Saturday, September 27, 2014

Waktu Haram Solat




WAKTU HARAM SOLAT


Waktu diharamkan solat terbahagi kepada lima di mana tiga waktu diharamkan disebabkan oleh waktu (kedudukan matahari) dan dua lagi diharamkan disebabkan oleh perbuatan.

WAKTU DIHARAMKAN SOLAT BERKAIT DENGAN WAKTU

1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci. Lebih kurang 16 minit dalam tempoh matahari terbit

2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga zawal iaitu gelincir matahari atau condong ke bawah. (Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)

3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk.


WAKTU DIHARAMKAN SOLAT BERKAIT DENGAN PERBUATAN 

1. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.

2. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari.


WAKTU LAIN YANG DITEGAH UNTUK MENDIRIKAN SOLAT

1. Ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu.
Makruh memulakan sembahyang sunat selepas bilal memulakan iqamah sembahyang, sama ada sembahyang itu sembahyang sunat rawatib, seperti sembahyang sunat Subuh, Zuhur dan lain-lain. Sama ada dia meyakini yang dia akan sempat mendapat satu rakaat bersama-sama imam atau tidak.

2. Ketika Khatib Berada Di Atas Mimbar 
Sebaik saja imam duduk di atas mimbar, maka ditegah dan dilarang daripada melakukan sembahyang. Tegahan ini adalah khusus kepada mereka yang telah sedia ada hadir di masjid sedang imam telah pun duduk di atas mimbar.


PENGECUALIAN LARANGAN BERSOLAT

1. Hari Jumaat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa mengerjakan sembahyang ketika matahari tegak (rembang) adalah makruh tahrim. Bagaimanapun ia dikecualikan pada hari Jumaat. Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadis daripada Qatadah daripada Nabi SAW, katanya yang maksudnya:

“Bahawasanya Baginda membenci sembahyang pada tengahari (rembang) kecuali pada hari Jumaat, dan Baginda bersabda: “Sesunguhnya neraka Jahannam dimarakkan (pada saat itu) melainkan pada hari Jumaat”.~(Hadis riwayat Abu Daud)

2. Tanah Haram Mekah
Mengerjakan apa saja jenis sembahyang di tanah suci Mekah adalah diharuskan tanpa mengira sebarang waktu sekalipun pada waktu yang terlarang. Pendapat ini adalah yang shahih di dalam mazhab Syafi‘ie dan disokong dengan hadis Rasulullah SAW, sabda Baginda yang maksudnya :

“Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu melarang seseorang tawaf di rumah ini (Baitullah) dan bersembahyang pada bila-bila waktu yang dia sukai, malam atau siang” ~(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

3. Qada Solat
Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)

sumber : facebook 

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian.
    Mungkin kalau letak waktu contohnya pukul 8-9pagi ke, orang lebih faham :)

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®