Friday, October 14, 2011

Ending lagu "Cinta Muka Buku"

yaa..cik balqis nak kongsi satu lagu..
da suke kan uollss dengar lagu Najwa Latif iaitu Cinta Muka Buku kan..
saya sendiri sookkkaa! ;p

tapi pagi nie ada kesinambungan pulak..
peminat Najwa Latif membuat kesinambungan dari lagu tersebut..
iaitu "Putus Di Twitter" 

so, saya ada tepek lagu tersebut kat sini..
so siapa nak dengar sila la dengar!
it's very funny! ;p



Tajuk: Putus di Twitter
Artis: Encik Mimpi

sesiapa yang ingin berkenalan dengan Encik Mimpi..
sila ke blog beliau yer!
 http://encikmimpi.blogspot.com/

p/s: sangat best la u punye lirik Encik Mimpi! ;p

Read More »

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday # 2

Asal Usul Bidang Kerja Anda?


p/s: apa-apa pun..chemistry tetap terBAEK! ;p
Read More »

Tuesday, October 11, 2011

Superhero Anda!

apa pekerjaan superhero anda bila diorang nie sudah pencen kelak?

*superman nie hensem..laku jadi posmen nie*
SUPERMAN
Sudah pasti menjadi budak penghantar surat atau poslaju kerana sifat terbang-terbangnya. Syarikat pertama yang akan meng'offer'nya kerja ialah syarikat poslaju UPS. 
SPIDERMAN
Pencuci tingkap bangunan separuh masa kerana kerja tetapnya ialah sebagai PEREKA LAMAN WEB atau WEB DESIGNER. Ini kerana tangannya boleh mengeluarkan 'web' atau jaring untuk dijadikan benang menjahit baju. 
BATMAN
Membuka kilang baja tahi kelawar. Batman senang je dapat sumber taik kelawar kerana dia akan merasuah member-membernya (kelawar) dengan memberi darah cipanzi supaya kelawar tersebut mudah hadam dan berak dalam kuantiti yang banyak. 
CATWOMAN
Pembantu pest-control(penghalang binatang-binatang jahat seperti tikus,lipas dll). Kecekapannya menangkap tikus sudah pasti membuatkan tikus-tikus lari dari tempat kediaman. Namun kelemahan si catwoman ni bila orang ada garu dagunya..mesti dia gatal macam kucing. 
DAREDEVIL
Akan menjadi badut pasukan Manchester United dengan memakai kostum RED DEVIL kemudian berlari-lari sekeliling padang dengan riang kerana dia tetap jadi devil walaupun dia tak jadi superhero. 
HELLBOY
Pendakwah bebas. Dia berdakwah kepada orang ramai supaya jauhkan diri dari neraka kerana sengsaranya dia hidup kat neraka. 
THE PUNISHER
Hakim sepenuh masa di mahkamah tinggi Amerika. Ini kerana sifatnya yang suka menjatuhkan hukuman (punish).  
ROBOCOP
Jadi tokey besi buruk kerana sudah pasti dia akan menjualkan besi-besi kat badan dia. 
ULTRAMAN
Membuka kedai sup daging raksaksa seperti sup ekor, sup taring dan sup sirip rasaksa. Ini kerana selepas berlawan dengan rasaksa sudah pasti daging berselerakan. Namun khabarnya, kedai sup ultraman tiada pelanggan melainkan beberapa ekor biawak hutan tropika. 
WOLVERINE(X-MEN)
Pencukur rambut profesional. Pisaunya yang banyak tu mampu mencukur seluruh badan kambing dalam masa 0.05 saat je mengatasi baju gaban. 
GABAN
Menjadi penjaga keselamatan di tasik Raban (Perak) macam baywatch tu. Ini kerana naga gaban sudah tenggelam dalam tasik tu. Naga tasik cini tu khabarnya adik sedara naga gaban.


p/s: ;P
Read More »

Monday, October 10, 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Sistem baru SBPA

1. UMUR PERSARAAN 6O TAHUN (OPSYEN)
2. KENAIKAN GAJI 7-13%,( RM 80 HINGGA RM 320 )
3. BONUS ½ BULAN ATAU MIN. RM500
4. PERKHIDMATAN AWAM YANG DINAMIK,RESPONSIF DAN BERORIENTASIKAN PRETASI
5. PELAKSANAN PROSPEK

kalau ikut sumber yang ramai dok post sekarang niee
kenaikan gaji penjawat awam mengikut gred:

Gred 1-16 : RM 80
Gred 17- 26 : RM 120
Gred 27 - 40 :  RM 160
Gred 41 - 48 : RM 220
Gred 52 - 54 : RM 260
JUSA A, B, C : RM 320

tapi tak tahu la kesahihan sumber ini..
apa-apa pun kita tunggu sahaja pekeliling tentang SBPA nie kan!

*p/s: syukur alhamdulillah gaji naik..murah rezeki den ;p
Read More »

Hukum Menyebut Perkataan OMG!


renung-renungkan dan selamat beramal!

*p/s: kan baik kalau kita sebut Allah dari OMG tu..dapat pahala kan! ;p
Read More »

Sunday, October 09, 2011

umur persaraan dinaikkan


BELANJAWAN 2012 | Umur bersara wajib kakitangan awam dinaikkan dari umur 58 tahun kepada 60 tahun
;p
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®