Wednesday, June 24, 2015

Tempoh Berpuasa di Seluruh Dunia


Wordless Wednesday # 43 : Tempoh Berpuasa di Seluruh Dunia



Jika dilihat pada carta di atas, kita rakyat Malaysia dikira sangat beruntung kerana terletak di bahagian yang strategik. kenapa strategik? sebab Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa, so kita selamat dari pergerakan gunung berapi *insyaAllah*. walaupun ada kita mendengar ura-ura di mana Malaysia mungkin 'lari' sedikit dari garisan khatulistiwa, cuma Malaysia bergerak ke atas sedikit ke arah utara garisan Khatulistiwa (sumber : Sinar Harian). 

Jika kita ingat kembali pada tahun lepas (2014), negara kita pernah mengalami cuaca yang sangat sejuk sehinggakan kita semua mengharapkan sajli akan turun di Malaysia. oh, agak tidak masuk akal di situ, hahaha. Jabatan Meteorologi Malaysia sudah mengesahkan punca kejadian tersebut. tetapi, jika kuasa Allah SWT menentukan, tiada apa yang boleh menghalang, kan? 

Tapi apa lagi yang special duduk di Malaysia nie? nah, inilah yang specialnya Malaysia. tempoh masa berpuasa di Malaysia adalah antara yang tersingkat berbanding negara-negara lain *hehehe*. di Malaysia, secara kasarnya kita mengambil masa sebanyak 14 jam 10 minit. kalau nak singkat lagi, boleh ke Borneo iaitu di Sabah dan Sarawak di mana waktu maghribnya juga sangat awal, iaitu dalam lingkungan jam 6 petang. saya pernah merasa berbuka awal dulu masa kecil-kecil sebab saya pernah tinggal di Sarawak. tetapi sahurnya memang awal sebab subuhnya sangat awal. tapi apa nak heran pada waktu sahur, kita semua herankan pada waktu berbuka, kan? hahaha XD. 

Tempoh berpuasa paling lama dicatatkan ialah di negara-negara Eropah seperti Reykjavik, Iceland, London, England, Sweden, Stockholm, Berlin dan Jerman iaitu selama 19 - 22 jam. mak aih, pengsan puasa lama-lama..hehe. Tempoh berpuasa paling singkat pula di Chile, Amerika Selatan iaitu 10 jam 23 minit. Sydney, Australia pun mengambil masa kedua tersingkat iaitu 11 jam 24 minit. ha, bolehlah pada bulan Ramadhan ini kita holiday di Australia. aci tak? hehehe XD




11 comments:

  1. Salam.hehhe..nk tanya cket bleh??😘mcm mn nk buat blog secantik aka punya ni ?teringin sgt nk buat blog..😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah larr..nir pon ade orng buat kan

      Delete
  2. Salam.hehhe..nk tanya cket bleh??��mcm mn nk buat blog secantik aka punya ni ?teringin sgt nk buat blog..��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Nk buat mcm nie kne pndai main coding html dik. Kne blja lhn2 la. Lme2 bole buat sendiri..hehe

      Delete
    2. Wslm. Nk buat mcm nie kne pndai main coding html dik. Kne blja lhn2 la. Lme2 bole buat sendiri..hehe

      Delete
  3. Rasanya hari ni nak terbang kat Australia sekejab lah.. Singgah nak berbuka saha.. Eh, boleh camtu? :)

    ReplyDelete
  4. Takleh bayangkan camne orang kat iceland puasa, sahur n solat isyak/terawih. mesti terkejar2.

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa Qis..dah lama sis JM x singgah sini

    ReplyDelete
  6. terima kasih bagi idea!

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®