Sunday, February 28, 2016

Keputusan Penuh AME 2016


Keputusan Penuh Anugerah Meletop Era 2016
Dan tweet-tweet menarik sepanjang anugerah


FESYEN MELETOP
Datuk AC Mizal

ARTIS BAHARU MELETOP
Mira Filzah

Tiba-tiba hear sound seems very funny


BINTANG ONLINE MELETOP
Datuk Siti Nurhaliza



COUPLE MELETOP
Johan & Ozzlyn



Akim dan Stacy


PENYAMPAI RADIO MELETOP
Johan

PROGRAM RADIO MELETOP
JoHaRa Pagi Era


PENYANYI MELETOP
Ayda Jebat

GRUP/DUO MELETOP
Akim & The Majistret

KRU


LAGU MELETOP  
Ayda Jebat - Siapa Diriku


PROGRAM MELETOP
Gegar Vaganza 2015


HOS MELETOP
Datuk AC Mizal




DRAMA MELETOP
M.A.I.D

PELAKON MELETOP
Ayda Jebat


Mark Adam aka Michael Jackson Malaysia



ARTIS LAWAK MELETOP
Johan


Dikatanya baju zizan razak menyerupai sampin..alahai..haha

Anugerah Khas MeleTop
Zulkarnain Hassan

FILEM MELETOP
Polis Evo

BINTANG FILEM MELETOP
Zizan Razak

ARTIS TOP TOP TOP MELETOP LELAKI
Johan

ARTIS TOP TOP TOP MELETOP WANITA
Ayda Jebat



Alih-alih last sekali aku tutup tv. Boooring. Boring bukan sebab apa, asyik-asyik orang tu je. Tahu undian peminat berkuasa. Tak kuasa aku nak tengok aihh. Baik tidur, esok sekolah!


Read More »

Terperangkap di Dalam Kesesakan Lalu Lintas


Pelajar maut, langgar kenderaan di lorong kecemasan 


Seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak, Johor, maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 269.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Muhammad Naimullah Ahmad Zulkepli, 24, maut di tempat kejadian akibat cedera parah. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dari Shah Alam, Selangor ke Tangkak, terlanggar sebuah kenderaan rosak di laluan kecemasan. Katanya, mangsa kemudian tercampak di sebelah kanan jalan sebelum dilanggar sebuah trak tentera yang gagal mengelak kemalangan itu. 

"Bagaimanapun, pemandu kereta iaitu seorang tentera berusia 37 tahun dan pemandu trak tentera berusia 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya, di sini, sebentar tadi. Muhammad Zaki berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

************

Inilah sebabnya jem sangat teruk petang tadi di highway seremban. Rupanya accident, macam ngeri je. Innalillah. Takziah pada ahli keluarga mangsa.

Ramai yang mengatakan salah kereta merah tersebut. Sebab Berhenti di lorong kecemasan dan tidak meletakkan apa-apa signboard atau segi tiga petak kon yang menandakan amaran kereta itu rosak. Mungkin mangsa tak perasan kereta tu berhenti di bahu jalan. Wallahu'alam.


Ramai juga menyuarakan kekesalan terhadap pemandu kereta merah itu, macam kereta Viva je. Jalan seremban nie selalu sibuk, tempat laluan lori juga. Lori bukannya kecil-kecil..besar gedabak! Kita yang naik kereta pun seram bila lalu sebelah lori. Inikan pula golongan motor-motor ini. Ada yang mencadangkan buat laluan khas untuk motor di lebuhraya plus seremban itu. Kalau dah jem, sangat bahaya bagi penungggang motosikal sebab lalu celah-celah kereta, bas dan lori. 

*saya juga salah satu mangsa kesesakan lalu lintas petang tadi, bukan main panjang*

Kesesakan jalan itu bermula dar Nilai dan berakhir di Ainsdale. Penat-penat baru balik dari Cyberjaya, ingatkan boleh sampai rumah awal. Alih-alih tersangkut jem pula, sejam jugak la tekan-tekan pedal minyak-brek tu. Penat sangat kaki. Masa tu bersyukur sangat kereta auto. Kalau masih guna kereta Kelisa, mau lenguh kaki nie. Hehe. 

*screenshot petang tadi dalam waze*

Orang Malaysia nie kadang-kadang terlalu prihatin jugak. Kalau prihatin, orang accident tu tolong. Ini tak, tolong tengok lepas tu bawa kereta slow macam siput. Mana la tak jalan tu boleh jammed. Bukan jalan yang terlibat dengan kemalangan tu sesak, jalan sebelah pun sama. Boleh pulak bawa slow nak tengok kemalangan. Payahh betul..huhu. sampai bila nak macam nie. Kalau accident je ramai jadi penonton. Si penonton nie la yang menyebabkan kesesakan teruk berlaku. Sudah-sudahlah skodeng accident tu oii. 


lovenota : hati-hati di jalan raya


Read More »

Monday, February 22, 2016

Tak Faham



Malam ini sangat merunsingkan. Pusing kiri, pusing kanan..nothing. Fikirkan kerja yang tak tahu macam mana nak buat. Aih, apa sebenarnya yang Tuan Haji Kecik mahukan? macam mana nak buat laporan SKPM yang diwar-warkan? cubalah bagi contoh kat kami cara nak buat SKPM tu. saya teraba-raba mencari sumber bagaimana ingin menyiapkan kerja yang satu ini. cuba cari di Google pun tiada yang dapat membantu. naik buntu jadinya. asyik menggaru-garu kepala yang tidak gatal. hari selasa ini disuruhnya hantar untuk disemak. nak hantar apa pun masih bingung, ah..esok tanya pada rakan lain la jawabnya. 

Kadang-kadang bila difikirkan makin menjadi-jadi kerja guru sekarang. itu nak, ini nak. tak ada kena mengena dengan mengajar pun. lain pulak benda yang kena buat. sampaikan satu masa pernah saya berfikir untuk berhenti mengajar di sekolah dan buka satu pusat tuisyen. gila, kan?

Teringat mem kaunselor cakap hari tu, "kau kan kuat, semua benda boleh buat. semua benda boleh urus. jangan give up cepat sangat,". Ye, semua benda boleh urus selepas bertungkus lumus bagai nak mati memang la. Aih, macam-macam benda nak dikejar tahun ini. kerja semakin pelik-pelik. waktu mengajar hakiki dah menjangkau 30 waktu. rasanya otak, serebrum dengan serebelum nie dah tak boleh terima semua 'maklumat' dah. sistem saraf nie dah nak jem asyik hantar maklumat ke otak je. tunggu masa nak buat 'tol' je nanti nie. haih..apalah nasib badan. 

Saya lebih suka mengajar dari membuat kerja yang tak ada kena mengena dengan kelas, makmal, eksperimen dan pelajar. sebab tu kalau ada yang meminta untuk mengajar home tuition di rumah, saya on je. tak kisahlah ke mana destinasi yang dituju. oh, sabtu ini saya akan ke sekolah menengah di Cyberjaya untuk tuisyen juga. walaupun jauh, saya berbesar hati mengajar pelajar di situ. tak pernah lagi melihat budaya dan cara pembelajaran di sekolah tersebut. jauh perjalanan, luas permandangan. 


lovenota 1 : tidur dulu aja. lupakan.
lovenota 2 : menghitung hari....insyaAllah


Read More »

Friday, February 19, 2016

Princess Disney Muslimah


Gambar Princess Disney yang sangat muslimah. Cantik tengok semua watak Princess Disney seperti Snow White, Cinderella, Queen Elsa dan lain-lain memakai tudung dan berhijab. Sangat comel. Saya sendiri excited tengok. Hehehe. 

Gambar macam nie kalau letak dalam bilik anak-anak sebagai wallpaper, mesti diorang suka. Sangat memberi motivasi kepada anak-anak supaya tutup aurat dan pakai tudung dan berhijab seperti idola mereka. 


Snow White

Bella Beauty and the Beast

Cinderella

Tiana

Ariel Princess Mermaid

Mulan

Mirda Brave

Aurora Sleeping Beauty

Queen Elsa Frozen

Princess Anna



Read More »

Friday, February 05, 2016

Tayar Kereta Kena Sabotaj


Minggu lepas, hari Sabtu berlaku satu tragedi. pertama kali berlaku sepanjang hidup saya. Bila terkenang balik rasa marah pun ada, rasa benci pun ada, rasa nak bunuh pun ada. Tapi fikir beratus kali, kesian pada budak tu, sebab kena sumpah seranah dari saya. Padan la dengan mukanya..huhu.

Pada hari sabtu itu, ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sekolah iaitu LDP Mini Kastek yang merangkumi pertandingan Solar Car, Solar Boat, Saintis Muda, EEC, dan Roket sebagai persediaan ke Pertandingan Karnival Sains dan Teknologi (Kastek) Daerah nanti. 

Selepas dah bersiap-siap ke sekolah, keluar rumah seperti biasa. Tiba-tiba ternampak tayar kereta sebelah kiri flat. Dan pancit ke?? Tak ada angin! Mak Aih!!! Kenapa tiba-tiba jadi macam nie pulakk??? Berlari terus Pusing tengok tayar kereta sebelah kanan plak. Astagfirullah, flat jugak!!! Empat-empat tayar tak ada angin! Gila! Pagi-pagi dah cari nahas! 


Tak faham macam mana boleh jadi macam nie. Apahal pulak nie?? Dengan siapa nak minta tolong niee??? Dahla duduk sorang-sorang, mati punca rasa. Ahh, masa nie la baru rasa menyesal tak kahwin lagi weiii..haha.


Lepas tu terus call cikgu sorang nie minta tolong. Nasib baik ada cikgu-cikgu lelaki nie tolongkan. Mana reti nak jet tayar kereta, empat-empat bijik plak tu. Gila-gila.



Lepas cikgu lelaki nie pergi pam tayar semula, dah dapat tahu macam mana tayar boleh flat rata macam tu sekali. Rupa-rupanya yang buat kerja kejam ini budak-budak sekolah den jugak. Caranya, letakkan batu kecil di dalam nat angin tayar, kemudian pasang semula di tempat asalnya. 


So, pin jarum pada nat angin terkena batu kecil itu dan angin keluar secara perlahan-lahan. Rasanya semalam dah kena nie, baru pagi sabtu tu habis semua anginnya dah keluar. Ah kejamnya anak muridku..huhu.


Marah bukan main membara dalam hatiku. Rasa sakit hati sangat. Memang menguji kesabaran betul. Sebab tu ini kali pertama kena. Sebelum ini, paling cikai kena pun calarkan kereta. Calar pintu kereta, cermin kereta pun pernah kena calar. Tapi kali ini tersangatlah kejam. 

Ada rakan memberi nasihat, biarlah..budak-budak nakal. Tak berakal lagi, tak matang pun. Itu yang buat nakal semua tu. Alahai, bermuhasabah diri sekejap. Sepanjang minggu tu rasanya tak ada pulak dera marah-marah singa naga kat budak-budak nie sangat. Adalah yang terasa kot. Tak pasti siapa yang buat kerja nie. Memang ada beberapa saspek tapi biarlah. Kalau betul dia menyesal, dia mesti minta maaf sendiri. Kalau tak, lu pikir la sendiri!


lovenota : inilah budak-budak zaman sekarang, generasi Y dan Z.


Read More »

Thursday, February 04, 2016

Fenomena El-Nino


PERBANDINGAN cuaca dunia pada tahun 1997 (kanan) berbanding tahun 2015. 

Beberapa agensi cuaca dunia mengumumkan 2015 adalah tahun paling panas dalam sejarah dunia, sejak pemantauan suhu secara sistematik dilaksanakan bermula sekitar 1880-an. Dari kawasan sejuk di Siberia, sehingga tengah lautan di sekitar kawasan tropika, semuanya menunjukkan peningkatan sama. Setakat yang difahami, semua ini adalah akibat fenomena El Nino yang melanda dari pertengahan tahun lalu. 

Tahun lalu El Nino menjadi buah mulut ramai kerana fenomena jerebu yang amat teruk melanda negara. Jumlah hujan yang kurang dan cuaca panas adalah ciri asas kesan El Nino kepada Malaysia menjadikan kesan jerebu lebih teruk pada masa berkenaan. Bagaimanapun, ia hanya permulaan kepada episod El Nino. Fenomena ini hanya mula matang pada November lalu dan sehingga pertengahan tahun ini, negara bakal berdepan cabaran sebenar. 

Perubahan sistem iklim 

El Nino adalah fenomena berulang yang berlaku dalam kitaran dua hingga tujuh tahun sekali akibat peningkatan suhu Lautan Pasifik secara mendadak, sekali gus mengakibatkan perubahan kepada sistem iklim, terutama pada taburan hujan. Walaupun kawasan utama perubahan ini berlaku di Lautan Pasifik, ia bakal mengakibatkan kesan pada skala global. 

Saintis kini sudah mula membandingkan El-Nino 2015/16 ini dengan kejadian pada tahun 1982/83 dan 1997/98 yang merupakan fenomena El Nino paling ekstrem pernah dialami dunia. Pada masa itu, kawasan barat Pasifik, mengalami hujan lebat yang mengakibatkan bencana seperti banjir dan tanah runtuh di kawasan seperti Peru dan Amerika Syarikat. Di bahagian timur pula, Australia dan Asia Tenggara terpaksa berdepan cuaca kering dan panas sehingga mengakibatkan kebakaran hutan dan bekalan air terjejas teruk. 

Di negara kita, kesan cuaca panas dan kering El Nino sudah mula kita rasai sejak tahun lalu dan menurut perangkaan ia akan berkekalan sehingga pertengahan 2016. Jabatan Meteorologi sudah membuat ramalan penyusutan jumlah hujan hingga 60 peratus daripada angka normal bakal dialami. Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan banyak pihak. 

Baru-baru ini beberapa rumah di Kuala Terengganu hampir musnah akibat hakisan pantai. Sekiranya tengkujuh tahun ini dialami dalam kadar sama seperti tahun sebelumnya, kesan hakisan ini sudah pasti akan lebih parah. Tahun ini penduduk Pantai Timur bertuah kerana musim tengkujuh lebih tenang berbanding keadaan biasa. 

Ini sekali gus mengurangkan impak hakisan yang saban tahun membawa bahaya besar kepada penduduk. Kesan pembangunan tidak terancang dan perubahan cuaca dunia serta peningkatan paras laut menjadikan hakisan sebagai bencana paling kritikal sebaik muncul musim tengkujuh. Sekurang-kurangnya El-Nino meredakan bahaya itu buat seketika. 

Kesan El Nino tidak tertakluk hanya kepada iklim dan atmosfera, sebaliknya kesannya terhadap lautan juga perlu diberi perhatian. Mengikut laporan saintifik sebelum ini, saintis meramalkan dua musim kemuncak air di Laut China Selatan akan mengalami pemanasan, iaitu pada Februari dan September. Pemanasan di permukaan lautan sering mengakibatkan tiupan angin berkurangan dan permukaan lautan akan lebih panas, awan berkurangan, sekali gus mengurangkan hujan. Ini bakal mengakibatkan cuaca panas berpanjangan lebih lama. 

Dalam keadaan suhu laut lebih panas berbanding normal, kesan paling besar adalah kepada ekosistem lautan di mana jumlah terumbu karang mengalami kelunturan akan meningkat secara mendadak. Kawasan karang ini biasanya menjadi tempat pembiakan ikan dan petunjuk penting terhadap kesihatan ekosistem marin. Pengalaman pada 2010 menunjukkan kelunturan karang yang sangat kritikal di sekitar pulau di Laut China Selatan sehingga sebahagian besar taman laut di Malaysia terpaksa ditutup kepada pelancong. 

Lebih meruncing lagi, arus lautan juga terganggu akibat El Nino. Kebiasaannya pada Ogos dan September, perairan sepanjang pantai timur mengalami proses peningkatan produktiviti lautan yang dikenali sebagai pengaliratasan. Proses ini membawa air lebih sejuk dan bernutrien tinggi kepada permukaan laut dan menjadikan kawasan sepanjang Semenanjung dari Johor hingga Terengganu mengalami peningkatan kadar tangkapan ikan. Bagaimanapun, suhu panas lautan dan kesan angin yang berkurangan bakal memberi kesan besar kepada industri perikanan dan sumber lautan. 

Kekurangan bekalan air 

Cabaran ketara bagi Malaysia adalah kekurangan bekalan air yang akan menyebabkan keperluan domestik terjejas. Bagi industri pertanian, ia adalah antara cabaran terbesar yang memerlukan perancangan lebih mapan. Kesan peningkatan harga beras pernah dirasai pada El Nino 2010 akibat pengeluaran padi yang terjejas di rantau ini. 

Cuaca panas juga bakal menyebabkan penyebaran wabak seperti denggi lebih mudah tersebar. Berdasarkan statistik terkini, Kementerian Kesihatan meramalkan peningkatan wabak berkenaan 50 peratus berbanding normal. 

El Nino bukanlah yang pertama. Kefahaman terhadap kesan El Nino dan pengalaman lalu seharusnya menjadi panduan kepada kita untuk membuat persediaan lebih baik pada masa ini. Bagaimanapun, setiap kali fenomena ini terjadi, ada sahaja perkara baharu yang kita akan pelajari. Dalam keadaan cuaca dunia yang tidak menentu kini, kita perlu bersedia untuk apa juga kemungkinan. 

Penulis ialah ialah Pakar Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®