sk sya yg bleh ambk bdang agama,tnpa add math,adkah sya ada hrapan diterima universty dan kja nanti,rkn2 slalu kta klau x dak add math pyh nk msuk u and kja

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. sambung ambil course engineer pun kena ada addmath. matrikulasi pun tengok addmath juga. boleh ambil aliran akaun. sains teras, matematik, add math dan akaun.

      Delete
  23. Aslam mcm mne utk memasuki aliran sastera Dan pelajaran yg perlu lulus

    ReplyDelete
  24. assalam kak qis, saya baru dpt result pt3. result sy juga tidak memberansangkan. saya dpt 3A , tpi sc saya E dan math pula gagal.. aliran apa ya yg sesuai dgn saya? saya tak tahu sgt.. :(

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum akak,saya pelajar pt3 tahun ni dan saya dapat 5A 1B 3C 1D.Saya dapat sains C dan math D.Cikgu saya kata saya dapat sains tulen,tapi saya tak pasti saya boleh bawak ke tak subjek math.sy minat sains tpi math saya lemah.patut ke saya mohon kelas sastera utk tahun depan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang. kalau awak x confident nak bawa subjek sains tulen, ambil sastera.

      Delete
  26. Sis,my math got F but I minat sangat to aliran acc but now I dpt tahu yg I kene masuk aliran perdagangan which is kls ert. But I tk minat kelas tu, I mmg minat kls acc so how eh? Cause I tk boleh klau belajar benda yg I tk minat, if I mohon rasanya dpt tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat sebab math awak gagal. cikgu-cikgu awak tak bagi masuk punya takut awak tak boleh bawa math masa spm nanti. tapi boleh cuba kalau mahu.

      Delete
  27. saya merupakan pelajar aliran sains tulen. bolehkah saya mengambil subj geografi sbagai subj tambahan dengan belajar sendiri. ini kerana, tiada guru spm geog. tetapi, saya berminat utk mendaftar subj geog dalam SPM. kepadakah siapakah saya perlu rujuk utk proses pendaftaran? bolehkah saya merujuk subj geog dengan ketua panitia geog?bolehkah saya mengambil subj geog ini w/pun saya aliran sn tulen?
    .
    .
    saya juga berminat utk mengambil subj pend al quran assunnah dan syariah islamiah ttapi tidak mengambil bahasa arab. oleh kerana, tiada kelas sn tulen agama di sek saya, bolehkah saya mengambil subj pend alquran assunnah dan syariah islamiah ttpi didaftarkan di spm? siapakah yang perlu saya rujuk? bagaimana pula dengan subj pend. islam, adakah saya perlu drop? ttg belajar, di sek saya ada guru paqs dan psi ttapi saya perlu blajar sendiri. bolehkah saya mengambil subj paqs dan psi tanpa bahasa arab?
    .
    .
    saya lebih berminat cenderung kpd ingin mengambil subj geog sbagai subj tambahan kerana saya mmg berminat. ttg paqs dan psi, jika saya dibenarkan utk mengambil, saya mahu mengambil tetapi saya masih dalam keadaan keliru dan buntu... tolong bantu saya, tq

    ReplyDelete
  28. Assalam..saya dlm kls sastera tpi sya berminat sngt dgn sains..cita² nk jdi doktor tpi bila dh msuk kls sastera terus hilang impian tu..jdi sya nk tnya klau sya nk amik subject tambahan seperti bio dn kimia mcm mne ye..terima kasih

    ReplyDelete
  29. Sis kalau saya pelajr akaun tapi tk belajar fizik kimia and bio,boleh ambil bidang berkaitan sains tak?

    ReplyDelete
  30. Salam sejahtera,masa di ting5 saya ambik aliran sastera tapi dlm form 6 I nak ambik aliran sains boleh tak

    ReplyDelete
  31. Hi..saya baru je form 2 dan saya ada bagitahu dekat senior saya (yg sekarang ni baru saja lepas ambik result SPM) yg saya minat nak belajar kelas sc tapi senior saya kata kalau boleh jgn masuk kelas sains sebab takut tak boleh bawak cth subjek,addmath,kimia and biologi..saya jadi buntu,tapi saya takut nak ambil aliran lain waktu form 4 nanti sebab dari kecil lagi saya minat subjek sc dan betul betul nk masuk kelas sc..kak qis rasa,patut tak saya tukar minat saya?

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum,saya pelajar tingkatan 3. Saya tinggal do KL. Masalah saya adalah, saya tak dapat jumpa sekolah yang mempunyai aliran sastera untuk tingkatan 4. Boleh tak akak bagi senarai pendek sekolah yang mempunyai aliran yang saya cari?

    ReplyDelete
  33. Salam kak qis , sy berada di kelas sastera yg hnya ad subjek tambahan tasawwur dan seni shja .Adakah mmpu sy untuk mencapai cita² saya sebagai peguam Dan subjek apakah yg harus sy tekankan ?

    ReplyDelete
  34. Assalam nak tanye kalau PT3 subjek SAINS dapat (B or c)dan MATEMATIK (C or D) dan subjek lain lulus boleh masuk kelas SAINS tak? sebab saye minat SAINS

    ReplyDelete
  35. Aslm akak.. Maaf mengganggu akak. Sye result pt3 saya 8A 1B 2D 1E.
    Sye dpt D sains n E math. Tpi cg letakkan sye dlm aliran sains tulen. Sye pun x tau kenape... Tpi sye mmg x berminat ngn sains tulen sbb ade addmath. Sye x de keyakinan yg saye boleh bawak semua subjek (fizik,kimia,bio@gkt,addmath)ni sbb sye tahu subjek ni tough. Sye xde cita2 sbb sye x tahu nk jd ape. Tpi ujian psikometrik sye lebih kepada artistik. Sye dri f2 mmg nk amik sastera. Sye igt nk amik perniagaan dan sains rumah tangga/sains sukan. Tpi tulah sye x leh pilih antara srt ngn ss.. Akak boleh bgi cadangan x antara srt atau ss yg better sye amik?
    Maaf menyusahkn akak dan sye harap akak balas 😥 sye buntu.

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum sya baru lepas pt3, sya dpt kelas sn tp cita2 sya nk jadi usahawan, jadi lebih baik sya ambil klas (ekuiti) yg ade prinsip akaun, ekonomi dan perniagaan atau (aset) yg ade ekonomi, prinsip akaun dan add maths. Mohon tlong sy ye....

    ReplyDelete
  37. asslm.. saya minat sains tpi dlm pt3 sc saya c n math saya b lepastu f4 saya dmsukkan ke kelas acc ttpi saya tk minat acc smpai cg acc msuk pn saya mcm malas nak ambil kisah hm harap dpt bntu saya slesaikn msalh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ya akaun susah sangat ke sebab sekarang ni saya ambik bio tapi macam nak pindah kelas akaun tapi tulah ramai budak kelas akaun fail dalam akaun tu yg buat aku x tau sama ada nak kekal kelas bio atau akaun

      Delete
  38. Hello~ saya pelajar lepasan PT3 2018... Saya dapat 10A dan nama saya memang ada dekat kelas science ~ kemudian tak sampai seminggu saya trus apply keluar kelas nk masuk kelas dengan subjek elektif Ekonomi, Sains Komputer, PSV & Bahasa Iban... Mula²nya memang kes saya diperdebatkan dan dimesyuaratkan sebab itu pertama kali pelajar str8 A nk keluar kelas science (kata guru² disitu) namun, akhirnya dibenarkan keluar~ minggu lepas saya baru habis exam awal penggal pertama dn saya rasa happy dengan keputusan saya untuk keluar.. Jadi, saya nk berterima kasih lah sbb blog ni saya lebih faham dngn aliran² di tingkatan 4 ni dlu semasa berada di kelas science...

    ReplyDelete
  39. Assalam saya sekarang kelas akaun tapi saya minat science....rasa sempat tak nak cover sebelum exam mid year...and pada masa yang sama saya rasa takut x sempat nak cover

    ReplyDelete
  40. assalamualaikum...spm saya aliran sastera...tapi saya berminat menjadi doktor..rusult spm sainsA- mathB+...ada x university yg terima pelajar spm aliran sastera untuk terus pengajian doktor?tolong explain sikit... :)

    ReplyDelete
  41. aslm,saya budak sains tulen tapi saya nak tukar aliran ..cita cita saya ahli arkeologi..boleh srankan aliran ap yang sesuai

    ReplyDelete
  42. Salam, nak tnya pendapat tentang student aliran sastera ni ada peluang or layak tak kalau nak ambik jurusan undang2 lepas spm nnti? TQ....

    ReplyDelete
  43. Aslm kak qis, saya mahu tanya, saya pelar pt3 thun ni,bolehkah saya ambil aliran sains tulen sebb sains saya b dan math c, tetapi bahasa arab saya E.

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum.saye nak tanye saye punya pt3 3a tpi math ngn sc saye D.akk ade suggest ape² aliran yg saye boleh bwk.

    ReplyDelete
  45. Assalam,Saya nak tanye,kalau nak jadi kontraktor..kena ambil aliran sastera ke? Btw sye bru f3

    ReplyDelete
  46. kalau cuma ambik 7 subjek dalam spm , macam mana?

    ReplyDelete
  47. helo,kak.sya ni kan di dalam aliran sastera...cita² sya nak jadi jurutera...boleh ka aliran sastera ni dpt capai cita² sya?tapi kalau sya ni masuk aliran sains sakit kepala time cg ajar nti,tu yg susah...sila reply...hehehe

    ReplyDelete
  48. Saya dpt result straight a pt3 n masuk kelas sains...exam dh dua kali dan saya bole fhm n jawab sains plg teruk gred c...tp saya sllu fikir nk kerja nnti akaun lg bnyk peluang...n saya minat bljr dkt yt pasal financial...patutka saya tukar?sekrg sy f4 bln9...ibu sy kata ambil sains dulu lps spm baru tukar aliran

    ReplyDelete
  49. Cita cita saya ialah saya ingin menjadi seorang peguam , bagi pendapat anda .. aliran mana yang boleh anda syorkan kepada saya..

    ReplyDelete
  50. assalamualaikum kak saya dpt kls akaun tapi saya lbh minat sains and saya tak tahu subjek apa yg saya akan belajar dlm kls akaun nanti

    ReplyDelete
  51. Akak saya dapat kelas sains tulen...tapi ingat nk tukaq ke kelas sastera plus bahasa arab...boleh x saya jadi lawyer atau pon cikgu kalu ambik aliran sastera? Boleh bagi pendapat x akak?

    ReplyDelete
  52. Salam sejahterah akak klw result sya math E pastu sains sya C blhke sya msk aliran sains tulen sbb sya minat juga nak belajar sains tlng bntu syaa

    ReplyDelete
  53. Asalam,saya nk tnye klau cita-cita saya nk jadi polis atau jpj aliran mana yg sesuai??Alirana sains ke sastera??Mohon penjelasan yerr😅

    ReplyDelete
  54. Saya dari aliran sastra nak jadi pegawai perubatan boleh ke?

    ReplyDelete
  55. Saya dari aliran sains ... saya dah 4 bulan dlm aliran ni n susah sangat dlm aliran ni .. sempat x kalau saya masuk kelas sastera utk cover balik semua yg dorang dah study?

    ReplyDelete
  56. Aslm akak,pck sye ckp kalau nk jdi akauntan kna ambil sc tulen..betul ke

    ReplyDelete
  57. Padahal Sains adalah ilmu dasar kehidupan kita :)

    ReplyDelete
  58. Hi, if ambik perdagangan Dan seni tu Kira aliran sastera lah kan? Bukan perdagangan kan

    ReplyDelete
  59. Salam kak qis,sekolah saya x de aliran sastera,boleh ke saya nk jadi akauntan jika saya ambil subjek addmath,math,prinsip akaun,kimia,fizik,gkt/bio?
    Dan antara gkt dan bio,subjek manakah yang digalakkan untuk saya ambil jika saya nk jadi akauntan??

    ReplyDelete
  60. Salam kak qis,sekolah saya x de aliran sastera,boleh ke saya nk jadi akautan jika saya ambil subjek addmath,math,prinsip akaun,kimia,fizik,gkt/bio?
    Dan antara gkt dan bio,subjek manakah yang digalakkan untuk saya ambil jika saya nk jadi akauntan??
    Mohon penjelasan..tq ii

    ReplyDelete
  61. Hi,saya nak tanya,ada kawan saya ni,dia fail sains dgn math di f3,tetapi dia nak ambil aliran sains di smk,dia bertekad nk bljr sungguh2 sains,persoalannya,bolehkah dia ambil aliran sains?

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®