Showing posts with label ..time pass... Show all posts
Showing posts with label ..time pass... Show all posts

Sunday, December 30, 2012

Tanah Runtuh di Bukit Setiawangsa


agak terkejut juga bila berita nie tersebar di internet terutama kat fb [sbb cik balqis xdak tv..hehe]..ramai kawan2 Qis dok sibuk bercerita pasal nie..
tak sangka kan benteng konkrit setinggi 25 tingkat nie boleh runtuh..

tempat nie tempat di mana cik balqis dengan geng2 slalu bermain2 kat situ..berlari2 sepanjang jalan..rumah Qis dulu tak jauh dengan kawasan nie..
then berjalan2 ke puncak setiawangsa..selalunya laluan nie digunakan semasa Merentas Desa oleh sekolah Qis dulu kat SMK Taman Setiawangsa..

dah lama Qis duduk c2 and dis is the 1st time terjadi benda camnie..orang kata ini semua kerja Allah swt..redha jela..

*sumber gambar dari kawan2 di facebook*

hopefully tak ada apa2 yang terjadi..insyaAllah.. :)

lagi berita selanjutnya di link kat bawah:


Read More »

Friday, November 30, 2012

Ciri-ciri Suami Awesome


Ciri suami Awesome: 1. Solat fardhu cukup 5 waktu. 2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat kerja. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau. 3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantik. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan. 4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain. 5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.” 6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah. 7. Dia faham kamu, kamu faham dia. faham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk. 8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu. 9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..” 10. Belajar setakat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD. 11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain. 12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak. 13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung. 14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi. 15. Jenis senyum sokmo. 16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

ada tak? hehe~ (n_n)v

Read More »

Wednesday, October 17, 2012

Rahsia Wanita Berdasarkan 4 Unsur

Qis terjumpa satu artikel di mana rahsia wanita boleh dirujuk mengikut unsur. tetapi ada 2 jenis rujukan iaitu mengikut anak ke berapa dalam keluarga ataupun mengikut horoskop @ zodiak. so, Qis pun selitkan kedua2nya untuk informasi anda. saja suka2 takpe kan :)

Rahsia Wanita Berdasarkan 4 unsur - Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
  • Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
  • Air - kedua, Keenam, kesepuluh
  • Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
  • Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah 


Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita tanah dilahirkan dibawah zodiak Taurus (21 April - 20 Mei), Virgo (24 Ogos - 23 September) dan Capricorn (22 Disember - 20 Januari) biasanya memiliki sifat-sifat berikut:

  • seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal
  • penyabar dan boleh bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material
  • semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
  • Kebijaksanan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
  • Sifat marah yang terkawal serta sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah kekasih yang setia dan berwibawa.


Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir dibawah zodiak Cancer (22 Jun - 23 Julai), Scorpio (24 Oktober - 22 November) dan Pisces (20 Februari - 20 Mac) menpunyai ciri-ciri berikut :


  • Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
  • Mereka ini dipandukan oleh perasaan dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginative, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan sentiasa berhati-hati.
  • Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan mudah, cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan diri sendiri.
  • Sentiasa bertanggungjawab dan berusaha dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tetapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: 
Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu. Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. Penasihat yang baik kepada suami. Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami. Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita api dilahirkan dibawah bintang Aries (21 March - 20 April), Leo (24 Julai - 23 Ogos) dan Sagittarius (23 November - 21 Disember) pula:


  • Dilahirkan sebagai pemimpi
  • Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun kekadang bernas.
  • Seorang yang artistik dan sukar dijangka tetapi biasanya romantik dan tidak pemalu.
  • Mempunyai personaliti suka menguasa dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya
  • Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi berasa sedih kadang-kadang terluka.
  • Jujur dan mahu perhubungan berjalan dengan lancar.
  • Wanita api haruslah diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan hubungan itu terus berkesan.
  • Tidak keberatan beralih arah jika berasa tertekan.

Wanita berunsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin: 
Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. Pandai bermain kata dan memujuk rayu. Sopan santun dan berbudi pekerti mulia. Bijak mewujudkan suasana selesa. Hati yang cepat berubah ubah.

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei - 21 Jun), Libra (24 September - 23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari - 19 Januari) ini :

  • Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan 
  • Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif , bagi mereka segalanya boleh dicapai.
  • Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling berkerjasama serta bersungguh-sungguh.
  • Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
  • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang unggul untuk berkonfrantasi.
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan yang sebenar yang terpendam dalam hati mereka 
  • Dikenali dan diingati kerana sifatnya yang manja dan romantik.


nilailah diri anda sendiri :)
Read More »

Tuesday, July 31, 2012

Selamat Hari Pahlawan

di kesempatan ini cik balqis mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada semua anggota badan beruniform dan pesara2..polis..tentera..navy..maritim..tudm..tldm..bomba..
[ada lagi ke yang saya tak sebut? hehe]


cik balqis pun anggota uniform jugak ape..
Inspektor kadet polis di sekolah..hikhik! 

dan cik balqis juga adalah anak seorang pegawai polis (n_n)v
Read More »

Friday, July 27, 2012

Promosi Colgate: Free 1 Kole SpongeBob

hari tu cik balqis pergi beli colgate..sebab ubat gigi dah habis kat umah..godek2 mall tu jumpa la promosi colgate..beli 2 kotak dapat 1 kole spongebob squarepants..



so ape lagi..cik balqis pun kebas la satu kotak..dapat la kole yang comel n cute nie



comel kan? hehe!
so, siapa peminat Spongebob dengan Patrick..bole la dapatkan Colgate di pasaran sekarang..stok adalah edisi terhad! 

dah dapat free tu sayang pulak nak guna..kiut sangat!

(n_n)v

Read More »

Thursday, July 26, 2012

Nur Feetri: Singaporean Duckface


tadi sempat la BW blog uolss..ada satu entry yang berkaitan dengan budak singapore nie..
Nur Feetri


uolss rasenye dah kenal dengan girl nie kan..sinonim dengan nama duckface singapore..

my respond:


kalau uolss da tengok facebook Nur Feetri [LINK]
ramai dok kutuk dia disebabkan perbuatan dia tuh

sebab dia dah upload 5 video
(bole view lg ker? rasenye tak kott)

apa motif dia cik balqis pun sampai sekarang tak faham lagi..hahaha~


entry terpaksa diedit sebab banyak puak2 dia dok komen..haishh..tutup mulut jela XD

Read More »

Wednesday, July 25, 2012

Penjawat Awam: Bonus Setengah Bulan Gaji 2012

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini. - BERNAMA

*tak jelas la pulak kan*

takpe..asalkan dah dapat tahu kita penjawat awam akan dapat
bonus: 9 Ogos 2012
gaji: 13 Ogos 2012
next gaji: 25 September 2012
so kita kena la berjimat ye pada hari raya nie..kang dah sampai awal bulan dah kering..nak tunggu 25hb tu lambat lagi..tak pasal2 korang menghitung hari tunggu nak gaji nanti..hehe!

Read More »

Monday, July 23, 2012

Imbuhan Aidilfitri untuk Penjawat Awam


SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemberian imbuhan sempena Aidilfitri bergantung kemampuan kerajaan.

"Malah bonus ini dianggap sebagai tradisi kerana dua tahun lalu, penjawat awam mendapat sagu hati RM1,000 menjelang Aidilfitri iaitu RM500 sebelum dan selepas perayaan itu.


"Pemberian bonus raya perlu diberikan mengikut gred masing-masing dari sebulan hingga tiga bulan gaji," katanya.

Menurutnya, pemberian bonus itu bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi penjawat awam dan pesara juga dapat menikmati kemeriahan Aidilfitri nanti.


“Kami berharap bonus raya dapat menceriakan sambutan hari raya dengan lebih bermakna memandangkan perbelanjaan mereka akan meningkat untuk persediaan tersebut,” katanya.



Sebelum ini, Presiden Cuepacs mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan.


***************************************************************

kalau dapat bonus/imbuhan hari raya nie kan..lega la sikit kan uolss..banyak perbelanjaan raya neh nanti..nak bagi duit raya kat anak2 buah lagi..sedara mara..pokai den..haha! (n_n)v


update: dah umum ada bonus kan? suke la teww..baca entry sy di [LINK]
Read More »

Sunday, July 22, 2012

Jom kait buah Mangga

petang tadi sebelum berbuka puasa..cik balqis sempat jenguk2 buah mangga yang ditanam kat depan rumah cik balqis tu..memang pokok tu dah berbuah banyak dah 2 minggu lepas..masa tu kecik2 lagi..sekarang dah besar2 buahnye..


tengok gambar kat atas..tu baru sebahagian je..belum tengok keseluruhan..teruja betul tengok pokok mangga nie berbuah..terliur tengok haa..kalau dapat makan buah cicah kicap ..uishhh..jangan cakap laa..memang sedapppp..

so cik balqis pun try la mengait buah..cari2 galah takde..so cik balqis pun guna la alat kat bawah nie..


hahahaha..dah itu je ada..so guna jela kann..tak pernah dibuat orang :P



korang tengok pun mesti rasa nak makan jugak kann..hehe! memang banyak yang berbuah..ada yang tak masak lagi..


cukup la dapat 6 biji untuk dimakan
(n_n)v



Read More »

Friday, July 20, 2012

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri-negeri seluruh Malaysia 1433H/2012M


sila download jadual waktu imsak dan berbuka puasa mengikut negeri-negeri seluruh malaysia..ikut negeri masing-masing ye (n_n)v


MELAKA



JOHOR


 
 


PERAK

 
 
 
 
 


SARAWAK

 
 
 
 
 
 
 
 


SABAH

 
 
 
 
 
 
 
 


TERENGGANU

 
 



KELANTAN

 


SELANGOR

 


PAHANG

 
 
 
 
 


WILAYAH PERSEKUTUAN
 
        

NEGERI SEMBILAN 

 


KEDAH

 
 
 
 



PULAU PINANG

Read More »

Tuesday, July 17, 2012

Kebaikan dan keburukan pelajar bawa handphone ke sekolah

Pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai 2013


berita nie keluar kat Buletin Utama TV3..cik balqis baru tahu pun tadi..lagipun tak tengok tv sangat..hikhik..pasal tajuk di atas..kalau la henpon atau telefon bimbit dibawa ke sekolah..rasanya nanti sekolah jadi huru hara kowt..sebab apa? keburukannya:

1. pelajar kalau ponteng kelas boleh mesej kawan2 dia yang ada dalam kelas suruh jadik spy. yelah..mana tau cikgu disiplin carik diorang ke kan. dapat la lari ke tempat yang cikgu disiplin tak dapat tangkap. so, info tuh jadi cepat dalam sekelip mata je..rasanya cikgu disiplin takkan dapat tangkap la pelajar ponteng lepas nie. ada je info dari spy2 diorang kan..konon nak tolong member2..tak tolong kang kena belasah/debik..hehe!

2. tiap2 hari nak kena ber-facebook/twitter dalam kelas. sikit2 nak update..cikgu marah tak siap kerja pun update..malas nak masuk kelas nak ponteng besar2an pun update. camno aih? langsung tak fokus nanti pada pelajaran..


asyik2 nak bermesej2 dengan pakwe/makwe/skandal..nak bermanja2, calling2 dan berasmaradana dalam kelas..hishh..payah betul..ayoyoyo~


3. kalau tengah ada peperiksaan/exam..student tiba2 lulus semua subjek..yang tak pernah lulus tetiba dapat A plak kan..sebab meniru melalui henpon..kan dah tak telus tuh..cikgu pun percaya laa student tuh da berubah..dah belajar..jadi baik..kononnya laaa~~

4. nanti kang kalau cikgu tengah ngamuk dalam kelas..ade certain student nakal pergi rakam video cikgu tu..lepas tu update kat youtube..ishk..nakal sangat dan bahaya..mana tau diorang rakam video cikgu tengah merotan pelajar kan..tak pun telefon parents on the spot..tak pasal2 kan..lagi bahaya..ishk3..

5. kalau salah guna..boleh membawa keburukan..contohnya sebar video 18sx ke kan..gambar porno2..send je kan henpon member..bluetooth kan hader..lepas tuh kalau sekolah tu ada wifi free..guna internet untuk tengok cerita blue..hampeh~

********************
tapi kalau bawa handphone ke sekolah pun ada kebaikan dia jugak ape..contohnya:

1. kalau cikgu ada relief kelas..then cikgu tu rasa malas nak masuk kelas..telefon je student dalam kelas relief tu..kalau ada pengetua lalu..suruh student call cikgu cepat2..nanti boleh masuk kelas lepas tu..kalau pengetua tanya kenapa lambat masuk kelas..cakap pergi tandas..haha! (jahat!)

2. kalau cikgu malas nak naik ke kelas yang letaknya di tingkat 4..masa tu nak masuk makmal sains..tapi nak menapak jauh kan..so sms jela ketua tingkatan suruh turun ke makmal..tak pun 3G je tunjuk muka garang suruh turun cepat dalam masa 5 minit..haha!

3. kalau student tu sakit..boleh telefon ambulans dengan sendirik..tak perlu cikgu yang bertugas tu bersusah-payah nak hantar student ke klinik dah..tak pun panggil sendiri tepon parents..tak perlu tunggu cikgu yang kol..uruskan diri sendiri jadi pelajar yang berdikari..chewahh!

4. pengetua pun senang nak jalankan tugas pencarian..guru disiplin pun boleh guna kaedah nie jugak..kalau ada pelajar ponteng..guna la nombor secret..call pelajar ponteng tu ke kan..budak tu ingat kawan2 dia kol ke kan..lepas tu trace lokasi panggilan..alaa..macam polis buat tuuu..hehe! kalau ada GPS lagi boleh kesan lokasi pelajar tersebut..kan senang..hahaha~

5. kalau student nak buat kerja/assignment/homework..so senang la nak cari maklumat pantas melalui henpon canggih diorang je..terus jadi "pelajar kena puji" dalam kelas..kalau henpon cikai tak boleh laa..hihi..


6. kalau dalam kelas cikgu sedang bagi soalan pada pelajar..ada student tu malu2 nak bagi jawapan kat cikgu dia..call je cikgu tu..senang direct melalui phone..tak pon mms je jawapan..tanya betul ke tak..hehe!


7. cikgu2 juga dah tak guna buku untuk bagi latihan..hanya buat group subjek kat facebook jer..so semua jawapan pelajar ada kat situ kan..mungkin juga guna twitter? tak pun guna blog jer kan..kan senang teknologi zaman sekarang..cikgu pun takde nak beli pen merah selalu dahh..takde nak bawak buku balik rumah untuk ditanda..hehe!


so ada jugak kebaikan dan keburukan guna henpon nie kat sekolah.

sebenarnya banyak lagi keburukan dari kebaikan rasanya. walaupun sekarang nie dilarang membawa handphone ke sekolah, student tetap bawa jugak. kemungkinan masalah disiplin yang menjadi teruk nanti..kes gaduh..hilang henpon..curik henpon kawan..tapi bergantung kepada kesedaran student tu sendiri. boleh fikir yang mana elok yang mana tidak. yang mana boleh buat mana yang tidak boleh buat. *tapi rasanya student sekarang ramai yang dah tak berakal..hahaha..jahatnye! XD*. 

kepada pelajar2 sekolah sekalian, nak cemerlang dan berjaya dalam pelajaran, tak perlu bawa handphone pergi sekolah. tengok je zaman dulu2, mana ada bawa handphone, cemerlang je sampai ke peringkat Master, PhD. tak mati lah kalau tak ada handphone kat tangan sehari *adei! haha!*. kecemerlangan anda bergantung kepada sikap anda. goodluck!

peace! (n_n)v

lovenota 1: feedo kata boleh kol ketua tingkatan untuk ambil attendence..huihh..suko den dengar..haha!

lovenota 2: fakta di atas hanyalah gurauan semata2..bukan betul pun..so jangan ikut plak yer..sebab ada blogger yang terasa dengan entry den nie

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®