Thursday, January 23, 2014

Malaysia semakin sejuk. Betul tak?


korang tak rasa ke benda yang qis rasa sekarang nie?

sejuk sangat! 
sekarang dah pukul 9.25 am. selalunya dah rasa panas time macam nie tapi macam ada kat cameron anginnya. aihh! 1st time kipas tidak dibuka time2 macam nie. Qis memang x boleh sejuk2 nie especially tempat ber'air-cond'. nie pun dah selubung dengan sweater. 

tempat korang rasa sejuk tak?

kenapa cuaca di malaysia menjadi sejuk sekarang nie? :(


fenomena cuaca sejuk dalam hadis:

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata:-
Nabi s.a.w bersabda lagi: “Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik – mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat.”
 (Dan pada satu riwayat yang lain:
“Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu.

[updated]

Banyak bandar dan daerah di Malaysia mengalami cuaca sejuk ekoran angin sejuk monsun Timur Laut. Suhu dingin biasanya direkodkan di Pantai Timur dan kawasan utara Semenanjung Malaysia kerana angin monsun Timur Laut yang cukup kuat.
Angin bertiup dari Tanah Besar China, yang sedang mengalami salji sekarang.
Bandar-bandar seperti Subang Jaya, Kota Kinabalu, Sandakan, Kota Bharu, Kuantan dan Petaling Jaya mengalami suhu di bawah 25°C, menyamai Cameron Highlands dan Genting Highlands.
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melaporkan pada hari Khamis bahawa dari 1 hingga 22 Januari, suhu yang paling rendah dicatatkan di Kuantan iaitu 21.0°C, Kota Kinabalu 22.1°C, Petaling Jaya 23.6°C, Kota Bharu 23°C, Kuching 22.0°C manakala daerah di utara seperti Alor Setar, Kedah dan Chuping, Perlis masing-masing mencatatkan suhu 22.4°C dan 23.3°C
JMM juga menafikan khabar angin bahawa salji turun di Indonesia kerana adalah mustahil untuk sebuah negara tropika mengalami fenomena itu.
sumber: [mStar Online]
artikel seterusnya -> 


lovenota 1: cuaca memang tak menentu sekarang nie. 
lovenota 2: kalau berterusan macam nie, boleh jatuh selsema esok lusa.


11 comments:

  1. yknow what. ive read an article about Malaysia akan beku apabila bumi mengalami process 'flip' bila matahari akan bertukar arah.
    Matahari bergerak laju sekrg.
    wallahu =)

    ReplyDelete
  2. @Nurulee yeke? ade ke artikel cmtu? tdi search xjmpe pun. huhu. wallahu'alam :(

    ReplyDelete
  3. ni artikel berguna untuk fenomena cuaca skrg

    http://abatasa2.blogspot.com/2013/12/brazil-jadi-kutub-utara-manakala-india.html

    ReplyDelete
  4. ttbe rasa takut..kebetulan pulak esok hari jumaat..

    ReplyDelete
  5. aah betul tu...cuaca memang sejuk sekarang ni...cek kat web MOSTI suhu kat Malaysia rendah berbanding biasa...

    ReplyDelete
  6. Salam tuan rumah.saya sampai kat sini sebab awak curi artikel saya .
    hehe gurau je,tak marahpun.lagi suka sebab awak promosikan blog saya kat sini.Thanks
    p/S: Semua yang kita miliki adalah milik Allah jadi gunakan untuk berbati kepadaNya..

    ReplyDelete
  7. @ijoks2009 amboii..sy x curik eh. kn sy ader letak link tu..hahaha..btw sharing is caring kan? :)

    ReplyDelete
  8. @MissNick itu la..sejuk beku smeua ada..hehe

    ReplyDelete
  9. Sayapun nak update juga :)

    JERTIH: Cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius di sekitar Besut, pagi semalam.

    Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Jenuwa Husin berkata, selain itu, Kuala Krai, Kelantan, turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.

    http://todaynews-online.blogspot.com/2014/01/suhu-sejuk-melampau-di-besut.html

    ReplyDelete
  10. @ijoks2009 haaha..itu btl2 promote nmpknye..haha. :)

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®