Sunday, September 07, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 7: Sejauh Mana Pendidikan itu Penting Bagi Anda?


#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari

jeng jeng jeng! entry berbentuk ilmiah sikit hari ini


Hari 7: Sejauh mana Pendidikan itu Penting Bagi Anda?

Kalau nak jawapan fakta, tak payah taip kat sini. korang google je mesti dah jumpa macam-macam karangan mengenai betapa pentingnya pendidikan dalam kehidupan kita.

Bagi saya la, pendidikan itu sangat penting kerana:
  1. orang boleh menilai kita melalui pendidikan kerana pendidikan merupakan satu pengalaman yang tidak dijual di pasaran
  2. menjadikan diri kita disegani dan dihormati pada mata masyarakat
  3. dapat kerja bagus dan halal. hehe.
  4. menjadi insan yang berguna pada masyarakat
  5. dapat upgrade diri sendiri dan keluarga. 
  6. boleh cabar diri sendiri untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi
  7. kalau dalam urusan jual beli, tak adalah kena tipu

Tetapi, ada juga keburukan pendidikan. saya tidak bermaksud pendidikan itu adalah satu keburukan, maksud saya orang yang menjadikan ia satu pandangan yang buruk. contohnya:
  1. satu kampung tahu dan heboh yang anak dia sudah tamat Ijazah Kelas Pertama. bukankah sudah timbul riak di situ?
  2. sombong dan angkuh pada pekerja kelas kedua. maklumlah orang berijazah jadi bos-bos, kan? dah tak pandang dan tak hormat pada pekerja rendah.
  3. memandang rendah pada orang biasa dan bergaji kecil. ada yang mengganggap mereka yang tidak bekerja atau menganggur adalah sampah masyarakat.


kita yang pandang pendidikan itu satu benda yang penting. kalau pandang secara baik, baik la benda itu. kalau pandang secara buruk, buruk la ia.

it's all about ur sight.


Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |

No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®