Monday, August 15, 2022

Home Tuition untuk Subjek Kimia dan Sains




Adakah tuan/puan sedang mencari seorang guru @ tutor untuk mengajar anak anda di rumah? 


Jom Home Tuition bersama saya!


saya boleh memberikan Home Tuition @ mengajar anak tuan/puan di rumah anda sendiri! tak kira anak anda berada di mana, di rumah mahupun di asrama penuh sekolah anak tuan/puan. saya akan pergi ke tempat di mana anak anda berada!



Belajar sampai Mahir, Faham dan Tahu!




Mata pelajaran / Subjek yang boleh diajar:
  • Sains KSSM (Tingkatan 1 dan Tingkatan 2)
  • Sains PT3 (Tingkatan 3)
  • Chemistry / Kimia / Kimia DLP SPM (Tingkatan 4-5)
  • Kimia IGSCE (MRSM)


Detail profile:
  • Masih mengajar di sekolah menengah di Negeri Sembilan (2010 - sekarang) 
  • 12 tahun pengalaman mengajar di sekolah
  • Menjadi guru tuisyen di pusat tuisyen
  • Mahir dalam penguasaan mata pelajaran Sains dan Kimia
  • Mahir dalam format terkini Peperiksaan Sains PT3
  • Mahir dalam mengajar mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
  • Mahir mengajar subjek kimia program IGCSE, iaitu Dual Program Pensijilan di MRSM, Program SPMRSM Cambridge IGCSE 
  • Terlibat dalam menanda kertas peperiksaan dan menjadi Pemeriksa Kertas SPM untuk subjek Kimia Kertas 2 bagi sembilan tahun berturut-turut
  • Terlibat dalam menanda kertas peperiksaan Sains PT3
  • Berpengalaman mengajar / menjadi tutor di sekolah asrama penuh sejak tahun 2013


Pendidikan tertinggi : 
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2006 - 2010
  • Sijil Matrikulasi Sains Hayat di Kolej Matrikulsi Perak (KMPk) pada tahun 2005-2006


Syarat - syarat:
  • hanya mengajar dalam kumpulan yang kecil kerana ingin memberikan tumpuan 100% kepada anak anda yang belajar dengan saya.
  • hanya mengambil masa selama 2 jam untuk belajar + latihan. 
  • kadar pembayaran boleh dirunding (negotiate). Terdapat beberapa kos-kos lain yang TIDAK dicaj seperti kos modul, latihan, kertas ujian dan nota-nota.
  • tidak mengenakan sebarang kos pendaftaran berbanding dengan pusat-pusat tuisyen. Bayaran dikenakan mengikut jam yang diperuntukkan sahaja.

  • hanya mengambil home tuition pada hari minggu sahaja iaitu hari Sabtu atau Ahad. pada waktu cuti sekolah, boleh dilakukan pada hari biasa. 
  • terbuka pada kawasan di Negeri Sembilan iaitu Nilai, Port Dickson, Pasir Panjang, Seremban, Senawang, Rembau, Rantau, Kota, Tampin, Gemencheh, Gemas; dan
  • sekitar Melaka seperti Ayer Keroh, Alor Gajah, Selandar, Batang Melaka. 
  • sekitar Bangi seperti Bukit Makhota, Bandar Seri Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Puteri Bangi
  • jika anda berada di luar kawasan berikut, akan dipertimbangkan berdasarkan kadar pembayaran milage (kadar kilometer). 
  • kawasan lain di dalam Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka boleh diterima tetapi perlu berunding dahulu.

TUISYEN secara ONLINE

saya juga menawarkan tuisyen online dari rumah juga mengikut subjek yang ditawarkan. harga bayaran juga tidak akan sama dengan home tuition. 

terpulang kepada anda untuk memilih sama ada ingin tuisyen secara online atau tuisyen secara bersemuka. pada saya, saya lagi suka home tuisyen kerana lebih mudah untuk mengajar. 


Pertanyaan / Berminat?
segala pertanyaan, anda boleh menghubungi:


lovenota : sekali sekala promote

Read More »

Tuesday, April 05, 2022

Bersawang? Kita bersihkan


Bersawang lama juga la blog ni ya. Semakin sibuk dengan kehidupan di luar sana, tak ada masa nak coret conteng-conteng di sini. nak masukkan input pun belum tentu ada masa. hidup pun tunggang langgang mana mau nak main blog dah. hehehe.

2 tahun COVID-19 melanda negara kita, alhamdulillah setakat ini aku dilindungi dari virus berbahaya ini. dan sejak WFH pun aku makin membesar..adoiii..asyik duduk rumah takde benda nak buat kan. macam tu la hahaha. walaupun agak menakutkan virus durjana itu, tapi yelah kita perlu teruskan kehidupan seperti biasa. sebab itu negara kita sudah beransur ke arah fasa endemik. Virus COVID-19 ni dah macam seperti penyakit biasa, seperti denggi. tapi masih lagi kekalkan SOP di mana-mana ok. 



Tahun baru ni dah jadi isteri orang, lagi la sibuk sebab PJJ ni kan..hahaha. tak apa, redha dengan ketentuan Allah swt. bila ada rezeki, dapat la pindah nanti, InsyaAllah dengan izin-Nya. Majlis pun buat secara sederhana, simple, hanya jemput saudara mara terdekat je sebab nak membendung COVID-19. itu pun lepas majlis, ada yang positif plak tu. adik ipar pun positif juga. kami pun kuarantin juga selepas majlis. takut hahahah.

Sekarang sedang lagi berfikir, masih lagi nak teruskan home tuition atau tidak. rindu pulak nak buat home tuition ke sana ke sini, lihat suasana rumah orang hahaha. motif sangat kan haha. tapi sebab COVID ni semua benda tu terbantut. insyaAllah bila dah ada keberanian, akan teruskan juga. nak buat tuition online? pernah buat tapi lain feel dengan bila ada di depan mata kan. 

tadi check akaun Nuffnang, advertiser berhenti setakat tahun 2020. nampak sangat blog memang tak aktif sejak 2 tahun lepas. tapi boleh la claim duit Nuffnang tu, ada lah dalam RM 100. cukup la tu beli makanan kucing hahaha.

Sehingga kita ketemu lagi.

Lots of Love; Cik Balqis 💖

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®