Wednesday, September 10, 2014

Kertas Soalan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR Bocor. Salah Siapa?

agak memeranjatkan bahawa kertas soalan sains dan matematik UPSR boleh bocor *actually tak pun*. 

Kertas Science UPSR bocor



Kuala Lumpur: Kertas peperiksaan Science bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.15 hingga 9.30 pagi esok akan ditangguhkan ke 30 September ini susulan ia didapati bocor.

sumber: Harian Metro

contoh soalan bocor: meh tengok sini!






Adakah Kertas Matematik UPSR juga bocor?


Kertas Matematik 1 bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga dipercayai telah bocor dan tersebar kepada umum sebelum lebih 400,000 calon peperiksaan awam itu menjawab kertas berkenaan pagi Rabu.





Seorang guru yang menghubungi Astro AWANI mendakwa menerima foto soalan-soalan dalam kertas berkenaan bersama jawapannya melalui WhatsApp pada pukul 7.40 pagi. Ujian Matematik Kertas 1 bermula pada pukul 8.15 pagi.

Guru itu yang enggan identitinya didedahkan menambah beberapa orang rakannya menerima soalan berkenaan lebih awal, sesetengahnya sejak petang Selasa.

"Soalan (Matematik) yang saya lihat (melalui WhatsApp) itu sama dengan apa yang keluar," katanya.

Lembaga Peperiksaan ketika diminta mengulas enggan memberi sebarang kenyataan.

sumber: Astro Awani

Kertas Bahasa Inggeris UPSR bocor, calon perlu duduki semula


PUTRAJAYA: Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan

Petang tadi, Lembaga Peperiksaan mengumumkan ujian kertas Bahasa Inggeris itu akan turut diadakan pada 30 September.

Sumber: Harian Metro


******************

Salah siapa? 
Lembaga Peperiksaan? 
Pakcik lori angkut kertas soalan?
Abang-abang polis yang escort?
Guru yang menerima soalan?

Entah!

Kenapa boleh bocor pulak?
Kenapa tak terkejut? 

Sebab manusia zaman sekarang ramai yang dah "mata kelabu" atau "mata gelap" dengan wang ringgit. mesti ada sesiapa yang sogok duit untuk dapatkan kertas soalan sebenar. maklumlah UPSR ini adalah penentuan masa depan anak-anak mereka, ada yang nak anak mereka masuk sekolah yang "high grade or high quality", dipandang tinggi seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM dan sebagainya. ada juga ibu bapa yang terlalu merisaukan pencapaian anak mereka sehingga sanggup melakukan kesalahan jenayah seperti ini. 

Orang kata, ada duit semua jadi.

Itu baru UPSR.
soalan dari Lembaga Peperiksaan. dibawa menaiki lori yang di'escort' oleh pakcik-pakcik polis. dah sampai bilik kebal, kunci dipegang oleh Pengetua. 

Kalau peperiksaan PT3
soalan dari Lembaga Peperiksaan tetapi dicetak oleh guru sendiri. kebarangkalian untuk soalan bocor pun tinggi kan? walaupun tak mungkin bagi soalan sebetulnya, mungkin ada tips-tips kan? 

Kalau soalan UPSR pun boleh bocor, apakan lagi soalan PT3.

Ya. mesti anda kata "tukang bocor soalan" tidak mempunyai integriti yang tinggi, tidak mempunyai etika langsung, tidak amanah..tidak ikut langsung Akta Rahsia Rasmi. 
nama pun manusia. sesiapa pun boleh terima rasuah, apatah lagi orang biasa.
saya tak mengatakan semua, tetapi ada segelintir memang sikapnya begitu.

Bukan saya nak memperlekehkan soal integriti sesiapa, tetapi dah menjadi lumrah alam. 
kalau bukan sekolah sana, sekolah sini yang ada soalan bocor. 

Saya doakan pelajar-pelajar UPSR sabar menunggu sehingga 30 September ini untuk menduduki soalan Sains dan Bahasa Inggeris kelak. tak pasti pula bagi soalan Matematik, adakah mereka akan mengambil semula ataupun tidak. tunggu keputusan dari Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan.

Minta juga Lembaga Peperiksaan memeriksa orang-orang dalam mereka yang kurang beretika dan berintegriti ini untuk menjamin perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

Ramai ibubapa yang mengamuk dan tidak puas hati disebabkan penangguhan kertas soalan Sains ini. tetapi berhati-hati apabila nak menuduh tu. jangan tuduh orang-orang kementerian atau guru-guru yang tidak amanah. tuduh sahaja dengan menggunakan perkataan 'penjawat awam'. kan sedap ayat tu?

itulah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
sedih. 


UPDATED : 12 September 2014



"Cari siapa yang membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kenakan hukuman paling maksimum. Perbuatan itu adalah jenayah serius yang mencemarkan imej Kementerian Pendidikan dan profesion guru, malah menyusahkan 472,853 calon yang terpaksa menduduki peperiksaan itu pada 30 September ini," kata Presiden NUTP, Hashim Adnan.


Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, individu dan empat lokasi panas itu dikenal pasti berdasarkan siasatan awal polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta kementerian.
"Saya juga sahkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP) sudah mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan," katanya.
"Tiga laporan polis diterima iaitu dua di Putrajaya oleh pegawai kanan Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pelajaran Malaysia manakala satu lagi di Johor oleh pegawai khas kementerian," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Pengarah JPN Johor, Aminuddin Adam berkata, pihaknya dimaklumkan seorang guru di sekolah di Tampoi dipanggil bagi siasatan polis.
Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Saleh digantung tugas dalam tempoh siasatan berkuatkuasa serta merta berikutan insiden kebocoran soalan UPSR.

UPDATED : 14 SEPTEMBER 2014

Polis tahan empat cikgu

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, guru terbabit terdiri tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. “Mereka ditahan selepas sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu beberapa lokasi Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak. Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas gajet komunikasi yang digunakan untuk dianalisa," katanya. Sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru. 

sumber : Harian Metro

15 September 2014

UPSR bocor: 4 ditahan reman



Empat individu iaitu seorang guru besar, dua guru dan seorang ejen insurans ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Mereka adalah antara enam yang ditahan semalam dalam serbuan di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kuala Lumpur. Tiga guru ditahan di Pulau Pinang, seorang di Parit Buntar, Perak dan seorang di Kuala Ketil, Kedah. Seorang ejen insurans pula ditahan di Sentul, Kuala Lumpur. Dua orang guru pula dibebaskan atas jaminan polis malam tadi selepas diambil keterangan mereka.

sumber : Berita Harian


komen salah seorang guru:


16 September 2014


Jurutera direman empat hari


Polis berjaya mendapatkan kebenaran Mahkamah untuk menahan reman selama empat hari bermula hari ini ke atas seorang jurutera bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014. Majistret Mohd Raihan Mohd Haris membenarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 34 tahun yang ditahan di Kemaman, Terengganu, malam tadi.

sumber: HMetro

Psstt. mana gambar jurutera yang kena tahan reman tu?tak ada pun?

19 September 2014


Dua guru dari Bedong direman


Dua guru lelaki berusia 48 dan 51 tahun direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Dua guru berkenaan dari Bedong, Kedah ditahan pada jam 5 petang semalam. 
Mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Sebelum itu, kedua-dua guru berkenaan yang diiringi polis tiba di mahkamah pada jam 9.50 pagi dengan berpakaian lokap polis. 



Sehingga semalam, 12 guru ditahan selain seorang ejen insurans dan seorang jurutera berhubung siasatan kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris.



Operasi Penyediaan dan Pengendalian Soalan UPSR



lovenota : sejak akhir-akhir ini saya disahkan sakit. doakan saya cepat sembuh. InsyaAllah.

5 comments:

  1. siapa yang bocorkan kalau bukan orang dalam lembaga peperiksaan tu sendiri? erm, begini la jadinya kalau ambik pekerja yg tak amanah. :(

    ReplyDelete
  2. siapa lagi..tukang yang buat soalan la. macam2 hal sekarang ni..

    ReplyDelete
  3. masalah sbnarnya bukan ttg kebocoran soalan. isu yg perlu diutarakan sbnrnya adalah sistem dan syllabus pendidikan negara ini masih relevan dan boleh diguna pakai. masalah soalan bocor bukan pada peringkat upsr namun peringkat spm juga ada. jika perkara yg diajar sama sejak berdekad2 lalu, kandungan buku teks yg sama hanya kulit depan dan gmbarajah sja yg ditukar tidak mustahil soalan utk peperiksaan itu juga hampir sama. guru2 zaman sekarang ramai yg buat statistik dan ramalan topik atau solan apa yg akan keluar.

    ReplyDelete
  4. Untuk mengatasi masalah sebegini berulang pada masa hadapan, saya mencadangkan supaya :

    Sistem penilaian dirombak supaya murid-murid tidak terlalu terbeban kerana mengikut sistem sekarang 100% markah adalah daripada peperiksaan UPSR. Rombakan yang saya maksudkan ialah kita bahagi-bahagikan markah iaitu 10% untuk public speaking, 10% untuk communication, 10% untuk projek, 10% untuk tugasan, 10% untuk kuiz, 10% untuk aktiviti kelab dan persatuan, 10% untuk aktiviti sukan dan permainan, 10% untuk aktiviti unit beruniform dan 20% untuk UPSR. Dengan ini murid-murid tidaklah terlalu tertekan kerana sekurang-kurangnya 80% markah telah dikumpul.

    ReplyDelete
  5. AsSalam ada hikmah dri insiden ini.betul!,pjawat awam' adalah wajar dguna.bukan guru.Integrity adalah kunci.sbenarnya,pjawat 'Muslim' xbuat bgini kerana tau dosa,pahala...

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®