Wednesday, September 03, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 4: Buku Kegemaran Anda


#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari



its time to Day 4

Hari 4 : Buku Kegemaran Anda


buku kegemaran? lol. banyak! saya seorang yang suka sangat membaca buku tak kira ilmiah ataupun tidak. tapi yang bukan ilmiah la yang paling banyak termasuk novel-novel cinta. baru perasan sudah lama saya tak buat review novel kan? memang tahun nie sangat tak sempat nak baca novel. novel-novel baru kat rumah mak sangat banyak yang belum dibaca. harap-harap akhir tahun nie sempat la baca semua tu ye..hehe.

tapi, antara banyak-banyak buku yang saya baca, paling suka atau favorite ialah komik. yep, serius komik. hahaha. mesti uolss terdetik kan, tak padan dengan umur tapi baca komik lagi. well, ada aku kisah? haha

favourite komik yang harus dan wajib dibeli:


Detective Conan! opkos! haha!

hampir kesemua siri Detective Conan yang saya sudah beli. kalau pergi kedai buku Popular, mesti singgah tengok komik baru. sekarang nie, komik saya da terlalu banyak hinggakan terpaksa simpan di dalam kotak. hehe.

kenapa suka Detective Conan? well, saya suka kes-kes yang challenging seperti dalam detective conan. susah hendak meneka siapa pembunuhnya. memang takkan dapat teka punyalah. kadang-kadang suka scene di mana Conan terpaksa menjadi Shinichi. dan moment-moment Ran mengingati Shinichi, betapa tulusnya cinta Ran terhadap Shinichi *jiwang siot*.  

*drama wedding*

suka juga lihat Heiji asyik bergaduh dengan Kazuha..sweet couple gitu.

tapi kan, kenapa saya rasa last-last nanti Shinichi akan bersama dengan Haibara eh? rasanya-rasanya macam tu je. sebab sepanjang Shinichi menjadi Conan, dia sentiasa kerap bersama Haibara. sekarang pun rasanya Haibara sudah suka kat Shinichi kan? itu yang tak sabar nak tahu episod seterusnya. 


*Conan dan Haibara selalu bertelagah jugak*

saya suka juga tonton drama siri TV Detective Conan. saya ada juga koleksi drama TV tu, tapi yang terbaru tak sempat nak download. tengok di youtube pun, yang terbaru tak ada lagi. hari tu, ternampak juga Filem Detective Conan di pawagam. tapi incik meow tak mau tengok filem tu. terpaksa tunggu kat internet la seperti biasa. 


Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |


1 comment:

  1. suka conan jugakkk..actually berjangkit dgn kawan..semua cerita dia ada..suka tgok ran dgn shinishi..mesti dgn ran punya..rasanya haibara suka sbb shinichi jd kawan yg baik kat dia..

    pandai pulak bg komen..hee..

    P/S : Jom sokong segmen pertama kami! >>> Segmen Blogwalking bersama AfifahAddnan dan Amiez

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®