Wednesday, September 03, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 3: Sesuatu yang Menguatkan Anda


#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari



let's go for day 3

Hari 3 : Sesuatu yang menguatkan anda


quite tough entry. macam-macam perkara yang boleh menguatkan kita tak kira apa jenis sumber. contohnya, untuk teruskan hidup bagi seorang ibu tunggal adalah anak-anak mereka. bagi orang yang sakit, sesuatu yang menguatkan dirinya adalah ubat dan doa. 

bagi saya, apakah sesuatu yang menguatkan saya? setelah beberapa minit termenung, sesuatu yang menguatkan saya adalah mak saya sendiri. kalau mak saya tiada, apa jadi pada diri saya? entah. mak adalah segala-galanya bagi saya. kalau saya dalam kesusahan tak kira dari segi apa pun, mak saya ada datang membantu. kalau saya tiada, siapa yang nak tolong mak dalam kehidupan hariannya? 

kadang kala mak bising juga bila saya tidak balik ke kampung pada hujung minggu *seperti minggu ini*. mak cakap mak bosan, sunyi duduk seorang diri *walaupun ada kucing ada arnab..hehe*. tapi tugas saya di sini kadang kala membantutkan diri saya untuk pulang ke kampung halaman. 


*si putih yang sangat nakal*

pernah saya suakan supaya duduk sekali bersama saya di sini, tetapi mak fikirkan kerja dan adik bongsu saya yang masih belajar di kolej. mak kata, "kalau mak tak kerja siapa nak bagi adik kau tu duit?,". saya sendiri gagap nak jawab, sebab saya sendiri baru kerja, gaji pun tak sebesar mana untuk menampung perbelanjaan adik. 


*my siblings*

dalam hati saya doakan supaya Allah swt memberikan kesihatan yang baik kepada mak saya sehingga ke akhir hayat. memang mak sorang SuperMom


agak sayu entry saya. *sob sob sob*



Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |


No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®