Sunday, August 29, 2010

:: dah dapat 1st Metered Earning ::

yepp..da dapat da 1st metered earning untuk blog nehh...
hoho..sebenarnye blog nie da lama berfunction..
tapi baru sekarang la aktif bagai nak rak..
sejak bukak kebun anggur kat depan rumah 2 bulan lepas kan..
so memang 1st time dapat nie..
sila lah percaya..hehe..

macam gambar kat bawah nie


so iklan Microsoft Silverlight nie dah tak muncul2 da..
thanks to this advertiser..
kalau ada iklan baru jangan segan2 tepek la ye..
amat2 la dialu2kan..

and BE yang masih lagi berjalan2 tanpa segan dan silu


nampaknya dah ada 2 ads yang di'add'di situ yee..
**Buena Vista Resident Evil**
**Panasonic Viera**

tapi yang ads Panasonic tu tak muncul2 lagi..
agaknye malu dengan cik balqis yang chumel nie kot..
(oppss..prasan lebey!!)

thanks to Mr Nuffnang coz give me more BE..
really appreciate it..(opkos laa)
n jangan malu2 la nak tarok BE lagi..
hehe..

and thanks to all blogger n nuffnanger members 
yang memang suke datang kat blog yang memang cikai ini..
sila la datang selalu lagi ye..

*update*

baru perasan!


leaderboard sudah naik 1 star!
suke2!!~
Read More »

Saturday, August 28, 2010

:: Tazkirah: Wanita dan Masjid ::

Secara umumnya, adalah lebih utama bg seseorang wanita solat dirumahnya. Ini berdasarkan hadis riwayat Ummu Salamah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

"Sebaik2 masjid bagi perempuan adalah kawasan dalam rumah2 mereka".
(Riwayat Ahmad, Nayl al-Authar)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud;

"Seseorang wanita itu bersolat di tempat tidurnya lebih baik dari bersolat di dalam biliknya. Dia bersolat di dalam biliknya lebih baik dari bersolat di dalam rumahnya. Dia bersolat di dalam rumahnya lebih baik dari bersolat di masjid".
(Riwayat Baihaqi dan disahihkn oleh al-Albani)

Namun TIDAK ADA LARANGAN untuk kaum wanita pergi ke masjid apatah lagi untuk mngikuti pengajian ilmu, mndengar ceramah dan sebagainya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Apabila isteri2 kamu memohon izin untuk ke masjid pada waktu malam, hendaklah kamu izinkan".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksud sabda baginda s.a.w. lagi:

"Janganlah kamu menghalangi hamba Allah yang perempuan daripada pergi ke masjid Allah, dan hendaklah mereka keluar dengan tidak memakai bau-bauan".
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Menurut Dr. Soleh Fauzan, seorang ulama Saudi semasa ditanya mengenai hukum wanita ke masjid telah mndatangkan beberapa dalil yg mengHARUSknnya.

Antaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud;
"Sebaik2 saf bagi kaum lelaki ialah dihadapan dan seburuk-buruknya ialah dibelakang. Manakala sebaik2 saf kaum wanita ialah dibelakang dan seburuk2nya ialah dihadapan.
(Riwayat Muslim, Abu Daud dn Tirmizi)

Hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w. kepada kaum muslimin ketika mengatur saf di dalam solat berjemaah. Sekiranya wanita dilarang untuk ke masjid, apakah gunanya Nabi s.a.w. memberikan petunjuk mengenai saf wanita tersebut?

Sekiranya, wanita ke masjid dibimbangi berlaku fitnah, kenapakah dalam masa yang sama wanita dibenarkan untuk ke pejabat, pasaraya, pasar mlm, taman2, hospital, pusat pengajian dan sebagainya. Apakah tempat2 tersebut tidak ada fitnah sebagaimana kononnya berlaku di masjid?

Dan berikut adalah hukum dan batas2 yang wajib dipelihara sekiranya seseorang wanita itu ingin ke masjid/surau :-

~ Hukum harus bagi yang tua.
~ Hukum makhruh bagi yang muda.

~ Mengikut pndapat ulamak yang mutakhir (terkini) makhruh jemaah wanita di masjid, termasuk; solat jumaat, sunat Hari Raya dan ceramah malam hari di masjid.

~ Ulama Shafie & Hambali pula berkata;
"Wanita yang cantik (ada rupa) makhruh hadir pada majlis yang ada (jemaah) ramai lelaki".

~ Tidak memakai bau-bauan dan mendapat izin suami.
~ Dibimbangi timbul fitnah; (maka; peliharalah aurat).

Perjalanan untuk menuntut ilmu atau bersolat jemaah adalah suatu perkara yang amat baik disisi Allah, namun masih ramai muslimat yang tidak menjaga batas aurat seperti yang dituntut oleh syarak.. perkara ini boleh mendatangkan fitnah buat mereka.

Kesimpulannya, wanita seharusnya dibenarkan ke masjid sekiranya mereka berkeinginan dengan syarat mereka menjaga batasan syarak dan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.

Notes : Sekiranya terdapat kesilapan sila betulkan/berikan tunjuk ajar, kerana tiap kelalaian dan kesilapan itu dari saya dan yang baik itu semuanya milik Allah.

Sama2lah kita renungkan dan saling berkongsi ilmu untuk kebaikan. - wallahu'alam
Read More »

Friday, August 27, 2010

:: Blogwalking Award ::

tak lame lepas friendly award tu..
dapat 1 lagi award..
arigatou gozaimasu..
grasiass..
hehe..


macam biasa la..
lepas da dapat award kena la bagi pada orang lain pulak kan..

so, balqis nak share award ni
dengan orang yang selalu BW ke blog cik balqis nie:
ustaz love
mr curly
laksamana
otomen taro
cik meaw

n sape2 yang selalu datang..ambil la ye..
penat nak senaraikan..
ramai yang datang blog cik balqis nie..
tengkiu pada semua~~

*kepala da senget nie..
mata da layu..

mulut da menguap..
tangan da peluk2 bantal..
ape lagi..
tidoo..
zzzzzz*


:: update ::


disebabkan mr zaer pon bagi award yang sama..
so tambah kat sini jela ye..
tengkiu zaer..

Read More »

:: Betul ada 2 Bulan tengah malam tadi (27 Ogos) ::

betul ke ada dua bulan?
sebelum saya tengok blog member blogger nie..
dah kaji da tentang fenomena bulan ini..
dikatakan Marikh dan Bumi berada dekat pada tarikh 27 Ogos setiap tahun 
adalah tidak benar sama sekali..
sebab Marikh dan Bumi akan saling kejar-mengejar di dalam orbit masing-masing..
dan setiap 2 tahun 2 bulan, Bumi dan Marikh akan berada paling hampir antara satu sama lain
korang boleh baca kat blog falak untuk info yang selanjutnya..

tapi kan..
dari blog en assoyfinger..
ada pulak nampak "bulan" yang kedua tu..
aku dapat tengok gambar bulan kat blog assoy..
memang canggih la kamera awak assoy..
tahniah2..hehe..

klik untuk pembesaran yang normal
(*kredit to Mr Assoyfinger*)

siapa2 yang nak tengok gambar bulan tu lagi sila la ke blog assoy ye..

p/s: teruja tengok fenomena kebesaran Allah swt..
Read More »

Thursday, August 26, 2010

:: Next Buffered Earning ::

baru je tadi jenguk2 web nuffnang..
ada keluar BE baru..
tengkiu very2 much Mr Nuffnang..
kerana bermurah hati tambah BE..
tambah iklan baru di blog nie..


iklan yang baru:

**Great Eastern Smart**

**UOB Ladys Card**

**Digi Octopus Anniversary (younger)**

memang best!
sayang Nuffnang lebih!!
Read More »

:: Attention: Ada Malware kat Geng Blogger ::

macam biasa tadi buat BW sket..
nak masuk Ustaz Love punya blog..
tiba2 keluar la menatang nie:


(klik untuk lihat pembesaran yang normal)

alamakk..ada malware?
kenapa?
itu ana tak tahu lah..tapi kalau dah keluar warning macam ini..
aku tak masuk dah..
takott..sayang cik lappy nie..

so..pada sesiapa yang ada letak banner Geng Blogger..
buat sementara waktu ini buang la banner tu..
sebab anda jugak rugi..
takda siapa nak masuk blog anda nanti..
gara2 ada malware nie..

mintak maap la sapa2 blog yang saya tak boleh masuk..
lain kali kalau dah ok saya singgah ye..
Read More »

Wednesday, August 25, 2010

:: Award: Friendly Blogger Award ::

hari ini dapat award dari member blogger..
rasanye dah lama jugak la aku tak dapat award..
sejak "cuti" berblog sebab buzy assignment + thesis masa kat upsi dlu..
(orang lain pun buzy jugak..cehh..)

so, dengan berbesar hatinya aku telah mendapat award daripada cik akulife..
dia nie dari sabah..suka cakap jepun..seb bek aku paham sikit2..
(sebab aku layan karton jepun..macam cardcaptor sakura n detective conan..
kipas susah mati woo..hehe..)
tengkiu bagi award untuk blog cik balqis yang cikai nie..


now aku pulak kena bagi award nie pada friendly blogger yang lain..
penerima award ini ialah:

~~korang aka pengunjung blog ini~~

iyee..korang laa..yang tengah baca tu..
wajib ambil..tak ambil berdosa..
aku tak tanggung..hoho..
Read More »

Seni Telur

telur? faveret tuh..sedap sgt2..telur dadar..telur mata kerbau..omellette (betul ke aku eja nie..haha)..
tapi orang lain buat seni kat telur2 ini..
memang kreatif la orang nie..
rasanye korang pun pernah tengok..tapi saya suka tengok berulang2 kali..
really cute miut~~
sila lah layan~






telur12

telur14

telur03














*macam mama meow dan papa meow je..ngee*

*kredit to Mr Google

Read More »

Tuesday, August 24, 2010

:: Cabutan Bertuah Manjaku Sayang ::


tiba2 tergerak hati nak join GA nie..
(memilih jugak rupanya aku neh..maap ye kawan2..hoho)
sebab ape? sebab gift die chumel bangat!
suka la pulak!

so..harap2 mama Shaza pilih la saye ye..
hepi b'day yang ke3 kepada beby mama..Aleeya..
(bagi jampi2 sikit masa nak buat cabutan bertuah tu..)

siapa nak join jugak boleh la ke blog mama Shaza
tarikh tutup: 30 September 2010
Read More »

:: Membuat Cursor Bintang Bertaburan ::

baru sekarang dapat update blog..
busy la sepanjang hari nie..
nk BW kat korang balik pun tak sempat..
alih2 sekarang nie sakit belakang plak..
memang tak larat laa..huhu..

takpe2..kali ini nak ajar buat cursor macam cik balqis pakai nie..
ada bintang2 kecik bertaburan kan..hoho..
bukan apa..orang mintak ajar kan..
so kita share2 la ye..

Step 1:
macam biasa login Dashboard -> Design -> Add a Gadget -> HTML/Javascript

Step 2: 
copy paste code kat bawah ini. kat sini ada banyak pilihan. so pilih la mana yang nak ye..

Bintang Hijau
<script src="http://sites.google.com/site/muzzymusthofa/javascript/bintanghijau.js" type="text/javascript"></script>

Bintang Biru
<script src="http://sites.google.com/site/muzzymusthofa/javascript/bintangbiru.js" type="text/javascript"></script>

Bintang Merah
<script src="http://sites.google.com/site/muzzymusthofa/javascript/bintangmerah.js" type="text/javascript"></script>

Bintang Ungu
<script src="http://sites.google.com/site/muzzymusthofa/javascript/bintangungu.js" type="text/javascript"></script>

Bintang Putih
<script src="http://sites.google.com/site/muzzymusthofa/javascript/bintangputih.js" type="text/javascript"></script>

~~selamat mencuba~~

*kredit tu Muzzy Musthofa~


Read More »

Monday, August 23, 2010

Pasang kotak mesej sebelum paparan masuk ke blog

mulanya aku ingat nak ajar personal pada orang yang mintak ajar buat nie..
tapi memandangkan ada orang lain pun mintak ajar camne nak buat..
aku pun ajar jela kat sini..senang..hehe..

so..nak buat macam bawah nie kan:


1st korang kena save script template asal, sebagai back up apabila terjadi error semasa melakukan editing pada script template..saya tak tanggung kalau error nanti..hehe..

next, ikut langkah2 ini: 


Step 1:
Copy and paste kod kaler biru kat bawah nie. then, edit words "Selamat Datang Ke Blog Saya" kepada words korang sendiri.

guna kod kotak mesej pertama je kalau nak guna satu mesej kat blog korang.

<Script language='JavaScript'>alert("Selamat Datang Ke Blog Saya");</Script> (Kotak mesej pertama)
<Script language='JavaScript'>alert("Selamat Datang Ke Blog Saya");</Script> (Kotak mesej ke 2)





Step 2:
masuk ke Dashboard -> Design -> Edit HTML. then tick kat kotak Expand Widget Templates. guna Ctrl+F kat keyboard. taip kod </head> and then enter.

step 3:
Salin kod yang sudah korang edit tadi (step 1) and pastekan di atas atau sebelum kod </head>.

Contoh:


<Script language='JavaScript'>alert("Selamat Datang Ke Blog Saya");</Script>
</head>


Lepas tu korang preview dulu. kalau da ok save jela.
so..sila la cuba. gud luck!


Read More »

:: SATU MUHASABAH: Kenapa Yahudi Bijak? ::

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

pameran seni di spanyol 
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah. 
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan
Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

*artikel diambil dari admin asal, Danish Irfan di facebook..semoga kita semua mengambil iktibar dari kajian ini.
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®